Belantan |
- Bangkitlah daripada kekecewaan?
- PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura?
- Edisi kantoi Pakatan Rakyat : Gambar ‘Black Out’ hari mengundi fitnah dan lakonan – SPR?
- Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang!
- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya 'bakal' jatuh ke tanah juga - Rafizi Gagal Ketepi Tuduhan BAFIA?
Bangkitlah daripada kekecewaan? Posted: 24 May 2013 07:50 PM PDT Kaum Cina di negara ini diminta menghentikan kekecewaan nenek moyang mereka yang 'terpaksa' tinggal kekal di negara ini kerana pada asalnya ingin kembali ke Tanah Besar China tetapi terhalang akibat 'dasar tutup pintu' kerajaan komunis republik itu satu ketika dahulu . Sebaliknya menurut seorang pemuda yang dikenali sebagai Tai Zee Kin, masyarakat Cina tempatan perlu bersedia dan segera mengasimilasikan diri dengan kebudayaan dan persekitaran Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dengan kaum Melayu sebagai teras. Katanya, rata-rata masyarakat Cina tempatan bersikap cauvinis serta masih gagal berasimilasi dengan budaya dan masyarakat setempat seperti diaspora Cina di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Thailand yang melakukannya dengan rela hati tanpa berkompromi dengan identiti mereka. "Bangkitlah daripada rungutan dan kekecewaan nenek moyang kita yang tidak boleh pulang ke China. Kita telah selesaikan perkara tersebut. Biarkan rungutan dan kekecewaan itu terkubur bersama nenek moyang kita. Fikirkan semula pendirian anda sebagai rakyat Malaysia. "Sila berintegrasi dan berasimilasi dengan budaya tempatan dan sudah tentu, kekalkan Mandarin untuk menjejaki asal-usul anda. Bukan sebaliknya kerana ia akan membuatkan anda masih terperangkap dengan kekecewaan nenek-moyang kita," katanya seperti dipetik dalam blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com hari ini. Zee Kin seterusnya turut mengkritik masyarakat Cina Malaysia yang berterusan mempertahankan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya bagi memelihara kebudayaan serta keilmuan Cina yang berusia lebih 5,000 tahun yang dilihat menganggu proses asimilasi kaum. Sebaliknya, beliau menimbulkan persoalan adakah benar kewujudan 1,297 sekolah Cina di seluruh negara sejak dahulu bertujuan memelihara kebudayaan dan keilmuan Cina atau semata-mata mempersiapkan generasi kedua Cina di Tanah Melayu ketika itu untuk kembali ke China. Tambahnya, masyarakat Cina rata-ratanya rela menggunakan nama Kristian yang dianggap berdarjat lebih tinggi daripada Cina seperti Michael atau Joseph walaupun mereka bukan Kristian, berbanding menggunakan nama Islam seperti Zikri atau Melayu seperti Mawar, sebelum diikuti nama keluarga mereka. "Persoalan mengapa kita (Cina) gagal mengadaptasi nilai dan budaya setempat adalah sesuatu yang perlu kita renungkan. Saya tidak akan menyatakan sebabnya di sini kerana bimbang dilabel 'pembelot bangsa' seperti dilakukan secara biadab oleh golongan cauvinis (Cina) ke atas Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim," katanya.-UMO Suara Politik Belantan |
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura? Posted: 24 May 2013 12:04 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengakui berbangga dengan 21 rakyat Malaysia di Singapura yang ditahan polis republik itu atas kesalahan berhimpun kerana menyifatkannya sebagai kebebasan bersuara mereka yang mahukan keadilan sistem pilihan raya di negara sendiri. Sehubungan itu, empat pimpinan kanan PKR iaitu dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Chua Jui Meng serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini hari ini. Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan haram Bersih, Datuk S. Ambiga turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap PKR dan tindakan rakyat Malaysia terbabit. Ketika ditemui media selepas penyerahan itu, Tze Tzin berkata, tindakan 21 rakyat Malaysia tersebut merupakan satu bentuk patriotisme kerana mahukan keadilan di tanah air sendiri dan tiada kena-mengena dengan Singapura. Katanya, PKR juga sedaya-upaya akan menyediakan bantuan kepada mereka yang terbabit sekiranya diperlukan. "Dan kita sebagai rakyat Malaysia cukup bangga dengan tindakan mereka, walaupun mereka ada langgar undang-undang di Singapura tetapi itu satu kebebasan suara rakyat Malaysia. "Mereka tidak berniat untuk langgar sebarang udang-undang atau cabar kerajaan Singapura tapi tindakan mereka terhadap Malaysia, tiada kena-mengena dengan kerajaan Singapura (kerana) mereka nak tunjuk patriotisme terhadap Malaysia," katanya. Memorandum tersebut antaranya menyatakan kebimbangan PKR terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan akibat menganjur dan menyertai protes haram di Singapura pada 11 Mei lalu. Akibat protes haram di Merlion Park di republik tersebut pada 11 Mei lalu, salah seorang peserta dibatalkan permit kerja di Singapura, sementara dua lagi menghadapi pembatalan pas lawatan sosial ke negara jiran tersebut. Suara Politik Belantan |
Edisi kantoi Pakatan Rakyat : Gambar ‘Black Out’ hari mengundi fitnah dan lakonan – SPR? Posted: 24 May 2013 09:36 AM PDT Inilah antara gambar yang disebarkan dalam isu lampu padam atau 'Black Out' yang didakwa Pakatan Rakyat. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon. "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas. "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya. Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13. "Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya. Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah. Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara. "Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. – Bernama Suara Politik Belantan |
Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang! Posted: 24 May 2013 06:41 AM PDT Pemimpin pemimpin pembangkang ternyata berasa tidak selesa dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Jika sebelum ini DAP menggesa beliau menarik balik kenyataan berhubung pembangkang perlu berhijrah ke negara republik kalau tidak boleh menerima sistem pilihan raya di negara ini, kini gelaran Dewan Pemuda Pas pula 'menyerang' beliau. Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Harakahdaily semalam, menyifatkan kenyataan amaran Ahmad Zahid terhadap himpunan haram pembangkang sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun dan membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat. Sekali lagi kita menyaksikan kedangkalan Nasrudin yang mungkin teruja terpilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh berhujah. Beliau cuba menonjolkan diri sebagai pembela kepada agenda songsang pakatan pembangkang. Mungkin Nasrudin tidak menerima maklumat yang betul atau baru 'tersedar dari tidur' untuk memahami realiti atau fakta sebenar bahawa perhimpunan haram yang diadakan pakatan pembangkang tiada kaitan dengan memperjuangkan hak rakyat. Sebaliknya ia sekadar memenuhi agenda Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim yang kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri musnah. Dakwaan berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perancangan DAP yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN). Soalnya, sebelum Nasrudin membuat kenyataan, adakah beliau tahu bahawa kepimpinan tertinggi Pas tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan DAP. Kenapa Nasrudin hendak menjadi pembela kepada perhimpunan haram? Tahukah Nasrudin siapa yang paling ramai hadir ke perhimpunan-perhimpunan haram berkenaan? Paling memualkan, Nasrudin mendakwa Pemuda Pas tidak mahu peristiwa kononnya peserta perhimpunan haram Bersih ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap berulang. Jelas sekali Nasrudin bercakap hanya mengikut nafsu politik, kalau itu tuduhannya bagaimana pula dengan tindakan ganas peserta perhimpunan haram Bersih menyerang kenderaan polis sehingga seorang anggota pasukan itu cedera? Kenapa Nasrudin tidak mengulas mengenai tindakan biadab dan ganas Unit Amal Pas merempuh sekatan polis dalam perhimpunan haram itu? Malang sekali walaupun ada pemimpin Pas yang menentang perhimpunan haram, namun Nasrudin nampaknya senada dengan pemimpin PKR dan DAP. Cukup-cukuplah dalam setiap perhimpunan haram Unit Amal Pas menjadi 'pak turut'. Adalah lebih baik jika Nasrudin yang kini bergelar Yang Berhormat mengkaji dahulu sesuatu fakta sebelum membuat kenyataan. Amaran Ahmad Zahid bukanlah satu ugutan tetapi peringatan kepada pakatan pembangkang supaya menghentikan kerja gila mereka dalam mengadakan perhimpunan haram. Pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh selama-lamanya membiarkan pembangkang melakukan apa sahaja kononnya atas nama demokrasi dan memperjuangkan kebenaran serta keadilan. Jika benar berlaku penipuan seperti didakwa oleh pembangkang maka mereka masih boleh memilih saluran undang-undang untuk menyelesaikannya dan bukan melalui demonstrasi jalanan. Malahan Nasrudin sendiri kalau sudah yakin sangat berlaku penipuan dalam PRU -13 tidak perlulah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, jangan amalkan sikap berpilih-pilih. Ia memandang dalam kenyataan beliau, Nasrudin berhujah, jika kerajaan mengambil tindakan tegas, ia bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya. Kalau beliau tidak mahu berbuat demikian, maka sepatutnya Nasrudin memberi nasihat kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang dan bukannya sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan kepada Ahmad Zahid. Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, Ahmad Zahid hanya memberi peringatan kepada pembangkang terhadap keghairahan mereka untuk terus mencabar undang-undang melalui perhimpunan haram. Apa istimewanya pembangkang sehingga apa juga yang mereka lakukan tidak boleh ditegur atau dihalang biar pun melanggar undang-undang? Apakah pembangkang berasa kuat memandangkan perhimpunan haram mereka dihadiri ribuan orang? Tetapi itu bukan bermakna mereka berada di pihak yang betul. Jumlah kehadiran itu disebabkan ada kalangan rakyat yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya sehingga memungkinkan impian pembangkang untuk menawan Putrajaya gagal. Kalau betullah berlaku penipuan, kenapakah pembangkang hanya menerima keputusan yang mereka menang sahaja dan mempertikaikan kekalahan mereka di kawasan-kawasan tertentu. Dalam soal ini adalah lebih baik jika Nasrudin mengkaji secara mendalam apa perancangan di sebalik perhimpunan haram itu diadakan. Ia bukan untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik. Bagaimanapun penulis percaya, kenyataan Nasrudin tidak mungkin menjadikan beliau 'wira' sebaliknya hanya meletakkannya sebaris dengan pemimpin PKR dan DAP yang semakin bimbang dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Ahmad Zahid. Apatah lagi Ahmad Zahid sendiri sudah memberi kuasa penuh kepada PDRM untuk bertindak bagi membanteras apa juga usaha yang boleh menggugat keselamatan negara. Kalau betul pembangkang berada di pihak benar, mereka tidak akan memilih jalan yang boleh menghuru-harakan negara. Kenapakah perlu turun ke jalanan untuk melakukan protes keputusan pilihan raya, sedangkan mereka dikhabarkan mempunyai barisan peguam yang hebat-hebat untuk mencabar perkara itu di mahkamah. Oleh itu Nasrudin yang dianggap Ketua Pemuda yang paling lemah pernah dilahirkan oleh Pas perlu mengkaji fakta dan mematuhi nasihat Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahu penyokong-penyokong parti itu menerima keputusan PRU-13 dengan fikiran terbuka. Mungkin Nasrudin hendak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelapis pembangkang yang lantang, maklumlah pemilihan Pas akan diadakan tidak lama lagi.-UMO Suara Politik Belantan |
Posted: 24 May 2013 12:20 AM PDT Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu. Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata rayuan itu tidak mempunyai merit. "Dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai bukti," katanya. Apandi juga memerintahkan perbicaraan kes ini dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun. Pada pendengaran rayuan itu hari ini, peguam R.Sivarasa, yang mewakikili Rafizi, berkata tuduhan terhadap anak guamnya itu patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam. Katanya pendakwaan terhadap Rafizi, 37, atas tuduhan melanggar Bafia adalah bersifat menindas dan menyalah guna proses mahkamah, manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya. Apandi memberitahu Sivarasa bahawa pendakwa raya, yang juga Peguam Negara, diberi kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Katanya walaupun mahkamah itu mempunyai kuasa, termasuk di bawah Kanun Aturcara Jenayah, untuk mengetepikan tuduhan, tetapi ia mestilah bagi keadaan khusus dan tertentu sahaja. Timbalan Pendawka Raya Nahra Dollah tidak memberi sebarang hujah secara lisan tentang kenyataan panel itu bahawa mereka telah membaca hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa dan Rafizi. Pada Ogos tahun lepas, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar 'The Star', Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas. Pada 10 Sept tahun lepas, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu. Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 Nov tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Sivarasa memberitahu pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu – Bernama Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |