Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Bengang dengan Annuar Musa, Isteri Mat Yo gelarnya 'anjing'?

Posted: 09 Jan 2013 03:31 PM PST

Melihat kepada keratan FB di bawah, memang panas situasinya.

Bagaimana seorang yang bernama Shahrul Aisya, yang dikatakan isteri Mat Yo memanggil Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Annuar sebagai anjing.

Kalau betul itu dirinya, nampaknya dia dah merendahkan dirinya dengan mengeluarkan kenyataan begitu.

Kenyataan yang tak sepatutnya!!

Dia mungkin marah kerana kontroversi perpindahan Mat Yo dari Kelantan ke Johor. Sinar Harian melaporkan…

Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta

RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

"Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini.

"Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul," kata beliau.

Annuar menambah: "Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak."

Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

"Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.

"Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November," katanya.

Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri. – SinarHarian

Sumber

(Video) Tersadung kaki, payudara selebriti ini 'terkeluar' ketika menari

Posted: 09 Jan 2013 08:31 AM PST

Mantan model majalah Playboy, Pamela Anderson mengalami situasi yang sangat memalukan kala ia tampil dalam acara 'Dancing on Ice'.

Berbogel dalam majalah adalah berbeza dengan situasi wardrobe malfuntion yang dialaminya. Dikutip dari laman web The Sun, payudara Pamela Anderson sedikit terlihat ketika beliau tersadung kaki rakan tarinya, Keith Chegwin.

Akibat dari kejadian tersebut, persembahan mereka menjadi sedikit goyah dan Pamela Anderson dilihat cuba membetulkan pakaiannya.

Kesan dari kejadian itu, pasangan ini tersingkir pada episod malam tersebut.

"Saya amat malu kepada Matt. Saya tersadung, dan itu yang meyebabkan buah dada saya terkeluar di depan penonton," kata Pamela.

Video persembahan dan penyingkiran

Kalimah Allah: Selangor akur titah Sultan

Posted: 09 Jan 2013 04:51 AM PST

SHAH ALAM - Selangor akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010.

"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah Allah melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan gesaan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan satu kenyataan semalam dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.

Sultan Selangor turut menitahkan Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor.

Mengenai pendirian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, Abdul Khalid enggan mengulas dan berkata pendirian kerajaan negeri mengikut apa yang telah diwartakan.

"Di Selangor, kalimah Allah dijaga di bawah Enakmen Kerajaan Negeri supaya tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan berlaku dan kita mengikut apa yang telah kita wartakan," katanya. - Bernama

Penjualan rokok elektronik (e-Cigarette) salah

Posted: 09 Jan 2013 03:01 AM PST

KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

"Peruntukan tersebut juga tertakluk untuk bahan kimia lain yang dikesan dalam cecair e-Cigarette jika ia merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.

Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.

Sementara itu, Zulkifli berkata nikotin adalah keluaran yang perlu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, untuk pertubuhan perbadanan pula, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 12 (2) adalah denda tidak melebihi RM50,000.

"Oleh itu, semua peniaga yang mempunyai kaitan dengan e-Cigarette diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan jika menyimpan, mengedar atau menjual sebarang bahan atau cairan yang mengandungi nikotin selain rokok asli atau tembakau," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130108/dn_07/Penjualan-rokok-elektronik-salah#ixzz2HScHRrRZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bapak 'henjut' janda, anak 'projek' di bilik sebelah...

Posted: 09 Jan 2013 12:01 AM PST

Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.

Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.

SPRM cuba cemarkan imej 'bersih' PR Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2013 10:31 PM PST

SHAH ALAM: PKR Pulau Pinang hari ini mengecam penahanan pembantu kanan kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman bersabit tuduhan rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pentadbiran Pakatan negeri itu.

Malah, Naib Pengerui PKR negeri, S Raveentharan mendakwa tiada bukti untuk mengaitkan pembantu TKM itu dengan rasuah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan peguam parti akan mempertahankan pembantu TKM terbabit.

Menurut Raveentharan yang juga ADUN Batu Uban itu lagi, mereka tidak sepatutnya menuding jari jika mereka tidak mempunyai bukti.

Difahamkan sepasukan peguam akan mempertahankan pembantu TKM itu, tetapi tidak pasti bila dia akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, beliau kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Pembantu Mansor dan dua yang lain, termasuk bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Januari di tanah besar Pulau Pinang.

Ketiga-tiga ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah sebanyak RM30,000 kepada seorang kerani perempuan untuk memujuknya supaya menggugurkan aduan gangguan seksual terhadap Roslan, yang telah digantikan sebagai DO ekoran penangkapan tersebut.

AP

Wow! DAP tawar RM1,000 kesan pengendali laman pisau.net

Posted: 08 Jan 2013 10:01 PM PST

IPOH - Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.

"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.

Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik.

Guru tadika gelabah rakan ugut sebar gambar bogel

Posted: 08 Jan 2013 09:01 PM PST

Gambar hiasan
MELAKA: Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang rakan Facebook yang baru dikenalinya selama sebulan.

Lelaki berkenaan yang dipercayai warga asing kini menuntut RM40,000 daripanya dan jika gagal, video bogel itu akan dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube.

Guru berkenaan membuat laporan polis di Sungai Udang pada Isnin dan mendakwa lelaki itu menghubunginya menerusi panggilan video pada Ahad dan memintanya untuk menanggalkan pakaian dan sebagai balasan dia turut akan melakukan perkara yang sama.

Lelaki itu kemudiannya menghantar rakaman guru berkenaan dalam keadaan bogel dan memberinya masa selama dua hari bagi mengelakkan video itu disiarkan di Internet.

Bagaimanapun masalah itu tidak berakhir di situ kerana guru itu menggunakan komputer di pusat bimbingan kanak-kanak milik kerajaan untuk beraksi lucah di hadapan rakan sibernya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Melaka, Datuk Gan Tian Loo berkata guru itu boleh dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

Katanya walaupun bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh guru tersebut selepas diancam oleh teman lelaki barunya, namun tindakannya menggunakan kemudahan kerajaan untuk perkara-perkara peribadi adalah bertentangan dengan etika kerja.

"Bagaimana dia boleh menggunakan komputer di nurseri untuk merakam video bogel? Sebagai seorang guru, dia sepatutnya tahu lebih baik," katanya pada Selasa.

Kalimah Allah: Nik Aziz mahu buka ruang dakwah, tapi kena dakwah dengan DAP selalu!

Posted: 08 Jan 2013 08:31 PM PST

KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang digembar-gemburkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran saya akan ikut.

"Jadi pendapat saya sekarang ini yang penting ia perlu dibuka ruang kepada bukan Islam guna perkataan ALLAH," katanya kepada media semalam mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Penyampaian Watikah dan Seminar Ahli-ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu menerusi perbincangan.

"Kewajipan orang Islam adalah berdakwah. Bagaimana cara kita nak sebarkan Islam kepada bukan Islam kalau kita tutup 100 peratus perkataan ALLAH tidak boleh sebut oleh kumpulan itu," katanya.

Isu penggunaan kalimah ALLAH mendapat perhatian hangat apabila ia dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaannya dalam Bible versi bahasa Melayu.

PAS mahu bertuankan DAP

Posted: 08 Jan 2013 08:01 PM PST

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad menyifatkan PAS lebih rela menjadi "hamba" kepada DAP demi kepentingan politik.

Beliau menegaskan bahawa keputusan pemimpin tertinggi parti itu untuk bersekongkol dengan rakan DAP dan PKR membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam mendahului pendirian Dewan Ulama menzahirkan pendapat yang bertentangan antara ahli PAS sendiri.

"Nampaknya PAS ni lebih cenderung mahu bertuankan kepada DAP.

"Maknanya di dalam PAS ni pemikiran mereka (pemimpin) berkecamuk," katanya ketika dihubungi AntaraPos.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dalam kenyataannya Ahad lalu menyifatkan perkataan Allah hanya eksklusif untuk orang Islam.

Malah Harun turut menempelak pemimpin PAS yang menyatakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah selain orang Islam dengan berkata: "Mungkin orang-orang ini fikir mereka lebih ilmu agama daripada kepimpinan ulama".

Bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negara ini.

Beliau yang menyokong gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah sungguhpun ia tidak mencapai maksud sepenuhnya dalam agama Islam.

Hadi berkata isu penggunaan kalimah tersebut dalam Bible adalah isu terjemahan semata-mata.

"Kalimah Allah adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran, adalah tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

"(Bagaimanapun) Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal al-quran," ujarnya.

Guan Eng dalam perutusan Hari Krismas Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung.

AP

Isteri 'cekup' suami bersekedudukan sekatil dengan anak saudara sendiri

Posted: 08 Jan 2013 07:01 PM PST

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang wanita apabila 'menangkap' suaminya sedang tidur bersama anak saudaranya berusia 25 tahun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya.

Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.

"Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.

"Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah," katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.

"Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang.

"Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami," katanya.

Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kalimah ALLAH: Pendirian PAS sudah dijangka

Posted: 08 Jan 2013 05:15 PM PST

KEPUTUSAN mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini (semalam) memang telah dijangkakan.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa Pas bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabunganPakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah ALLAH itu.

Logiknya masalah ini terbeban kepada Pas disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Akidah. Sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya.

Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan ExcoKerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa Pas sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah ALLAH yang menyentuh persolan pokok dalamIslam iaitu Akidah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan dirinya. Pas terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ,Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah hala tuju Pas. Atas pengaruh mereka Pas telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.

Saya berharap sejuta ahli Pas dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

Keputusan PR bertentangan Buku Jingga

Posted: 08 Jan 2013 04:56 PM PST

GEORGETOWN - Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian seolah-olah mengetepikan Perlembagaan Negara dan tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, keputusan yang diumumkan pimpinan PR semalam juga jelas bertentangan dengan Buku Jingga yang dicipta mereka sendiri sebelum ini yang kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan Negara.

Beliau yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, jika PR terus dengan pendirian yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kesemua parti dalam gabungan PR tidak layak berpolitik dan terus berada di negara ini.

"Keputusan Majlis Pimpinan PR juga tidak menghormati Majlis Muzakarah Kebangsaan selain ia dilihat menganjurkan perpecahan antara kaum dalam negara ini.

"Bagi kami, ahli PR di peringkat akar umbi melihat keputusan yang dibuat menunjukkan pakatan itu angkuh dan sombong kerana mereka hanya memikirkan pendapat dan pandangan sendiri untuk memenangi hati orang Kristian bagi kemenangan pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohamed Hafiz berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan pendirian Majlis Syura Ulama Pas berkenaan isu ini.

Beliau percaya, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu tidak dipersetujui sepenuhnya penganut agama Kristian dan isu kalimah ALLAH sengaja dibangkitkan oleh DAP yang tidak mewakili masyarakat Kristian keseluruhannya.

"Kita tidak tahu apakah agenda DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang cuba memperalatkan isu agama dalam politik PR.

"Kerana mahu menagih undi daripada orang Kristian, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan Perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, isu penggunaan kalimah ALLAH tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana penggunaan perkataan itu jelas hanya untuk orang Islam dan sudah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Tarian separuh bogel, polis nafi terlibat

Posted: 08 Jan 2013 03:49 PM PST

SHAH ALAM – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana difahamkan persembahan yang bakal diadakan berbentuk tarian tradisional.

"Majlis itu bertujuan meraikan pegawai dan anggota yang bakal bersara, tarian yang dipersembahkan untuk majlis itu juga di atas seliaan pihak hotel dan ia merupakan pakej kepada JSJ kerana telah menempah dewan dan makanan di situ," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial 'Facebook', memaparkan tiga wanita berpakaian menjolok mata menari di atas pentas pada majlis tersebut yang hanya dihadiri pegawai dan anggota JSJ IPD itu.

Gambar yang dimuat naik sejak semalam itu turut mendapat maklum balas negatif orang awam.

"Sebagai ketua polis di sini, saya tidak pernah membenarkan mana-mana pegawai dan anggota saya terbabit dengan hiburan seperti itu, perkara tersebut ternyata bertentangan dengan agama dan prinsip PDRM (Polis Diraja Malaysia) sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Zahedi berkata pihaknya telah bersemuka dengan bahagian pengurusan hotel bagi mengetahui bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Saya akan mengambil tindakan susulan selepas ini, saya cuma berharap dengan adanya penjelasan ini ia dapat membersihkan imej kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahedi berkata polis memberkas seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis di Setia Alam, di sini, semalam.

"Baru-baru ini kami mendapat maklumat dari orang awam berkaitan wanita ini, hasil maklumat, pihak kami menjejaki wanita itu dan menahannya di satu kawasan perumahan di Setia Alam pada 7.45 malam.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan wanita itu, kami menemui sepasang 'uniform' polis dan tanda pangkat Inspektor pada uniform itu," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah dan polis sedang menyiasat motif sebenar suspek berbuat demikian.

"Siasatan juga sedang dijalankan bagi mengesan sekiranya terdapat kes penipuan dan memperdayakan orang awam oleh wanita berkenaan," katanya. – BERNAMA

Anwar: 'Larangan hanya kepada PR, tidak Umno'

Posted: 08 Jan 2013 03:31 PM PST

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan orang bukan Islam di negeri ini hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, walaupun titah tersebut dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais), ia tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor, bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada PR dan tidak kepada Umno," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Pagi tadi, Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Berikutan itu, Mohd Misri berkata, Tuanku telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Mais, Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin berhubung perkara itu.

Tegasnya, baginda membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah ALLAH adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>