Taipingmali (tm) |
- Antara Jangkaan dan Harapan Rakyat Terhadap Barisan Kabinet Baru
- DAP Tak Mainkan Politik Perkauman????
- Dua (2) Cina Dalam Kabinet, Bukti PM Hargai Masyarakat Cina
- Menteri Kerja Raya cukup ngam
- 5 Perkara Rakyat Malaysia Mahu Yang Kit Siang Wajib Tahu
- Lawak menteri kabinet
- Sekolah Vernakular Kilang Lahirkan Ahli DAP Rasis
- Rasuah: SPRM Bertindak Profesional
- Barisan kabinet rakyat
- Kerajaan Perak akan tumbang selepas 6 bulan PRU 13
- Boikot Syarikat Taja Anwar
Antara Jangkaan dan Harapan Rakyat Terhadap Barisan Kabinet Baru Posted: 16 May 2013 12:38 AM PDT Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan semalam dan malangnya, ia disambut dengan keluhan. Dunia seolah-olah terhenti seketika, sunyi, seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini. Kadangkala apabila keadaan terlalu senyap, kita menjadi gelisah. Apatah lagi apabila melihat musuh kita turut senyap seolah-olah 'merestui' kabinet baru yang dilantik. Sedangkan musuh yang kita kenal itu tidak pernah merestui apa-apa yang kita lakukan sebelum ini. Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi Barisan Nasional dalam PRU-13 kerana terlalu takut jika Pakatan Rakyat menang, kini tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu BN menang, atau sekadar membantu BN menunda kekalahan? Entah kenapa, majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba 'memberi muka' dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet ini adalah yang terbaik. Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru. Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kepimpinan. Ini tidak menghairankan kerana kita semua sudah 'terbiasa' dengan pemerintahan dinamik dan tegas Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima apa-apa yang berbeza dari cara itu. Tun Mahathir telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar, berani mencabar Zionis, lantang menghentam Soros, pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara, bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia. Biarpun beliau dihentam dan dicemuh, tetapi beliau konsisten dan fokus dengan perancangannya sehingga akhirnya satu demi satu yang mereka yang mencemuh dan menghentamnya terpaksa akur bahawa beliau benar. Kaum Cina yang sebelum itu menggelar beliau Ultra-Melayu juga akhirnya akur bahawa beliau bukan rasis lalu memberi sokongan padu kepadanya. Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia di zaman Tun Mahathir adalah jelas iaitu 'ketegasan' adalah penting, dan bukannya 'populariti'. Dari situ, Malaysia muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah. Jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan. Kenapa? Tidak lain tidak bukan ialah kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus 'terbalik' dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas. Justeru, rakyat yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari menaruh harapan yang tinggi agar keadaan 'diterbalikkan' semula sepertimana zaman kegemilangan Malaysia. Tidak cukup sekadar ekonomi yang teguh dan kukuh jika soal maruah bangsa dan negara tidak diambilkira. Ancaman keganasan serta penjajahan alaf baru kini bukan lagi sesuatu yang dibaca di akhbar dan ditonton diTV. Tetapi ia sudah begitu dekat dengan kehidupan kita. Oleh kerana itulah semua yang sebelum ini 'malas' mengundi, telah turun memberi kemenangan kepada BN supaya ancaman itu dapat dikekang dan dihapuskan supaya kita boleh fokus ke arah membina negara. Di saat ini, rakyat berada dalam keadaan resah dan gelisah melihat musuh-musuh negara bebas ke sana ke mari membuat onar dan melakukan kerosakan tanpa apa-apa tindakan. Jika persoalan awal di kalangan rakyat berbunyi 'apakah yang ditunggu oleh kerajaan?', soalan selepasnya kini berbunyi 'apakah yang kerajaan takutkan?' Dan semua persoalan ini perlu dijawab secepat mungkin oleh barisan kabinet baru. Rakyat hanya mampu berharap agar keresahan dan kegelisahan mereka dapat dihilangkan dengan segera. Kini, terpulanglah kepada mereka yang dilantik untuk memastikan resah dan gelisah rakyat itu tidak bertukar menjadi menyampah. |
DAP Tak Mainkan Politik Perkauman???? Posted: 15 May 2013 11:58 PM PDT Sungguh mengarut!!!! Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC), Zairil Khir Johari semalam ketika Wacana Sinar Harian mengatakan parti DAP tidak pernah memainkan atau mengamalkan politik perkauman. Inilah antara kenyataan yang paling kelakar kerana umum mengetahui parti dokongan beliau itu merupakan gerakan politik 'ultra kiasu'. Yang paling menarik, Zairil tidak dapat menafikan mengenai dominasi kaum Cina di dalam DAP. "Ya, memang kebanyakan ahli DAP dari masyarakat Cina. Itu memang tidak dinafikan" katanya. Ternyata Zairil cuba memperbodohkan rakyat dengan satu kenyataan dangkal masyarakat tahu DAP adalah merupakan sebab utama kepada Tsunami Cina dan pakatan pembangkang (PR). Malah mereka juga yang antara pengerak kepada idea untuk mengharamkan Utusan Malaysia atas alasan laporan yang dikeluarkan berbaur perkauman. Malah DAP juga sebelum ini adalah merupakan dalang dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sehingga menyebabkan penyokong Cina, terpedaya untuk percaya jika PR menang, kuasa Melayu akan dihapuskan dan Malaysia bakal menjadi sebuah negara republik. Mereka juga kemudiannya berjanji seolah-olah kuasa Melayu di Malaysia tidak akan hilang, sedangkan masyarakat sedar dan melihat sendiri bagaimana Melayu Pulau Pinang, kini ibarat merempat di tanah air sendiri tanpa rumah dan kehidupan yang terurus. Mereka telah dianak-tirikan di sebalik kemajuan Pulau Pinang dengan diasingkan ke kawasan-kawasan yang terpencil. Politik idea dan bukan bernilaikan perkauman jelas Zairil menjadi tunjang DAP adalah satu penipuan terang-terangan pembangkang yang jelas tidak menghormati hak media, malah menggunakan media mereka untuk melemparkan tuduhan jahat dan tidak berasas. Lihat juga bagaimana cybertroppers tajaan DAP yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara yang menyerang masyarakat dengan propaganda berbaur perkauman sehingga sanggup bermain dan menyentuh sensitiviti rakyat khusus mereka yang beragama Islam. Malah, mereka juga antara pihak yang melaksanakan pengharaman kepada media dengan kenyataan ugutan dan ancaman saman dan sebegainya. Mereka cuba menggunakan undang-undang bagi menyekat kebebasan media sekiranya gagal mengikut acuan dan rentak mereka. Malah ketika seisi soal jawab di salh satu forum yang diadakan, seorang hadirin nyata tidak dapat mengawal perasaan apabila bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil yang cuba membersihkan imej DAP. "Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Dua (2) Cina Dalam Kabinet, Bukti PM Hargai Masyarakat Cina Posted: 15 May 2013 11:56 PM PDT Walaupun sebahagian masyarakat Cina di negara ini telah berpaling tadah dengan kerajaan dan memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap tidak melupakan komuniti tersebut dengan melantik dua wakil Cina untuk mengisi barisan Kabinet baru yang dibentuknya. Tindakan itu secara langsung membuktikan Najib tidak pernah sekalipun meminggirkan komuniti tersebut walaupun telah menikam kepercayaan BN terhadap mereka dari belakang. Ia juga menunjukkan penghargaan perdana menteri terhadap sumbangan kaum itu dalam pembinaan negara berbilang kaum yang memerlukan penyertaan setiap bangsa dalam pentadbiran negara bagi membolehkan kemajuan negara diteruskan tanpa sebarang sekatan. Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataannya berkata menerusi pelantikan itu, Najib sebenarnya menghulurkan salam muhibah kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka tidak mengundi BN. Beliau berpendapat suara kaum Cina dalam kerajaan adalah amat penting. Ia bukan sahaja mencerminkan asas pelbagai kaum dalam Barisan Nasional tetapi juga suara kaum Cina hanya efektif jika diwakili kaum itu sendiri. Dua wakil Cina yang dilantik Najib adalah Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan dilantik sebagai Senator dan Anggota Parlimen Tawau, Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi wakil parti bagi PBS. Berbeza dengan pembangkang, Najib tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai PM untuk semua bangsa walaupun komuniti Cina menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat selepas dihasut dakyah jahat DAP. PR pula sebaliknya hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa tanpa sebarang perkhidnatan untuk rakyat. Mereka juga lebih gemar beretorik dan fitnah-fitnah yang memutar belit fakta sehingga memporak perandakan hubungan sesama kaum di dalam negara ini. Ia dibuktikan dengan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman ketika berkempen di kawasan Cina seolah-olah mereka akan menghapuskan hak istimewa Melayu sekiranya memerintah di hadapan penyokong Cina mereka. Apa yang dilakukan DAP itu jelas menunjukkan mereka bakal mencetuskan tragedi yang tidak diingini sekiranya penyokong-penyokong parti berbalah dengan keadaan yang kritikal. Najib pula dilihat mengambil jalan kesederhanaan dengan tidak berdendam dengan masyarakat Cina, sebaliknya mengutamakan sikap profesionalisme dalam menguruskan situasi tersebut. |
Posted: 15 May 2013 07:53 AM PDT ![]() Sifnifiken pelantikan ini kerana kedua-dua berasal dari Sarawak dan Sabah. Kerajaan Persekutuan kini sedang giat membangun akan lebuh raya Trans Borneo, Dengan gandingan dua menteri ini diharapkan lebuh raya dan jalan raya di kepulauan Borneo akan setanding dengan jalan raya di semenanjung. |
5 Perkara Rakyat Malaysia Mahu Yang Kit Siang Wajib Tahu Posted: 15 May 2013 07:24 AM PDT Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan. Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;- 1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil 2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi 3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman 4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara 5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik. Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya. Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran, pandanglah dengan mata burung jarang melihat dunia seperti katak di bawah tempurung. Kerajaan BN yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS. Persoalan Pertama;- Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 2008 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini? Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi? Persoalan Kedua;- Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah. Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak. Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T. Persoalan Ketiga;- Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja? Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan. Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP? Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen aggresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat? Persoalan Keempat;- Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim? Persoalan Kelima;- Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Posted: 15 May 2013 06:33 AM PDT |
Sekolah Vernakular Kilang Lahirkan Ahli DAP Rasis Posted: 15 May 2013 06:21 AM PDT Sedar atau tidak bahawa pantang larang paling besar bagi kaum Cina negara ini ialah apabila Sekolah Vernakular disentuh. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa mereka meletakkan Sekolah Vernakular sebagai lebih tinggi atau sama 'sucinya' dengan tokong dan berhala mereka. Seolah-olah, tanpa sekolah itu bangsa Cina akan mati atau agama mereka akan hancur. Alasan mereka untuk mempertahankan sekolah tersebut adalah kononnya untuk memastikan budaya, adat dan bahasa ibunda mereka terus terpelihara. Untuk itu, penulis ingin memetik tulisan Tai Zee Kin seorang Cina dari produk Sekolah Kebangsaan yang turut mempersoal sikap kaumnya yang degil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular. Tulisan beliau yang boleh dilayari di http://taipingmali.blogspot.com/2013/05/ethnic-han-chinese-malaysian-please.html?spref=fb, mendedahkan bahawa hakikatnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak mengajar pun budaya atau kesusasteraan Cina seperti Si Shu Wu Jing dan lain-lain. Murid-murid dari Sekolah Cina juga tidak tahu membezakan antara agama dan ideology filosofi Cina iaitu antara confusionisme, taoisme atau Mahayanian Buddha. Mereka juga tidak diajar tentang kostum tradisi Cina seperti Han Fu dan bezanya dengan Cheong Sam / Kei Po dari Manchuria. Malah, nama-nama asal yang melambangkan budaya sebenar Cina seperti Yehonala, Nurhachi, Aisinjeoro juga mereka tidak pernah mendengarnya. Sebaliknya menggunakan nama Lim, Tan, Chong dan sebagainya. Secara amnya, Sekolah Cina tidak langsung mempertahankan bahasa, budaya atau adat Cina. Justeru, menurut Zee Kin, dengan pengetahuan beliau yang lebih mendalam dan luas mengenai budaya dan kesusasteraan Cina berbanding produk dari SJKC sendiri, maka hujah pihak ekstremis Cina untuk mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan mempertahankan budaya dan bahasa Cina adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Beliau juga turut menempelak mereka yang mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan ekonomi, iaitu kerana ekonomi China semakin berkembang dan bakal menguasai dunia. Namun, di masa yang sama puak ini tidak mampu menjawab kenapa Singapura yang menjadi kiblat DAP itu tidak mempunyai walau satu pun sekolah Cina? Jika Mandarin yang diperlukan untuk maju, maka ia boleh diambil sebagai subjek tambahan lepas waktu sekolah seperti yang dilakukan Zee Kin. Dan apa yang jelas, penguasaan bahasa Mandarin beliau adalah jauh lebih baik dari kebanyakan produk SJKC. Perlu diingatkan bahawa Zee Kin adalah produk Sekolah Kebangsaan iaitu sekolah milik kerajaan. Perhatikan perbezaan tahap pemikiran beliau yang jauh lebih rasional serta bijak. Hujah beliau berdasarkan fakta dan bukan emosi. Beliau ternyata seorang yang berilmu, banyak membaca dan mengkaji. Kualiti seperti ini tidak mungkin didapati di sekolah-sekolah vernakular, kerana itu kita melihat produk SJKClah yang kini ke hulu ke hilir mengekori Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat memberi kerusi Perdana Menteri kepada DAP suatu hari nanti. Secara dasarnya, kewujudan Sekolah Vernakular sudah pun melampaui objektifnya dan langsung tidak menepati motifnya. Asalnya Sekolah Vernakular dibenarkan kerana pendatang Cina pada waktu itu tidak berniat untuk tinggal lama di negara ini. Walaubagaimanapun, apabila Perang Dunia ke2 meletus, dan Jepun menceroboh negara China, kaum Cina di negara ini tidak dapat kembali ke negara asal. Lebih-lebih lagi apabila di masa yang sama bahagian utara China juga mengalami perang saudara antara pihak komunis dengan nasionalis. Justeru, mereka terpaksa terus tinggal di Malaya. Malaya yang berada dalam proses kemerdekaan akhirnya menerima kaum Cina dengan beberapa syarat iaitu menggariskan hak istimewa kaum Bumiputera 'ditukar' dengan hak pendidikan kaum pendatang yang berdasarkan negara asal, atas fahaman bahawa mereka akan kembali ke sana. Oleh kerana kaum Cina terus kekal di negara ini, maka secara automatik Sekolah Vernakular sudah tidak relevan lagi. Hari ini, setakat apa yang dilihat, Sekolah Vernakular hanyalah tempat untuk mengeluarkan produk rasis dan chauvinis Cina. Selain itu, ia sekadar menjadi 'kunci' utama untuk mencabar dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjustifikasi ketidakpuasan hati kaum Cina. Apa yang lebih malang ialah ia bertindak sebagai 'risiko' yang semakin hari semakin besar dan semakin serius bagi keharmonian negara ini. Keengganan dan kedegilan pihak ekstremis Cina untuk terus mempertahankan Sekolah Vernakular adalah tidak lain tidak bukan kerana ia memberi mereka platform untuk 'membina kuasa'. Mereka tidak mahu kaum Cina mengasimilasi dengan kaum lain dan menjadi satu bangsa Malaysia yang tulen tetapi mereka punya niat dan agenda rasis dan chauvinis untuk meletakkan kaum Cina lebih tinggi dari kaum lain. Hari ini, mereka terus berlakon kononnya mereka tidak punya niat sedemikian. Malah, sesiapa sahaja yang menyentuh soal ini akan dibawa ke mahkamah. Antaranya, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah telah diselar dan dituduh sebagai menghasut dan mengugut kerana mendedahkan niat sebenar DAP dan para ektremis Cina. Sehubungan dengan itu, Lim Guan Eng juga berikrar akan bermati-matian bersama PR untuk mempertahankan Sekolah Vernakular. Soalnya, kenapa? Semua hujah untuk mempertahankan Sekolah Vernakular telah pun disangkal. Atas apa lagi sekolah tersebut perlu terus wujud di Malaysia jika bukan untuk meningkatkan jurang antara kaum? Kenapa jurang itu mesti ditingkatkan? Kita semua tahu jawapannya walaupun DAP terus menafikannya. |
Rasuah: SPRM Bertindak Profesional Posted: 15 May 2013 05:45 AM PDT Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu. Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan. Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno. Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas. Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan. Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara. Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata. Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing. Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar. |
Posted: 15 May 2013 02:44 AM PDT PERDANA MENTERI: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) TIMBALAN PERDANA MENTERI: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) JABATAN PERDANA MENTERI: (1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO) (2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013) (3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR) (4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS) (5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO) (6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB) (7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS) (8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) TIMBALAN MENTERI: (1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) (3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) MENTERI KEWANGAN: (1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) (2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO) MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: (1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) (2) MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS) (4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) MENTERI PERTAHANAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO) MENTERI PENGANGKUTAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO) MENTERI DALAM NEGERI (KDN) JAWATAN PALING PANAS (1) MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB) MENTERI KERJA RAYA: (1) MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO) MENTERI LUAR NEGERI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: (1) MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO) MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA: (1) MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO) MENTERI SUMBER MANUSIA: (1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO) MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: (1) MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB) MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: (1) MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO) MENTERI BELIA DAN SUKAN: (1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC) MENTERI KESIHATAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO) MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO) MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: (1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO) MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: (1) MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO) MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS) MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI: (1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO) MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: (1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB) MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: (1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO) |
Kerajaan Perak akan tumbang selepas 6 bulan PRU 13 Posted: 15 May 2013 02:23 AM PDT Sebuah laman blog politik Pas Bukit Gantang telah menyatakan bahawa kerajaan Perak hanya akan kekal selama 6 bulan sahaja dan akan tumbang. TM agak musykil dengan kenyataan tersebut pada mulanya, tetapi selepas Anwar dan pemimpin Dap memulakan perhimpunan haram yang dinamakan himpunan Blackout bermula di Stadium Kelana Jaya, barulah TM faham apa yang dimaksudkan dengan kenyataan blogger tersebut. Ini bermakna Anwar akan menggunakan segala sumber yang ada untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat. Hari ini Pas juga sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN untuk mereka buat petisyen di mahkamah atau melalui rusuhan ala Arab Spring. Proses yang dirancangkan oleh tiga komponen parti pembangkang bersama beberapa NGO tajaan zionis sudah pun memulakan perancangan mereka selepas berjaya menumbangkan Bosnia dan memperkasakan negara Serbia. Malah pembentukan Isreal juga mempunyai konsep yang sama seperti pembentukan Serbia. Kini setelah 37 buah negara berjaya direvolusikan oleh tangan-tangan Naga, kini sasaran mereka ialah Malaysia. Sayangnya parti Pas juga yang dikongkong oleh Brotherhood of Islam Hassan Al bana juga dikuasai oleh Zionis. Oleh itu sebarang usaha Pas adalah sama seperti Zionis dan pas berpura-pura menjadi parti Islam Malaysia. Pas juga dikuasai oleh kelompok Syiah yang memusuhi Sunnah. Syiah dalam usaha membesarkan wilayah mereka selaras dengan rukun yang ada dalam agama Syiah. Jadi tidak hairanlah blogger tersebut berani meletakkan tarikh 6 bulan untuk kerajaan BN tumbang. Apa yang ditunggu lagi? PDRM dan tentera wajar menyiasat dan bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Posted: 15 May 2013 01:21 AM PDT KUALA LUMPUR 14 Mei - Tindak tanduk sebahagian besar anak muda kaum Cina yang telah menyertai tiga perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula bertindak balas. Mereka menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum tersebut yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika memberi kata dua itu menegaskan, tindakan itu perlu kerana syarikat-syarikat berkenaan menjadi penyumbang dana menjayakan agenda perpecahan rakyat di negara ini. Malah, beliau cukup bimbang selagi mereka memberi sokongan dengan menyertai siri perhimpunan haram pembangkang itu, perbuatan itu akan mengundang kejadian tidak diingini serta menggugat keharmonian kaum. "Kita mahu beri 'isyarat' kepada syarikat-syarikat pengeluar produk berkenaan supaya hormati perpaduan kaum di negara ini. Sudah tiba masanya kita sebagai pengguna menzahirkan apa yang kita rasa, tidak perlu berdemonstrasi di stadium, cukup dengan memboikot. 'Tindakan ini bukan secara membuta-tuli, tetapi mempunyai alasan kukuh. Kami telah buat kajian, contohnya tepung gandum salah satu jenama mengandungi 'racun' yang boleh mengakibatkan penyakit, mungkin sebab itu orang Malaysia hari ini banyak penyakit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah dan ahli Jawatankuasa Tindakan Tertinggi Gabungan NGO Islam 1Malaysia, Datuk Mohd. Farid Hassan. Selepas perhimpunan pertama di Kelana Jaya pembangkang meneruskan perhimpunan yang sama di Pulau Pinang Sabtu lepas dan di Ipoh yang disertai sebahagian besar disertai anak muda berketurunan Cina. Perhimpunan itu seterusnya dijadual diadakan secara berasingan di Kuantan, Pahang dan Johor Bahru iaitu malam ini dan esok. Dalam pada itu, menurut Armand Azha, tindakan memboikot tersebut bukan bermaksud orang Melayu iri hati terhadap syarikat pengeluar milik kaum tersebut tetapi kerana percaya sebilangan mereka yang terpengaruh dengan taktik pembangkang itu akan menyebabkan keretakan perpaduan kaum negara ini. "Kami boikot atas dasar tidak mahukan perpecahan kaum. Kami ada maklumat, kami dapat tahu daripada pihak mereka sendiri di sebelah sana (pembangkang). "Cukuplah mereka kaut keuntungan, kemudian salurkan pula dana untuk menimbulkan keretakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Sudah tiba masa kita boikot produk-produk ini," jelasnya. Orang ramai boleh melayari laman web PPIM di http://ppim. org.my/ untuk mengetahui lebih lanjut. |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |