Sahabat-Gunung |
SPR, Mohd Fadhli Khaharruddin, Undi 2 Kali & Pilihan Raya Kecil Posted: 24 May 2013 09:19 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tindakan seorang pemuda (Mohd Fadhli bin Khaharruddin) dari Kuantan yang cuba memperlekeh sistem pilihan raya dengan keluar mengundi dua kali, memakan diri apabila lelaki itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pilihan Raya. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan. Persoalannya:- Masalahnya macam mana dia dapat kertas undi dua kali? SPR jangan jadi bangang! Tangkap dulu pemberi kertas undi tersebut. Siasat siapa makhluk ini. Kalau dia tak bagi dua kali, maknanya budak itu menipu. (Jalil Backer) SG:Jadi, benarlah wujud keraguan pengundian di Parlimen Kuantan & DUN Tanjung Lumpur…. Jadi, BN kena buat petisyen kerana ada keraguan… Mungkinkah dalam masa terdekat ada dua pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Kuantan & DUN Tanjung Lumpur |
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |