Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAKATAN RAKYAT BAKAL HILANG 3 KERUSI, JENTERA BN DIMINTA BERSEDIA

Posted: 16 May 2013 08:30 PM PDT



NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.

Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes. 

RAFIZI RAMLI DI MAHKAMAH 10 JUN 2013
Kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun ini.
Hakim G. Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini.

Mohd. Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali.

Pada 23 November 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.
Mohd. Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lalu atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Pada 1 Ogos 2012, Mohd. Rafizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada konsultan media, Yusof Abdul Alin dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa mempunyai akses kepada salinan rumusan akaun Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Mohd. Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Johari yang merupakan bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang pula didakwa bersubahat dengan Mohd. Rafizi melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) akta tersebut dibaca bersama Seksyen 97(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.

TIAN CHUA DI MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013
UMNO berhak di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.

Menurut Ab. Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu.
Ab. Rauf berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.

Peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 15 Mac lalu, Ab. Rauf dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO yang telah dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lalu selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab. Rauf mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan tersebut, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

*Desas mengesahkan di kalangan peguam senior berkecuali berkata kemungkinan Pilihanraya Kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Diharap jentera BN di kawasan terbabit tidak menunggu keputusan Mahkamah baru hendak menggerakkan jentera PRK, sebaliknya dinasihatkan supaya persediaan dibuat awal dari sekarang untuk mengenal pasti keperluan pengundi dan rakyat di kawasan terbabit.

EMEL KEDUA: AIR ASIA DELAY EVERYDAY EVERYWAY EVERYTIME

Posted: 16 May 2013 07:39 AM PDT

 
AIR ASIA FLIGHT DELAY EVERY DAY EVERY WAY EVERY TIME
Tempoh 24 jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri, apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.

Apa nak dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu, memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.

Saya diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri. Dia tidak sedar dirinya berdiri kerana perjuangan orang-orang Melayu terdahulu dan perjuangan akhbar-ahbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.

Saya diberitahu Tony Fernandez, Datuk Kamarudin, Tan Sri Rafidah dan juga Datuk Pahamin Rejab memberikan pandangan yang positif kepada perjuangan kita membuang si Tanggang moden ini dan si Kitul moden ini. Kamu Azran tidak layak untuk marah dengan gelaran itu, kerana jutaan orang Melayu lebih teramat marah dengan kebodohan kamu menghina perjuangan orang Melayu mempertahan kepentingan Melayu melalui Utusan Malaysia. Jika kamu marah, kamu marahlah diri kamu sendiri.

Kamu kata dalam perbincangan petang tadi kamu hendak saman Utusan Malaysia dan para blogger yang tersangat amarah dengan kamu! Kamu patut saman diri kamu sendiri!!!

Hingga ke hari ini, kamu tidak tulis dalam tweeter kamu betapa Rasisnya akhbar-akhbar Cina yang mengutuk dan mengeji orang-orang Islam dan orang-orang Melayu! Kenapa kamu tidak ulas kamu benci tulisan-tulisan Rasis dalam akhbar-akhbar Cina itu? Kamu butakah, atau hati kamu buta?

Kamu tahukah berapa kali Datuk Pahamin Rejab naik tangga turun tangga dan mengejar Tun Dr. Mahathir untuk menerangkan dan meyakinkan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Air Asia. Kamu tahu kamu hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang kamu pinjam dari MAS? Kamu tahukah kerajaan ketika itu merelakan laluan-laluan MAS diberikan kepada kamu supaya kamu boleh untung sedikit dan kerajaan tidak minta apa-apa pun melainkan tunjukkanlah sikap Patriotik kepada bangsa kamu, dan sayangilah perjuangan bangsa kamu yang dihinadina oleh orang lain sekarang ini?

Kalau kamu ada di hadapan saya sekarang, saya akan baling muka kamu dengan  tahi penumpang-penumpang Air Asia yang tertipu dan tertekan dengan pelbagai syarat tambahan dan bayaran tambahan yang kamu create dalam sistem online kamu! Tahi itu untuk lambang mulut kamu yang menghina perjuangan orang-orang Melayu yang mengharapkan adaptasi dan wajadiri hanya di Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang benar-benar memperjuang aspirasi bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Kalau bukan Utusan Malaysia, siapa lagi yang berani ke depan memperjuang mempertahan dan mengabdikan dirinya untuk agama dan bangsa kita? Kamu nak mengharapkan Sin Chew Jit Poh atau Nanyang Siang Pao kah wahai Azran Osman Rani???

(emel kedua dari Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir)


MENJELANG UMUR 71, ANWAR SALAHKAN TAKDIR TUHAN

Posted: 15 May 2013 11:45 PM PDT

Yusof Harun– Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4.

Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara.

Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru meninggal dunia.

Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi PM ke-4.
Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir.

Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui takdir tidak menyebelahi mereka.

Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan 'Ini Kalilah' Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.

Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain. 

Walaupun sudah tersurat bagi Pas 'habuk pun tarak', namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.

Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi. 

Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen 'reformasinya'.

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, "Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya."

Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.

Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap.

Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia.
Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles