BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Mujur Dewi Perssik masih memakai seluar dalamnya, kalau tidak...
- (Video) Kenapa Dato Siti tanggal tudungnya?
- Kisah menyayat hati Ustaz Azizan sebelum kakinya dipotong
- Tan Sri Khalid Ketua Polis Negara baru, Bakri timbalan
- Demokrasi tidak berfungsi, ABU sedia rampas Putrajaya secara kekerasan
- PM menghadap Agong untuk perkenan barisan kabinet baru
- Tiga sebab Sultan Selangor lantik Tan Sri Khalid sebagai MB S'ngor
- (Video) Wan Sharmila terdesak lakonkan adegan 'ranjang'?
- Gempar! Bom di Istana Kehakiman Putrajaya!
- Tiada jemputan untuk ADUN dan Speaker di majlis angkat sumpah MB S'ngor?
- Dua Khalid angkat sumpah Menteri Besar hari ini
- Melayu paling bangsat dalam Malaysia, Tamrin (abaikan nama bapanya...)
- Poll: 80 percent call for Anwar retirement
- Legasi Nik Aziz menentang perpaduan diteruskan Nasruddin Tantawi
- 'Video 'ghairah' itu hanya gurauan'
- Ibu terkilan, pelakon remaja derhaka lupa diri setelah ada kekasih
(Gambar) Mujur Dewi Perssik masih memakai seluar dalamnya, kalau tidak... Posted: 14 May 2013 09:45 AM PDT Dewi Perssik kembali mempamerkan keseksiannya, namun kali ini bukanlah di dalam filem tetapi catwalk bagi Jakarta Fashion & Food Festival (JFF). Dalam majlis yang dianjurkan di Hotel Harris di Kompleks Kelapa Gading Mall, Jakarta Utara Sabtu lepas, Depe tampil dengan gaun hitam yang jarang bertemakan 'Exotic Papua' rekaan Gede Yudi. "Dewi Perssik mengenakan kostum yang berinsiprasikan dari burung cenderawasih yang juga merupakan ikon bagi masyarakat Papua. Rekaan lain pula diinspirasikan dari suku Asmat. Umum mengetahui suku Asmat adalah terkenal dengan hasil ukirannya yang unik. Ukiran kayu tradisional yang saya cuba wujudkan dalam rekaan kali ini," kata Gede. Tidak hanya seksi, Depe turut tampil dengan gaya exotic dan bagi menaikkan lagi mood penonton, Depe membawa tombak, senjata yang biasa digunakan oleh kaum suku di Papua. |
(Video) Kenapa Dato Siti tanggal tudungnya? Posted: 14 May 2013 08:45 AM PDT Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza semalam (Isnin) telah melancarkan single dan klip video terbarunya berjudul Galau. Galau adalah hasil kerjasama Universal Music Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Mujahid dari Rumpun Records. Untuk pengetahuan umum, lagu ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai pasangan kekasih. Menurut Dato' Siti, perkataan Galau itu sendiri bermaksud kacau atau keliru dan lagu ini memperlihatkan rasa gundah sang kekasih tanpa orang tersayang. Menyentuh soal klip video yang dirakam pada 7 Disember tahun lalu pula, Siti berharap peminat tidak cepat melatah dan dapat menerima penampilannya di dalam video itu. "Muzik video Galau itu dah lama kami rakam dan itu adalah imej lama sebelum Siti bertudung litup. Bila semuanya dah siap dan pihak penerbitan dah keluarkan bajet yang tinggi untuk video itu, tak sedap lah pula untuk kita tahan dari ditayangkan." Menurut Dato' Siti, dia berharap peminat tidak keliru dan memahami situasi ini. Isteri kepada Datuk K ini juga meluahkan rasa syukur yang suaminya kini semakin sihat akibat daripada kemalangan tahun lalu. "Saya banyak tangguhkan kerja sebelum ini kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian menjaga suami. Alhamdulillah, setelah lama ditunda akhirnya dapat juga saya perkenalkan Galau secara rasmi kepada umum kerana suami kini semakin pulih." Syukurlah kerjaya Dato' Siti kini kembali lancar dan dia juga nampaknya semakin sibuk dengan promo produk wangian terbaru khusus untuk lelaki yang bakal menjengah negara Timur Tengah hujung tahun ini. Jom tengok beberapa keping gambar Dato' Siti yang semakin anggun bertudung litup. |
Kisah menyayat hati Ustaz Azizan sebelum kakinya dipotong Posted: 14 May 2013 06:01 AM PDT Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan. Beberapa kali dia merungut… "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan. Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa." Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat. Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya. "Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita… Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah. Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok". Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas. Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali. Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak. Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur. Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang. Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok." "Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah. Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia…. Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman. Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip. Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu". Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar. Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi. Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya. Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada! Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah. Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya. Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya. Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya. Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud! Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok! KISAH DI ATAS ADALAH TULISAN SETIAUSAHA POLITIKNYA, MUHAMMAD SANUSI MD. NOOR YANG JUGA KETUA PENERANGAN PAS KEDAH. BLOGNYA BOLEH DILAYARI DI http://sanusisetpol.blogspot.com |
Tan Sri Khalid Ketua Polis Negara baru, Bakri timbalan Posted: 14 May 2013 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR 14 Mei - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa Jumaat ini, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Khalid yang menyandang Timbalan Ketua Polis Negara, menggantikan Tan Sri Ismai Omar yang bersara wajib. Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin pula menggantikan Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari yang sama. |
Demokrasi tidak berfungsi, ABU sedia rampas Putrajaya secara kekerasan Posted: 14 May 2013 03:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-Pakatan Rakyat secara terbuka mengumumkan mereka mahu menawan Putrajaya secara kekerasan dengan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran tidak lama lagi. "Kita akan berarak di jalan dan mengambil alih Putrajaya. Jika kita benar-benar mahu menumbangkan mereka (BN), tidak ada cara lain. Demokrasi tidak berfungsi," kata Haris Ibrahim, jurucakap untuk kumpulan yang menggelar diri Asalkan Bukan Umno (ABU). Beliau berkata demikian di satu perhimpunan membabitkan kira-kira 1,000 aktivis pro pembangkang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, malam tadi. Beberapa penceramah termasuk Haris bersetuju bahawa lima tahun adalah terlalu lama untuk menunggu peluang bagi menumbangkang BN menerusi pilihan raya umum. "Rakyat tidak boleh menunggu lagi. Kami tidak mahu menunggu lima tahun lagi. Kami akan ke jalan untuk menuntut hak kami," kata beliau. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat hanya meraih 89 kerusi Parlimen berbanding 133 yang dimenangi oleh BN bagi memastikan pemerintahan berterusan oleh parti itu sejak kemerdekaan. Bagaimanapun Pakatan kekal berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan majoriti menyakinkan sungguhpun kalah di Kedah. Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, di dahului oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di beberapa negeri sepanjang minggu lalu. Mereka menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BN bersekongkol bagi melakukan penipuan untuk menang pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara. Aktivis pelajar Adam Adli Halim mencabar pihak berkuasa untuk menahan beliau kerana menghasut rakyat untuk menumbangkang kerajaan. "Hari ini kami adalah kuasa majoriti di negara ini. Kami berupaya menggerakkan sokongan untuk merampas semula demokrasi yang dicuri daripada kami," beliau dipetik berkata oleh Free Malaysia Today. "Kami tidak boleh tunggu lima tahun lagi untuk menumbangkan Umno dan BN. Saya menggesa rakyat Malaysia bersatu dan berarak di jalan raya untuk menuntut semula hak kami. Pilihan raya tidak menumbangkang Umno dan BN, tunjuk perajaan jalanan saja caranya," kata beliau. Turut memberi sokongan kepada idea itu adalah aktivis Hishamuddin Rais. Beliau berkata rakyat perlu melancarkan demonstrasi jalanan kerana sistem perundangan negara tidak boleh diharapkan untuk menangani rasa tidak puas hati Pakatan terhadap keputusan pilihan raya. "Kita akan menggerakan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran. Ini bukan ugutan, ini janji," kata beliau. SPR sebelum ini menggesa semua pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya untuk menfailkan kes di mahkamah dengan bukti-bukti berkenaan. Pada masa sama, badan itu juga menimbang untuk menyaman Anwar dan pemimpin pembangkang yang menyebar fitnah tentang perjalanan pemilihan itu sehingga menjejaskan kredibiliti SPR. |
PM menghadap Agong untuk perkenan barisan kabinet baru Posted: 14 May 2013 02:01 AM PDT KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu. Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis. Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini. – BERNAMA |
Tiga sebab Sultan Selangor lantik Tan Sri Khalid sebagai MB S'ngor Posted: 14 May 2013 01:01 AM PDT KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa memberikan tiga sebab baginda memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua. Pernyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Baginda di Istana Alam Shah di sini, Selasa. "Sultan Selangor berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar atas alasan-alasan berikut iaitu ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon Menteri Besar yang baru. "Abdul Khalid telah memenuhi semua syarat yang diperlukann bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Abdul Khalid pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini dan pengalamannya itu boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," kata Mohd Munir. Dalam pada itu, Mohamad Munir berkata, kelewatan pelantikan Menteri Besar kerana Sultan Selangor menunggu senarai calon untuk dikemukakan oleh ketiga-ketiga parti komponen Pakatan Rakyat. "Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon Menteri Besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila Pakatan Rakyat memenangi PRU-13. "Justeru itu, Sultan Selangor telah menunggu parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan calon Menteri Besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon sahaja yang dikemukakan," kata Mohamad Munir. Penjelasan Sultan Selangor itu sekali gus menamatkan persoalan mengenai pelantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua. Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor. Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13. Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2,994 undi. |
(Video) Wan Sharmila terdesak lakonkan adegan 'ranjang'? Posted: 14 May 2013 12:02 AM PDT RAMAI yang mengadu pada Miss J tentang strategi pelakon berstatus janda Wan Sharmila untuk lebih dikenali sejak akhir-akhir ini. Dengarnya Wan Sharmila sudah semakin berani berpakaian seksi. Semua pakaian Wan Sharmila mesti ada daya tarikan tersendiri. Satu lagi, Miss J dengar yang Wan Sharmila juga dikatakan sanggup melakukan 'apa' sahaja supaya namanya lebih dikenali di kalangan pemain industri hiburan. Ada beberapa orang kuat dalam industri yang telah digodanya. Benarkah? Wan Sharmila sangat 'terdesak' untuk jadi popular. Apa sahaja tawaran yang ada di depan mata pantas dicapai. Sampai sanggup melakon melakonkan babak ranjang dengan Fizz Fairuz dalam filem Bisikan Syaitan. Nasib baik babak itu awal-awal lagi dah kena potong dengan pihak LPF. Tapi apa pun itu hanya apa yang Miss J dengar. Mungkin suara itu sebelah pihak sahaja. Miss J tak boleh tuduh sembarangan pada Wan Sharmila. Miss J yakin yang Wan Sharmila pun ada penjelasan tersendiri berhubung perkara ini. Jangan cepat buat andaian kalau tidak betul. Berdosa tau... Filem "Bisikan Syaitan" arahan pertama pengarah muda Faizul A.Rashid dibawah terbitan Lightbulb Pictures itu mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya (Nabila Suhaimi Fan Club) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu. Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib. |
Gempar! Bom di Istana Kehakiman Putrajaya! Posted: 13 May 2013 11:01 PM PDT PUTRAJAYA 14 Mei - Istana Kehakiman di sini gempar apabila menerima panggilan misteri memberi amaran bom telah diletakkan di bangunan tersebut pada pukul 8:35 pagi tadi. Kesemua petugas termasuk para hakim, majistret dan peguam diarah mengosongkan bangunan tersebut sebagai langkah keselamatan sementara menunggu unit pengesan bom tiba. Siasatan mendapati panggilan tersebut adalah palsu, bagaimanapun usaha mengesan bom masih diteruskan. |
Tiada jemputan untuk ADUN dan Speaker di majlis angkat sumpah MB S'ngor? Posted: 13 May 2013 09:31 PM PDT Pada hari ini semua maklum dengan perlantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua. Perlantikan beliau menjadi kontroversi hangat apabila mendapat pelbagai reaksi dari rakan pakatan sendiri dan juga masalah dalaman PKR yang didalangi oleh Azmin dan koncon-konconnya. PAS cuba merisik jawatan tersebut, berikutan jumlah kerusi mereka melebihi dari PKR namun setelah DAP menegur, PAS malu alah tapi mahukan jumlah kerusi Exco yang lebih. Azmin pula, terkial-kial membuka pekung partinya sendiri dengan menuduh Presiden PKR, mengamalkan amalan nepotisme kerana tidak memanggilnya untuk berbincang terlebih dahulu. Oleh kerana pertelingkahan ini menjadi semakin rumit, kami difahamkan, Sultan Selangor mengambil keputusan untuk tidak menjemput semua ADUN yang menang, termasuklah Speaker DUN untuk menghadiri majlis mengangkat sumpah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perkara ini juga dimaklumkan oleh saudara Minaq Jinggo, jurufoto politik terkenal melalui twitternya. Beliau turut mengirimkan gambar di dalam dewan yang memperlihatkan kerusi kosong yang tidak diduduki oleh hadirin. |
Dua Khalid angkat sumpah Menteri Besar hari ini Posted: 13 May 2013 09:01 PM PDT JOHOR BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa. Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun. Majlis angkat sumpah diadakan dihahadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sementara itu di Selangor Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di Istana Alam Shah, di sini. Abdul Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.05 pagi. Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin. Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor. Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2994 undi. |
Melayu paling bangsat dalam Malaysia, Tamrin (abaikan nama bapanya...) Posted: 13 May 2013 08:33 PM PDT Semalam 13 Mei 2013 merupakan tarikh yang tidak boleh rakyat Malaysia lupakan, peristiwa hitam melanda negara pada tarikh ini. Ramai rakyat Malaysia yang merasai bagaimana peritnya insiden hitam ini berlaku terutama sekali ibu bapa kita. Negara Malaysia diisytihar darurat atas sebab rusuhan kaum yang dicetuskan oleh sebuah parti yang berdendam dengan bangsa Melayu. Artikel kali ini GR tidak bermaksud rasis tapi untuk menyedarkan kita rakyat Malaysia bersyukur dengan kehidupan yang kita kecapi selama ini yang aman damai. GR agak terkejut bila membaca blog Lim Kit Siang dengan paparan video anak kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar menyatakan Lim Kit Siang bukan antara dalang yang terlibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Apakah beliau ini buta sejarah? Jangan kerana kecewa dalam bahagian sendiri sanggup menjatuhkan maruah bangsa sendiri. Dalam blog Kit Siang, anak bekas TPM ini menyatakan Lim Kit Siang tiada di K.Lumpur semasa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. Kalau bukan Kit Siang ditangkap di KL, ini gambar siapa?? Mungkin anak bekas TPM ini lupa dengan sejarah atau buat-buat lupa dan GR yakin rakyat Malaysia masih ingat siapakah antara dalang yang terlibat. Ini kata-kata yang dilemparkan oleh Kit Siang dan sehingga hari ini beliau masih TIDAK MOHON MAAF pada rakyat Malaysia. Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. GR yakin rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seperti ini berlaku lagi, jadi apa yang sudah tertulis dalam sejarah negara tidak perlu diputarbelitkan lagi. Yang bersalah tetap bersalah. Pada Dato' Tamrin jangan gadaikan maruah diri dan nama baik keluarga kamu. Rakyat Malaysia tabik dan hormat dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Tun Ghafar Baba semasa menjadi TPM. Beliau seorang pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Jangan disebabkan mahukan sesuatu anda sanggup gadaikan maruah bangsa dan jadi balaci pada seorang yang sudah terang-terangan ada muslihat sesuatu disebalik apa yang berlaku. Zaman anda sudah lepas, jangan rosakkan pemikiran anak muda kerana mereka ini pelapis negara. Sumber |
Poll: 80 percent call for Anwar retirement Posted: 13 May 2013 08:15 PM PDT KUALA LUMPUR: More than 80 percent respondents have called for Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down due to his failure in leading Pakatan Rakyat (PR) to victory in the 13th General Election (GE13). In an online survey conducted by local press, The Edge, over 9000 respondents or more than 80 percent of them voted the PKR advisor to call it quits for not being able to conquer Putrajaya in GE13. Less than 20 percent or about 2000 respondents voted for Anwar to continue leading PR to the next GE as the opposing quolition has gained more seats than the previous election. The question posed by The Edge was "Pakatan Rakyat has failed to conquer Putrajaya in GE13. Should Anwar Ibrahim step down as leader?" In the survey, about 81.33 percent voted "Yes, he should call it quits as he has made his pledge" whereas about 18.67 of them opposed the question by voting "No, he should continue to lead PR to the next GE as PR has won more seats than previous election". Prior to the recent election, Anwar on April had stated that he will back down from politics and pursue his passion for teaching if PR failed to form the Federal Government. However, after failing to wrest Putrajaya, he soon made a declaration that he will "continue the fight to defend all Malaysians" as he claimed that the election was "faulty and fraudulent". On May 8, Anwar also held a rally where thousands of Malaysians, dressed in black, gathered to protest against the country's election results which they claim were tainted by fraud. The gathering was held at Kelana Jaya stadium with protesters spilling out of the stadium area causing massive traffic gridlocks which lasted for hours. DAP adviser Lim Kit Siang also insisted Anwar to continue leading being the Opposition Leader in Parliament despite PKR winning lesser seats than his party. Lim said this was the consensus of the opposition's allies after DAP won 38 seats, PKR, 30 and PAS, 21, in GE13. |
Legasi Nik Aziz menentang perpaduan diteruskan Nasruddin Tantawi Posted: 13 May 2013 07:35 PM PDT SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan. Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti. Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang. "Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap. "... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam. Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini. Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan. "Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal. "Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja. "Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang. Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam. Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu. "Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat. "... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik. "Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan," katanya. Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan. "Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN. "Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu," tegasnya. |
'Video 'ghairah' itu hanya gurauan' Posted: 13 May 2013 06:31 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Mei.- Pelakon Sharifah Sakinah hari meminta maaf diatas penyebaran video berbaur lucah yang dirakamnya melalui telefon bimbit seorang lagi rakan artis, Anzalna Nasir beberapa hari lalu. Menegaskan perbuatanya itu sekadar gurauan, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia sedikitpun tidak menyangka video yang dimuat naik melalui laman Keek Anzalna itu mengundang kontroversi hebat. "Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan. "Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu," katanya yang turut memberitahu Anzalna yang memadamkan video tersebut selepas dimuat naik. - |
Ibu terkilan, pelakon remaja derhaka lupa diri setelah ada kekasih Posted: 13 May 2013 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR: "Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon. Hasliza berkata tatkala ibu-ibu lain menerima ucapan gembira daripada anak anak mereka sempena sambutan Hari ibu pada Ahad lalu, dia tidak berpeluang meraikannya seperti itu. "Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. "Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin. Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita. Malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain. Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya. "Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq. "Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. "Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. "Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," katanya. Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya. Soalnya, adakah itu caranya seorang wanita menghormati orang yang lebih tua? Malah lebih terharu Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media. Tambah Hasliza lagi dia turut terperanjat apabila membuat semakan menerusi akaun bank Afiq, anaknya itu telah menghabiskan wang RM30, 000 dalam masa sebulan. "Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni. "Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya," katanya. Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah. "Afiq... Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi... kembalilah pada Umi dan ingatlah... syurga itu di bawah telapak kaki ibu," katanya sedih. Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dia kepada keluarga dan pihak media. "Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini? "Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi," tegasnya. mStar |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |