KEPAL NASI KEPAL BERAS |
ANWAR: JUSUF KALLA AGEN KONSPIRASI NAJIB UTK AIBKAN SAYA!! Posted: 26 May 2013 06:26 AM PDT Masyarakat yang dikatakan tidak bertamadun adalah masyarakat yang hidup bebas tanpa perlu kepada sebarang mekanisma undang-undang dan peraturan untuk mengawal selia kehidupan diri dan masyarakat yang ada. Nilai ketamadunan dan peradaban manusia menurut definasi Anwar pula ialah sejauh mana komuniti di habitatnya boleh membebaskan diri dari sebarang peraturan hidup yang diwujudkan, dan seandainya ada mana-mana pihak cuba untuk mendaulatkan undang-undang dan peraturan, mereka ini pula yang akan "dicop" tidak bertamadun. Tiada ubat penunduk yang boleh digunakan untuk menundukkan Anwar dan komuniti di habitatnya supaya akur dengan hakikat kehidupan yang bersendikan peraturan dan undang-undang, melainkan "mengkandangkan" mereka sepertimana pengembala mengandangkan lembunya. Kita tidak boleh mengharapkan lembu akan "terfikir sendiri" di atas rasa pertanggungjawaban untuk tidak memakan tanaman atau jangan masuk kampong orang sesuka hati. Maka sebab itulah, pengembala perlu menyiapkan kandang dan padang rumput yang khas sebagai jalan keluar untuk mengawal dan menguruskan kehidupan lembu-lembu yang tidak berakal ini. Tiada pilihan lain, melainkan peraturan dan kaedah pencegahan perlu diwujudkan terhadap lembu ini demi kebaikan lembu ini sendiri dan juga demi kebaikan manusia bertamadun yang tinggal di sekitarnya. Bukan bermaksud untuk bertindak zalim, mengongkong atau menyekat kebebasan lembu-lembu tersebut. Tetapi, ia sudah menjadi suatu keperluan demi untuk membolehkan semua pihak termasuk lembu-lembu tersebut dapat hidup secara lebih tersusun, sistematik dan bertamadun. Sudah jelas, Anwar ini jenis manusia yang tidak akan tunduk kepada apa saja sistem dan peraturan hidup yang telah digubal dan dibentuk di negara ini. "Tidak mahu tunduk" adalah sebahagian dari pendekatan peperangan Anwar yang berstatus "pembangkang". Sebagai pembangkang, Anwar percaya kaedah meletakkan diri mengatasi undang-undang ini boleh membantu membentuk persepsi umum bahawa beliau seorang pejuang tulin yang tidak takut berhadapan dengan apa jua risiko dan cabaran demi menegakkan keadilan dan demokrasi. Hari ini beliau telah meletakkan dirinya lebih tinggi dari kedudukan raja berperlembagaan, kuasa eksekutif dan badan kehakiman yang menjadi tunjang kepada sebuah kehidupan bertamadun di Malaysia. KDN disarankan agar membawa semula Undang-undang SOSMA ini ke Parlimen. Perketatkan akta ini khusus bagi membendung gerakan tidak bertamadun yang sudah dijadikan sebagai satu cara hidup oleh Anwar Ibrahim dan para pengikutnya. Tujuan mereka hanya satu, iaitu untuk menimbulkan suasana tegang dan ketidakstabilan hidup berlaku di kalangan rakyat negara ini. ISA telah dihapuskan walaupun tanpa tekanan. Pembangkang sendiri pun terkejut dengan pengumuman kerajaan secara tiba-tiba memansuhkan akta pencegahan yang mana Singapura sendiri pun belum berani untuk memansuhkannya. Malah, kerajaan USA pun, turut mencontohi undang-undang ISA ini. Hari ini ribuan tahanan Guatanamo masih merengkok di penjara tanpa diberikan hak untuk membela diri. KDN perlu semak dan pinda semula "hak untuk berhimpun" yang diperuntukan di dalam SOSMA. Hak untuk berhimpun harus dibenarkan. Yang tidak dibenarkan ialah menyalahgunakan perhimpunan untuk menyebar segala maklumat dan fakta tidak benar dan berunsur fitnah atau berbentuk rekaan sehingga rakyat timbul rasa benci terhadap pemerintah yang terhasil dari maklumat palsu dan fitnah. Jika terdapat unsur yang boleh mendatangkan kebencian, hingga menyebabkan pihak yang termakan hasutan memusuhi pihak yang telah terfitnah hasil dari perhimpunan tersebut, maka hukuman yang paling berat harus dikenakan terhadap pihak penganjur dan penceramah yang telah mendatangkan kemusnahan kredibiliti di pihak yang terfitnah. Dosa Fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Maka mereka yang melanggar dan menyalahgunakan hak untuk berhimpun ini, tidak salah jika dicadangkan hukuman penjara seumur hidup ataupun hukuman mati mandatori kerana implikasi fitnah yang dibawa boleh menjejaskan keamanan dan mendatangkan permusuhan di antara dua pihak. Lebih malang lagi apabila permusuhan dan ketegangan yang sengaja diundang ini berpunca dari maklumat palsu dan fitnah yang direka-reka. Membenarkan manusia menyalahgunakan perhimpunan sehingga menjejaskan hak majoriti rakyat untuk hidup dan menikmati pentadbiran sebuah kerajaan yang telah mereka beri mandat, samalah seperti membenarkan lembu-lembu minoriti yang bebas berkeliaran di dalam kampong halaman yang telah dibina di atas kemahuan majoriti manusia yang ingin hidup aman dan selesa di kampong tersebut. Jumlah kehadiran 30 ribu peserta perhimpunan tersebut tidak pun melebihi atau menyamai jumlah pengundi yang berdaftar di satu-satu kawasan parlimen, dikatakan kekuatan kuasa rakyat, "kepala ayah eh tu", sedangkan hak dan mandat yang telah diberikan oleh jutaan silent majority kepada BN untuk memerintah cuba dinafikan. |
YB PKR SRI SERDANG: CELAKALAH BHG KAMU ANWAR!! Posted: 25 May 2013 05:18 PM PDT Kejadian blackout, menurut Yb Nor Hanim Ismail dikatakan berlaku di Sek. Kebangsaan Serdang bagi pengiraan undi saluran 3. Yb Nor Hanim menyanggah dan mengkritik penjelasan oleh Timbalan Pengerusi SPR. Ok, sekarang kita andaikan YB Nor Hanim betul, dan SPR salah. Pertanyaan untuk YB PKR yang menang besar di Dun Sri Serdang; 1. Awak menang atau kalah di lokasi pengiraan undi saluran 3 yang dikatakan blackout tu? 2. Ada penyelewengan dalam kiraan undi atau tidak? 3. Adakah blackout tersebut disengajakan oleh SPR bertujuan untuk sabotaj dan tukar kotak undi untuk menangkan BN? Pertanyaan untuk Anwar dan puk-puak yang tidak menerima ketentuan Allah; 1. Adakah blackout yang berlaku di Sek Keb Serdang ini yang kamu jadikan asas untuk membuat roadshow Balckout505 seluruh negara? 2. Bukankah kawasan Parlimen Serdang dan Dun Sri Serdang ini pembangkang menang besar? 3. Jika ada lagi blackout sewaktu pengiraan undi, di seluruh negara, di mana lagi? Cakaplah! Berapa tempat? Kawasan yang terlibat blackout tersebut, parti kamu kalah ke menang? Buktikan sekurang-kurangnya 23 kawasan parlimen yang BN sudah menang tipu, bagi membuktikan BN sudah curi dan rampas kemenangan pakatan yang menjadi punca gagal merampas Putrajaya. Jika ada 23 parlimen yang kamu kalah tipu, dan kamu buktikan BN tipu, ambillah balik kawasan tu. Bolehlah ambil-alih Putrajaya dengan majoriti midah 112. Heboh sangat nak ambik Putrajaya. Hambiklahhh... Tapi bak la bukti dulu. Jangan nak rampas-rampas sembarangan guna penyokong2 tak berakal kamu berhimpun sana-sini. 4. Kenapa kamu tak cakap masa kamu ceramah tu, berapa tempat, kalah ke menang ke. Bagi bukti waktu ceramah pun sudah cukup baik, jika tak mau bagi bukti pada SPR pun. Dengar cerita waktu ceramah kamu apikan pendengar SPR tipu, BN tipu. 5. Bagi la bukti... Kalau tak ada bukti tapi kamu buat roadshow tuduh bukan-bukan dan naikkan api kemarahan rakyat melalui cerita palsu, saya sarankan agar majoriti rakyat yang telah memberi kemenangan kepada BN tempoh hari ramai-ramai sumpahkan Anwar ni; "Celakalah bahagian kamu wahai Anwar! Celakalah nasib kamu wahai Anwar, jika apa yang kamu katakan itu satu fitnah, berniat untuk menghasut dan untuk menghuru-harakan negara". |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |