KEPAL NASI KEPAL BERAS |
Posted: 16 May 2013 09:50 AM PDT SPR nak kaji dan tunggu berapa lama baru saman Anwar yang bebas menuduh SPR menipu undi untuk menangkan BN? Nak tunggu berjuta-juta lagi rakyat Malaysia lercaya dengan apa yang dituduh oleh Anwar? Nak tunggu berjuta rakyat yang ditipu hidup-hidup oleh Anwar ini bangkit dan menggulingkan kerajaan yang sah kerana telah hilang pertimbangan akibat dirasuk Anwar? Memang malapetaka besarlah buat negara jika rakyat memberontak terhadap pemerintah yang sah di atas sebab-sebab bukti palsu, fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang dibawa oleh manusia yang tidak beriman denganrukun iman ke-6, Qada dan Qadar Allah. SPR harus sedar bahawa SPR sedang berhadapan dengan usaha terancang manusia penolak takdir yang sedang giat menjatuhkan dan mencemar kredibiliti SPR sampai ke tahap "barua" BN dengan mitos dan kisah yang tidak ada asas dan hujung pangkalnya. Hingga kini manusia anti-takdir Allah ini belum membawa apa-apa bukti melainkan hanya memberitahu dan menaikkan darah para pendokong gerakan anti-takdir bahawa dia ada bukti jekas wujud penipuan oleh SPR. Karpal Singh tidak setuju dengan langkah merbahaya yang sedang digerakkan oleh Anwar. Azmin Ali juga tidak bersetuju dengan tindakan Anwar membawa rakyat bermain politik terlampau. PAS langsung tidak ikut campur. Masing-masing menerima dan beriman dengan takdir waklaupin ada di kalangan mereka bukan islam Jika SPR lambat saman manusia anti-takdir ini, gerakan menghasut rakyat yang sedang digerakkan ini akan terus meningkatkan momentum dan sokongan rakyat. Belajarlah dari Anwar. Apa hal pun samam dulu. Pertahankan diri dulu. Perbicaraan dan proses mahkamah lambat selesai. Kadang-kadang bertahun. Takkan SPR nak biarkan Anwar menjelajah seluruh negara menghasut rakyat dan jutaan sokongan sudah berjaya ditanamkan persepsi "memang SPR" menipu, baru SPR nak saman! Masa tu silap haribulan, Pejabat SPR pun dah kena bakar akibat dari sentimen hasutan siang-malam yang dibawa oleh Anwar! |
Posted: 15 May 2013 07:34 PM PDT Dalam entry dulu-dulu Kepal Nasi kerap kali menulis tentang matematik politik di Malaysia. Bukan bermaksud untuk mengiktiraf analisa atau telahan sendiri tetapi itulah yang berlaku hasil dari keputusan PRU13. Kepal Nasi kerap kali mengingatkan Perdana Menteri, kegagalan memahami matematik politik Malaysia atau political Equation yang pernah menghasilkan kecemerlangan terhadap agama, bangsa dan tanah air di dalam suasana menang-menang dan toleransi boleh mendatangkan bahaya kepada Barisan Nasional. Political Equation di Malaysia realitinya harus berasaskan dan mengambil pertimbangan "Kepelbagaian kaum dan kepercayaan yang wujud". Political Equation ini harus difahami kecenderungan, matlamat, budaya dan mentaliti setiap kaum yang ada. Ia pasti berbeza. Hanya satu persamaan yang wujud pada setiap kaum ini, iaitu mereka sangat sensitif dengan segala kepentingan yang berkait dengan kaum masing-masing. Ia adalah naluri semula jadi kejadian manusia yang dijadikan berbagai bangsa. Di samping itu setiap kaum ini sensitif dengan sentimen kepercayaan masing-masing. Impian untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia dalam ertikata sebenar yang melangkaui kepentingan kaum dan kepercayaan adalah yang terbaik tetapi ia juga terlalu ideal. Seringkali ia lebih kepada retorik dari realiti. Lebih kepada nilai kosmetik dan hanya dilihat pada permukaan sahaja. Ini realitinya. Hakikatnya, kaum melayu, cina dan India yang menjadi 3 kaum teras di negara ini tidak mungkin akan melupuskan kepentingan kaum mereka demi untuk menjadi bangsa baru yang bernama bangsa Malaysia. Tidak mungkin mereka akan melupuskan kepercayaan masing-masing semata-mata untuk membina satu kepercayaan bersifat baru untuk seluruh rakyat Malaysia. Apa yang mungkin boleh dilakukan ialah mencapai kata sepakat dan titik persefahaman atau lebih tepat lagi bertoleransi dan memahami realiti kehidupan dan kepentingan masing-masing kaum. Caranya ialah masing-masing kaum tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum yang lain dan masing-masing kaum bebas mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing, seperti yang diunjurkan oleh Islam, "engkau dengan agama engkau, aku dengan agama ku". Satu lagi rukun penting yang boleh diusahakan ialah memelihara hak dan kepentingan sah masing-masing kaum dan tiada siapa di kalangan kaum ini dibenarkan menuntut melebihi dari apa yang telah dipersetujui dan diakui akan hak masing-masing kaum. Hakikatnya semua ini sudah termaktub di dalam perlembagaan di atas persetujuan masing-masing kaum. Itu adalah asas dan realiti yang menjadi rukun wajib kehidupan di dalam kepelbagaian yang wujud di Malaysia. Sebarang pelanggaran atau pengengkaran terhadap persepakatan ini pasti akan menyumbang kepada perkara-perkara baru yang akhirnya akan menimbulkan keresahan, kebimbangan dan syak wasangka di antara kaum. Kehidupan menjadi tidak selesa sepertimana sebelumnya. Masing-masing kaum akan mula tuntut-menuntut hak. Semangat toleransi di antara kaum akan beransur pupus. Bila budaya tuntut menuntut berkembang subur, maka masing-masing kaum akan mula berasa tidak selamat dan melakukan pula tindakan pencegahan, iaitu mencari jalan mempertahankan hak masing-masing dari jatuh ke tangan orang lain. Secara keseluruhannya norma kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini akan berubah dari suasana toleransi dan saling tidak menyentuh sensitiviti serta hak masing-masing kepada suasana tuntut-menuntut dan saling mempertahankan hak-masing-masing. Tanda-tanda keruntuhan nilai ini sudah jelas dan kesan atau "produk" akhirnya adalah keputusan PRU12 & 13 lalu. Apabila kerangka dan asas kehidupan secara permuafakatan di antara kaum dan kepercayaan di dalam kepelbagaian sudah berubah bentuk, maka "produk" akhirnya pasti berubah wajah. Bagaimana untuk negara dan pemimpin negara mahu memikirkan dan mengatasi perubahan pola dan norma kehidupan rakyat di dalam kepelbagaian berbentuk baru yang merugikan semua pihak ini? Apakah kita mahu menjalankan kaedah merawat semata-mata tanpa perlu kepada mekanisma pencegahan dan memperbetulkan semula asas-asas persefahaman antara kaum dan kepercayaan yang sedang dilanggar dan diengkari oleh kaum dan kelompok tertentu melalui "slogan" manis liberalisasi dan hak kesamaratan? Ketempangan kabinet disebabkan ketiadaan wakil MCA yang sudah ditolak oleh kaum cina adalah manifestasi dan menjadi bukti jelas kebenaran hujah saya bahawa apabila bentuk dan asas-asas kehidupan bernegara yang selama ini mengikat kukuh pertalian melalui perkongsian kuasa dan permuafakatan telah dikesampingkan dan tidak dipegang dengan kukuh oleh kerajaan, maka secara otomatik struktur pemerintahan negara akan menjadi tempang. Membiarkan keadaan ini berlarutan akan menyebabkan sistem dan nilai yang ada semakin "longsor". Percubaan untuk memperbetulkan kembali tetapi dengan cara yang tidak menepati kehendak-kehendak dan prinsip-prinsip asas yang telah membawa kejayaan, pasti akan menemui jalan buntu. Jika tiada keyakinan, kekuatan dan keberanian untuk mengembalikannya, ia tidak akan kembali. Jika tidak dibuat, kaum-kaum di negara ini akan cenderung untuk menanam 2 jenis pokok sahaja, iaitu "pokok kek kau" dan "pokok kek den". |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |