Belantan |
Alahai MB Khalid - Apa sudah jadi dengan pakej rangsangan ekonomi Selangor! Posted: 06 Jan 2013 04:46 PM PST ![]() Pada tahun 2009 kerajaan negeri dipercayai telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya masih kabur lagi. Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun. Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, YAB. Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, maka matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya. Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Lihatlah keadaan Sungai Klang sekarang! Semakin teruk dimana sampah-sarap memenuhi permukaan sungai! Dikatakan tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, 'was approved' dengan izin, oleh Menteri Besar. ![]() Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu? (1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati. (2) Bagaimana RM 50 Billion dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek. (3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor. (4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. (5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh YAB. Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka. (6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam. (7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani 'Integrity Pacts' dengan izin, atau 'perjanjian integriti' dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban. Apa cerita MB Khalid! Boleh jawap ke? ![]() Suara Politik Belantan |
Isu Selangor : Seminggu tiada bekalan air? Posted: 06 Jan 2013 09:36 AM PST Penduduk di Taman Permai 1 Ampang, Selangor terpaksa menadah air menggunakan besen sejak menghadapi masalah air yang telah berlarutan selama seminggu. Penduduk di Taman Permai 1, Ampang, Selangor dekat sini hidup dalam sengsara apabila bekalan air terganggu sejak seminggu lalu. Penduduk mendakwa, mereka tidak diberikan notis oleh pihak Syabas yang mengatakan terdapat gangguan bekalan air di kawasan itu. Mereka mendakwa, bekalan air terganggu secara tidak konsisten, menyebabkan mereka terpaksa menadah air menggunakan besen. Tinjauan ke kawasan tersebut semalam mendapati, gangguan bekalan air masih berlaku. Seorang penduduk di Flat Kelompok Camar, Taman Permai 1, Sabtu Mat, 70 berkata, masalah air itu mungkin disebabkan pihak Syabas menukar paip utama di kawasan berhampiran. "Tetapi mengapa Syabas tidak memaklumkan kepada penduduk di kawasan ini, kerana bekalan air tiba-tiba terputus. Sekejap ada, sekejap tiada langsung. "Disebabkan itu segala aktiviti harian seperti memasak, membasuh kain dan mandi terganggu," katanya. Jirannya, Abdul Basir Wahab, 51 berkata, sebelum ini masalah seumpama itu tidak pernah terjadi di kawasannya. "Ini pertama kali ada masalah air di kawasan ini. Saya berharap Syabas segera mengatasi masalah ini dan beri notis kepada penduduk supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini," ujarnya. Seorang penduduk di kawasan perumahan dua tingkat Taman Permai 1, Kusnul Khatimah, 45, berkata, lori tangki air Syabas hanya datang dua kali sahaja sejak bekalan air terganggu. "Bekalan air yang dihantar oleh Syabas itu tidak cukup bagi semua penduduk di sini dan mereka (Syabas) tidak memaklumkan kepada kami waktu penghantaran tersebut," katanya. Sutilah Muhamad, 45, berkata, dia dan keluarga terpaksa pulang ke kampung di Kajang berikutan gangguan bekalan air di kawasan rumahnya. "Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila musim persekolahan bermula kerana segala aktiviti seperti mandi, memasak dan membasuh kain terganggu," katanya. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |