pandangan kaum melayu
Sejak kemerdekaan Tanah melayu sehingga tertubuhnya Malaysia, dan kini menghampiri wawasan 2020. Kaum melayu telah menghadapi pelbagai dugaan. Biarpun majority rakyat Malaysia ini ialah kaum melayu, tetapi dari segi kekuatan banyak perkara melayu masih terkebelakang. Dari segi politik, walaupun melayu menjadi dominan dalam kerajaan Malaysia tetapi melayu tidak kuat kerana melayu tidak bersatu. Sebelum PRU13, melayu banyak beralah kepada kaum cina kerana mahu menagih undi dari kaum tersebut (akhirnya dikhianati). Dalam ekonomi, nak mendapatkan penguasaan ekonomi sebanyak 30% pun tidak tercapai sampai sekarang (antara sebab ialah monopoli dan kekangan dari kaum yang monopoli perniagaan di Malaysia). Dari segi pelajaran, ada kemajuan tetapi masih dibelakang. Dari segi memperkasakan bahasa melayu pun melayu tidak berjaya. Begitu banyak kekurangan melayu, siapa agaknya yang mahu menolong melayu?
Dari segi politik, adakah melayu boleh mengharap parti kaum cina terutama DAP mendukung aspirasi melayu?. Antara aspirasi melayu dalam menjaga kuasa ialah raja-raja melayu. Lihat sahaja pemimpin DAP yang memboikot proses angkat sumpah di Perak. Lihat bagaimana cemuhan yang dibuat oleh DAP kepada calon MCA yang menerima jawatan exco di Johor. DAP mencemuh bahawa MCA tunduk kepada sultan. Sudah terang lagi bersuluh, DAP tidak akan tunduk kepada sultan. Karpal Singh pernah berkata Malaysia tidak mengamalkan system feudal (system raja). Dari ucapan-ucapan yang mereka buat dalam kempen pilihanraya, DAP tidak menjunjung falsafah kedua dalam perlembagaan "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA". Dan siapa yang menyokong DAP walaupun teruk macam ini. Mujur ada UMNO yang mempertahankan kedaulatan Raja-raja melayu. Siapa yang mendukung UMNO? Siapa yang menyokong UMNO? Siapa lagi kalau bukan melayu. Hanya melayu yang akan tolong melayu dalam politik.
![]() |
Wasiat Melayu yang harus dipertahankan |
Dalam ekonomi, siapa yang boleh sangkal kenyataan bahawa kaum cina mendominasi ekonomi Malaysia dan dalam beberapa sector menjadi monopoli. Dalam sector pemborongan, siapa yang memainkan dua skim harga? Kalau melayu datang beli bagi dengan harga lebih mahal, kalau kaum cina beli jual dengan lebih murah. Kalau melayu mahu menggunakan system "consignment" (letak dulu, kalau terjual baru dibayar) tidak dibenarkan, kalau peniaga cina dibenarkan. Melayu tidak dapat pembelian secara hutang (bayar selepas 3 bulan), tetapi cina diberi. Tetapi kalau melayu jadi pemborong, pemilik kedai tidak mendapat masalah seperti ini. Contoh KR1M (kedai rakyat 1 malaysia) dan pemborongnya
Maidin, kedai Coop1malaysia, ataupun pemborong melayu lainnya. Melayu tidak akan di susahkan dalam berurusan.Ini kekakangan dari pemborong cina kepada melayu. Macam mana melayu nak bersaing dengan kaum cina?, kalau diperbesarkan hal ini persatuan cina akan melalak menyatakan melayu tidak pandai berniaga. Itu belum lagi melihat bagaimana system "double standard" yang dibuat oleh majikan cina kepada kaum melayu. Dari segi gaji, jawatan, skop kerja dan peluang naik pangkat semuanya double standard dan lebih menyusahkan orang melayu. Kalau majikan melayu, peluang melayu naik pangkat adalah luas. Skim gaji, skop kerja dan sebagainya semuanya terbuka luas tanpa double standard. Lihatlah dalam ekonomi juga, yang tolong melayu hanyalah melayu. Seburuk-buruk melayu yang berniaga ini (kata orang yg selalu perlekehkan melayu), inilah orangnya yang menolong melayu. Nak harapkan kaum lain? Jangan haraplah. Raja gula pun x tolong melayu masa kenaikan harga gula dipasaran.
Dari segi pelajaran, memang diakui bahawa anak cina lebih pandai dari melayu. Bila kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk membuat sekolah wawasan dengan tujuan pepaduan antara kaum dan juga untuk menyebarkan cara belajar anak kaum cina kepada kaum melayu, supaya kejayaan itu dinikmati bersama. Itupun ditentang oleh NGO pendidikan kaum cina dengan pelbagai alasan. Nak berkongsi tempat belajar pun mereka tidak mahu. Bertitik tolak dari situ timbulah berbagai-bagai cara untuk memperkasakan sekolah kebangsaan (yang ramai kaum melayu belajar). Demi kejayaan kaum melayu. Ini juga inisiatif orang melayu untuk orang melayu. Kaum lain?? Ada nak tolong melayu? macam tidak ada.
Memperkasakan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu. Semua rakyat Malaysia wajib tahu bertutur dalam bahasa melayu. Tetapi kenapa sehingga sekarang masih ramai kaum cina masih mempunyai masalah dalam bertutur dalam bahasa melayu? Masalah bahasa melayu dalam pembelajaran disekolah dijadikan alasan oleh NGO kaum cina untuk membuka lebih banyak SJK (C). rata-rata mereka sudah pun menjangkau generasi ke-3 dan ke-4 sebagai rakyat Malaysia. Masih mempunyai masalah bahasa?? Disini kita dapat lihat yang memperkasakan bahasa melayu adalah melayu sahaja. Kaum lain kalau boleh tidak mahu menggunakan bahasa melayu. Yang sudah terpelajar lebih gemar menggunakan bahasa inggeris (mudah pula belajar bahasa inggeris). Mengapa mereka tidak mahu belajar bahasa Malaysia seperti mana mereka belajar bahasa inggeris. Kalau mereka buat begitu sudah pastinya mereka juga boleh dapat menguasai bahasa Malaysia seperti mana mereka kuasai bahasa inggeris. Tanpa melayu tiada lagi kaum yang mahu memperkasakan bahasa Malaysia.
Penulis bukan mahu menghasut kaum melayu membenci kaum lain di Malaysia. Semua hujah diatas, penulis berikan adalah kerana untuk menunjukkan tanpa perjuangan kaum melayu untuk kaum melayu, apa sahaja milik melayu akan hilang. Kuasa, ekonomi, pelajaran, bahasa, dan banyak lagi akan hilang. Melayu kena sedar, jika melayu tidak berjuang dan mempertahankan hak-hak melayu itu ia akan hilang. Jangan sangka kita majority di Malaysia semua itu akan terjaga. PRU13 telah memberi gambaran yang melayu juga akan hilang kuasa walaupun kita majority. Ayuh melayu berjuanglah untuk tolong melayu. Suburkan slogan-slogan melayu tolong melayu, buy malay first, perpaduan melayu dan sebagainya. Kita tolong melayu bukan untuk boikot perniagaan kaum lain, tetapi untuk meningkatkan ekonomi melayu. Kita bersatu dalam politik bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi untk menjaga hak melayu. Sesungguhnya di Malaysia ini, HANYA MELAYU YANG TOLONG MELAYU. Masyarakat melayu.. ingatlah.. kekentalan, survival, dan kejayaan kaum melayu ternyata terletak ditangan kaum melayu. Perjuangan belum selesai...