ANGIN PERUBAHAN |
- Rakyat Singapura & United Kingdom Iktiraf Keputusan Pilihan Raya Malaysia, Baca Kisah Ini
- Fahami Perancangan Arab Spring Yang Mahu Dibuat PKR
- Lihat Video Ini, Elakkan FlashMob Keganasan Yang Dirancang Pembangkang
- Ketua Polis Negara Yang Baru Dihina Oleh Penyokong Pembangkang
- Ngeh Koo Ham Perlekeh Orang Melayu Luar Bandar
- Nik Amar Kata Ada Pengundi PRU13 Yang Munafik
- 3 Pilihan Raya Kecil Akan Diadakan Selepas Ini.
- Sultan Johor Beri Amaran Keras Pada DAP
- Video Eksklusif Lahad Datu Yang Belum Pernah Ditonton Sebelum Ini
- "Pengundi Hantu" Mahu Saman Laman Web Pembangkang
- Respon Rakyat Terhadap Kabinet Baru Persekutuan
Rakyat Singapura & United Kingdom Iktiraf Keputusan Pilihan Raya Malaysia, Baca Kisah Ini Posted: 17 May 2013 06:00 PM PDT Pembangkang di Malaysia perlu membaca dan mengkaji beberapa keputusan pilihan raya yang telah berlaku di beberapa buah negara. Usah memalukan diri sendiri bila gagal menerima fakta dan hakikat. Di Singapura, keputusan pilihan raya pada 2011 menyaksikan parti PAP hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja berbanding pembangkang. PAP kuasai 81 daripada 87 parlimen tetapi hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja. Berbanding pembangkang yang mendapat hanya 6 kerusi tetapi mendapat 39.9% undi popular. Contoh kedua adalah keputusan pilihan raya di United Kingdom pada 2010. Lihat pada keputusan undi popular dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Konservatif, Parti Buruh dan Parti LDP. LDP mendapat 23% undi popular tetapi hanya menang 57 kerusi (9%) daripada 650 kerusi. Parti Buruh mendapat undi popular sejumlah 29% tetapi dari segi peratusan kerusi adalah 258 (40%) daripada 650 kerusi. Parti Konservatif mendapat undi popular sejumlah 36% tetapi dari segi kerusi adalah sejumlah 306 kerusi (47%). Di Singapura dan United Kingdom, pihak yang kalah menerima keputusan dengan baik tanpa mempertikainya di atas jalan raya. Mereka tidak melompat di atas jalan untuk kutuk sistem demokrasi negara mereka sendiri. Habis pilihan raya, mereka memfokuskan usaha untuk memaju dan membangunkan negara. Mereka faham tentang undi popular dan majoriti menang mengikut jumlah kerusi di parlimen. Jika kalah, tunggulah 5 tahun lagi untuk mencuba nasib lagi. Di negara ini, ada pihak yang sudah kalah dan mahu memperbodohkan rakyat dengan membuat "logik akal" mereka sendiri. Menuduh, menghasut dan memperlekehkan sistem demokrasi. Sedangkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan parti yang menang sudah pun mengangkat sumpah. Sistem demokrasi yang sama digunakan di tiga negeri tersebut. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Malu jika rakyat di Singapura dan United Kingdom melihat ada rakyat Malaysia yang masih lagi tidak faham amalan demokrasi. Terimalah hakikat, jagalah nama negara. Fokuslah kepada pencapaian Wawasan 2020, lagi 7 tahun misi itu perlu dicapai secara bersama. |
Fahami Perancangan Arab Spring Yang Mahu Dibuat PKR Posted: 17 May 2013 05:00 PM PDT |
Lihat Video Ini, Elakkan FlashMob Keganasan Yang Dirancang Pembangkang Posted: 17 May 2013 04:00 PM PDT |
Ketua Polis Negara Yang Baru Dihina Oleh Penyokong Pembangkang Posted: 17 May 2013 10:30 AM PDT Jangan diberi muka pada orang sebegini. Wajar dikenakan tindakan tegas agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Mereka cuba mencabar kedaulatan undang - undang negara (Rukun Negara yang ke-4). Sekarang sudah semakin banyak wujud budaya biadap pada penguasa undang-undang. Mereka perlu diajar akur dengan Rukun Negara. Dengan menghormati Rukun Negara dan mengaplikasikan rukun rukunnya barulah negara ini akan berada dalam keadaan yang stabil dan baik. |
Ngeh Koo Ham Perlekeh Orang Melayu Luar Bandar Posted: 17 May 2013 09:30 AM PDT Dalam twitternya bertarikh 17 Mei 2013, jam 8.56 malam, Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen DAP Beruas) dengan jelas menulis ramai orang luar bandar dan miskin mengundi BN. Siapa yang dimaksudkan oleh Ngeh tersebut? Yang tinggal di luar bandar majoritinya adalah orang Melayu. Mengapa perlu bersifat rasis dengan menuduh orang luar bandar sebagai miskin dan sebagainya? Tuduhan Ngeh Koo Ham ini adalah tuduhan palsu. Harga barang tidak naik seperti mana yang dituduh. Sudah pun disahkan oleh KPDNKK (baca sini). Ngeh Koo Ham memang terbukti rasis dengan menuduh orang Melayu sedemikian. Itu pun ada lagi orang Melayu di bandar yang hendak sokong DAP? Sedarlah, siapa sebenarnya DAP. Bila sudah dapat kuasa, parti PAS pun tidak dipandangnya. Bukan sekali, tetapi dua penggal. PAS hanya melukut di tepi gantang di Pulau Pinang. |
Nik Amar Kata Ada Pengundi PRU13 Yang Munafik Posted: 17 May 2013 08:28 AM PDT |
3 Pilihan Raya Kecil Akan Diadakan Selepas Ini. Posted: 17 May 2013 02:30 AM PDT Demam pilihan raya umum ke-13 baru 12 hari berlalu, namun khabarnya ada tiga kawasan akan diadakan semula pilihan raya kecil berikutan kes mahkamah tiga orang wakil rakyat pembangkang. Mereka yang terbabit dipercayai akan terlucut jawatan selaku wakil rakyat kerana kes mahkamah tersebut seterusnya memberi laluan untuk pilihan raya kecil diadakan. Maklumat lanjut tiga orang wakil rakyat tersebut adalah seperti berikut. |
Sultan Johor Beri Amaran Keras Pada DAP Posted: 17 May 2013 01:30 AM PDT Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda 1. Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Setakat ini sudah beberapa Facebook Pages yang menghina keputusan Baginda Sultan Johor sudah telah dikesan. 2. Oleh itu , keputusan untuk melantik Datuk Tee Siew Keong adalah atas jemputan Baginda Sultan Johor sendiri dan sekirannya penyokong – penyokong dan troopers DAP mahu membangkitkan serta mempertikaikan isu ini maka hal ini adalah satu penghinaan kepada perintah baginda Sultan Johor. 3. MCA masih berpegang teguh kepada janji dan prinsip parti mereka untuk tidak berada dalam kabinet kerajaan namun dalam isu kerajaan negeri Johor adalah diluar kawalan MCA kerana MCA lebih mengutamakan penghormatan kepada Instutisi Beraja dan Kedaulatan mereka untuk tidak menetangnya pelawaannya. 4. Diharapkan supaya penyokong dan Siber Troopers DAP tidak melampaui batas mereka demi kepentingan politik sehingga keputusan Baginda Sultan Johor hendak mereka politikkan. 5. Sekirannya gambar dan berita politik ini tidak dipadamkan maka diharapkan ada pihak yang mampu untuk melaporkan kepada pihak Surunhanja Komunikasi Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. |
Video Eksklusif Lahad Datu Yang Belum Pernah Ditonton Sebelum Ini Posted: 17 May 2013 12:30 AM PDT |
"Pengundi Hantu" Mahu Saman Laman Web Pembangkang Posted: 16 May 2013 11:30 PM PDT |
Respon Rakyat Terhadap Kabinet Baru Persekutuan Posted: 16 May 2013 10:03 PM PDT |
You are subscribed to email updates from ANGIN PERUBAHAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |