Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

KEPAL NASI KEPAL BERAS
Image may be NSFW.
Clik here to view.


APAKAH DAIM MAHU PENASIHAT ATAU PM YANG UNDUR?

Posted: 27 May 2013 08:00 AM PDT

Daim berpendapat, Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

Kepal Nasi ada posting khusus untuk isu ini lama dulu.

MCA, Gerakan dan MIC khususnya yang terlalu bergantung kepada syafaat populariti DS Najib untuk jaminan kemenangan calon parti mereka.

Pemimpin-pemimpin UMNO pun sama. Semua mengharapkan syafaat populariti DS Najib untuk menang.

Pendekatan kepimpinan perjuangan UMNO sudah berubah dari principle centric leadership approach kepada personality centric leadership.

Pendekatan Personality centric terlalu fragile. Ia boleh dimusnahkan dengan pendekatan Character assasination. Kalau karakter personaliti kuat dengan kepimpinan yang ampuh macam Tun Mahathir boleh la kalau parti nak bergantung kepada syafaat populariti pemimpin.

Tapi kalau pendekatan perjuangan berasaskan prinsip dan ideologi parti, rakyat akan pilih parti. Hari ini bila rakyat dan ahli UMNO sendiri tidak lagi dididik dengan prinsip dan ideologi perjuangan, maka mereka tidak lagi memberikan sokongan berdasarkan prinsip dan ideologi perjuangan.

Kalau calon elok dia sokong. Kalau calon hampeh dia tak sokong. Itu saja formula memilih kerajaan yang mereka guna.

Itu pasal la BN/UMNO separuh mati dikerjakan pembangkang hanya dengan mewujudkan persepsi buruk terhadp individu pemimpin UMNO.

JUSUF KALLA: ANWAR MINTA SAYA ATUR "PERJANJIAN SYAITAN" DGN PAK NAJIB!!

Posted: 26 May 2013 05:55 PM PDT

Manifestasi dari setiap gerakan, perbuatan dan percakapan Anwar, tidak lain dan tidak bukan adalah PENIPUAN yang akhirnya akan menghasilkan kekeliruan, fitnah dan pertentangan pemikiran di kalangan rakyat.

Dalam kamus hidup Anwar, tidak ada istilah "mengakui" tentang sesuatu perkara, jika perkara itu boleh menjejaskan reputasi dan krdibilitinya pada pandangan umum.

Walaupun wajah diphoto itu memang wajahnya sendiri, tetapi jika seandainya photo itu mampu mencalar atau menjejaskan kredibiliti dan reputasinya, dia tidak akan mengaku wajah diphoto itu, wajahnya. Sekurang-kurangnya dia akan berkata, "looks like me, but not sure if its me".

Perjanjian yang dia tandatangani sendiri pun dia cuba nafikan. Dia sendiri yang minta jumpa Jusuf Kalla, tapi dia kata Jusuf Kalla yang nak jumpa dia. Dia sendiri yang mintak Jusuf Kalla jadi broker mautnya untuk merealisasikan cadangan "perjanjian syaitannya" untuk memerangkap Najib. Dia sendiri yang langgar perjanjian, dia kata Najib yang langgar.

Dia sendiri yang secara sukarela menyatakan akan bersara dari politik jika kalah PRU, dia sendiri yang menarik semula persaraannya.

Dia sendiri yang minta Zaid Mat Arif aturkan untuk jumpa Tun Ghafar untuk minta maaf, dia sendiri yang jaja Tun Ghafar nak jumpa dia dan minta maaf.

Dia sendiri yang berkata tidak akan sesekali memaafkan atau berkompromi dengan Tun Mahathir, dia sendiri yang hantar wakil berjumpa Tun M untuk minta appointment yang sampai 4 kali ditolak oleh Tun M.

Segala bukti dan saksi cukup banyak untuk seluruh rakyat tidak mempercayai apa saja kata-kata yang keluar dari mulut Anwar. Tetapi semua itu tidak mencukupi untuk para penyokongnya berfikir, dan menggerakkan kebolehan akal mereka untuk berfikir.

Petang semalam berjumpa dengan sekumpulan anak muda penyokong tegar Anwar. Mereka baru pertama kali mengundi. Bila saya sembang dan sebut "semasa Anwar jadi Timbalan Presiden UMNO...bla..bla..bla",  budak2 ni terkejut dan tanya balik, "Anwar pernah jadi Timbalan Presiden UMNO ke bang..? Maknanya, budak ni tahun 1998 umur dalam lingkungan 8 ke 10 tahun.

Inilah jenis anak-anak muda yang sedang diperkotak-katikkan minda mereka hingga begitu taksub dengan Anwar...kalau anak muda melayu sendiri pun tidak tahu latar belakang Anwar, apa lagilah anak-anak muda cina@tongsan. 

Jadi tidak menghairankan jika Anwar boleh senang-senang kumpulkan puluhan ribu anak muda jenis "naive" macam ni di tengah padang dan dijamu dengan makanan fitnah dan dusta yang enak-enak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>