The Antics of Husin Lempoyang |
SKMM pun jangan disalahguna, Shabery Posted: 28 May 2013 07:37 PM PDT Husin setuju betul dengan Dato Ahmad Shabery. Rangkaian komunikasi dan kebebasan Internet tidak sepatutnya disalahguna untuk tujuan menyebarkan penipuan, fitnah dan putarbelit. Ia patut digunakan untuk manafaat dan kemajuan rakyat dan negara. Prinsipnya adalah memberi amanah dan tanggungjawab kepada yang berhak. Jika mereka ini tidak amanah menjaga dan mengguna sesuatu kemudahan yang mahal harga untuk diguna, kemudahan itu tidak patut diberikan kepada mereka. Kasi orang lain yang lebih berhak. Cerita pasal prinsip hak ni, jawatan, gaji dan tanggungjawab harus diberikan kepada berhak dan layak. Harus beringat bahawa sementang seseorang itu makan, tak mesti dia faham industeri makan. Sementang seorang belajar tinggi sampai Universiti dan ada MBA, tak semesti dia faham sektor pendidikan dan pandai. Tak semesti seorang itu baca suratkhabar, dia tahu media. Tu yang Husin tertanya dan dengar akan kisah seorang badut yang mahu dijadikan penasihat media dalam SKMM. Badut ni memang kelakar dan selalu buat ceramah. Cakap memang pandai. Takut jadi punahsihat makan gaji buta. Shabery mahu masukkan dalam SKMM dan dibayar pada tahap pasaran. Kalau dia kerja terus dengan Shabery di pejabat menteri, masuklah sebagai pegawai khas dan ambil gaji sepatutnya. Mana boleh main parking parking sesuka hati. Jawatan tinggi adalah untuk yang layak. Badut ni perlu sedar bahawa kalau dia nak gaji besar, pergilah kerja dengan korporat atau berniaga. Tak boleh jadi tukang lobi dan makan commission saja. Ekoran dari itu, kalau tak terdaya, janganlah periok besar hingga pakai kereta ratusan ribu dan semua anak di hantar ke International School. Dunia dah berubah. Apa berlaku mudah tersebar. Ingatan Internet kuat. Orang tak puas hati tak percaya guna "saluran tertentu." Mereka komplen pada blogger.... Prinsip salah, blogger bantai. Wow! Badut mahu duit banyak, sila jual orang |
You are subscribed to email updates from The Antics of Husin Lempoyang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |