BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Coli pun jarang, tidak ada apa lagi yang dapat disembunyikan oleh Jessica...
- Husam terus dirundung malang kerana 'doa' Aziz Desa yang dizaliminya?
- Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Phahrolrazi letak jawatan
- Noh Omar, Shaziman digugurkan dari Kabinet
- Beberapa kementerian disatukan - Najib
- Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018
- Dr. Maza tarbiah DS Anwar, beri ruang untuk rakyat 'bernafas'
- (Gambar) 'Takkan pergi pulau nak pakai baju kurung pula?' - Hanez Suraya
- Obama pun 'dibanglakan' DS Anwar
- Belum jadi menantu dah bagi 'warning' pada bakal mertua? Dasyat artis ni!
- Shila Amzah Terima Status Penduduk Tetap (PR) China
- Husam boikot majlis persaraan Nik Aziz
- Diserang Red Bean Army, ini kenyataan balas Pasaraya Giant...
- (Audia) Rakaman sidang media MB S'ngor yang buatkan DSAI dan Azmin tercirit!
- Police To Probe Call For Demos To Topple Govt
- Lagi rapat, lagi sedap, lagi abang sayang!
- Media pembangkang 'sindir' ketegasan PDRM melalui laporan 505!
(Gambar) Coli pun jarang, tidak ada apa lagi yang dapat disembunyikan oleh Jessica... Posted: 15 May 2013 10:01 AM PDT Kealpaan Jessica Alba menyebabkan beliau menjadi sasaran paparazzi. Dek kerana memakai coli yang transparent, payudaranya akhirnya terlihat untuk dijadikan bahan berita. Insiden ini berlaku ketika Jessica sedang menghabiskan masa bersama keluarganya di Tirbeca, New York. Ketika itu, beliau dilihat memakai t-shirt berlengan luas dengan bra hitam yang jarang sambil menyarungkan jaket jeans di luar. Secara tiba-tiba beliau membuka jaketnya, dan tanpa disedari, aset dadanya terus kelihatan! | ||
Husam terus dirundung malang kerana 'doa' Aziz Desa yang dizaliminya? Posted: 15 May 2013 09:01 AM PDT ![]() Isu terbaru yang melanda Kerajaan Pas hari ini adalah mengenai perlantikan Menteri Besar dan barisan Exco apabila nama sepopular Datuk Husam Musa tidak disenaraikan. Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan menjadi Exco selama 3 penggal dilaporkan sangat terkilan setelah Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Berdasarkan hirearki, jawatan TMB Kelantan itu sepatutnya diisi oleh Husam, namun jangankan jawatan TMB, jawatan Exco pun tidak kesampaian, Husam terus diselubungi nasib malang, apapun Husam perlu bermuhasabah diatas kelakuan buruk beliau antaranya terhadap COO Kelantan Trade Centre, Aziz Desa, dimana Husam telah menafikan jawatan Aziz itu serta mencercanya dengan begitu biadap sekali. Ingatlah doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah. Sebelum ini niat suci Aziz Desa untuk membawa transformasi dalam pengurusan Kelantan Trade Centre diperlekehkan oleh Husam, kata Aziz "Dulu semalam exco kelantan Husam Musa hantar sms kata" patut lah so many complaints about ur arrogant attitude. patut lah sanusi junid dulu hancur. " kata Husam lagi "dis is nt sanusi junid d one u fooled". mcm-mcm lagi exco ni kata kat saya. saya pun terfikir inikah pemimpin yg dikatakan berjiwa hebat dan yg saya hormat sebelum ini?" selanjutnya klik di sini Memetik kata-kata Aziz kepada Husam "cermin-cerminlah diri kita", bagaimanapun kebelakangan ini Husam jarang sekali timbul, agaknya terlalu malu dan kecewa dengan nasib malang yang menimpa beliau, sebab tulah lain kali jangan kita cuba menyekat rezeki orang lain sedang orang itu ikhlas dalam melaksanakan tugasnya. Berhubung ketidakhadiran Husam di majlis 'Jasamu dikenang" yang dianjurkankan oleh Kerajaan Pas Kelantan, ketidakhadiran beliau itu adalah wajar kerana tidak ada apa-apa jasa yang hendak dikenangkan oleh barisan kepimpinan baru Pas Kelantan. Nak harapkan jasa bina lebuhraya pun lebuhraya dah entah kemana, stadium dah jadi kandang kambing jamnapari, jadi tidak nampak apa jasa Husam untuk dikenangkan. Anda Mampu Mengubahnya. Gelombang Kick | ||
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Phahrolrazi letak jawatan Posted: 15 May 2013 07:01 AM PDT ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi. Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu. "Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III. Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain. Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri. Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah. "Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya. - Bernama | ||
Noh Omar, Shaziman digugurkan dari Kabinet Posted: 15 May 2013 06:15 AM PDT PUTARAJAYA: Beberapa orang pemimpin utama Umno digugurkan dari senarai jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini. Paling menonjol adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini mengetuai portfolio Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam Kabinet kali ini susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei. Turut digugurkan ialah ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai Kementerian Kerja Raya. Selain itu, pemindahan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ke Kementerian Kewangan juga menjadi perhatian memandangkan beliau sebelum ini menjadi menteri yang bertanggungjawab ke atas Parlimen dan hal ehwal undang-undang. Jumlah portfolio kementerian kali ini berkurangan apabila Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan semula. Bagaimanapun, jumlah anggota jemaah menteri kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya. Paling ketara adalah penyertaan sebilangan besar pemimpin dari Sabah dan Sarawak – seramai 13 orang – di jawatan menteri dan timbalan perdana menteri. Antara tokoh BN yang menonjol dari blok tersebut ialah MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar. Ketua pemuda BN Khairy Jamaluddin juga mencuri tumpuan apabila diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet Najib. Turut menjadi perhatian ialah pemimpin Hindraf P Waythamoorty yang menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga pemimpin pertubuhan pemantau rasuah Transparency International Malaysia (TI-M), Paul Low Seng Kuan. Najib juga menyenaraikan ketua pegawai operasi Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk mengetuai portfolio jabatan perdana menteri. Dalam ucapannya, Najib berharap "Kabinet berimbang" dari wakil golongan berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda itu akan memberi kelangsungan kepada pentadbirannya. Beliau juga berharap pemimpin berkenaan akan menumpukan kebolehan dan kepakaran masing-masing dalam menangai isu integriti dan rasuah. "Mereka yang merupakan teknokrat akan sumbang kepakaran khusus yang ada pada mereka, untuk sumbang idea kreatif dan bernas untuk pertimbangan kerajaan. "Selain kebolehan mereka, yang muda akan bawa citarasa golongan muda kepada pertimbangan kerajaan. "Ini kabinet yang mampu meneruskan dan menjalankan agenda transformasi nasional di samping meningkat kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya. | ||
Beberapa kementerian disatukan - Najib Posted: 15 May 2013 05:40 AM PDT PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran manakala Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia. Perdana Menteri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Klik SINI untuk senarai Menteri dan Timbalan bagi penggal 2013 - 2018 | ||
Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018 Posted: 15 May 2013 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Mei - Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas di Putrajaya petang ini. PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI: 1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator) 3. Datuk Seri Idris Jala (Senator) 4. Tan Sri Joseph Kurup 5. Datuk Seri Shahidan Kassim 6. Nancy Shukri 7. Joseph Entulu Anak Belaun 8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator) TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. P. Waytha Moorthy (Senator) MENTERI KEWANGAN: 1. Datuk Seri Najib Tun Razak 2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: 1. Tan Sri Muhyiddin Yassin 2. Datuk Seri Idris Jusoh TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: 1. Datuk Mary Yap Kain Ching 2. P. Kamalanathan MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku) TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator) MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Jailani Johari MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN - Datuk M. Saravanan MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator) MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun | ||
Dr. Maza tarbiah DS Anwar, beri ruang untuk rakyat 'bernafas' Posted: 15 May 2013 02:31 AM PDT Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri didalam laman Twitternya menasihatkan supaya Ketua Pakatan Anwar Ibrahim bersabar dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 yang memihak kepada Barisan Nasional. Asri juga mencadangkan supaya Anwar memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk "bernafas" selepas berakhirnya proses memilih kerajaan yang baru berakhir. Ini menunjukkan bahawa Asri juga tidak bersetuju dengan siri demonstrasi haram yang dianjurkan oleh Anwar di seluruh negara beberapa hari ini. Anwar kini dilihat terdesak untuk menggulingkan kerajaan baru DS Najib Razak yang menerima mandat kukuh dari majoriti rakyat Malaysia. Anwar dilaporkan akan meminta kerjasama Amerika Syarikat bagi membatalkan kemenangan Barisan Nasional sekaligus membolehkan dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri. ~ MPP News. | ||
(Gambar) 'Takkan pergi pulau nak pakai baju kurung pula?' - Hanez Suraya Posted: 15 May 2013 02:10 AM PDT ![]() Sepanjang berada di pulau tersebut, pelakon ini telah sempat melakukan aktiviti snorkelling bersama teman-temannya dan sewaktu melakukan aktiviti berkenaan Hanez dilihat telah memakai baju t-shirt putih dan dipadankan dengan seluar lagging rona biru gelap. Nampaknya pakaian yang dipakai oleh pelakon ini telah mendapat kritikan daripada segelintir peminat sehingga ada yang menyuruhnya memakai bikini. Bagi membidas segala komen tersebut, Hanez telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitternya yang berbunyi : Takkan pegi Pulau nak pakai baju kurung? Peliklah yg banyak sgt nak jd baik ni. Judge org Sesuka hati tu dh baik sgt lah tu. Sedihlah #typical Apa pun di sini kami lampirkan beberapa foto Hanez Suraya untuk tatapan anda semua. | ||
Obama pun 'dibanglakan' DS Anwar Posted: 15 May 2013 12:31 AM PDT ![]() Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia. "Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar. Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia. Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". "Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela. | ||
Belum jadi menantu dah bagi 'warning' pada bakal mertua? Dasyat artis ni! Posted: 14 May 2013 11:31 PM PDT Dalam isu keluarga Afiq Muiz yang menghiasi kebanyakkan media hari ini, nama Eina Azman pasti tidak ketinggalan kerana beliau didakwa sebagai punca pergolakan antara Afiq Muiz & keluarganya. Pada sidang media bersama Afiq Muiz semalam, Eina Azman kesal yang namanya telah dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis. "Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri" "Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu & adik-adiknya" Untuk itu, Eina Azman memberikan tempoh seminggu kepada ibu Afiq Muiz untuk memohon maaf secara terbuka melalui media dan boleh menerima semula Afiq Muiz sebagai anaknya untuk tidak memanjangkan cerita. | ||
Shila Amzah Terima Status Penduduk Tetap (PR) China Posted: 14 May 2013 10:31 PM PDT Kami baru sahaja sebenarnya mendapat tahu yang Shila Amzah telah mendapat status penduduk tetap (PR) di China kerana terlepas mendengar Carta ERA 40 pada hujung minggu yang lalu. Walaupun terlambat, ianya masih satu berita baik untuk di'kongsi dengan anda semua kerana ini satu tanda yang menunjukkan China memang mengalu alukan bakat unik Shila Amzah di'sana. Shila Amzah mendedahkan perkara ini ketika menjadi artis jemputan untuk Carta ERA 40 di radio ERA fm hujung minggu selepas di'tanya Datuk Aznil Hj Nawawi tentang kekerapan beliau keluar masuk Malaysia. "Saya sekarang duduk (tinggal) di Shanghai — dan kerana bekerja di'sana, saya telah dapat PR (status penduduk tetap)," jelas Shila Amzah. Shila Amzah juga berkata peminat di'sana senang menerima kehadiran beliau mungkin kerana gaya bertudung dan juga cara nyanyian beliau yang nampak berlainan daripada apa yang di'tawarkan penghibur di'sana. Album penuh terbaru Shila Amzah akan muncul di'pasaran pada awal Jun 2013 nanti yang akan mengandungi 6 buah lagu kesemuanya ciptaan sendiri oleh Shila Amzah. Kalau sudah berbakatkan? | ||
Husam boikot majlis persaraan Nik Aziz Posted: 14 May 2013 09:31 PM PDT ![]() Tindakannya tidak menghadiri majlis yang tamat pada pukul 1 petang itu menimbulkan tanda tanya memandangkan beliau merupakan antara orang kesayangan bekas Menteri Besar itu. Tindakan itu menggambarkan Husam masih berkecil hati dan kecewa kerana tidak tersenarai sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan terus mengambil tindakan memencilkan diri. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau tidak nampak kelibat Husam pada majlis tersebut. "Husam tidak nampak pun pada majlis ini. Kita jemput semua, wakil rakyat, pemimpin-pemimpin Pas dan yang membuat jemputan Unit Sumber Manusia, kita hadir sahaja," katanya.
Ditanya mengenai Husam, Mohd. Amar berkata, adalah satu situasi yang biasa apabila seseorang berasa tidak puas hati terhadap sesuatu keputusan atau tindakan oleh pihak lain. "Tidak berpuas hati merupakan perkara biasa dan bagi kita, benda ini tidak pelik. Ia bukan masalah. Isunya di sini adalah Istana Kelantan tidak berkenan. Menteri Besar pun sudah jelaskan, jadi itulah jawapannya sama ada kita puas hati atau tidak, itulah kenyataannya. "Kalau hendak angkat sumpah mesti depan Tuanku, kalau Tuanku tidak setuju, sesiapa pun tidak boleh. Perkara ini sudah jelas," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas yang dibangkitkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Mohd. Amar berkata, Pas telah membuat pendirian tidak akan adakan perbincangan dan kerjasama dengan UMNO. Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat pendirian dan ia disokong oleh ahli Pas yang senada dengan keputusan itu. | ||
Diserang Red Bean Army, ini kenyataan balas Pasaraya Giant... Posted: 14 May 2013 09:01 PM PDT ![]() Mereka mula mereka-reka notis yang kononnya ditampal di setiap pasaraya berkenaan dengan diselitkan gambar plastik Giant. Pihak Giant melalui laman Facebook rasminya mengeluarkan kenyataan mereka sendiri menafikan segala tohmahan dari tentera-tentera cyber yang cuba mebimbulkan keresahan rakyat Malaysia. [ANNOUNCEMENT]Kami amat berharap pihak berkuasa lebih tegas dan pantas dalam mencari dan menangkap anasir-anasir kotor yang cuba menyemarakakkan rasa kurang selesa rakyat Malaysia sekarang ini. Rakyat Malaysia juga diminta agar lebih berhati-hati menyebarkan sesuatu berita tanpa melihat sumber asalnya terlebih dahulu. | ||
(Audia) Rakaman sidang media MB S'ngor yang buatkan DSAI dan Azmin tercirit! Posted: 14 May 2013 08:01 PM PDT Bertempat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid telah membuat satu sidang media selepas upacara mengangkat sumpah MB di hadapan Sultan Selangor. Ikuti rakaman sidang media Khalid Ibrahim yang menyentuh isu proses pemilihan calun Menteri Besar, peranan media arus perdana kepada kerajaan Selangor, kerjasama dengan Najib Razak dalam 'National Reconciliation Process' dan juga mengenai proses pemilihan ahli EXCO Kerajaan Selangor. Kerjasama dengan kerajaan persekutuan??? | ||
Police To Probe Call For Demos To Topple Govt Posted: 14 May 2013 07:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Outgoing Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said the alleged call by pro-opposition groups to overthrow the government through street demonstrations was seditious. Speaking to the New Straits Times yesterday, Ismail said police would be investigating the statements made by several speakers at a forum held in the city on Monday. "It is inciting people against the legally appointed government and also against the king. This is a serious statement and it is an offence." Speakers at the forum included activist Haris Ibrahim (pic), PKR vice-president and Batu member of parliament Tian Chua, student leader Adam Adli Halim and Bersih 2.0 steering committee member Hishamuddin Rais. A news portal had reported that the speakers had allegedly talked about plans to overthrow the Barisan Nasional government through street demonstrations. The opposition had claimed that the results of the recently concluded general election had been manipulated. "We will take to the streets and take over Putrajaya. If we really want to overthrow them, there is no other way. Democracy does not work," Haris was reported as saying. Hishamuddin told the 1,500 people at the forum that they would mobilise a big group, adding that it was not a threat, but a promise. However, later yesterday, responding to those who associated the planned rally with a violent uprising, Haris claimed that no violence was planned. "We don't intend that at all," he said, adding that the movement was representing all Malaysians, including those in the security forces, their children and grandchildren. Haris acknowledged that street rallies could turn violent because of the presence of agent provocateurs and if the police responded with high-handed actions. However, he said this should not deter the people. "This cannot be discounted, but it should not serve as a deterrent for the people who feel cheated (with regard to this election)." - Lee Shi-Ian & Elizabeth Zachariah / New Straits Times | ||
Lagi rapat, lagi sedap, lagi abang sayang! Posted: 14 May 2013 07:31 PM PDT ![]() Kandungan
KHASIAT
Cara Yang Mudah, Pantas dan Berkesan
DAPATKAN SEKARANG dengan hanya klik pada BANNER di atas atau klik SINI
| ||
Media pembangkang 'sindir' ketegasan PDRM melalui laporan 505! Posted: 14 May 2013 06:40 PM PDT Etika penulisan sesuatu berita sememangnya diakui oleh semua journalist dan wartawan di seluruh dunia. Kebanyakan wartawan patuh kepada peraturan ini dan cuba menyampaikan berita dengan cara mereka sendiri. Isi kandungan berita tidak boleh diubahsuai TAPI kaedah penyampaiannya seringkali dimanipulasikan oleh wartawan. Keadaan ini berlaku apabila wartawan tersebut mempunya kecenderungan kepada sesuatu pihak. Perkara ini biasa dan sering dilakukan untuk cuba membayangkan sesuatu perkara dipersetujui walaupun sebenarnya ia berlaku disebaliknya. Contoh mudah mengenai berita yang disampaikan oleh Malaysiakini mengenai himpunan 505 yang sedang berlaku diseluruh Malaysia. Himpunan ini sudah sedia maklum haram dan ianya telah pun diumumkan oleh pihak polis melalui media-media massa. Namun penulisan beritanya di bawah cuba membayangkan polis membenarkan himpunan haram tersebut menggunkan pelbagai gaya bahasa yang mengelirukan. Lokasi himpunan 'Black 505' di Kuantan, JB berpindah Pihak polis seharusnya mengambil tindakan tegas dengan penulisan sebegini kerana ianya boleh mencemarkan keredibiliti pihak berkuasa itu. Kenyataan polis diputar belitkan dan masih tiada tindakan secara literal dari polis. Perlantikan Ketua Polis Baru diharap dapat mengatasi laporan-laporan sebegini bagi mengelakkan rakyat terus keliru. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |