Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


'Tiada mempunyai lesen' sebagai alasan AirAsia untuk enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta?

Posted: 21 May 2013 08:30 PM PDT


Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi pemberita memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.


Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.

Benarkah AirAsia 'tidak mempunyai lesen' atau mereka 'takut nak membawa jenazah' sebenarnya?

Suara Politik
Belantan

Nik Abduh anak Pok Nik cakap tak serupa bikin?

Posted: 21 May 2013 09:22 AM PDT



Mungkin kita masih ingat ketika Pas berkempen semasa PRU ke-13 yang lalu, Nik Abduh begitu lantang sekali menghasut rakyat untuk 'merampas' Putrajaya?

Saksikan lah video dibawah ini dari minit ke 2:30!

Antara kenyataan yang cakap tak serupa bikin Nik Abduh anak kepada Pok Nik!

" Mengapa kita mahu ke Putrajaya! Sila jawap...Tuan-tuan semua, kenapa kita mahu ke Putrajaya? Jawapannya ialah kerana Allah mengarahkan kita ke Putrajaya. Allah mahukan kita merampas kuasa itu dari pada musuh Allah dan musuh kita (UMNO)! Jadi insyaAllah kita hamparkan laluan ke Putrajaya dengan permaidani hijau. Dan walaupun bertukar darah dan dengan darah sekali pun, kita tetap akan ke Putrajaya!"

Begitu berkobar-kobar sekali Nik Abduh ketika itu bagaikan dirasuk jembalang!
 " walaupun bertukar darah dan dengan darah sekali pun, kita tetap akan ke Putrajaya!"



Namun selepas PRU-ke-13 dan Menteri KDN pula sudah bertukar tangan, tiba-tiba nadanya berubah sama sekali! Timbul persoalan mengapa Nik Abduh tiba-tiba berubah pendirian? Mana kenyataan lantang beliau yang nak merampas Putrajaya walaupun bermandi dengan darah sekalipun!

Apakah beliau sudah mula gusar dengan penderian keras Menteri KDN yang baru sehingga membuatkan beliau berubah nada?

Nampaknya kali ini Nik Abduh secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas itu mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh!

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.


Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.

Penulis teringatkan kata-kata yang berkobar-kobar yang keluar dari mulut Nik Abduh ketika beliau berkempen dalam usaha untuk merampas Putrajaya sebelum PRU ke-13 yang lalu dan bandingkan dengan kenyataan beliau yang terbaru! Cakap tak serupa bikin..?

Suara Politik
Belantan

Kenapa pembangkang hendak melenting macam 'kera kena belacan'?

Posted: 21 May 2013 06:21 AM PDT


Adalah sesuatu yang menghairankan apabila ada pemimpin DAP melatah dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan, pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahmad Zahid membuat kenyataan itu berikutan tindakan pembangkang yang terus memanipulasikan undi popular yang mereka peroleh seolah-olah ia melayakkan pembangkang untuk memerintah.

Tetapi seperti mana ditegaskan oleh Ahmad Zahid, selaku negara Komanwel, Malaysia mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui pembangkang sejak pilihan raya umum pertama lagi.

Tegas beliau, berasaskan acuan tersebut sistem pilihan raya Malaysia adalah first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote seperti mana diguna negara-negara republik.

Justeru tegas beliau, isu undi popular yang dijaja pakatan pembangkang dalam mengapi-apikan sentimen penyokong mereka agar turun ke jalanan bagi mencetuskan rusuhan tidak lebih hanya alasan untuk lari daripada hakikat kegagalan.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia ke pada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Janganlah kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, sistem yang telah sekian lama terpakai di negara ini dimomokkan sehingga sanggup mengajak rakyat turun ke jalan raya".

Itu penegasan Ahmad Zahid dan hujah seumpama itu tidak ada salahnya, justeru kenapa perlu pemimpin DAP melatah sehingga ada antara mereka mendesak Menteri Dalam Negeri itu menarik balik kenyataannya, memohon maaf kepada rakyat atau berhadapan dengan usul di Parlimen.


Sesuatu yang aneh, ketika pemimpin-pemimpin pembangkang menganggap PRU-13 berlaku penipuan dan penyelewengan sehingga mereka sanggup mengadakan perhimpunan haram setiap malam di seluruh negara, kini mereka bercakap soal hendak mengambil tindakan ke atas Ahmad Zahid di Parlimen.

Kalau betul sudah menganggap keputusan PRU-13 ini ada penipuan kenapa hendak bercakap soal Parlimen? Sepatutnya mana-mana ahli pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Apa yang melucukan pemimpin DAP menganggap kenyataan Ahmad Zahid ekstrem dan tidak menghormati rakyat.

Soalnya, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang menuduh BN menipu dalam PRU-13 apakah ia menghormati keputusan rakyat khususnya mereka yang mengundi BN?

Apakah pembangkang tidak memperlekehkan amalan demokrasi apabila terus mengadakan perhimpunan haram sedangkan dalam masa yang sama mereka juga sudah mengangkat sumpah memegang jawatan di negeri-negeri yang mereka tawan.

Mereka menyuruh Ahmad Zahid meminta maaf tetapi bagaimana dengan telatah memualkan mereka mengadakan perhimpunan haram? Tidakkah pembangkang perlu meminta maaf kerana seolah-olah mengajar rakyat negara mencabar undang-undang memandangkan perhimpunan mereka tidak mendapat permit polis?

Janganlah pembangkang cuba mengalih isu atau berlagak seolah-olah mereka sahaja yang betul. Apa yang dikatakan oleh Ahmad Zahid adalah satu kebenaran.

Gesaan Ahmad Zahid bukanlah luar biasa, itulah sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak boleh menerima sistem pilihan raya di negara ini.

Pembangkang tidak perlu melenting, melatah apatah lagi cabar mencabar. Sikap pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan mereka sehingga mahu menyeret rakyat menyokong perjuangan songsang mereka perlu diperbetulkan terlebih dahulu.


Jika mereka merasakan apa yang dikatakan oleh Ahmad Zahid itu tidak betul maka berilah penjelasan. Tetapi apa yang kita saksikan pembangkang lebih suka menyerang Ahmad Zahid termasuk menggunakan bahasa cukup kasar, "dia ingat negara ini bapak dia punya".

Pembangkang perlu menghentikan politik propaganda mereka dengan cuba meracuni fikiran rakyat untuk menyokong mereka dengan menggunakan isu undi popular.

Kalau mereka masih mahu menggunakan hujah berkenaan maka janganlah hendak mengalih isu dengan menyerang Ahmad Zahid pula.

Naib Presiden UMNO itu hanya menyatakan kebenaran supaya pembangkang memahami bahawa apa yang mereka lakukan sekarang adalah salah dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

Sekarang adalah masa untuk bekerja dan bukannya berpolitik. Rakyat sudah membuat keputusan maka hormatilah keputusan rakyat. Jika pembangkang berterusan mahu berpolitik maka selayaknya gesaan mereka kepada Ahmad Zahid dianggap 'angin lalu sahaja' sebab mana mungkin kita mendengar kelompok yang ibarat, kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Kalimullah pulak pertahan CEO AirAsia X?

Posted: 21 May 2013 02:03 AM PDT


Selepas kritikan terbuka Azran Osman-Rani, serangan terhadap akhbar Utusan Malaysia kini digerakkan pula ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang bertindak sebagai 'pelakon tambahan' mempertahan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu.

Menerusi laman Twitternya, Kalimullah melahirkan rasa bangga melihat rakyat bersatu mengutuk Utusan Malaysia yang turut didakwa sebagai rasis.

Malah, beliau berkat: "Only the bigots will find comments like that of Azran Osman-Rani offensive. He is a true Malaysian. (Hanya orang yang taksub akan melihat kenyataan Azran Osman-Rani sebagai menyakitkan. Dia adalah rakyat Malaysia sejati."


Beliau menambah: "I wonder sometimes under which rock some of these Utusan personalities crawled out from. Must be a real sank dark place. (Saya tertanya-tanya, dari mana munculnya pihak yang menyokong Utusan ini. Mesti dari ceruk mana )."

Sebagai reaksi kepada kenyataan Kalimullah itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menempelak Kalimullah yang seolah-olah tidak memahami maksud sebenar 'true Malaysians'.

"Kepada Kalimullah, saya ingin bertanya adakah dia faham maksud 'true Malaysians' (Malaysia sejati)? Apakah (true Malaysians) itu orang sepertinya?" katanya kepada Utusan di sini hari ini.


Dalam masa sama, beliau menambah, kenyataan Kalimullah itu tidak penting kerana perkara utama ketika ini adalah penjelasan dan pendirian sebenar Azran.

"Saya cabar Azran tampil membuat kenyataan sama ada dia masih pertahankan pendiriannya terhadap Utusan Malaysia. Tidak guna orang lain buat kenyataan apatah lagi orang seperti Kalimullah," katanya.

Kalimullah sebelum ini pernah menjawat Pengerusi AirAsia X dan jawatan itu kini dipegang Tan Sri Rafidah Aziz.

Dalam pada itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, walaupun Kalimullah merupakan seorang Melayu bandar, ahli perniagaan itu perlu menyedari asal-usulnya.


"Sedarlah apa yang mereka kecapi kini adalah atas dasar siapa yang memperjuangkan dahulu? Mereka ini berjaya hasil perjuangan UMNO. Cuba Kalimullah duduk di Singapura, bolehkan dia menikmati apa yang dikecapi kini?

"Begitu juga dengan Azran. Mereka ini tidak boleh dijadikan contoh kepada pemikiran orang Melayu. Mereka harus bertaubat, insaf serta sedar," katanya.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang menghentam Utusan Malaysia sebenarnya tidak memahami falsafah serta perjuangan akhbar itu malah tidak membaca akhbar tersebut.

"Mereka sebenarnya membaca akhbar bukan Melayu. Sedangkan akhbar Melayu inilah yang menyedarkan orang Melayu serta menerima pandangan Melayu," katanya.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>