Panglima Perang Cyber |
- Maksiat Makin bercambah Di Shah Alam - Pelacur & GRO Makin Hidup Senang
- Kisah Demo 'Pecah Rekod' Hata Wahari dan Kaitan Dengan DAP
- RIDHUAN TEE: Transformasi Kabinet @NajibRazak & Kisah Cyber Trooper 'Laknat'
- Video - MB Datuk Ahmad Yakob Berterima Kasih Peruntukkan RM69 Juta Kerajaan Pusat Dan Qariah Kini Mula Dibenar Sertai Tilawah Kebangsaan 10 Jun Ini Di Kelantan ~ Gelombang Kick
- Kenyataan Akhbar @PDRMsia Gambar @AdamAdli Digari cc @Zahid_Hamidi
- Benarkah Isteri Nik Aziz Miliki 13 Lot Tanah ?
- Bila DAP PAS Mula Kecam Demo Jalanan @Anwaribrahim
- Menteri KDN @zahid_hamidi : Malaysia Bukan Bapa Saya Atau @Anwaribrahim Punya
Maksiat Makin bercambah Di Shah Alam - Pelacur & GRO Makin Hidup Senang Posted: 21 May 2013 05:48 PM PDT GRO Hadiah Kemenangan PR Di Selangor Sehari dua lepas sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO). Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi. Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut. Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum. Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri. Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam. |
Kisah Demo 'Pecah Rekod' Hata Wahari dan Kaitan Dengan DAP Posted: 21 May 2013 05:36 PM PDT Sejak Menjadi Ahli DAP, Hata Wahari semakin kurang ajar dan BIADAP Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti 'ultra kiasu' DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan. Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja. Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu. Namun, insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila, Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang 'menyambut' kehadirannya. Menurut rekod, Hata adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderung menyokong ideologi pakatan pembangkang. Malah beliau juga sebelum ini pernah mengugut akan mendedahkan kepada umum identiti sebenar 'Awang Selamat' Berbalik kepada isu menunjukkan isyarat lucah tadi, sebagai seorang yang berpendidikan dan kononnya mempunyai maruah diri, dia sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian. Ini secara tidak langsung menunjukkan pemikiran yang sempit serta sikap tidak profesional yang wujud dan membelenggu dirinya. Tak ubah seperti orang yang 'gila talak'. Sedangkan secara rasionalnya, jika benar terdapat rasa tidak puas hati, Hatta boleh menyuarakan perkara tersebut dengan cara yang lebih berhemah dan beradab. Syukur kakitangan Utusan mempunyai tahap mentaliti yang tinggi, kalau tidak meriah juga aktiviti demonstrasi petang semalam. Sebagai seorang yang telah terjun ke kancah politik, dia seharusnya menunjukkan sikap orang yang mempunyai sahsiah diri yang baik serta tidak menjatuhkan maruah sendiri dan agama. Orang politik akan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat dan sikap yang kurang rasional dan tidak profesional boleh mendatangkan impak negatif. Tetapi, inilah cara politik pembangkang, mereka lebih selesa gunakan kekerasan dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai kepuasan yang diingini. Kalau dapat diubah, mesti lebih cantik corak perjalanan politik negara yang mewujudkan satu persaingan yang sihat. Kalau beginilah gayanya pembangkang, memang tidak jauh perginya. Untuk menggantikan kerajaan sedia ada, haruslah menjadi yang lebih baik. Kalau orang-orang seperti Hatta Wahari ini yang dikumpul Pakatan Rakyat, memang buruk lah pakatan sampai bila-bila dan tidak akan wujud daya persaingan yang sihat. Biarlah bodoh sedikit, asal tinggi budi pekertinya. Kerana dengan adab yang tinggi, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Kawan pun senang untuk dicari. Cuma satu menjadi kemusykilan ialah, sejak ahli DAP ini dipecat dari Utusan, dia yang sebelum ini hanya memakai kereta cabuk, dilihat semakin bergaya dengan kereta mewah. Persoalannya dari mana sumber kewangan tersebut diperoleh? Renung-renungkan. |
RIDHUAN TEE: Transformasi Kabinet @NajibRazak & Kisah Cyber Trooper 'Laknat' Posted: 21 May 2013 04:53 PM PDT Transformasi kabinet dan cyber trooperTransformasi kabinet dan cyber trooper (Buka Minda, Sinar Harian 20 Mei 2013) Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat. Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14. Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai 'kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel. Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu. Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya 'berbau perkauman', diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau? Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah, bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini. Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008? Ringkasnya, sesiapa sahaja 'public figure' yang 'pro' UMNO BN akan 'ditelanjangkan' habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakanpsychological war far dan menaikkan PR. Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius. Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu 'memukul' pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis? Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia. Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita. Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul. Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan? Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya. Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali. Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India. Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?. Sent from my iPhone |
Posted: 21 May 2013 11:37 AM PDT Suka melihat dua pemimpin dari dua parti berbeza kini boleh duduk bersama saling membantu antara satu sama lain. Sejak 2008 pasca PRU13 Umno gigih menghulurkan salam perdamaian dan kini ia makin terang kelihatan. Bukan parti PAS yang kita serang tanpa alasan namun kesilapan mereka yang kita ingin diperbetulkan. Hakikat ini yang dibawa oleh blogger di dalam tulisan mereka termasuklah wartawan khasnya akhbar Utusan. Sejak sekian lama qariah di Kelantan dipinggirkan dan kini apabila mereka kembali dibenarkan maka ia satu perubahan amat besar di dalam corak pentadbiran MB Kelantan. Keberanian ini sudah tentu menunjukkan MB baru Kelantan tidak sama corak pemikiran dan pegangannya yang lebih berdiplomasi dan bijak menyusun langkah selepas sekian lama melihat kesilapan demi kesilapan selama 23 tahun menjadi Timbalan. Legasi Nik Aziz tampak semakin padam dan kita bersyukur Kelantan kini semakin mesra dalam hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan. Jalinan erat ini sudah pasti menguntungkan fizikal dan mental rakyat jelata yang sudah lama gagal hidup dengan hati yang tenang akibat pertelingkahan yang tidak berkesudahan antara dua parti utama Melayu Islam di Malaysia ini. Jika ada kesilapan kita akan terus bongkarkan dan khabarnya projek kini mula dibuat tender terbuka berbeza di zaman dahulunya yang menjadi antara punca Kelantan gagal mendapat pendapatan yang setimpal dari hasil kekayaan bahan galian buminya. Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang senyum ketawa bersama dalam sesi sidang akhbar membawa harapan besar kerjasama akan semakin dipertingkatkan dan kebencian akan semakin hilang berlalu ditelan arus zaman. Sekali tahniah kepada MB Kelantan dan kita doakan perpaduan antara umat Islam akan semakin kental dan utuh meredah ranjau berliku yang ditanam musuh Islam dalam kehidupan. Sumber : Sent from my iPad |
Kenyataan Akhbar @PDRMsia Gambar @AdamAdli Digari cc @Zahid_Hamidi Posted: 21 May 2013 07:13 AM PDT |
Benarkah Isteri Nik Aziz Miliki 13 Lot Tanah ? Posted: 21 May 2013 05:28 AM PDT Kerajaan Kelantan Wajar Ambil Semula Tanah Nik Aziz Lebih kurang tiga minggu lalu, rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan. Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta. Selain Nik Aziz, isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka. Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan. Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya. Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi. Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan, jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob. Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga. Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan. |
Bila DAP PAS Mula Kecam Demo Jalanan @Anwaribrahim Posted: 21 May 2013 05:25 AM PDT Guling Kerajaan : PAS, DAP Dah Tolak, Anwar bila lagi? Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu. Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak. Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas. Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara. Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook. Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya. Nampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara. Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara. Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.Sebarkan |
Menteri KDN @zahid_hamidi : Malaysia Bukan Bapa Saya Atau @Anwaribrahim Punya Posted: 21 May 2013 04:10 AM PDT Sudah kerap kali Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekeh pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri.Beliau betul-betul 'ambil kesempatan' hentam mana-mana menteri atau pemimpin UMNO kerana bukan ramai yang mahu melayan mulut Anwar yang'tiada insurans' itu. Sebab itu, Anwar rasa beliau semakin hebat dan terus melolong lebih-lebih lagi sejak pembangkang kalah pada PRU 13 sekaligus impiannya jadi Perdana Menteri turut terkubur. Macam orang yang makan cili dan sendiri rasa pedas, Ketua Umum PKR itu tak boleh tahan marah kepada Datuk Seri Zahid Hamidi yang gesa rakyat tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar darinegara ini. "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam ucapannya dalam perhimpunan di Seremban, 18 Mei lalu. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga anggap kenyataan Menteri Dalam Negeri itu satu kenyataan sombong yang menghina rakyat. Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikutkaedah mereka suka. Jika Anwar fikir Zahid pengecut dan tidak berani jawab bahasa kesatnya itu, beliau silap besar. Pada Isnin, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO 'pulang paku buah keras' kepada Anwar. "Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia," kata Zahid sambil minta Malaysiakini tulis apa yang dicakapnya itu. "Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal pro pembangkang tersebut. Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti dituntut setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian. "Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius dalam sidang media pada hari pertamanya di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Dalam pada itu, Zahid menghantar 'signal' jelas kepada mana-mana pihak yang merancang menimbulkan huru hara atau melakukan perbuatan menyalahi undang-undang supaya bersedia menerima akibatnya. Maksudnya, berani buat berani tanggung kerana kata Zahid "No more warning." Sehubungan itu, tegas Zahid, pendekatan baru KDN yang diterajuinya adalah dengan memberikan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Polis Negara dan ketua-ketua jabatan bertindak berlandaskan "Apa juga tindakan tidak ada motif politik tetapi asas perundangan sedia ada. Saya dan timbalan (Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar) tidak akan campur tangan (politik).". "Jangan marahkan kami atau KDN jika kena tindakan," ujarnya. Menjawab soalan mengenai pemimpin pembangkang yang mahu polis tumpu kepada soal keselamatan dan bukan menangkap orang politik, Zahid menegaskan, " itu tafsiran orang politik. Kita berjumpa tetapi bukandi jalanan atau gelanggang terbuka tetapi di Dewan Rakyat..jawab di Dewan Rakyat,,". Beliau menyelar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang yang tidak tahu membezakan langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Katanya, pihak terbabit yang masih menentang undang-undang kena'bersedia membayar harga yang mahal' . "Saya tidak akan campur tangan apa dilakukan Ketua Polis Negara. Jangan fikir tindakan polis adalah tindakan politik sebaliknya polis akan melaksanakan tindakan ikut undang-undang yang sedia ada,"tegasnya. Selain Wan Junadi hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – 20/5/2013- OLEH ROSLAN BIAN Sent from my iPhone |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |