Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

IPOHMALAY

$
0
0

IPOHMALAY


Pihak Berkuasa Sahut Cabaran Adam Adli

Posted: 20 May 2013 08:54 AM PDT


Ini petikan asal berdegar-degar menyucuk sanubari Menteri KDN dan PDRM malah seluruh rakyat Malaysia yang rasional dari seorang mahasawai tercicir :
Meanwhile, student leader Adam Adli Halim challenged the authorities to arrest him for urging the public to overthrow the government. SEMENTARA ITU, PEMIMPIN MAHASISWA, ADAM ADLI MENCABAR PIHAK BERKUASA MENANGKAPNYA KERANA MENDESAK ORANG RAMAI UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN.
"Najib calls us the minority, but today we are proud to be the new majority in the country. We are able to mobilise and seize back our democracy that was stolen from us," he said to loud cheers. MENURUTNYA, NAJIB MENYEBUT BAHAWA MEREKA ADALAH MINORITI TETAPI HARI INI, KITA BERBANGGA BAHAWA KITALAH MAJORITI BARU DI DALAM NEGARAINI. KITA MAMPU BERGERAK DAN RAMPAS KEMBALI DEMOKRASI YANG DICURI DARIPADA KITA SAMBIL DISAMBUT DENGAN SORAKAN.
"We cannot wait for five years to overthrow Umno and BN, 2013 is ours. We will bring them down. "KITA TAK BOLEH TUNGGU LAGI 5 TAHUN UNTUK MENGGULINGKAN UMNO DAN BN. 2013 IALAH TAHUN KITA. KITA AKAN JATUHKAN MEREKA."
"I urge the people of Malaysia to unite and go down to the streets to take back what is ours. Elections won't overthrow the government, the people's power will," he added."SAYA MENGGESA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA BERSATU DAN TURUN KE JALANRAYA UNTUK MERAMPAS KEMBALI HAK KITA. PILIHANRAYA TIDAK MENJATUHKAN KERAJAAN, KUASA RAKYAT BOLEH!" KATANYA LAGI.

Ini pendapatannya hasil dari itu :

Simpan je mamat ni lama-lama kat dalam. 

Lagi Bukti Utusan Akhbar Perkauman!

Posted: 20 May 2013 07:50 AM PDT

Utusan akhbar perkauman? Lihat bukti di bawah. Mana tanggungjawab media lain? Politik beribu jam selagi belum tutup kedai? Bagi Melayu mabuk, apa saja kata Guan Eng, pasti dianuti. Khalifah kebanggaan mereka. Khalifah kepada Melayu mabuk inilah yang mula menggerakkan kempen anti-Utusan.

Menyentuh soal AirAsia, apa tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia? Berhabis jutaan ringgit untuk pasukan bolasepak Inggeris yang ceroi, cendol,  bulan-bulanan kata orang sebelah. Semata-mata keseronokan sendiri. Kebanggaan yang ditafsir kebangangan abadi. Oh lagi satu, untuk menaja drag show kah? Haha. Buat rugi je. 

Lain kali lah, kalau nak mengata orang, lihat diri sendiri. Bagus sangatkah? 


ISNIN, DISEMBER 20, 2010

Inikah Bukti Utusan Malaysia Akhbar Perkauman Melayu?

Guan Eng barua dajal menyebut, siapa yang baca Utusan Malaysia, bukan rakyat Malaysia sebenar? Utusan Malaysia melancarkan kempen membantu Hui Yee mendapatkan jantung sedikit masa lalu. Adakah Hui Yee bukan rakyat Malaysia? Adakah para penderma juga bukan rakyat Malaysia?

Adakah Roket (akhbar sampah) melancarkan apa-apa program kebajikan yang membantu masyarakat? Adakah Suara Keadilan (akhbar sampah) menjalankan tanggungjawab sosial dengan berkesan? Adakah Harakah (bapak akhbar sampah) menunjukkan rasa tanggungjawabnya membantu mereka yang memerlukan? (Tidak termasuk ahli politik PAS yang memerlukan kuasa desperately)

Tee Hui Yee, 14, seorang gadis Cina yang diselamatkan oleh 'propaganda' Utusan Malaysia pada Oktober 2007 yang kononnya perkauman itu, malah dalam beberapa hari sahaja selepas Utusan melancarkan kempen mencari jantung untuk Hui Yee, dia telah menerima beberapa sumbangan dari orang Melayu sendiri!

Bukan Hui Yee sahaja, Tan Geek Koon, 41, juga mendapat gantian organ yang diharapkan selama setahun selepas Utusan Malaysia mendedahkannya pada tahun 2009!

Nah, sebenarnya Guan Eng lah bukan rakyat malaysia. Kerana bukan sahaja Melayu yang ditindas, malah orang Cina sendiri tidak ada yang dibela melainkan mereka yang sudi menjilat buntutnya sahaja.

Inilah hasil kerja sebuah akhbar 'perkauman' dan 'ekstrimis' seperti yang didakwa oleh seorang pemimpin Cina berhaluan kiri yang dari dahulu memainkan api perkauman tanpa asas.

Tidak hairanlah orang Cina Pulau Pinang sendiri membenci Lim Guan Eng. Lim Guan Eng sepatutnya ditangkap dan dihumban ke tahanan. Kepala bapak engkau lah. Tapi memang kepala bapak kau pun tak guna jugak.

Peniaga Gerbang Malam Kini Bagaimana? Sihat?

Posted: 20 May 2013 06:11 AM PDT




Kecoh beberapa hari sebelum PRU13, beberapa para peniaga Melayu di satu-satunya kawasan perniagaan orang Melayu ala 'Uptown Downtown' di tengah-tengah bandaraya Ipoh berteriak dengan menyebut mereka tidak akan undi BN , malah akan menyokong DAP.

Golongan ini dikatakan mewakili persatuan peniaga disitu. Mungkin perlakuan mereka atas rasa tidak puas hati dengan sesuatu isu atau terlalu yakin bahawa DAP akan kembali memerintah Perak.

Mereka lupa, DAP langsung tidak pernah suka mereka saat mereka diberi ruang oleh MBI untuk berniaga sepanjang Osborne Street itu satu ketika dahulu. Kuat lupa demer ni.

Mereka kemudian menambah gimik tersebut dengan mengadakan flash-mob ala mereka di hadapan gerbang.


Tinjauan pada pagi Sabtu lalu, bendera-bendera DAP masih melingkari gerbang yang menjadi tugu kawasan tersebut yang dipanggil Gerbang Malam.

Keterlanjuran kumpulan ini dibalas dengan kemenangan BN di Perak. Mau dibawa ke mana kebanggaan mereka ke atas DAP? Mau diesak tangis ke mana apabila akhirnya mereka akan hilang keistimewaan di situ?

Kini Uptown Sunway Ipoh di km 10 Jalan Ipoh-Tanjong Rambutan menjadi alternatif pengunjung. Semakin hari semakin meriah. Walaupun dikunjung Ahli Parlimen Tambun ,Husni Hanadzlah dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah semasa masing-masing berkempen, profesionalisme pengurusan Uptown Sunway Ipoh perlu diberi tabik. Walaupun baru, tetapi cukup matang.


Uptown Sunway Ipoh

Penembusan Internet Di Malaysia Capai 77%

Posted: 20 May 2013 01:55 AM PDT

Kadar penembusan internet di Malaysia naik dari 22% pada tahun 2008 kepada 77% pada hari ini! Tetapi jika dilihat kepada kononnya PR berjaya menghadirkan 'tsunami politik' semasa PRU12 pada tahun 2008, penembusan lebih 3 kali ganda hari ini masih mengekalkan kerajaan BN sebagai pilihan elektorat berpaksikan undi elektoral yang adil untuk rakyat bandar dan rakyat desa.

Penembusan internet ini ternyata ke atas penyokong PR atau BN? Jika diterjemahkan hasil PRU13 yang memperlihatkan peningkatan undi ke atas golongan luar bandar, ternyata penembusan ini lebih meliputi kepada penyokong BN

Tetapi harus diingat, dalam menyebut 'luar bandar' , kita harus sedar bahawa di Malaysia, secara rasminya di kaca mata antarabangsa, peratus penduduk bandar adalah 70%.

Kalau dilihat pula kadar penembusan Internet jalur lebar pada tahun 2008 hanya 22 peratus dan meningkat 66.7 peratus tahun 2013. Ketika ini negara mencatatkan pengguna Internet sebanyak 22.7 juta atau 77.84 peratus daripada populasi 29.1 juta. Sementara itu 50 peratus daripada populasi pula adalah pemilik akaun Facebook dan ini meletakkan Malaysia negara ke 18 terbanyak pemilik akaun Facebook terbanyak. Daripada jumlah ini 34 peratus pemilik akaun facebook berumur antara 18 hingga 24 tahun.

Maka tidak hairanlah kalau DAP menubuhkan pasukan tentera siber yang dinamakan Red Bean Army yang terdiri daripada pengundi muda parti itu. Kumpulan tentera siber yang seramai 200 orang ini diberi gaji dan latihan secukupnya untuk menyebarkan doktrin politik DAP sejak enam tahun lalu. DAP terlebih dahulu memanfaatkan media sosial untuk tujuan memperkasakan parti dan orang Cina.

Walaupun media sosial menjadi pemangkin kebiadapan tetapi analoginya sama seperti pisau yang boleh melukakan. Pada masa yang sama boleh digunakan untuk mempertahankan diri dan memudahkan kehidupan harian. Media sosial memberikan banyak faedah sekiranya kita menyedari kesan buruknya kalau tidak digunakan dengan tujuan yang betul. Kebebasan tetap ada sempadannya dan yang berlaku dalam media sosial bukan kebebasan tetetapi pencabulan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130519/re_02/Media-sosial-penggalak-undang-undang-koboi#ixzz2ToxdjTON 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AirAsia Tindas Rakyat

Posted: 20 May 2013 01:35 AM PDT

MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh

Izan Suhaila Mohd. Ali mendukung anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza berusia 14 bulan ketika berada di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.

Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."

Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.

"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130520/dn_14/MAS-Tourism-Malaysia-selamatkan-ibu-dan-bayi-di-Ho-Chi-Minh#ixzz2Totx8eOm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710