Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India?

Posted: 26 May 2013 11:07 PM PDT


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak supaya memohon maaf kepada masyarakat India ekoran tindakannya mengetepikan lebih 700 perwakilan DAP yang majoritinya keturunan India daripada mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Disember tahun lalu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat Malaysia (Perkemas), N. Gobalakrishnan berkata, tindakan menafikan hak kesemua perwakilan tersebut amat dikesali dan seharusnya tidak berlaku.

"Guan Eng jelas menghina masyarakat India kerana lebih 700 perwakilan itu juga berhak untuk mengundi pada CEC tersebut sama seperti beliau juga," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC DAP menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang majoritinya masyarakat India untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu, selain timbul kemusykilan berhubung proses pengiraan undi.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut dan beberapa pemimpin DAP termasuk Guan Eng telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Gobalakrishnan turut mendesak supaya Guan Eng memberikan jawapan sama ada Ketua Menteri Pulau Pinang itu ingin mengadakan semula pemilihan CEC atau membiarkan ROS membatalkan pendaftaran DAP.

"Ini kerana ada ura-ura yang mengatakan Guan Eng lebih rela supaya pendaftaran DAP dibatalkan kerana dia tidak perlu membawa masuk kembali kumpulan yang menentangnya yang majoriti merupakan berketurunan India," katanya.

Suara Politik
Belantan

Akar Umbi PAS Marah Kenyataan Ketua AMK, Sam Ketot?

Posted: 26 May 2013 07:44 PM PDT


Kenyataan 'berani' Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan pertindihan calon-calon Pakatan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dibalas emosi oleh akar umbi parti Islam itu.

Salah seorang penyokong Pas, Irsyad Sidi dalam laman sosialnya mengkritik kembali Shamsul dengan menganggapnya sebagai lebih sudu dari kuah.

Penyokong Pas itu turut membangkitkan persoalan kemenangan Shamsul di Parlimen Bukit Katil, Melaka bukan disebabkan kehebatan Ketua AMK itu semata-mata.

Justeru itu, kemenangannya sebagai Ahli Parlimen bukan tiket untuk naik tocang mengkritik orang yang lebih tinggi kedudukannya dari parti lain.

"Kepada Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR saudara Shamsul Iskandar..tolong bincang masalah parti PKR sahaja dalam perhimpunan parti saudara.. jangan keruhkan keadaan dengan menghentam pemimpin parti lain di hadapan ahli- ahli parti saudara!!

"Untuk pengetahuan saudara (kalau saudara sudah lupa) kemenangan saudara bukan hanya kerana undi dari PKR dan DAP sahaja..tetapi kerja keras dari orang-orang PAS dan penyokong-penyokong PAS!!!

"Saudara mungkin tidak berada sampai di tahap ini jika tanpa undi PAS jugak!!! bersyukur la sikit!!!,"katanya yang mengambarkan emosi kemarahan terhadap kenyataan Ketua AMK itu.

Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9, di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam mengkritik Presiden Pas yang dilabelnya telah mencerca calon-calon PKR tanpa sebarang bukti.

"Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti.

"Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.


"Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?"

"Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui platform yang sedia wujud. Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa.

"Kita harus mendalami dengan jujur tahaluf siasi yang kita jalankan dan tidak hanya mengungkapkannya apabila memberi manfaat kepada kita. Perlu ada tolak ansur dan buangkan jauh-jauh sikap tamak dan mementingkan diri," kata Ketua AMK.

Kata-kata Shamsul di atas dianggap janggal kerana hierakinya sebagai Ketua AMK tidak wajar mengkritik Presiden parti lain, jika benar itu adalah suara akar umbi PKR, sepatutnya kenyataan itu disuarakan oleh Presiden atau Timbalan Presiden PKR atau Ketua Umum PKR.

Tidak dapat dipastikan kenyataan Shamsul itu telah mendapat lampu hijau daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, namun majlis penutup Kongres Nasional Wanita PKR hari ini, tiada kenyataan balas Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Umum PKR terhadap kecaman Ketua AMK itu.

Dalam bahasa politik, kenyataan Shamsul selaku Ketua AMK adalah direstui oleh pucuk pimpinan PKR.

Pada PRU13, Presiden Pas, Abdul Hadi menuduh calon-calon PKR dipilih secara 'tangkap muat' kerana ada di kalangan mereka yang terlibat dengan pengedaran pil kuda , menjual kerusi dan berkecenderungan komunis.

Justeru itu, kata Abdul Hadi, Pas tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu, di mana berlaku pertembungan Pas-PKR di tujuh kerusi semasa penamaan calon Sabtu lalu.

"Pas bertindak bertanding di beberapa tempat (yang) berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan. Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, (hanya) memerintah sekejap.

"PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. Yang kita khuatir adalah calon tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas perlu bertindak," ujarnya.

Pertembungan Pas-PKR itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera (Terengganu), DUN Kota Damansara (Selangor), DUN Sungei Aceh (Pulau Pinang) dan DUN Panti (Johor) serta Parlimen Labuan.

Di DUN Damak, Pahang pula, Abdul Hadi secara terbuka menyokong calon Bebas, Koh Boon Heng yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang bertanding di kawasan itu.

Sokongan Pas itu tidak disenangi PKR kerana calon PKR, Jamaluddin Abd Rahim juga bertanding di DUN itu.

Suara Politik
Belantan

Bila Polis nak tahan Hishamuddin pengecut mangkok hayon ini?

Posted: 26 May 2013 05:30 PM PDT


Sudah terang lagi bersuloh. Terang-terang Hishamuddin mangkok hayun ini cuba menghasut rakyat agar tidak terima keputusan PRU ke-13 dan mengajak rakyat agar turun berdemo di jalanraya!



Hishamuddin Rais ini sebenarnya terkenal sebagai pengecut yang hanya tahu bakar orang tapi cabut lari. Masa reformasi, dia mengatur dan memantau dari jauh tapi bila ditangkap di Jalan Tunku ABdul Rahman, dia kata dia hanya jalan-jalan kerana ada pasar minggu di situ.

Dia adalah mastermind himpunan, demo dan mogok tapi adalah pengecut yang tak mahu bertanggungjawab. Malah dia sering cabut lari bila polis memulakan Ops dan ambil tindakan undang-undang.

Di mana Hishamuddin Rais sekarang ketika Adam Adli ditangkap dan kena caj. Kenapa tak kedengaran suara Hishamuddin dan gelagat dia sejak Tamrin, Tian CHua dan Harris Ibrahim ditangkap untuk siasatan hasutan berdasarkan beberapa ucapan terutama ucapan di Dewan Perhimpunan Cina KL baru-baru ini?

Malam itu, Hishamuddin Rais ada. Cakap berdegar-degar ..." kita akan jatuhkan kerajaan! kita akan ini! Dan kita akan itu!" ....!!!

Kamu nak lari kemana lagi Hishamuddin? Lambat laung kamu akan 'kena' juga...kamu tunggu lah!!!

Suara Politik
Belantan

Anwar ingkar janji - Dedah Jusuf Kalla?

Posted: 26 May 2013 06:49 AM PDT


Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa ada perjanjian bertulis antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak supaya peralihan kuasa selepas PRU-13 berjalan aman, sekali gus mewujudkan penyatuan nasional.

Beliau berkata, sebelum PRU-13 lalu, Anwar beberapa kali memintanya mendapatkan persetujuan Perdana Menteri supaya tidak melakukan serangan peribadi sepanjang berkempen dan menerima keputusannya.


Jusof ketika ditemuramah The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan kelmarin, berkata sebagai perantara antara Anwar dan Perdana Menteri, beliau terpaksa berulang alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur bagi memastikan persetujuan dalam mematuhi komitmen antara kedua-dua pihak.

Kecam tindakan Anwar

Jusuf yang menganggap kedua-dua calon itu sebagai rakan yang dikenali sejak beberapa dekad lalu, bagaimanapun mengecam Anwar kerana gagal menepati janji yang dibuat untuk menerima keputusan rakyat, 5 Mei lalu.

Katanya, pada pertemuan di rumahnya di Jakarta, Anwar meminta beliau menyampaikan pesanan dan mendapatkan komitmen Najib bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman. Malah keputusan pengundian itu adalah jelas dan masing-masing mempunyai komitmen untuk mematuhinya.

"Pada hari Isnin (sehari selepas pengundian), saya meminta Anwar menerima dan melihat kepada realiti tetapi mereka mengatakan, 'tidak, tidak, tidak, tidak'," katanya.

Kebimbangan berasas sejarah

Selasa lalu melaporkan Jusuf menasihatkan Anwar dan penyokong pembangkang supaya menerima kekalahan pada PRU-13 lalu dan nasihatnya itu selaras komitmen Ketua Umum PKR itu yang berjanji menerima sebarang keputusan ketika pertemuan di Jakarta, pada April lalu.


Malah, beliau yang dihubungi New Straits Times berkata, pada pertemuan itu, Anwar meminta beliau menyampaikan pesanan kepada Perdana Menteri supaya peralihan kuasa selepas PRU-13 berjalan secara aman, sekali gus mewujudkan penyatuan nasional.

Beliau melahirkan kebimbangan pertikaian berlarutan membabitkan beberapa pemimpin Malaysia, perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam dan antara Melayu dengan Cina di Malaysia akan terus meruncing sehingga boleh mencetuskan keganasan dalam negara.

Katanya, kebimbangan itu berasaskan sejarah bagaimana Malaysia terpaksa berdepan dengan keadaan sukar apabila berlaku rusuhan kaum pada 1969 dan ia terus berulang.

Najib ulangi komitmen

The Wall Street Journal turut melaporkan Jusuf antara pemimpin Indonesia yang sering menyertai perjanjian damai dalam pelbagai konflik di seluruh kepulauan Indonesia yang bermasalah ketika memegang jawatan Naib Presiden republik itu antara 2004 hingga 2009 selain turut berperanan dalam rundingan damai di Thailand dan Sri Lanka.

Laporan itu turut menyebut kenyataan Anwar bahawa Jusuf yang menghubungi beliau dan menawarkan bantuan untuk memastikan PRU-13 berjalan lancar.


"Ada ramai rakan di rantau ini yang mengambil berat mengenai peralihan kuasa dan sama ada ia boleh dilaksanakan secara aman," kata Anwar.

Bagaimanapun, menurut penasihat kepada Perdana Menteri, Anwar meminta bantuan Jusuf untuk mendapatkan persetujuan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menerima keputusan PRU-13 walaupun dengan majoriti tipis.

"Perdana Menteri mengulangi komitmen itu secara peribadi kepada Jusuf Kalla dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya umum bahawa BN akan menghormati kehendak rakyat dan menerima keputusan walaupun pembangkang menang," katanya.

Suara Politik
Belantan

Mengapa Guan Eng takut dengan pemilihan semula CEC?

Posted: 26 May 2013 04:17 AM PDT


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sepatutnya menumpukan kepada usaha mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti secara betul dan bukannya membuang masa dengan terus mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Guan Eng sewajarnya segera mengadakan semula pemilihan CEC bagi membuktikan beliau bukan penyebab utama DAP berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mempunyai kuasa untuk bertindak jika mendapati pemilihan parti itu tidak sah.

"Ekoran timbul banyak tuduhan penipuan seperti didakwa ahli dan perwakilan DAP terhadapnya, Guan Eng perlu segera mengadakan pemilihan CEC semula bagi membuktikan dia bukan sebab utama DAP bermasalah dengan ROS termasuk tindakan membatalkan pendaftaran DAP," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pendaftar Pertubuhan sebagaimana Notis bertarikh 17 April 2013 yang telah dikeluarkan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP pada 15 Disember 2012.


Choo Keong berkata, sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Guan Eng sebenarnya takut untuk memanggil ahli parti itu bagi mengadakan pemilihan semula CEC kerana bimbang akan mengalami kekalahan kepada beberapa pemimpin DAP yang lain.

"Guan Eng tahu jika semua perwakilan dibenarkan menghadiri pemilihan semula, ada kemungkinan besar dia akan kalah kepada beberapa pemimpin lain di dalam parti itu. Dia dan isterinya, Betty Chew sudahpun ada pengalaman buruk dibuang daripada Jawatankuasa DAP Negeri Melaka beberapa tahun lalu.

"Hanya selepas peristiwa memalukan di Melaka itu, Guan Eng dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya.

Katanya, Guan Eng sepatutnya mengambil langkah lebih mulia dengan meminta maaf kepada orang ramai terutama ahli DAP berhubung segala masalah yang wujud di dalam parti disebabkan beliau serta kroni-kroninya.

Suara Politik
Belantan

Pembangkang perlu akur, undi popular bukan penentu bentuk kerajaan?

Posted: 25 May 2013 11:48 PM PDT


Isu undi popular tidak sepatutnya timbul kerana sudah 13 siri pilihan raya umum (PRU) dijalankan di Malaysia berdasarkan sistem pemilihan kawasan mengikut parlimen.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perbandingan antara undi popular bukan penentu kemenangan sesuatu parti untuk membentuk kerajaan.

"Peratusan penduduk berubah, sudah lebih lapan tahun tiadanya persempadanan semula, jadi sudah pasti ada peningkatan penduduk di suatu kawasan terutamanya di kawasan bandar.

"Kebanyakan Pakatan Rakyat (PR) menang di kawasan bandar, oleh itu majoriti mereka lebih banyak daripada Barisan Nasional (BN) yang lebih banyak menang di kawasan luar bandar di mana jumlah pengundinya hanya lapan ke sepuluh ribu sahaja," katanya.

Menurut Shamsul Adabi, pembangkang sengaja mempersoal isu undi popular itu ketika ini kerana gagal mengotakan janji penyokong mereka.

"Kenapa mereka tidak timbulkan perkara ini semasa PRU12? Pembangkang sengaja mainkan isu ini kerana sistem kita amalkan jumlah pengundi di setiap kawasan adalah berbeza. Adalah mustahil untuk diselaraskan," katanya.


Beliau yang merupakan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya kerajaan sentiasa bersedia menambah baik sistem sedia ada, tetapi pembangkang perlu menerima hakikat setiap kali pembaharuan itu dilakukan.

"Sudah tentu dalam pelaksanaan ada kekurangan tetapi tidak bermakna pelaksanaan itu gagal. Jika benar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, bagaimana mereka boleh tambah kerusi di Parlimen pada PRU kali ini," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata, sistem 'first-past-the-post' masih diamalkan sejak dari dulu.

"Walaupun menang dengan satu undi, parti itu tetap menang, jadi kerusi dimenangi BN lebih banyak daripada PR membolehkan BN bentuk kerajaan," katanya.

Sivamurugan berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan sistem yang telah diamalkan sejak tahun 1959 itu.

"Peratusan keluar mengundi tinggi, itu antara sebab undi popular meningkat. Bagaimanapun mereka tidak boleh gunakan situasi ini sebagai alasan untuk bentuk kerajaan.


"Sudah jelas apa yang diimpikan mereka tidak jadi realiti, oleh itu seharusnya PR berusaha mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka dengan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan bukan mengajak rakyat turun kejalanan untuk menentang keputusan PRU yang telah dimuktamadkan," katanya.

Beliau turut menjadikan analogi dalam sistem bola sepak sebagai contoh mudah.

"Jika pasukan Perak berada di tangga ketiga liga, tetapi mereka mempunyai kelebihan dalam jumlah gol berbanding Selangor yang hanya menang dengan perbezaan satu gol.

"Tetapi Selangor menang hampir di setiap perlawanan membuatkan mereka berjaya mengumpul mata dan berada di tangga teratas berbanding Perak yang pernah mengalami kekalahan dalam dua ke tiga perlawanan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710