Kembara Politik |
PARTI & NGO KAUM CINA YANG MENOLAK PEMBENTUKAN PARTI TUNGGAL KERANA SEMANGAT KIASU Posted: 27 May 2013 10:55 AM PDT pandangan orang melayu Hari ini penulis membaca tentang cadangan daripada pemangku presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mencadangkan UMNO menggerakkan usaha menjadikan BN sebagai parti tunggal (http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi). Dengan alasan UMNO merupakan parti tunjang dalam BN. Penulis amat tidak bersetuju sekiranya UMNO itu dibubarkan dan diserap kedalam BN sebagai parti tunggal. Isu penting yang dilihat mengapa perlunya parti tunggal ini, ialah membentuk parti yang tidak berasaskan kaum supaya dapat menyatukan semua kaum di Malaysia. Tetapi mengapa harus UMNO yang memulakan langkah awal ini?? Tidakkah kita sedar selama ini NGO kaum cina dan parti politik cina yang paling kuat kiasunya sehingga menimbulkan kesulitan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sepatutnya kaum cina yang perlu membuka hatinya untuk menerima kaum lain dalam masyarakat mereka. Mengapa masih mengharapkan parti Melayu? Kita lihat sahaja betapa NGO yang memperjuangkan pendidikan cina. Mereka mahu kaum cina diajar dalam bahasa cina. Mahu guru dari kaum cina. Tidak menggalakkan anak masyarakat cina bersekolah disekolah kebangsaan atas alasan bahasa. Sudah generasi ke-empat pelajar masyarakat cina di Malaysia ini masih ada masalah bahasa?? Semasa cadangan sekolah wawasan (SJK (C), SJK(T) dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan), siapa yang paling kuat menentang kalau bukan NGO kaum cina. Ini semua memperlihatkan betapa NGO cina ini begitu kuat sikap kecinaannya dan tidak mahu bergabung dengan kaum lain. Begitu kuat sikap kiasu mereka. Mereka yang perlu berubah, bukan melayu. Dalam politik, kita lihat betapa kuatnya sikap kiasu dan semangat perkauman orang cina. Mereka sanggup menyokong DAP hanya kerana DAP berkempen menolak ketuanan melayu (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/guan-eng-ulangi-dap-tolak-ketuanan.html). Mereka tidak mahu berkongsi kuasa seperti dalam BN. Mereka mahu menguasai kerajaan. Mengapa tidak mahu berkongsi? Rasanya hampir semua tuntutan mereka dah di beri oleh kerajaan. Tapi disebabkan sikap kiasu mereka menolak perkongsian kuasa. PRU13 menjadi saksi terhadap betapa kiasunya mereka demi menangguk di air yang keruh. Dalam perniagaan, lihat betapa semangat kecinaan ini membenam peniaga-peniaga melayu. Pemborong-pemborong cina memberikan harga yang lebih mahal kepada peniaga melayu, tetapi dengan peniaga cina dengan harga yang murah. Kenapa tidak mahu bersikap sama rata dalam hal seperti ini, seperti yang dilaungkan oleh DAP "kesamarataan". Siapakah ahli politik cina yang pernah memperjuangkan untuk menghentikan sikap double standard pemborong cina ini? Tiada. Mereka mahu meneruskan seperti itu kerana ia memberi kelebihan kepada kaum mereka. Mengapa mahu bercakap tentang kesamarataan sedangkan kaum cina sendiri tidak pernah mengguna pakai konsep kesamarataan dalam hidup mereka. Pemangku presiden gerakan mahu UMNO dibubarkan sedangkan membiarkan DAP terus berkuasa sebagai parti kaum cina. Jaminan apakah yang mampu diberikan sekiranya BN menjadi parti tunggal masyarkat cina akan kembali sokong BN? sedangkan dalam PRU13 kita dapat lihat undi kaum cina "swing" hampir 100% kerana semangat kiasu. Selama ini pun kaum cina memberi undi kepada BN bukan kerana suka BN, tetapi kerana ada parti cina dalam BN yang boleh menjaga kaum cina. Kenapa tidak berikan cadangan semua parti kaum cina dibubarkan dan masuk kepada parti melayu. PAS sudah merintis jalan menerima orang bukan islam/melayu kedalam PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenapa tidak mahu memberi cadangan DAP dibubarkan dan masuk PAS atau PKR untuk memperlihat mereka bukan rasis. Kenapa mahu UMNO dibubarkan? UMNO yang didukung oleh sebahagian besar umat melayu itu dicadangkan pembubarannya. Seolah-olah tidak mahu melihat melayu itu bersatu, biar cina sahaja yang bersatu. Hujah penulis diatas bukan untuk menyemai sikap benci kaum cina, tetapi untuk menunjukkan kaum ini perlu membuktikan keikhlasan mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka yang paling banyak menentang usaha merintis jalan pembentukan bangsa Malaysia. Bukalah pintu hati itu, terima kaum lain dalam masyarakat kerana keikhlasan, bukan kerana keuntungan yang bakal diraih. Kalau perpaduan itu diwujukkan hanya kerana keuntungan sahaja, kalau tidak ada keuntungan tidak mahu perpaduan, itu tidak ikhlas namanya. Mereka yang patut berubah. Melayu sudah banyak bekorban demi keikhlasan, kini tiba giliran mereka pula untuk berkorban demi menunjukkan keikhlasan. Tunjukkanlah… |
You are subscribed to email updates from Kembara Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |