Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

r b f

$
0
0

r b f


Status Halal Makanan Dalam Pesawat Air Asia Diragui

Posted: 28 May 2013 05:42 AM PDT


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.

Utusan Online


RBF: Saya daripada dulu lagi dah ragui makanan dalam Air Asia apabila saya mengetahui sebuah syarikat milik bukan orang islam yang membekal makanan untuk penumpang pesawat Air Asia. 

Sebab itu sampai sekarang pun saya tak makan makanan dalam pesawat itu. Kalau makan sekali pun setakat memakan makanan ringan dan minuman sahaja. 

Saranan PPIM agar pihak JAKIM membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan dalam pesawat Air Asia ada asasnya. 

Oleh yang demikian untuk sementara waktu adalah baik sekiranya kita tidak memakan makanan dalam pesawat itu sehingga JAKIM sahkan semuanya halal. 

Wow ! Rafidah dan Azran...Buat Apa Tu ?

Posted: 27 May 2013 11:08 PM PDT

Tuang apa tu Azran ?
Pergerakan Wanita UMNO hari ini melahirkan rasa hairan dengan sikap Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang masih berdiam diri berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata, Rafidah selaku pengerusi syarikat berkenaan tidak harus bertindak demikian memandangkan sikap Azran itu umpama tidak menghormati kepimpinannya sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO yang membela kepentingan wanita Melayu di negara ini.

"Azran sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.

"Tindakan tegas daripada Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia masih terus kekal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk Apa lagi Cina mahu? pada 7 Mei lalu.

Kenyataan biadab itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menuntut penjelasan Rafidah berhubung kenyataan Azran berkenaan.

Mengulas lanjut, Rosni berkata, Rafidah tidak seharusnya lantang mengkritik dan mengadu-domba pada landasan Wanita UMNO semata-mata.

Tetapi, kata beliau, apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, Rafidah mengambil keputusan untuk berdiam diri atau mungkin bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut.

"Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?" soalnya.

Persoalannya, tambah beliau, apakah Azran membuat kenyataan tersebut setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih rasis daripada Utusan Malaysia sendiri?

"Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu," tegasnya.



Selepas tuang sepertimana gambar di atas untuk meraikan penerbangan ke China, sekarang kita ke Jeddah pula seterusnya ke Mekah dan Madinah untuk cuci dosa....



Din Batak Dibawa Masuk Ke Dalam Pentadbiran Selangor

Posted: 27 May 2013 10:22 PM PDT


Antara keputusan PRU lepas yang menggembirakan saya adalah kecundangnya Saifuddin Nasution @Din Batak di Kulim Bandar Bharu. Dia pindah dari Kelantan ke Kedah, akhirnya kena sembelih dengan Aziz Sheikh Fadzir. 

Setelah kecundang di Kedah, kini Din Batak nak dibawa masuk ke dalam pentadbiran Selangor. Akhirnya negeri Selangor menjadi tempat timbunan sampah sarap PKR. 

Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat ini, menurut sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor. 
Ia bagi memberi laluan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. 
Menurut sumber terbabit, perkara tersebut telah mendapat persetujuan antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu perbincangan minggu lalu.
Sinar Online 
Karpal Singh suruh mansuhkan Dewan Negara kononnya menjadi tempat untuk kerajaan memilih seseorang menjadi menteri atau timbalan menteri dengan dilantik sebagai senator. 

Di Selangor lagi teruk, orang yang kalah di negeri lain dibawa masuk ke dalam pentadbiran Selangor. Tak gila namanya itu ? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710