Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Tian Chua kena tangkap itu kuasa Polis , saya tak masuk campur - Zahid

Posted: 23 May 2013 06:40 AM PDT



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya polis mempunyai bukti dan asas kukuh apabila bertindak menahan tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO di bawah Akta Hasutan hari ini.

Tegasnya, beliau tidak campur tangan dalam penahanan itu dan menyerahkan operasi berkenaan untuk ditangani polis sepenuhnya.

"Segala urusan operasi saya serahkan keada polis dan saya yakin tentu polis ada bukti dan asas kukuh.

"Saya langsung tidak ada campur tangan dalam penahanan itu," katanya.

Zahid berkata demikian sewaktu mengulas penahanan naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS, Tamrin Ghafar Baba dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948 pagi ini.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata beliau bersedia menyiasat dakwaan penipuan pilihan raya yang didakwa berlaku kerana daftar warganegara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak kemas.

Namun jelasnya, kementeriannya hanya boleh menyiasatnya jika pihak yang membuat dakwaan menyerahkan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan kepada JPN.

"Saya alu-alukan sebarang aduan dan jika benar dan ada bukti, berikan kepada kami dan saya akan tentukan tarikh dan masa dengan pegawai kanan KDN (untuk menelitinya)," kata Zahid ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas melakukan lawatan kerja di JPN Putrajaya petang tadi.

Harakah & Suara Keadilan dirampas , undang-undang dikuatkuasakan bermula !! @zahid_hamidi

Posted: 23 May 2013 05:38 AM PDT




Akhirnya tindakan yang ditunggu-tunggu telah diambil . Akhbar fitnah pembangkang iaitu Suara kaldaian ,Harakah dan Roket DAP telah dirampas. 

Sepatutnya ia dijual kepada ahli seperti yang disyaratkan untuk permit , tetapi mereka telah melanggar peratusan KDN dengan menjual secara terbuka seperti akhbar -akhbar lain yang dibenarkan .

Syabas Datuk Seri Zahid Hamidi yang terus mengunakan kuasa mengikut peraturan yang ada pembangkang yang dilihat semaki berani melanggar undang-undang . Tak perlu takut dengan kecaman mereka kerana KDN bertindak mengikut undang -undang... sekarang ini zaman  Rules Of Law !!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.  
KDN dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.
Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN. 
"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," katanya kenyataan itu. 
Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu.- AgendaDaily  

TERKINI ! POLIS CEKUP TIAN CHUA & HARIS IBRAHIM !!

Posted: 23 May 2013 12:35 AM PDT




Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi.

SPR steady , perbuatan budak PKR undi 2 kali yang terperangkap !!

Posted: 22 May 2013 11:08 PM PDT


Walaupun SPR diserang bertubi-tubi setiap hari dengan fitnah-fitnah pembangkang , tapi orang kuat nya iaitu Pengerusi & Timbalan tetap steady & relaks  .

Terbaru dakwaan oleh seorang macai PKR yang kononnya mahu tunjuk   SPR tak telus dan boleh  undi 2 kali telah mendedahkan kepada kita bahawa segala rancangan jahat mereka memang dirancang .

Kita semua sedia maklum undi 2 kali menjadi satu kesalahan besar undang-undang akta pilihanraya  tetapi main dengan budak bangang yang diperalat ini ,  dia mahu melakukan juga .

Seperti contoh ..kalau  dah tahu merompak Bank itu satu kesalahan besar di sisi undang-undang  tapi bagi menunjukkan sistem keselamatan bank ini tidak telus , mereka nak juga  melakukan rompakan .

Sekarang terima lah akibatnya wahai macai PKR & Fuziah ...




Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas.
"Saya rasa budak ini, kalau dia cuba nak buat laporan polis itu untuk tujuan politik, dia akan hadapi kesan-kesannya.
"Saya harap polis siasat perkara ini secara menyeluruh dan beri satu hasil penyiasatan yang begitu menyeluruh dan rapi kerana benda ini menjadi satu kes siasatan yang menarik bagi SPR. Kita pun nak tengok hasil siasatan macam mana," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Jelas Wan Ahmad lagi, SPR akan menunggu hasil siasatan pihak polis berkenaan laporan pemuda itu, malah beliau sendiri menyifatkan hal ini sesuatu yang 'menarik'.
Walaupun pemuda berkenaan telah membuat laporan polis yang mendakwa SPR tidak telus dalam menjalankan tugas semasa hari mengundi, namun tegas Wan Ahmad, perbuatan pemuda tersebut jelas menunjukkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Pertama orang itu sendiri membuat kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu pergi mengundi dua kali dan kedua bawa keluar kertas undi dari tempat mengundi. Ini menarik. Kita tengok (hasil) siasatan. Dan seterusnya masuk akal ke kalau orang tu dah mengundi nama dia dah dipotong oleh kerani SPR dan ejen parti yang berada dalam itu kerana nama dia disebut dengan IC dan diteriak, dah dipotong lepas tu dia pula (datang) masuk mengundi sekali lagi. 
"Sejauh mana kesahihan cerita dia itu satu persoalan. Bagi orang yang tak faham teknikal kerja (SPR) orang seronok dengar cerita dia macam mana mengundi 2 kali. Tapi orang tak sedar yang dia cerita mungkin cerita rekaan yang tak benar," katanya.
Mengulas lanjut, Wan Omar berkata, perbuatan 'tidak masuk akal' pemuda berkenaan dipertikai kerana warganegara yang telah mengundi pada hari tersebut telah dipotong nama mereka daripada daftar pemilih, selain polis dan petugas SPR berkawal di tempat mengundi dan setiap saluran agar tiada kertas atau bahan terlarang dibawa keluar.
"Kita sendiri akan memastikan budak macam ini tak terlepas daripada undang-undang. Kalau dia sebelum ini diperalatkan oleh mana-mana parti politik konon nak malukan SPR, tanpa disedari budak ini telah meletakkan diri dalam risiko salah dari segi undang-undang," katanya lagi.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohd Fadhli Khaharruddin, 23 mengaku keluar mengundi dua kali atas alasan mahu membuktikan ketelusan sistem pilihan raya walaupun menggunakan dakwat kekal.
Beliau dilaporkan mengundi pada kali pertama pada jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan keluar mengundi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama selepas mendakwa dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh.
Fadhli bagaimanapun tidak membuang undi kali kedua itu, sebaliknya menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai dakwaan bukti kelemahan SPR, selain terus membuat laporan polis

HOT ! MANGSA DEDAHKAN AIR ASIA TIPU KONONNYA HULUR BANTUAN

Posted: 22 May 2013 09:39 PM PDT



Penumpang malang pesawat tambang murah AirAsia, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, menafikan menerima sebarang bantuan daripada syarikat penerbangan itu selepas dia dan anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, dihalang menaiki pesawat di Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke tanah air baru-baru ini.

Malah, kata Izan Suhaila, dia kecewa dengan sikap lepas tangan AirAsia ketika berada di Vietnam dan berasa dipermainkan selepas hanya menerima panggilan daripada syarikat penerbangan itu yang menawarkan tiket percuma selepas selamat tiba di negara ini.

"Saya tegaskan di sini, tiada apa bantuan pun diperoleh daripada syarikat AirAsia selepas saya dihalang menaiki pesawat penerbangan itu. Tiada siapa yang membantu saya daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (AirAsia) tidak langsung menawarkan sebarang bantuan, malah saya terus mengambil teksi pada pukul 11 malam di negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, malam ini.

Kenyataan Izan Suhaila itu berbeza dengan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar yang mendakwa, ibu malang berkenaan menolak bantuan pihaknya kerana sudah menerima bantuan daripada pihak lain.

Aireen seperti laporan Buletin Utama di TV3 malam tadi berkata: "Pihak kami telah tawarkan bantuan kepada Suhaila Mohd. Alian, termasuk balik dengan percuma pada ketika ini (itu), tetapi saya rasa puan Izan (Izan Suhaila) telah dapat uruskan dengan pihak lain, jadi kami hormati bantuan diberi pada masa dan hari yang sama."

Sementara itu, Izan Suhaila berharap kejadian yang menimpa dia dan anaknya tidak berlaku kepada individu lain pada masa akan datang.

"Saya sedih dan tidak mahu bercakap mengenai AirAsia lagi. Apa yang berlaku ini sesuatu yang tidak dapat diterima. Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain.

"Mujurlah saya ada ahli keluarga yang dapat membantu ketika saya dan anak berada dalam kesulitan. Tetapi cuba bayangkan jika individu yang terkandas itu tidak mengenali atau mempunyai sesiapa di negara orang yang boleh diminta bantuan atau dihubungi," katanya.

Pada 18 Mei lalu, Izan Suhaila dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.

Ibu berkenaan dan anaknya berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas dibantu Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, kakak Izan Suhaila, Norhamiza mempersoalkan kewajaran AirAsia memaksa adiknya itu tinggal selama lima hari di Vietnam sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

18 MACAI ANWAR DITANGKAP BERDEMONTRASI DI BALAI POLIS JINJANG !

Posted: 22 May 2013 05:54 PM PDT


korang lihat lah sendiri gambar ini  ...mujur la brader2 Polis ini sabar walaupun dimaki hamun betina2  macai Anwar ini ... Elok lah ditangkap puak-puak ini ..ingat Negara ini tak ada undang2 ka ?

Kalau la  Adam Adli itu bukan geng mereka & individu yang  hasut rakyat jatuhkan kerajaan PR di Selangor & PP , aku ingat puak2 ini akan meroyan dulu pergi buat laporan polis pertahan kerajaan mereka .



- Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini, malam tadi.
Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut. - UTUSAN



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>