KEPAL NASI KEPAL BERAS |
ANWAR TERUS KEPALA BAPAKKAN ZAHID!! Posted: 25 May 2013 02:37 AM PDT Apa masalahnya yang heboh sangat? Zahid meminta sesiapa yang tidak mahu menerima hakikat kekalahan dan mahu mengamalkan undi popular supaya berhijrah ke negara republik yang mengamalkan sistem undi popular. Kenapa buat-buat bodoh tidak mahu memahami penggunaan "bahasa penyampaian" berlainan yang memberi maksud yang sama? Kadang-kadang bila berhadapan dengan manusia tak faham adat dan bahasa, kita perlu mengguna kaedah penyampaian yang "lebih pedih" untuk didengari supaya mereka faham bahasa dan tahu adat dan adab. Tapi mereka sensitif pulak bila guna bahasa yang sedikit bisa. Kata Zahid bercakap macam orang bodoh la. Macam tak sekolah la. Macam bukan cakap pemimpin la. Tidak hormat rakyatlah. Pasal nak menghormati majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada BN la Zahid memberi ingatan kepada pemimpin pakatan yang memanipulasi pemikiran rakyat dengan isu undi popular! Lihat dan dengar pula bait-bait perkataan yang diungkapkan oleh Anwar dan para pemimpin pakatan dalam ceramahnya. Apa perkataan busuk yang tidak dikeluarkannya untuk memburukkan dan menghina PM dan para pemimpin UMNO. - Kepala bapak dia.. - Kepala hotak dia... - Haram jadah..baghal.. - Apa punya bodoh punya PM... - Bangsat, lahanat, lahabau.... - Piiiraahhh...pemimpin UMNO bahalol... Layakkah orang ringan mulut macam ni jadi pemimpin? Tapi, penyokong dan penjilat tegar minoriti Anwar bukan mahu fikir semua ni. Busuk macam mana pun kata-kata dan kelakuan Anwar depa bukan pedulik... Paling geli-geleman bila penjilat Anwar ini pandai-pandai sendiri menjatuh hukum bahawa "Anwar sudah bertaubat" sejak tidak lagi berkawan dengan UMNO. Lebih nak termuntah bila penjilat Anwar sama-tarafkan pula Anwar dengan Saidina Umar Al-Khattab r.a yang keras terhadap musuh Allah dan Rasul setelah meninggalkan zaman jahiliyahnya sewaktu memimpin dan menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Mekah bersama Abu Jahal. Tapi majoriti senyap tahu menilai kehodohan Anwar ni.. Pasal tu la parti tajaan Anwar gagal menjatuhkan BN dalam PRU13. |
ANWAR: ALLAH BERSAMA ANA, MANA MUNGKIN KITA KALAH GE13!! Posted: 24 May 2013 06:29 PM PDT Ikhwan Muslimin, pencetus dan peneraju "arab spring" yang berjaya menjatuhkan regim Hosni Mubarak di Mesir, telah menjemput Tun Mahathir berucap di hadapan pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir. Kerajaan baru selepas kejatuhan Hosni Mubarak gagal memulihkan keamanan dan kestabilan ekonomi Mesir walaupun sudah 2 tahun mentadbir negara tersebut. Mereka mahu mendengar pandangan Tun Mahathir bagaimana beliau membangunkan negara ini selama 22 tahun. Mereka mahu belajar model pembangunan yang telah direncana di Malaysia. Mereka mahu meniru dan mencontohi bagaimana Tun Mahathir melakukan "Malaysia Spring" dalam model ekonomi, sistem pemerintahan dan pelbagai dasar yang telah membawa kejayaan kepada negara hingga dikenali seantero dunia. Anwar Brahim pulak terbalik-songsang. Dia mahu rakyat negara ini meniru "arab spring" yang berjaya menjatuhkan kerajaan tapi terbukti gagal sama sekali untuk menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang dijatuhkan. Ironinya, kerajaan baru yang menjatuhkan kerajaan lama Mesir ini pula yang akhirnya mahu meniru "Malaysia Spring" ala-Mahathir yang telah membawa kejayaan kepada Malaysia. Kesongsangan Anwar ini bukan saja melibatkan masalah peribadi, malah meliputi semua hal termasuk yang melibatkan perkara penting yang melibatkan politik, kepentingan rakyat dan negara. Anwar sentiasa berusaha mencari jalan menentang ketentuan Allah. Anwar mahu Allah swt tunduk dan menuruti segala aturan dan perencanaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Anwar. Lihatlah bagaimana Anwar sedang berusaha merosakkan "Perencanaan Allah buat negara Malaysia" yang telah menetapkan untuk terus memberi kuasa pemerintahan kepada Barisan Nasional. Anwar secara jelas tidak mahu mengiktiraf "Keputusan dan Ketentuan Allah" yang telah mengerakkan hati majoriti rakyat untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Allah swt amat faham dengan maksud undi popular dan undi berdasarkan jumlah kawasan yang dimenangi. Allah swt maha adil. Dia mengkabulkan hajat semua pihak termasuk Anwar. Anwar sering mendakwa bahawa sokongan rakyat bersama dia, maka Allah berilah dia kemenangan undi popular. Allah sudah tunaikan hajat dia. BN pulak berhajat mahu terus mengekalkan kuasa, maka Allah berilah kemenangan "status quo" saja tanpa majoriti 2/3. Bukankah ini adil? Kepada Anwar dan para penjilat tegarnya, pintu taubat masih terbuka. Bertaubatlah kepada Allah kerana tidak mahu beriman dengan Rukun Iman yang ke-6, Percaya kepada Qada dn Qadar Allah. |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |