Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Guling Kerajaan : PAS, DAP Dah Tolak, Anwar bila lagi?

Posted: 21 May 2013 05:11 AM PDT



Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.

Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.

Nampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.

Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.

Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

‘Boikot Produk Cina’ Tidak Menjejaskan Apa-apa – Cina Malaysia

Posted: 21 May 2013 04:42 AM PDT


Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa 'boikot produk Cina' yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur.  Beliau tentunya bercakap tentang kempen 'boikot barangan Cina pro-DAP' yang kini sedang merebak di internet. 

Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu.  Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut.

Penulis percaya bahawa Yeah sedia maklum bahawa kaum Melayu telah lama bersabar dengan permainan rasis akhbar-akhbar Cina serta lakonan mengada-ngada kaum Cina dalam menangani isu-isu rasis, dengan harapan kaum Cina akan menghargai toleransi mereka.

Bagaimanapun, kaum Cina mengambil sifat toleransi Melayu itu sebagai suntikan dos kepada ego mereka.  Dari situ, keangkuhan kaum Cina yang dipamerkan dalam tragedi 13 Mei kini sekali lagi dipamerkan sepanjang kempen PRU-13. 

Hakikatnya, majoriti rakyat sudah muak dengan sikap hipokrasi-sensitif kaum Cina.  Setiap kali mereka diingatkan tentang kontrak sosial, mereka akan menjerit 'rasis'!.  Setiap kali mereka disoal tentang semangat nasionalis dan patriotik, mereka akan menyalak 'rasis'!.  Dan apabila Utusan Malaysia bertanyakan apa lagi yang mereka mahu, iaitu satu soalan yang jujur, terus terang dan mudah, akhbar itu dikutuk sebagai 'ultra-rasis'!

Di masa yang sama, akhbar-akhbar Cina dan ahli politik mereka terus memperhebatkan permainan isu rasis ini sehingga kemuncaknya masyarakat Cina gagal membezakan antara 'benci Melayu dengan benci Malaysia'.  Maka, hari ini, kita melihat anak-anak Cina memegang bendera Malaysia terbalik – dengan bangga. 

Selepas PRU-13, para ektremis Cina ini akhirnya bertemu buku dengan ruas.  Ramai guru-guru dan murid-murid Melayu di sekolah Cina mula memperkatakan tentang pengalaman mereka berhadapan dengan sikap rasis di sekolah.  Ramai lagi yang mula bertanyakan peranan akhbar-akhbar cina yang telah lama menanam sikap prejudis, keraguan dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, ahli politik Melayu juga sudah mula 'menyampah' dengan hipokrasi kaum Cina.

Sudah tiba masanya kita memainkan isu rasis ini secara terbuka.  Sepertimana yang penulis sering katakan pada rakan-rakan penulis, jika kita berurusan dengan seorang rasis, kita tidak punya pilihan selain turut menjadi rasis, atau kita akan ditindas.   Dan itulah yang kaum Cina inginkan sangat, iaitu 'menindas'. 

Jelas, kaum Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap chauvinis dan angkuh kaum Cina dan mula berkata:  "Jika ingin sangat bermain dengan isu kaum, maka ayuhlah kita main sama-sama". 

Mungkin ada yang menyangka, dari situlah bermulanya kempen boikot barangan Cina ini. 

Hakikatnya, ia telah bermula lama dahulu apabila kaum Cina dengan liciknya menyerang dan mengsabotaj semua produk bumiputera.  

Contohnya, apabila seorang taikun Melayu mengambil-alih Gardenia Bekeries (KL) Sdn Bhd tidak lama dahulu kerana bimbang dengan status halal tepung pembuat produk tersebut yang mana bekalannya dimonopoli oleh seorang taikun Cina, masyarakat Cina tidak menunggu lama untuk melancarkan boikot terhadap semua produk Gardenia. 

Alasan mereka?  Ia adalah milik kroni UMNO.

Ini adalah cara pemikiran tipikal seorang rasis iaitu, tidak apa bagi Cina untuk memonopoli tetapi tidak boleh bagi Melayu untuk memecah monopoli dan menyediakan persaingan yang sihat kerana ia adalah amalan kronisme; kecuali jika persaingan sihat itu melibatkan seorang Cina juga.   Seperti kata Yeah, ia adalah 'tidak sihat, kebudak-budakan dan rasis' bagi Melayu untuk memboikot barangan Cina tetapi ia adalah 'hak pengguna' bagi Cina memboikot barangan Melayu. 

Permainan rasis kaum Cina di sektor swasta juga merupakan rahsia umum, di mana mereka akan meletakkan 'mandarin' sebagai kelayakan dalam iklan-iklan pekerjaan.  Di utara, terutamanya, permainan rasis kaum Cina lebih terbuka di mana syarikat yang diterajui mereka tidak akan memberi peluang yang sama kepada kaum lain untuk maju.  Sesetengahnya pula secara langsung meletakkan skim gaji dwistandard berdasarkan kaum di bawah 'undang-undang tidak bertulis syarikat'. 

Selamanya kaum Cina itu angkuh, memberitahu semua bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh mereka kerana mereka mengawal ekonomi. 

Mungkin benar bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa dan bahawa kempen boikot barangan Cina ini tidak akan membawa kaum Melayu ke mana-mana.  Justeru, jika ia benar, maka kita percaya Yeah Kim Leng tidak perlu bimbangkan apa-apa.  Lagipun, beliau hanya bimbangkan kaum Cina, bukan begitu?  Dan kaum Cina tidak akan terjejas hanya dengan boikot dari kaum Melayu, bukan begitu? 

Kaum Cina telah menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kaum lain, maka kaum lain juga perlu 'belajar' untuk tidak memerlukan kaum Cina.   Dan untuk pengetahuan semua, pembelajaran ini telah pun bermula iaitu melalui 'kempen boikot produk Cina'.

Kerajaan Kelantan Wajar Ambil Semula Tanah Nik Aziz

Posted: 21 May 2013 02:38 AM PDT



Lebih kurang tiga minggu lalu, rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.

Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.

Selain Nik Aziz, isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.

Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.

Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya. Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.

Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan, jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob.

Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.

Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>