Apa Yang Tersirat |
- Anwar melalak di Dataran Petaling Jaya
- Blackout 505 PJ: Hanya 20 ribu hadir
- PRU-13: Bn menang undi popular di 9 negeri dan WP Labuan dan Putrajaya, PR di 4 negeri
- Blackout 505: Kurang sambutan
- Anwar enggan berundur: Masih mendakwa menang PRU-13
- Finale Blackout 505: Rambut Datin Rosmah diejek
- Dataran PJ: Lokasi Finale Blackout 505
Anwar melalak di Dataran Petaling Jaya Posted: 25 May 2013 10:09 AM PDT
| ||||
Blackout 505 PJ: Hanya 20 ribu hadir Posted: 25 May 2013 07:00 AM PDT
Menjelang 10 malam, Dataran Petaling Jaya yang boleh memuatkan 80,000, hanya dihadiri lebih kuran 20,000; walaupu Pengajur membuat pengumunan jumlah yang hadir menhampiri 50 ribu. Sambutan Blackout505 malam ini tidak mendapat sambutan jika dibandingkan pada 8 Mei lalu di Stadium Kelana Jaya. | ||||
PRU-13: Bn menang undi popular di 9 negeri dan WP Labuan dan Putrajaya, PR di 4 negeri Posted: 25 May 2013 06:30 AM PDT Anwar masih sibuk dengan UNDI POPULAR; namun bagaimana UNDI POPULAR itu diperolehi, Anwar menyembunyikan kepada para penyokongnya. Malaysiakini portal milik Pakatan Rakyat telah menyiarkan keputusan pengundian PRU-13 (Table atas), tabel ini bukan dari mana-mana pihak akan tetapi daripada portal yang mereka miliki sendiri. Daripada tabel tersebut, dengan jelas, 9 negeri dan dua kawasan wilayah Persekutuan iaitu Labuan dan Putrajaya undi popular menyebelahi barisan nasional; hanya di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, WP Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan, PR mendapat undi popular AYT bukan berkata berkaitan dengan kerusi parlimen, akan tetapi berkaitan undi popular. Berasaskan tabel di atas siapapun dengan mudah dapat membuat analisis. Sila lihat betul-betul berkaitan dengan data yang ada: Bn menang undi popular di 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya, sementara PR hanya menang d 4 negeri dan Sebahagian WP Kuala Lumpur. Berasaskan tabel Pakatan Rakyat mendapat 5,624,084 undi di seluruh negara, manakala Barisan Nasional 5,262,983. Dengan itu perbezaan undi adalah 361,101. Persoalannya berpunca darimana kah PR mendapat kelebihan itu? Mari Tengok : i. Di Kelantan Pakatan Rakyat mendapat 412,949 - 355,627 = 57,332 ii. Di Penang the Pakatan mendapat 492,863 - 229,859 = 263,004 iii. Di Perak the Pakatan mendapat 624,344 - 512451 = 111,893 iv. Di Selangor the Pakatan mendapat 1,044,758 - 685,502 = 359,256 v. Di KL the Pakatan mendapat 425,352 - 227,268 = 198,084 Berasaskan kepada angka-angka di atas, dengan jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang begitu besar di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi kaum cina; di negeri-negeri itulah punca Pakatan mendapat kelebihan 361,101 undi. Dari data di atas juga, walaupun Kelantan dimenangi Pakatan Rakyat dengan kuasa 2/3, namun kelebihan undi popular tiga parti itu hanya 57,332. Apabila dijumlahkan seluruh kelebihan undi Pakatan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur (di mana terdapat undi kaum cina yang ramai) dan Kelantan akan menjadi 989,569 undi. Di sinilah sumbangan 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya di mana BN mendapat undi popular, sehingga undi popular keseluruhan Pakatan hanya berbaki 361,101. Disebabkan Pakatan tidak mendapat sokongan daripada bumiputera/melayu, walaupun di kawasan kaum cina mereka mendapat hampir satu juta kelebihan undi, namun akhirnya kelebihan itu dikurangi oleh undi kaum bumiputera/melayu. Pakatan memang mendapat undi banyak daripada kalangan pengundi kaum cina namun bukan daripada kaum bumiputera/melayu. Atas sebab itu, Pakatan kalah undi popular di Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, WP Labuan dan WP Putrajaya. Berasaskan analisis ini, AYT berharap ramai rakan blogger atau sesiapa sahaja membaca analisis ini menyebarkannya, agar supaya ramai rakyat memahami duduk perkara keputusan PRU-13 dan erti undi popular yang diputar belit oleh Anwar sejak 8 Mei lalu. | ||||
Posted: 25 May 2013 05:04 AM PDT Penganjur Finalie Blackout 505 Badrul Hisham Shahrin yang juga anak saudara Anwar Ibrahim terpaksa membuat rayuan, kerana kurangnya sambutan terhadap himpunan yang mereka adakan. Difahamkan bermula dari 4 petang tadi sehingga kini, himpunan itu gagal menghimpun jumlah yang mereka perlukan. Setakat ini, hanya sekitar 10,000 ribu menyertai himpunan itu. | ||||
Anwar enggan berundur: Masih mendakwa menang PRU-13 Posted: 25 May 2013 04:29 AM PDT Anwar benar-benar menafikan sistem pilihanraya negara ini yang berasaskan demokrasi berparlimen, bukannya berasaskan sistem republik. Meskipun sistem republik digunakan seperti diamalkan Amerika, pun demikian, Anwar tetap kalah kerana, "electrol votes" tidak berpihak padanya, seperti mana berlaku antara Al-Gore semasa melawan George Bush bagi pertandingan Presiden Amerika. Pada pilihanraya itu, Al-Gore menang undi popular, namun gagal menjadi Persiden Amerika kerana kalah electrol votes kepada George Bush. Di Malaysia kemenangan pada pilihanraya ditentukan oleh jumlah kerusi, bukannya undi popular. Pada PRU-13 lalu, daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan BN menang 133 manakala tiga parti DAP-PKR-PAS kalau dijumlahkan hanya menang 89. Benar secara keseluruhannya undi tiga parti itu lebih banyak berbanding BN, atas sebab perbezaan antara jumlah pengundi Bandar dan luar Bandar. Bayangkan undi Parlimen Gelang Patah misalnya 107 ribu berbanding Parlimen Beluran 18 ribu. Pada PRU-13 lalu undi majoriti Teresa Kok daripada DAP sebanyak 54 ribu sama jumlahnya dengan seluruh pengundi negeri Perlis yang mempunyai 3 kawasan Parlimen. Anwar benar-benar memperbodohkan penyokongnya dengan menggunakan undi popular; sedangkan pendidirannya itu betul-betul bercanggah dengan sistem demokrasi negara ini. Berasaskan kepada pendiriannya itu, kononnya kerana tiga parti dalam pakatan rakyat mendapat undi 51 peratus berbanding Bn 48 peratus, maka Kenyataannya pada tahun 2010, bahawa dia akan berundur daripada dunia politik, sekiranya Pakatan gagal merampas Putrajaya, kini tidak berlaku lagi. Anwar, dalam ucapannya semasa kongres PKR ke-9, telah menyatakan tidak akan berundur daripada dunia politik. Kini Anwar sibuk dengan protes Blackout 505, dan pada malam ini di Dataran PJ, merupakan finale blackout 505. | ||||
Finale Blackout 505: Rambut Datin Rosmah diejek Posted: 25 May 2013 03:58 AM PDT Seorang pelawak Leman Raja Lawak mengejek rambut isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor "Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai. Dataran PJ yang menjadi lokasi finale blackout 505, kini dipenuhi sekitar 10,000 penyokong Pakatan Rakyat, sementara menunggu Anwar Ibrahim yang biasanya akan sampai pukul 10 malam. Anwar minat main tengah-tengah malam. | ||||
Dataran PJ: Lokasi Finale Blackout 505 Posted: 25 May 2013 03:18 AM PDT DATARAN yang boleh menampung 80,000 orang; boleh meningkat, jika manusia dipek macam sadin. Hari ini adalah jelajah ke-9 Blackout 505 anjuran Anwar Ibrahim bagi menyatakan protesnya terhadap keputusan PRU-13 yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Anwar tidak berpuas hati kerana gagal menjadi Perdana Menteri, apabila parti-parti dalam Pakatan DAP-PKR-PAS hanya mampu menang 89 kerusi parlimen berbanding Barisan Nasional 133 daripada 222 kerusi yang diertandingkan. Dalam keputusan PRU-13, parti DAP adalah yang mencapai keputusan terbaik di kalangan mereka, apabila menambah 10 kerusi berbanding keputusan PRU-12. DAP mendapat 38 kerusi Parlimen. PKR pula merundum daripada 31 kepada 30 dan Pas daripada 23 kepada 21. Semasa PRU-13, PR menang besar di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun kehilangan Kedah serta gagal mengulagi keputusan PRU-12 di Perak. Walaupun Para pemimpin PR yang lain bersukaria di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, di mana Menteri Besar atau Ketua Menteri telahpun mengangkat sumpah, malah barsian exco merekapun sudah mula bertugas, kecuali di Selangor; akan tetapi Anwar dan macai-macainya masih sibuk dengan lamunan, sehingga mendorong mereka turun ke jalan, untuk membangkitkan emosi penyokongnya. Sejak 8 Mei, selepas 16 hari, saban hari Anwar turun ke jalan dan meniup emosi penyokongnya, namun hingga setakat ini, mereka hanya khayal dengan perlikau diri sendiri. Benar mereka mampu menghimpun puluhan ribu penyokongnya, namun jumlah itu, tidak menggambarkan sambutan rakyat negara ini, di mana lebih 28 juta lagi adalah penyokong senyap yang cintakan keamanan dan menerima keputusan PRU-13 lalu. Anwar, tidak akan berjaya dengan misinya menumbang kerajaan yang dipilih rakyat, kerana 63 peratus rakyat negara ini, tahu Anwar dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |