Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Presiden Melayu Pertama Singapura tinggal sejarah. Rakyatnya sudah lupa!

Posted: 25 May 2013 09:49 PM PDT


Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini.

Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.

Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, "Majulah Singapura" yang digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said.

Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.

"Ironiknya, pada masa kini, elemen soalan 'Siapa nama kamu ? Di mana kamu tinggal ? dan perkataan 'Majulah Singapura' tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat Singapura."

Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk "Singapore Dilemma in the Malay World," Routledge Taylor & Francis Group, 2009.






Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.

Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai 'Peristiwa 13 Mei.'

Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.

Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. AIDC

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>