Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Mereka Berebut Kerusi Empuk, PAS Ibarat `Melukut Di Tepi Gantang’ – SAM1M

Posted: 27 May 2013 06:30 PM PDT


Kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan Jawatankuasa EXCO Kerajaan Negeri sehingga ke hari ini walaupun pihak Pakatan selepas menang selesa pada PRU13 yang lalu disebabkan kerana jawatan `kerusi-kerusi empuk' ini sudah pasti menjadi rebutan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam pakatan.

Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Arman Adha Hj. Abu Hanafiah berkata, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan pakatan ini tidak sepakat selain wujud 'tikam-belakang' sesama sendiri dalam usaha untuk saling berebut kuasa menguasai sebuah negeri yang terkaya di Malaysia ini, namun akhirnya rakyat yang menjadi taruhan di atas sikap tamakkan kuasa pemimpin pakatan ini di Selangor.

"Terdahulu selepas menang selesa, jelas menunjukkan juga parti DAP ibarat tidak memberikan ruang sokongan kepada PAS dalam memegang jawatan Menteri Besar walaupun PAS menang lebih kerusi berbanding PKR dalam PRU yang lalu.

PAS ibarat melukut di tepi gantang dalam kerajaan Pakatan di Selangor. DAP nampaknya tidak mahu memberikan lebih kerusi EXCO kerjaan negeri pada PAS kerana tidak yakin dengan parti Islam tersebut," ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara.

Tambahnya, dalam masa yang sama, tanpa disedari oleh PAS, sokongan ahli-ahli mereka sebenarnya menguatkan DAP di dalam kawasan Parlimen dan juga di kawasan DUN, jentera PAS dipergunakan sepenuhnya untuk pakatan memperolehi dan mengekalkan kuasa, sebaliknya PAS dinafikan hak untuk diberikan lebih kerusi EXCO kerajaan negeri sedangkan PAS layak kerana menang 15 kerusi DUN di Selangor berbanding DAP (15 kerusi) dan PKR (14 kerusi).

"Pakatan hanya berpakat dan bekerjasama untuk memperolehi dan memperkukuhkan kuasa, sebaliknya mereka tidak berpakat untuk mendahulukan rakyat sebagaimana yang menjadi keutamaan dalam gabungan Barisan Nasional, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak," tambahnya lagi. 

Khaled Nordin & Harapan Rakyat Johor

Posted: 27 May 2013 05:31 PM PDT



Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan negeri Johor akan mendapatkan input daripada rakyat bagi mengetahui hasrat dan harapan mereka terhadap kerajaan berhubung usaha membangunkan negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang.
Satu mekanisme akan diperkenalkan bulan depan bagi mengumpul hasrat dan harapan rakyat untuk dikategorikan.

Bagi memastikan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diminta mengemukakan perancangan dan sasaran portfolio masing-masing dalam tempoh tiga bulan.
Terdahulu dalam ucapannya ketika merasmikan pusat boling di Kompleks Pasir Gudang baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi di negeri ini terus berkembang pesat supaya nikmatnya dapat dikecapi setiap lapisan rakyat di negeri ini.
"Tanggungjawab menjana ekonomi bukan sahaja akan dipikul oleh kerajaan negeri, tetapi juga pihak berkuasa tempatan selain menjadi pemudah cara kepada usahawan-usahawan yang baru hendak menceburkan diri," katanya.
Dengan cara memberikan pengecualian dan kelonggaran tertentu, ia akan membolehkan usahawan baharu mengembangkan perusahaan atau perniagaan mereka.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mementingkan pembangunan secara holistik dengan tidak hanya mementingkan pembangunan infrastruktur tetapi juga memberi perhatian kepada kebahagiaan rakyat dan pembangunan kemanusiaan.
Baca juga di sini& di sini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>