Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Jika Undi Popular Dijadikan Slogan, Kenapa Khalid Ibrahim Jadi Menteri Besar?
- KIRAAN UNDI SEMULA BERMULA DI PERMATANG PAUH
- 80% AHLI DAP TAK TAHU BERCAKAP BM, ANWAR PULA TAK GUNA BM DI RUMAH
Jika Undi Popular Dijadikan Slogan, Kenapa Khalid Ibrahim Jadi Menteri Besar? Posted: 14 May 2013 08:42 PM PDT Jom tengok majoriti yang dimenangi oleh 'calon-calon' MB pakatan di Selangor. Khalid Ibrahim hanya menang dengan 2,994 undi sedangkan Dr. Rani menang 9,079 undi. Di negeri yang mana Khalid Ibrahim sendiri sebagai MB pun dia tak popular. Nak kata puncanya jumlah pengundi? Kedua-dua kawasan DUN ini hampir sama bilangan pengundinya iaitu lebih 39,000 orang. Kalau ikut siapa lagi popular, bukankah Dr. Rani patut jadi MB Selangor? Kesimpulan, puak-puak yang menjadikan undi popular sebagai hujah memang bangang. Jangan MENGAKADEMI FANTASIAKAN pilihan raya dengan menggunakan siapa lagi popular patut menang. Kalau Anwar Ibrahim beria-ia melalak pasal undi popular, dia tak patut bertanding dalam PRU, tapi masukkan dia dalam ANUGERAH BINTANG POLITIK PALING POPULAR. Kerana dalam Pilihan Raya, kemenangan satu parti ditentukan melalui undi elektoral, bukan undi popular. Hanya rakyat Malaysia yang bodoh, bangang dan bahlol sahaja boleh tertipu dengan CERITERA UNDI POPULAR ANWAR IBRAHIM. *Kalau Anwar Ibrahim bertanding PRESIDEN US pun dia kalah sebab kat US pun tak pakai undi popular. Bukti ada kat bawah. Mohon disebarkan di FB MACAI yang masih meroyan pasal undi popular. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_United_States_presidential_elections_by_popular_vote_margin Bush menang undi elektoral, Al Gore menang undi popular. Pemenang mutlak adalah Bush. Walaupun Al Gore sekutu Anwar Ibrahim, takde pulak dia pusing satu Amerika meroyan macam Anwar Ibrahim. |
KIRAAN UNDI SEMULA BERMULA DI PERMATANG PAUH Posted: 14 May 2013 07:34 AM PDT Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh. "Saya mendesak dan mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan, you balik Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,"katanya kepada TV3. Menurutnya, Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata. "Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata, 'marahkan nyamuk bakar kelambu'.."katanya lagi Amacam Saudara Anwar Ibrahim, ada berani? |
80% AHLI DAP TAK TAHU BERCAKAP BM, ANWAR PULA TAK GUNA BM DI RUMAH Posted: 14 May 2013 12:03 AM PDT Seperti diramal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), jika pembangkang tewas mereka akan melakukan provokasi supaya berlakunya pertumpahan darah di kalangan rakyat di negara ini. Kini ramalan itu benar-benar diterjemahkan dalam bentuk 'himpunan 505′ yang didalangi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sebenarnya itulah yang Anwar dan Kit Siang hajati, mereka sengaja buat provokasi supaya Melayu-Islam bangkit 'melawan' supaya tercapai matlamat mereka-politik tidak stabil dan huru hara dalam negara. Malangnya orang-orang Islam dan Melayu tidak terpengaruh dengan provokasi Anwar itu. Sebaliknya, Azmin Ali berkata kepada Anwar bahawa Rakyat sudah bosan dilembukan dalam perhimpunan sebegitu? Kata Azmin Ali kepada Anwar, sampai bila nak memperbodohkan rakyat? Kata Azmin lagi , "Muhasabahlah kau Anwar, aku sudah bosang!". Lalu Azmin pun tak nak hadir di Himpunan Stadium Sempit di Kelana Jaya. Begitu juga Hj. Hadi dan Datuk Harun Taib, dengan berkata terimalah keputusan dengan hati terbuka. Malangnya Anwar Ibrahim, gilanya di tahap impak maksima. Perumpamaan gila Anwar boleh dibayangkan seperti ini, sekiranya 10 wanita Cina dibogelkan di depannya, kesemua 10 wanita itu dikerjakannya! Bukankah aksi Anwar sangat hebat dengan Cina Doll itu! (Nota pembaca tidak digalakkan membayangkannya, hanya membacanya sahaja, terima kasih) 13 Mei Peristiwa 13 Mei merujuk kepada tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang mengorbankan 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Ketika berlakunya tragedi berdarah 1969, Anwar ketika itu adalah penuntut Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya sedang sibuk berkempen anti-Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj), manakala Kit Siang pula sibuk meniupkan api perkauman atas kapasitinya Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen DAP di Bandar Melaka. Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk "Sebelum dan Selepas 13 Mei", berkata kata-kata provokasi secara melampau merupakan asas tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969. Dalam bab "Mabuk Kemenangan" dan "Api Menyala Malam", Tunku menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah berlakunya tragedi 13 Mei. Selepas Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-3 diumumkan pada 10 Mei 1969 yang membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2) menewaskan pembangkang yang mendapat 37 kerusi (DAP -13, PAS-12, Gerakan-8 dan PPP – 4), pembangkang khususnya parti berasaskan kaum Cina, DAP dan Gerakan mula menyusun 'perarakan jalanan' untuk merayakan kemenangan mereka itu. Dalam PRU13, DAP memenangi 38 Kerusi Parlimen meninggalkan PKR 28 dan PAS 21, dengan jumlah tersebut mereka rasakan diri mereka sudah menang. Mereka buta mata dan buta hati kepada angka 133. Anwar, DAP dan Cina DAP sudah all out untuk memerintah negara ini, malangnya kuasa Allah SWT tidak membenarkan mereka. Mereka melawan kuasa Allah SWT dengan membuat himpunan supaya tercetus huru-hara. Anwar tidak akan berhenti berdemo, khususnya menjelang umur Anwar yang ke 66 tahun dan PRU14 mencecah 71 tahun. Pada Anwar, huru-hara mesti dibuat, kematian mesti diwujudkan, bakar-membakar mesti dilakukan, tembak-menembak mesti dicreate, hina-menghina mesti dibesar-besarkan...jika tidak rakyat Malaysia akan sejuk dan menerima keputusan PRU13 dan ini amat-amat menyakitkan hati Anwar bin Ibrahim. 80% Ahli DAP Tidak Tahu Berbahasa Malaysia! KATA-KATA YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN Perasaan gila kemenangan semakin memuncak dan tidak terkawal lagi. Dan pihak Komunis pasti akan mengambil kesempatan untuk menghasut dan menghangatkan lagi perasaan mereka. Pemimpin yang menang pilihanraya itu telah melakukan kesilapan yang besar, sekalipun mungkin mereka tidak bertanggungjawab di atas kejadian itu. Perarakan haram ini menghala ke Jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan-jalan masuk ke Kampung Bharu, di mana 30,000 orang Melayu hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sejak bertahun-tahun lagi. Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di Kampung Bharu. Di sepanjang jalan itu, mereka bertempik sorak. Dan apabila mereka berada di kawasan orang Melayu, mereka mengejek-ejek dan menunjuk-nunjuk kebesaran mereka untuk menaikkan perasaan marah orang-orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan ini di kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO. Encik Mansor bin Mohd Noor dalam satu kenyataannya telah melaporkan seperti berikut: "Satu kumpulan dari mereka kira-kira 20 orang telah berhenti di hadapan Balai Polis Jalan Travers. Seorang daripada mereka melaungkan perkataan "Melayu mati" di hadapan rumah kediaman anggota-anggota polis di balai itu dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis yang disaksikan oleh isteri-isteri anggota polis yang berada dalam kawasan rumah kediaman mereka. Seorang mata-mata telah membuat laporan di atas kelakuan biadab dan tidak sopan itu. "Selepas itu, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Salah satu darinya telah pergi ke Jalan Mountbatten dengan menahan kereta-kereta orang Melayu dan memaki hamun mereka dengan tujuan hendak menghina mereka. "Mereka juga mengancam hendak menonyoh mata anak perempuan OCPD sendiri yang berumur kira-kira tujuh belas tahun. Sambil itu mereka berkata, "Engkau Melayu bodoh," "Tidak kuasa." Seorang pemuda Melayu telah melaporkan di Ibu Pejabat Polis yang dia dipukul oleh tiga orang Cina di Foch Avenue." Encik Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan iaitu Yang Dipertua Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, telah mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan haram itu menganggu keamanan orang ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang menang dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. PERMOHONAN MAAF SUDAH TERLAMBAT Pada hari Selasa, 13 Mei 1969, dia meminta maaf secara terbuka dalam akhbar-akhbar di atas kelakuan penyokong-penyokong partinya yang menyusahkan orang ramai, tetapi telah terlambat kerana perbuatan mereka amatlah memedihkan hati orang-orang Melayu. Memang patut dia meminta maaf kerana selepas perarakan Dr Tan itu bersurai pada jam 8.00 malam seperti yang telah dipersetujui, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam perarakan haram seperti yang tercatat dalam laporan polis. Kawasan-kawasan ini terletak di bahagian Selatan, Tengah dan Utara Kuala Lumpur yang jaraknya di antara kawasan pertama (Selatan) dengan kawasan ketiga (Utara) hampir tujuh batu. Tunjuk perasaan ini berlangsung sehingga ke tengah malam. Saya rasa tidak syak lagi, tunjuk perasaan yang diadakan di pelbagai tempat berasingan ini bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana di bandar Kuala Lumpur yang telah pun ada tanda-tanda ketegangan. API MENYALA MALAM Saya pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Star kira-kira tengah hari pada hari Selasa, 13 Mei 1969, iaitu hari yang mengubah nasib bangsa dan negara kita. Ketua Setiausaha Sulit saya memberitahu saya yang dia menerima perkhabaran bahawa satu tindakan balas seakan tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang Melayu di Kuala Lumpur yang sangat marah dengan tunjuk perasaan anti Melayu dan perbuatan menghina yang biadab, dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 Mei 1969. Tidak lama kemudian, Encik Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur dan beberapa orang datang berjumpa saya dengan memberitahu bahawa kejadian pembunuhan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus diisytiharkan perintah berkurung mulai jam 7.00 petang. Pasukan keselamatan ditugaskan mengawal dan askar-askar dipanggil untuk membantu. Kelakuan keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu memang melampaui batas kesopanan manusia, sehingga menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga di kalangan orang Melayu. Jika anda petugas dan memantau PRU13 di Gelang Patah baru-baru ini, 8 daripada 10 pengundi Cina DAP yang datang dari Singapura tidak tahu berbahasa Malaysia! Manakala 2 daripada mereka boleh memahami bahasa Malaysia dalam bentuk percakapan lintang-pungkang. Manakala, di rumah Anwar Ibrahim, Anwar dan anak-anaknya tidak bercakap Bahasa Melayu sesama mereka, melainkan terdapat tetamu orang Melayu. Menunjukkan betapa rendahnya nilai Bahasa Melayu kepada Anwar bin Ibrahim. Tak tahukah bahasa apa yang mereka gunakan? Jangan tanya bagaimana saya tahu, kerana saya kenal Anwar Ibrahim!. Kepada seluruh rakyat Malaysia, himpunan demi himpunan yang Anwar lakukan pada hari ini adalah provokasi terakhirnya sebelum dia bersara wajib dalam politik Malaysia. Lima tahun lagi, dalam umur menjangkau 71 tahun, Anwar Ibrahim akan menimang cucu-cucunya. Kepada rakyat Malaysia, dengarlah nasehat Azmin Ali kepada Anwar bahawa Rakyat sudah bosan dilembukan dalam perhimpunan sebegitu? Kata Azmin Ali kepada Anwar, sampai bila nak memperbodohkan rakyat? Kata Azmin lagi , "Muhasabahlah kau Anwar, aku sudah bosang!". Lalu Azmin pun tak nak hadir di Himpunan Stadium Sempit di Kelana Jaya. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |