Duke of UMNO |
GEMPARRR..!!! UMNO SOKONG NIK AZIZ BERTANDING LAGI..!!!? Posted: 22 Dec 2012 05:17 AM PST ![]() Sebagai seorang yang menyokong semangat demokrasi di negara ini, saya sangat mengalu-alukan kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Bukan apa, saya rasa sungguh teruja untuk menyaksikan seorang lelaki yang sudah berumur lebih kurang 82 tahun bertanding pada pilihanraya kali ini. Sekiranya dia menang bertanding, maka dia akan sekali lagi dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan yang diwakilinya. Jika rakyat di kawasannya berjumlah 30,000 orang, maka dia akan diamanahkan untuk menjaga kebajikan puluhan ribu rakyat di kawasan tersebut. Cuma apa yang saya khuatirkan, mampukah Nik Aziz yang selalu keluar masuk hospital, pernah muntah darah, dimasukkan ke ICU dan mempunyai masalah kesihatan yang tidak menentu itu berkhidmat kepada rakyat? Kalau pejabatnya pun terpaksa dipindahkan dari tingkat atas ke tingkat bawah kerana tak mampu naik turun tangga, apakah itu petanda Mursyidul Am itu masih punya tenaga untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang diwakilinya? Tak mengapalah. Mungkin dia fikir dia masih mampu. Lagipun kalau umurnya tak panjang, dia akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengadakan Pilihanraya Kecil pula di kawasan yang dia wakili. Kerana dia, duit rakyat jugak yang akan dihabiskan nanti… Nik Aziz layak bertanding dan tolonglah jangan marah jika dia tetap berdegil untuk bertanding menjadi ADUN atau Ahli Parlimen nanti. Larat atau tidak, itu soal kedua. Tentang amanah dan tanggungjawab pula, pandai-pandailah dia jawab dalam kubur nanti. Namun saya yakin, Nik Aziz kini bukan lagi "aset" bagi PAS. Malah, rata-rata golongan muda terpelajar yang menyokong dan mendokong parti "bulan purnama" itu sebetulnya mahu dia berundur segera dan digantikan dengan Timbalannya, Datuk Dr. Harun Din. Itu bukan rahsia. Lagipun, ramai akar umbi PAS di seluruh negara sudah "letih" dan "bosan" dengan fatwa-fatwa Nik Aziz yang semakin hari semakin menjahanamkan parti itu sama ada dari dalam atau di luar parti. Misalnya, kedegilan Nik Aziz yang bermati-matian mahu berkawan dengan "syaitan-syaitan politik" mendapat tentangan hebat di kalangan golongan muda PAS yang melihat "persahabatan syaitan" itu sebagai "gabungan bawa rebah". Apatah lagi mereka dimalukan di khalayak masyarakat Malaysia apabila perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud terpaksa dilupakan hanya kerana tunduk kepada kehendak kedua "syaitan" tersebut. Jangan fikir saya menulis kosong dan janganlah terkejut jika anda terjumpa dengan ramai ahli PAS yang malu untuk mengaku mereka ahli parti itu! Maklumlah, dulu mereka tuduh UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC, kini mereka terpaksa menjilat kembali ludah mereka hanya disebabkan oleh seorang yang bernama Nik Aziz Nik Mat! Silalah bertandinglah wahai Nik Aziz. Kalau ada umur pada PRU ke-14, bertandinglah lagi. Kononnya dia memberi alasan bertanding demi untuk "melawan pihak yang menentang Islam". Padahal, dia sendiri berpeluk sakan dengan pihak yang terang-terangan menentang Islam dan hukum hakamnya. Manakala satu pihak yang dipeluknya itu pula begitu menyokong rejim Zionis Yahudi Israel membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin! UMNO menentang Islam? Kalau benar UMNO menentang Islam, sudah pasti Islam sudah lenyap pada tahun 1960 lagi. Tapi amat menghairankan apabila Islam tetap maju berkembang, malah menjadi contoh ke seantaro dunia! Mungkin Nik Aziz "buta" barangkali, kan? Sumber: Mykmu.net |
LELAKI INI GUNA DUIT RAKYAT UNTUK TIPU RAKYAT..!!! Posted: 21 Dec 2012 08:07 PM PST ![]() Baru-baru ini saya telah menerima kiriman emel dari pembaca mengenai pengedaran 500 ribu risalah "tukang bodek Khalid Ibrahim", Selangorku, yang memaparkan tentang isu air yang kini menghantui rakyat di negeri termaju itu. Risalah tersebut bertajuk "Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor", namun apabila diteliti, tiada satu pun rahsia yang didedahkan di dalamnya melainkan satu lagi siri pembohongan mutlak Menteri Besar Selangor itu kepada rakyat di sekitar Lembah Klang. Di dalam risalah berkenaan, Abdul Khalid "Gagap" tanpa rasa malu menyatakan bahawa "Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor". Kenyataan itu bermaksud bahawa Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor menjamin bahawa rakyat di negeri itu tidak akan mengalami sebarang masalah bekalan air bersih. Persoalannya, apakah Khalid "Gagap" fikir rakyat Selangor itu semuanya boleh diperbodohkan seperti PAS yang bagaikan "lembu dicucuk hidung" dan menurut apa yang dia katakan? Jaminan jenis apa yang Khalid maksudkan apabila rakyat di sekitar Subang Jaya mengamuk sakan bila kawasan kediaman mereka yang terletak di lokasi yang pesat membangun itu sering mengalami gangguan air. Rakaman berita di youtube di bawah adalah bukti rakyat Selangor di kawasan SS12 sehingga SS19… Bayangkan, walaupun tiap-tiap hari hujan, rakyat di sekitar Subang Jaya terpaksa menanggung sengsara akibat gangguan bekalan air bersih pada setiap hari! Anda semua boleh sabar dengan keadaan itu? Mau berak pun susah..!!! Jadi, di mana perginya jaminan Khalid "Gagap" di dalam 500 ribu risalah yang dia edarkan? Atau risalah-risalah berkenaan tidak lebih dari pembohongan terbesar Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor? Sudahlah Khalid menganiaya rakyat Selangor dengan gagal menyediakan bekalan air bersih, dia tipu pula rakyatnya dengan propaganda ratusan ribu risalah yang dipercayai dicetak dengan menggunakan wang rakyat Selangor sendiri! Lebih berdosa lagi, Khalid turut cuba menipu rakyat dengan mengatakan bahawa "harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap kerana rakyat terpaksa bayar balik kos pembinaannya". Ini adalah satu lagi penipuan terbesar Khalid "Gagap"! Siapa yang mengawal harga tarif air di Selangor? Tidak lain tidak bukan, yang mengawal harga air di negeri Selangor ialah Abdul Khalid "Gagap" dan konco-konconya di dalam Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor! Menurut perjanjian konsesi air di Selangor, SYABAS layak untuk memohon kenaikan tarif air pada tahun 2009, namun permohonan syarikat konsesi itu dinafikan dan tidak diluluskan Abdul Khalid "Gagap". Ini bermaksud, tarif air dikawal sepenuhnya oleh Khalid "Gagap" sendiri dan bukannya dikawal oleh Kerajaan Pusat mahupun syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor! Maka terserlah sungguh pembohongan Khalid "Gagap" di dalam risalah tersebut, kan? Seperkara lagi, projek Langat 2 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Ini bermaksud, Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor tidak mengeluarkan belanja walau satu sen pun untuk membina loji Langat 2. Jadi, apahal pula Khalid nak paksa rakyat Selangor bayar balik kos pembinaan loji itu? Atau Khalid sengaja tipu dan suruh rakyat bayar kos Langat 2 untuk memenuhkan poketnya sendiri? Nak "rompak" duit rakyat pulak ke? Khalid nampaknya betul-betul seorang MB yang gagal. Bukan setakat gagal menjadi MB, Khalid gagal untuk menipu dengan baik. Lain kali kalau nak menipu, tolong belajar dari Anwar Ibrahim. Sampai sekarang Anwar tipu rakyat pasal jam tangan OMEGA dan "Chinadoll", kan? Sumber: Mykmu.net |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |