Sahabat-Gunung |
- Peringatan Sultan Johor Yang Harus Dipandang Serius
- Adun Johor setuju ada Exco Cina
- Tahniah MB Johor Yang Baru ....
Peringatan Sultan Johor Yang Harus Dipandang Serius Posted: 14 May 2013 10:30 AM PDT Sultan Johor tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara. Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah waktu berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telahpun tamat dan sekarang ini adalah masa untuk bekerja. "Saya tidak mahu mendengar ada pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan dan keamanan negara," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permas, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini Selasa. Baca seterusnya di sini | ||
Adun Johor setuju ada Exco Cina Posted: 14 May 2013 09:30 AM PDT SENAI – Penyatuan semua kaum dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik melambangkan perpaduan antara kaum dan ini perlu dititikberatkan demi melahirkan masyarakat yang sejahtera, aman dan makmur. Malah Adun Paloh, Teoh Yap Kun turut menyifatkan wakil tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India dalam barisan Exco kerajaan negeri turut membawa kehendak dan suara rakyat yang inginkan wakil daripada pelbagai kaum menerajui kepimpinan. "Saya amat bersetuju dengan titah Tuanku Sultan. Ini merupakan sebuah penghargaan kepada semua kaum. "Bahkan wakil daripada tiga kaum yang bakal membarisi Exco kerajaan negeri turut membawa suara dan kehendak rakyat. "Perkara ini juga sangat penting memandangkan kita adalah sebuah negara yang majmuk dan terdiri daripada masyarakat berbilang kaum," katanya. Beliau mengulas mengenai titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Sinar Harian kelamrin, yang mahu wakil daripada pemimpin kaum Cina disenaraikan dalam barisan Exco kerajaan negeri pada penggal baru. Titah berkenaan disuarakan Sultan Ibrahim ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi, Sabtu lalu. Dalam pada itu, Yap Kun berkata, keputusan PRU13 adalah muktamad dan mereka yang telah diberi mandat hendaklah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. "Pada masa ini, tidak dapat dinafikan perpaduan adalah sangat penting dan dititikberatkan lebih-lebih lagi selepas tamat pilihan raya kali ini. "Janganlah kita mempertikaikan keputusan PRU13 kerana ini adalah keputusan muktamad. "Kepada yang menang jalankan tugas yang diamanahkan itu. "Teruskan berkhidmat kepada rakyat kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka yang menang. Manakala yang kalah, perlu terima kekalahan tersebut. "Apa yang penting sekarang adalah menjaga kestabilan dan perpaduan antara semua kaum. "Jaga hubungan antara satu sama lain dan jangan sampai bergaduh yang akhirnya memberi kesan buruk pada masa akan datang," katanya. | ||
Tahniah MB Johor Yang Baru .... Posted: 14 May 2013 08:43 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa. Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun. Majlis angkat sumpah diadakan dihadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sembilan termasuk Setiausaha Penganjur MCA kebangsaan dan ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada upacara berkenaan. Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidaka akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008
Barisan EXCO Johor, sila rujuk di sini. |
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |