Kembara Politik |
Kewujudan KR1M bikin peniaga pensimpati DAP jadi gila Posted: 22 May 2013 04:58 AM PDT 1. Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan satu langkah bijak untuk meringankan beban hidup rakyat miskin, berpendapatan rendah dan sederhana. 2. Sebelum KR1M dicetus dan dilaksana, pengguna terutamanya rakyat miskin terhimpit dengan kenaikan harga barangan yang dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga pensimpati DAP. 3. Pantang ada peluang, peniaga ini akan menaikkan harga tanpa mengira kesusahan rakyat. Apa yang penting bagi mereka ialah keuntungan mesti berlipat kali ganda. Susah payah orang miskin apa mahu dikesahkan. Janji mereka makin mewah dan makin kukuh di sector ekonomi. 4. Kerajaan pula tidak dapat mengawal sepenuhnya turun naik harga kerana sifat ekonomi bebas yang diamalkan. Kerajaan hanya boleh kawal harga bagi barangan asas. Itu pun kadang kala dilanggar semacam saja oleh peniaga ini. Tidak ada kasihan punya. Tidak pula kita sangka sebegitu buruk sekali peniaga ini punya kelakuan. Tamak haloba. 5. Tinjauan saya sejak KR1M diperkenal ialah harga barangan jauh lebih murah berbanding harga yang ditawar golongan peniaga yang ambil untung cekik darah. Bak kata orang peniaga yang rata-rata pensimpati DAP ini ambil untung sampai harga tahap potong leher punya. 6. Contoh harga yang dinaikkan ialah harga gula. Di pasaraya pensimpati DAP dinaikkan harga sehingga RM2.95 sedangkan di KR1M harga masih kekal RM2.50. Ada orang kata peniaga yang terdiri dari pensimpati DAP ini sengaja menaikkan harga untuk bagi rakyat marah pada kerajaan. Dalam masa yang sama dia kaut untung sampai perut buncit. 7. Tepung gandum yang dikeluarkan oleh pensimpati DAP dijual jauh lebih mahal bagi sekilogram berbanding hanya RM1.35 di KR1M. Tepung gandum di KR1M lebih enak rasanya. Tidak percaya, cuba buat cucur kodok. Saya guna tepung gandum ini sejak mula lagi KR1M perkenalkan. 8. Minyak masak 5 kg yang berlogo 1Malaysia di KR1M baru RM13.35. Cuba bandingkan dengan harga peniaga pensimpati DAP. Harga sudah macam ala ala Serbia. Serbia dan peniaga pensimpati DAP ini lebih kurang sama sahaja. Tidak ada bezanya! 9. KR1M bagi pandangan saya adalah satu langkah bijak oleh kerajaan. Sebab apa? Cuba kita kaji-kaji sikit dengan 4 sebab yang saya hendak tulis di bawah ini: 10. Pertama, KR1M ringankan masalah beban hidup orang miskin dari sudut pembelian barangan keperluan harian. Harga lebih murah di KR1M jadi dapat jimatkan perbelanjaan dan ada lebihan untuk disimpan atau belanja sekolah anak-anak. 11. Kedua, KR1M sudah jadi macam satu kedai penanda aras bagi harga keperluan barangan harian. Peniaga pensimpati DAP cukup gila memikirkan perkara ini. Apa tidaknya. Pensimpati DAP sudah tidak boleh hendak naikkan harga sesuka hati mereka. Tidak ada lagi keuntungan sampai buncit perut. Itu buat dia jadi gila. 12. Ketiga, KR1M menyediakan peluang kerja pada anak muda kita. Ada yang jadi juruwang dengan senyuman manis sentiasa. Ada yang jadi penyusun barangan dengan rajinnya. Ada yang bersihkan kedai tanpa jemu. Pokoknya, KR1M jana peluang kerja kepada anak bangsa. Kalau banyak KR1M dibuka, banyaklah anak muda kita dapat kerja. Banyaklah yang rasa jasa kerajaan membela rakyat. 13. Keempat, KR1M ini sudah jadi macam tempat untuk usahawan IKS Bumiputera pasarkan produk dan barangan mereka. Barangan mereka ada kualiti tapi tidak ada peluang untuk diletak di rak-rak di pasaraya pensimpati DAP sebab sikap rasis pensimpati ini. Produk Bumiputera dikenakan pelbagai syarat-syarat pelik semata-mata untuk membolehkan produk mereka diletak di rak jualan. Syarat-syarat pelik yang sengaja diadakan untuk menyusahkan dan melemahkan usahawan kita. 14. Tulis panjang-panjang pun tidak guna. Senang cakap, jom sama-sama kita sokong KR1M. 15. Kasi boikot itu peniaga pensimpati DAP! Duit kita bukan duit DAP. Hak kita untuk pilih di mana kita hendak beli kan? Rasis ke? ADA AKU KISAH?! |
You are subscribed to email updates from Kembara Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |