Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


PEDASSS..!!! PENGERUSI SPR ELOK LETAK JAWATAN KERANA...

Posted: 24 May 2013 05:37 AM PDT

Saya percaya ramai orang sudah letih dengan isu pengundi hantu, mengundi dua kali, black-out dan sebagainya. Terbaru muncul seorang budak mendakwa beliau telah mendapat kertas undi sebanyak dua kali. Menurut laporan media dan blog:
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, yang pernah mengambil bahagian dalam demonstrasi Anti-LYNAS mengaku keluar mengundi dua kali atas alasan mahu membuktikan ketelusan sistem pilihan raya walaupun menggunakan dakwat kekal.
Beliau dilaporkan mengundi pada kali pertama pada jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan keluar mengundi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama selepas mendakwa dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dia membasuhnya hingga bersih untuk pergi mengundi kali kedua (sebagaimana dalam laporan polisnya).
Fadhli bagaimanapun tidak membuang undi kali kedua itu, sebaliknya menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai dakwaan bukti kelemahan SPR, selain terus membuat laporan polis.
Budak ini ada kesungguhan untuk menjahanamkan sistem pilihan raya di Malaysia. Beliau pulang, hilangkan dakwat kekal dan datang mengundi semula. Anehnya beliau boleh dapat dua kali kertas undi walaupun namanya telah dipotong ketika mengundi kali pertama.

Ini pula jawapan pengerusi SPR...


Berdasarkan penjelasan Pengerusi SPR dan pengalaman penulis sendiri,tidak mungkin seseorang itu boleh mengundi dua kali dengan nama yang sama biar pun jarinya tiada dakwat kekal. Nama telah dipotong.

Persoalannya:
1. Mengapa setelah hampir seminggu belum ada tindakan diambil ke atas Petugas SPR yang terbabit? Kita tahu hanya petugas terbabit sahaja boleh memberi kertas undi kali kedua.

Jadi mengapa sehingga sekarang SPR belum membuat laporan Polis? Jika laporan polis telah dibuat mengapa sehingga sekarang Petugas terbabit belum ditahan reman untuk siasatan? Ini merupakan sabotaj tahap tertinggi dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia.

Hakikat perkara ini dilakukan oleh aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan ia dilakukan secara terancang. Perancangan ini tidak boleh dibuat tanpa komplot oleh petugas SPR.

2. Kita bukan lagi mahu dengar penjelasan demi penjelasan Pengerusi SPR. Pengerusi SPR asyik sebut soal undang-undang pilihan raya tapi sudah berapa ramai di dakwa?

Kita mahu melihat tindakan dibuat serta-merta. Masa depan keamanan dan keselamatan negara terancam akibat tindakan tidak cekap SPR menangani isu ini.

3. Pengerusi SPR usah tanya logik atau tidak. Yang rakyat mahu lihat ialah siasatan dan tindakan undang-undang dilakukan segera. Dedahkan siapa petugas terbabit, apa jawatan beliau dan apa latar belakang politik beliau.

Ini bukan kes pertama. Kes black-out di Bentong juga belum ada tindakan undang-undang walaupun semua parti bertanding termasuk DAP menafikan ianya berlaku. Kita sudah bosan dengan penjelasan tanpa tindakan.

Sudah hampir sebulan, tapi yang kita nampak hanya Pengerusi SPR asyik menerangkan tanpa tindakan.

PEDASSS..!!! PEMUDA PAS PALING SOPAN SANTUN DALAM DUNIA..!!!???

Posted: 24 May 2013 02:37 AM PDT

unit_amal_pas_militan_ganas_perusuh-300x200

Galak benar para pemimpin Dewan Pemuda PAS bersuara semalam. Kononnya mereka bertegas menolak sebarang bentuk aktiviti atau perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis pro-pembangkang bagi memprotes keputusan PRU ke-13 baru-baru ini.

Ketuanya, Nasrudin Hasan Tantawi dan kroni pewaris Nik Aziz di dalam PAS, Nik Abduh adalah di antara mereka yang tampil memberi kenyataan media  menolak keganasan serta suasana huru-hara dan kacau-bilau yang cuba ditimbulkan selepas keputusan PRU diumumkan.

Kononnya mereka menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang, yang menerima keputusan pilihanraya dengan hati yang puas dan redha dengan ketentuanNya.


Persoalannya, betulkah PAS tidak ganas dan tidak suka pada keganasan? Atau lebih tepat, benarkah Pemuda PAS itu sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa dan langsung tidak mengamalkan budaya ganas dalam amalan parti mereka?

Kalau benar, sejak bila Pemuda PAS jadi begitu? Hairan bin ajaib pula bila Pemuda PAS sanggup mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak berlandaskan realiti perbuatan mereka yang sebenar, bukan?

Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa yang membayangkan "kesopanan" dan "kesantunan" Pemuda PAS dalam alaf tamadun di zaman ini…

Ingat lagi peristiwa di himpunan bersiri Bershit 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini? Masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya bagaimana himpunan yang bermula dengan agenda memaki hamun, mencerca dan menghina anggota polis, pemimpin dan kerajaan BN itu bertukar menjadi ganas.

ganas

Memang betul ada salah satu siri Bershit itu, para pembangkang menghadiahkan bunga kepada anggota polis. Aksi menghadiahkan bunga itu dirakam puak Pakatan Haram itu. Tapi lepas diberi bunga, anggota polis itu di seranah secukup-cukupnya!

Ia diibaratkan "mula-mula beri makan sampai kenyang, lepas itu pijak perut orang tu sampai muntah!", bukan? Mujurlah anggota polis itu sabar dan diarahkan untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Kalaulah orang itu bukan anggota polis, rasanya budak PAS itu sudah "makan tar jalan"!

Saya ingin bertanya, pemuda mana yang ganas sangat masa Bershit tempohari? Kalau AMK, mereka ini kebanyakkannya adalah pemuda-pemuda "jambu" dan agak lembik. Tapi kalau Unit Amal PAS, merekalah yang berada di barisan hadapan, kan?

pas1

Malah siapa pula yang terbalikkan kereta polis di depan Sogo tempohari? Pemuda UMNO, kah?
Itu belum lagi disenaraikan beberapa keganasan melampau yang mampu menyebabkan kecederaan serius sehingga ke tahap meninggal dunia, hasil keganasan PAS!

Cuba bayangkan, kalau sebuah kenderaan dihentak dengan kayu ketika dipandu, apakah yang akan terjadi sekiranya pemandunya terbabas dan melanggar beberapa mangsa di depan tanpa sengaja atau kenderaan itu terlanggar tiang dengan kuat?

Pada saya, kalau betul pun Nasrudin dan Nik Abduh bencikan keganasan, saya yakin ramai setuju sekiranya saya mengatakan bahawa kedua pemimpin Dewan Pemuda PAS itu gagal mengawal akhlak para pemuda di bawah tanggungjawab mereka.

Justeru itu, tak payahlah kejar populariti memberi kenyataan media dengan memberitahu perkara yang mereka sendiri tidak mampu kotakan. Buat malu saja. Nanti Hadi perli "Pemuda buih pepsi cola", mereka tersinggung pula, kan?

Saya sarankan supaya mereka belajar dulu mengawal akhlak para pemuda PAS, khususnya Unit Amal yang bertindak kadangkala lebih "handal" dari samseng kongsi gelap. Berpakaian lengkap beruniform macam kadet polis, tapi muamalahnya macam samseng.

Harap Pemuda PAS cermin diri dulu sebelum bercakap, boleh?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! CERITA TAK SEDAP DAH MULA KEDENGARAN DI KEDAH...

Posted: 24 May 2013 12:17 AM PDT

Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah....teruk depa dikerumuni opportunis..!!!
Belum pun sampai sebulan barisan Exco dilantik, aku dah keluar beberapa cerita tak sedap telinga aku dengar. Bukan seorang dua yang ceritakan perkara ni kat aku, tapi dah lebih dari 10 orang dok beritahu perkara yang sama...

Depa kata, depa meluat tengok ramai pihak berkepentingan dan opportunis yang sekarang ni dok himpit kerumun sakan para Exco Kerajaan Negeri Kedah. Tu diaaaa..!!! Tu ayat mula yang keluar dari mulut depa...

Aku counter rungutan depa tu.. "hangpa jeles kot sebab tak dapat tembus jumpa Exco-Exco tu?". Aku tersengih menyeringai.. Depa balas, "Isssshhh.. kami ni nak himpit Exco buat apa? Takdak kepentingan pun! Aku ni kerja cikgu, nak buat apa jumpa Exco?" kata depa. Betoi jugak nooo...



Depa kata, contoh terbaik ialah Exco-Exco muka baru dan masih muda seperti Sabrina, Badrol Hisham, Pak Tam dan Rawi. Exco-Exco ni la yang jadi tumpuan dan dihimpit golongan opportunis. Tu belum lagi cerita pasal puak yang dok kerumun MB dan Exco lain lagi tuuuu...

Depa kata, sebelum senarai nama calon diumumkan, siapa yang dok bantu Sabrina, Badrol, Pak Tam dan Rawi? Masa tu takde siapa yang peduli kat depa. Depa buat kerja ke hulu ke hilir dulu takde siapa yang nak bantu. Kalau ada pun hanyalah beberapa kerat saja...

Maklum la.. masa tu Sabrina hanya Ketua Puteri Kulim - Bandar Bharu, Pak Tam hanya Ketua Pemuda Kubang Pasu, Badrol pulak hanya Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Rawi tu ADUN muda yang dok di Langkawi..

Tapi sekarang ni dah berbeza. Orang yang dulu dok kerat depa, tak peduli kat depa dan dok kondem depa kat belakang buat "muka sekupang" dok kerumun pi jumpa depa kat pejabat Exco tiap-tiap hari. Tak cukup kat opis, depa pi rumah. Kalau takat sms dan phone call tu, apatah lagi kannn? Dah tentu la banyak gilaaaa..!!!

Dalam hal ni, aku tak salahkan Exco-Exco tu. Ye laaa.. takkan la depa nak halau puak-puak yang dok himpit depa? Tu bukan cara orang politik. Suka atau tidak, depa perlu layan rakyat, termasuk la golongan yang dok cuba ambil kesempatan tu..kan? kan? kan?

Pada aku, perkara yang tak dapat dielak ni la yang selalunya akan menjatuhkan seseorang pemimpin. Kalau pemimpin tu cepat seronok kena "lambung" dan "kembang" bila dibodek golongan opportunis ni, lagi cepat depa jatuh. Ini namanya "sokongan bawa rebah"...

Selalunya, hanya pemimpin yang bijak menilai saja yang akan "selamat" dari golongan ni. Dan aku harap Badrol, Sabrina, Rawi dan Pak Tam berhati-hati dalam hal ni. Aku takdak kepentingan apa-apa, cuma sekadar nak mengingatkan...

Tapi, aku juga nak ingatkan golongan opportunis yang jenis muka tak malu "menyondol-nyondol" para Exco dan MB kita ni. Blogger-blogger kat Kedah ni bukan "buta" dan bukannya tak reti cari maklumat yang accurate. Jangan sampai kami publish muka korang besar-besar kat blog dan FB..heh!

Aku ingat lagi, pada malam DS Najib umum Dato' Mukhriz akan jadi MB Kedah kalau BN menang, aku tengok dalam sekelip mata ramai pihak yang dulunya "pengampu Tok Bashah" beralih tinggalkan dia. Depa kerumun Mukhriz pulak dah! 

Lepas Mukhriz jadi MB, lagi la panjang lidah depa dok bodek MB siang malam. Pantang MB buat majlis dan bertemu depa, tersengih-sengih kat keliling Mukhriz. Kononnya depa orang kanan Mukhriz. Tok Bashah langsung depa tak pandang dahhhh...

Tapi Mukhriz bijak. Dia tahu nilai siapa yang bodek dan siapa yang betul-betul boleh bantu dia bangunkan Kedah ni semula. Bodek la macamana pun, aku yakin Mukhriz "tak makan" bodek la broooo..!!!

Bila "bodek" depa tak jalan kat Mukhriz, depa pening! Dan bila beberapa hari kemudian Tok Bashah diumum jadi Timbalan Menteri, depa ni lari balik pi bodek Tok Bashah. Sampai KL depa ligan Tok Bashah..!!! Tu diaaaa..!!! Pelik betul golongan ni...

Tapi korang jangan salah faham. Golongan ni hanya sedikit saja. Segelintir kata orang. Tak ramai. Sebelum PRU dulu, berbulan-bulan dah aku dok pusing keliling Kedah ni dan aku dapati golongan pejuang UMNO/BN yang ikhlas membantu kemenangan tak bersikap macam tu...

Aku tengok, jentera dan mereka-mereka yang bantu BN Kedah sama ada di depan tabir atau di sebalik tabir kebanyakkannya relaks saja tengok gelagat kawan-kawan depa yang dok bodek MB dan Exco-Exco ni. Depa low profile dan takde kepentingan pun...

Ada sorang member yang aku kenal tu, dia dah mula pack barang dalam kotak, tandanya dia dah standby nak keluar dari opis. Member aku ni dulu jentera yang tiap-tiap hari ke hulu ke hilir untuk UMNO/BN setiap hari. Tapi bila UMNO/B dah menang, katanya tugas dia dah habis dan takdak sapa yang peduli kat dia dah...

Puas jugak la aku mintak dia sabar. Aku kata, mungkin pemimpin kita sekarang ni tengah busy. Maklum la depa baru set up working government dan mungkin tak sempat lagi nak fikir pasal dia dan yang lain-lain. 

Lagipun, antara seluruh rakyat negeri Kedah dan seorang jentera yang siang malam dok bantu parti, mana lebih penting? Dah tentulah rakyat Kedah, kan? Sebab rakyat la yang bagi undi kat pemimpin kita hingga menyebabkan BN menang kat Kedah, kan?kan?kan?

Member aku terdiam. Mungkin akui kebenaran aku. Dalam hati, aku hanya mampu berdoa supaya para pemimpin Kedah dapat tengok-tengokkan dia dan bantu apa yang patut untuk mereka-mereka yang bertahun-tahun siang malam membantu buat kerja untuk kemenangan UMNO/BN kat Kedah ni...InsyaAllah...sabar bro..sabar...

IZAN SUHAILA VS AIR ASIA: CERITA SIAPA YANG BETUL?

Posted: 23 May 2013 08:17 PM PDT

Dua kenyataan yang bercanggah! Izan Suhaila kata lain, Aireen kata lain. Mana satu yang betul? Korang rasa yang mana satu betul dan yang mana satu cuba nak "cover line"?

Izan, ibu yang ditahan bersama bayinya berusia 14 bulan tu kata Air Asia langsung tak tawarkan sebarang arrangement masa dia terkandas kat Vietnam...

Berikut adalah kenyataan terkini Puan Izan Suhaila...

"Kenyataan itu adalah tidak benar, Aireen menyatakan telah menawarkan tempat penginapan tetapi kami menolak, tapi sebenarnya tiada apa-apa 'arrangement' yang dibuat Air Asia.

"Itu yang saya tak pasti (tentang) kenyataan Aireen, daripada mana info yang dia dapat itu,"
Tapi Aireen pulak kata, Air Asia ada tawarkan hotel untuk kedua beranak itu menginap dan tiket percuma untuk diterbangkan kembali ke Malaysia. Aireen kata, Izan tolak tawaran Air Asia tu...Yang mana satu betul ni?

Pada aku, aku lebih percaya kat Izan. Sebab? Sebabnya, dari cerita Mazidul Akmal kat sini, aku yakin cerita ibu ini lebih konsisten dan berfakta. Bukan pasal aku tak suka Air Asia. Tapi berfikir secara rasional dan neutral, aku lebih yakin pada cerita Izan...(macam juri mahkamah pulak aku ni..heh!)

Aku harap CEO Air Asia ni (Aireen) tak cuba lagi menegakkan benang yang basah menerusi media. Kalau rasa tak puas hati, rujuk kat lawyer dan kalau ada kes, Air Asia boleh saman Izan. Tu pun kalau Air Asia kata dia dipihak yang benarlah...kan?

Pada aku, insiden yang dialami Izan ni adalah satu pengajaran yang berguna pada setiap pengguna dan pelanggan Air Asia. Apa yang aku lihat, Air Asia ni hanya kejar untung saja, profit oriented. Ye laaa.. mana ada syarikat nak rugi dan jatuh reputasi...

Tapi Air Asia lupa tentang sudut "MORAL VALUE". Semakin hilang ciri-ciri sayangkan orang Malaysia dan sikap kemanusiaan. Tak salah kejar untung, tapi agak-agaklah sikit...

Tambahan pula Air Asia ni mengupah anak saudara Anwar Berahim, Azran Rani Osman, sebagai CEO Air Asia X. Dia ni dah la kurang ajar, graduate dari Oxford, perasan bijak berfikir. Padahal, corak pemikiran dia tu tak betul, biadap dan lupa asal usul diri sendiri..

Aku tak kisah Air Asia nak terus "simpan" Azran. Simpanlah berapa lama pun takpe. Tapi jangan menyesal la..kan? Aku dengar jualan tiket Air Asia semakin merudum. Walaupun Air Asia banyak hantar tawaran penerbangan, jualan tiketnya merudum jugak, kenapa yer??? Heh!

GEMPARRR..!!! DAP TAMPAR KEPALA PAS KERANA TAK PAHAM GST..!!!???

Posted: 23 May 2013 06:37 PM PDT

Aku tengok, puak-puak PAS dah mula serang pasal isu GST. Aku tak tahu la sama ada puak PAS kat Kedah ni faham atau tidak pasal GST ni. Tapi setahu aku, depa di antara yang dok kutuk pasal GST ni kat blog depa...

Aku tertanya-tanya, dari mana depa dapat info pasal GST. Dari Mahfuz? Dari Mahfuz "Bean" Omar tu? Kah! Kah! Kahhhhh..!!! Takde orang lain ke? Kah! Kah! Kahhh!!! Dari orang yang tak lulus SRP tuuuu..? Kah! Kahhh! Kahhhhh..!!!

Ni tolong baca kat bawah ni. Ngeh Koo Ham sokong perlaksanaan GST. Pemimpin DAP ni siap letak benda ni kat blog dia.. DAP setuju, takkan PAS tak setuju kot? Lain la kalau PAS letak IQ kat bawah tapak kaki...heh!
























Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>