KEPAL NASI KEPAL BERAS |
NOTA TERAKHIR UTK PM SEBELUM KABINET DIUMUMKAN!! Posted: 14 May 2013 08:16 AM PDT Masalah terbesar yang dihadapi BN ialah sokongan kaum cina yang sudah insolven. Masalah insolven sokongan kaum cina berpunca dari kegagalan MCA dan Gerakan meyakinkan kaum cina kenapa kaum cina perlu berkongsi dengan lain-lain kaum di bawah BN. Masalahnya pulak kaum cina sudah tidak yakin dengan pimpinan MCA dan Gerakan. Hasilnya, amalan perkongsian kuasa di dalam BN sudah dilihat tempang. Selama ini BN khususnya di semenanjung adalah ibarat "tungku tiga sejarangan" yang mampu memasak apa saja jenis masakan untuk dimakan bersama di antara Melayu, cina dan india. Tetapi hari ini, tungku ini sudah tinggal 1 kerana 1 tungku sudah patah, manakala tungku yang 1 lagi sudah "goyeh". Hanya tungku UMNO yang mewakili kaum melayu saja yang masih kukuh. Secara teknikalnya, tungku ini sudah tidak boleh digunakan lagi untuk memasak seperti biasa. Periuk dan kuali telinga sudah tidak boleh lagi diletak begitu saja di atas jerangan jika tanoa sokongan. Periuk atau kuali telinga yang diletak di atas tungku ini pasti akan tumpah kerana faktor kestabilannya amat diragui. Kesan kepada ketidak-seimbangan dan ketidak-stabilan ini, akhirnya akan menyusahkan semua pihak termasuk kaum melayu, walaupun tungku besi melayu UMNO masih kukuh. Untuk menggunakan tungku alternatif "3 sejarangan PR", lagi berisiko tinggi kerana kekuatan ke tiga-tiga tungku alternatif ini tidak berupaya menanggung beban periuk dan kuali telinga yang besar. Tungkunya terlalu halus sebesar kayu "keluduk". Setakat untuk memasak air pakai cerek siam boleh tapi untuk memasak lauk perlu dilakukan secara bergilir-gilir menggunakan "kuali dara" yang bersaiz kecil. Tungku BN di Sabah dan Sarawak masih kukuh dan tiada masalah untuk rakyat memasak dan makan bersama. Tapi tungku PR di sana langsung tidak boleh ditegakkan kerana hanya ada tungku DAP saja "tercegat" satu tiang yang hanya boleh digunakan untuk memanggang ikan dan daging saja. Inilah dilema yang sedang dan bakal dihadapi oleh seluruh rakyat dan negara ini hasil dari keputusan PRU13 yang lalu. Pemimpin negara harus bertanggunghawab untuk memperbetulkan semua suasana ketidaktentuan, ketidakseimbangan dan ketidakstabilan ini. Apakah kerangka dan model baru yang paling berkesan dan terbaik untuk mewakili setiap kepentingan ini agar "national reconciliation" yang sebenar dapat diformulasi untuk membolehkan semua pihak merasa terbela, selamat dan tidak terpinggir di bawah sebuah kerajaan yang stabil dan dipercayai. Cara dan pembawaan PR tidak menampakkan langsung kelayakan untuk mereka diberi kepercayaan mentadbir negara ini. Budaya politik melampau yang sudah dijadikan amalan lazim PR tidak mungkin akan membawa kepada kestabilan dan keseimbangan di dalam masyarakat. BN pula sehingga kini masih gagal memulihkan kestabilan dan keseimbangan yang sangat diperlukan itu sebagai syarat penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai anutan kepercayaan di dalam kompleksiti yang ada. Jika sekadar bergantung kepada barisan kabinet "boleh dijangka" yang akan diumumkan besok, penyelesaian holistik sudah pasti akan jauh panggang dari api. Jika pentadbiran DS Najib hanya sekadar meneruskan program transformasi dan produk 1Malaysia sediada, testimony yang ada terbukti hanya berjaya memenangi 133 kerusi parlimen, malah outcome program dan produk inilah yang telah menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan serta ketidakstabilan yang sedang berlaku kini. Sesuatu yang diluar kotak pemikiran massa harus dilakukan. Pendekatan ini saja yang berupaya membasmi dan memansuhkan segala persepsi buruk terhadap kerajaan. Cara ini saja yang berupaya mematikan akal pembohong Anwar. |
PERINGATAN II BUAT PM: RUANG BUAT SILAP SUDAH TERTUTUP!! Posted: 13 May 2013 07:48 PM PDT Kabinet yang dibentuk lazimnya dibuat berdasarkan keperluan yang wujud. Keperluan itu pula wujud lazimnya berasaskan Kepada realiti dan fakta masalah sebenar yang wujud. Realiti masalah dan fakta sebenar yang wujud ini pula seharusnya dikenal pasti terlebih dahulu. Jika masalah ini sudah benar-benar dikenalpasti, barulah difikirkan strategi bagaimana untuk mengatasi dan mencari jalan penyelesaiannya. Jika fakta dan masalah sebenar gagal dikenalpasti, dikhuatiri formula dan preskripsi penyelesaian yang dirangka oleh Perdana Menteri akan tersilap kerana formula dan preskripsi tersebut diformulasi berdasarkan fakta dan punca masalah yang tidak tepat. Jika ini yang berlaku, kegagalan berganda akan berlaku membentuk domino dan sambung-menyambung. Akhirnya, kerajaan juga yang akan terbelit dan upset sendiri kenapa rakyat masih belum juga mahu yakin dan percaya untuk membulatkan tekad menyokong kerajaan. Bila terjadi senario begini, masalah seberat seribu tan metrik yang sedia ada bukan saja tidak dapat diselesaikan, malah akan bertambah menjadi dua ribu tan metrik. Itu sebabnya ramai yang meramalkan, kabinet yang bakal dibentuk oleh DS Najib Tun Razak minggu ini adalah keputusan paling "crucial" yang wajib diputuskan dan barisan kabinet ini bakal menentukan hidup atau mati kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 akan datang. Hakikatnya, DS Najib tidak boleh dan tidak punya ruang lagi untuk melakukan kesilapan dengan percaturan "takut-takut" walaupun "seketek" kerana dari senario keputusan PRU13, tiada menampakkan sebarang advantage kepada pihak pemerintah, melainkan yang ada hanyalah disadvantages dan ancaman. Tiada siapa yang mengatakan kedudukan BN selepas PRU13 lebih selamat dari BN selepas PRU12. Tiada siapa yang mengatakan masalah dan cabaran yang dihadapi selepas PRU13 "sudah sedikit ringan" berbanding dengan masalah dan cabaran yang wujud selepas PRU12. Tiada siapa yang mengatakan prestasi BN pada PRU13 lebih baik dari prestasi BN pada PRU12. Jika beban yang ditanggung BN hasil dari keputusan PRU12 sudah cukup berat sehingga Pak Lah terpaksa meletak jawatan sebagai sebahagian dari proses transisi untuk meringankan beban masalah yang dihadapi BN, beban pasca PRU13 adalah lebih berat lagi, dan ia tiada pilihan melainkan terpaksa dihadapi dan di atasi juga oleh BN dan kepimpinan DS Najib. Jika fakta dan punca masalah yang menyebabkan BN menerima nasib yang buruk pada PRU12 benar-benar telah dapat dikenalpasti dengan tepat, BN sepatutnya sudah tentu tidak akan menerima nasib yang lebih buruk pada PRU13 yang baru berlangsung. Sudah pastilah formula dan kerangka penyelesaian yang telah dirangka bagi memulih semula kekuatan BN sepanjang tempoh 2008-2013 itu, tidak benar-benar menepati kehendak dan keperluan yang sebenar berdasarkan kepada fakta dan punca masalah yang sebenar. Keputusan PRU13 yang lebih buruk, menggambarkan kepada umum bahawa segala perancangan, pelan pemulihan, pelan transisi dan transformasi politik serta ekonomi dll produk 1Malaysia yang telah digembeling secara maksimum, terbukti tidak berupaya untuk menawan kembali persepsi yang sudah tidak bersama BN. Pastilah ada yang tidak kena kepada segala pelan dan perancangn tersebut. Kanser tahap 4 yang dihadapi Pasca PRU2008, mungkin telah dirawat dengan rawatan preskripsi tahap 3. Hasilnya, kanser pasca PRU13 menjadi semakin kronik dan hingga menghampiri tahap 5. Bermakna, rawatan dan preskripsi yang telah dilakukan sepanjang tempoh penggal yang lepas terbukti bukan saja rawatan yang tidak mampu menyembuhkan, malah lapuran perubatan telah menunjukkan penyakit yang dihadapi telah menjadi semakin kronik. Apakah BN terus juga mahu menggunakan kaedah rawatan dan preskripsi sama yang sudah terbukti gagal sepanjang tempoh pasca PRU13 hingga kepada tarikh hidup mati pada PRU14? DS Najib harus tegas dan memastikan anggota kabinet yang bakal dibentuk adalah anggota yang bebas dari sebarang virus yang boleh menyebabkan kanser merebak. Jangan takut memberhentikan mana-mana menteri pembawa virus "baggage". Ahli UMNO dan rakyat pasti akan bersama Perdana Menteri. Jangan terkesan dengan kemungkinan mereka yang dicicirkan ini meragam atau pun lompat parti. Fail ada. Dedahkan saja kepada rakyat kenapa dia tidak layak menyambung tugas sebagai menteri. Jangan benarkan sesiapa yang pernah terbukti mempunyai "track record" pembawa virus "baggage" hanya disebabkan mereka punya kebolehan dan merit tertentu. "Imej bersih dan dipercayai" lebih dipandang tinggi meritnya di sisi rakyat daripada merit kebolehan seseorang. PM jangan takut untuk tidak melantik mereka kerana percayalah, rakyat akan "terbit rasa yakin dan percaya" terhadap YAB PM hanya dengan PM menunjukkan ketegasan bagi mendahulukan aspirasi dan harapan rakyat daripda harapan individu yang menyimpan hasrat untuk kekal dan untuk dtawarkan menganggotai kabinet. Cari dan kenal pastilah mana-mana Ahli Parlimen atau sesiapa yang berada di luar sana, tetapi begitu dihormati dan diyakini kredibilitinya oleh rakyat, dan jemputlah mereka menganggotai atau menganggotai semula kabinet, walaupun terpaksa menghadapi tentangan di peringkat dalaman. Jika PM selesaikan pun tentangan dan masalah peringkat dalaman dengan cara melantik juga pembawa virus "baggage" ini, ia tidak akan memberi impak positif langsung pada persepsi rakyat di luar sana, malah persepsi umum terhadap BN berpotensi besar untuk menjadi lebih parah. PM harus memastikan setiap langkah yang diambil adalah bermatlamat utamakan untuk membangkit rasa percaya dan yakin persepsi umum terhadap BN dan kepimpinan Perdana Menteri. Maka PM harus menampakkan secara jelas kepada umum bahawa beliau benar-benar serious kali ini untuk menyediakan pasukan terbaik untuk rakyat. "Matlamat Menghapus, Mambasmi dan Memansuhkan Persepsi Buruk Rakyat" sewajibnya menjadi agenda dan teras utama di dalam kerangka strategi untuk memulihkan kepercayaan umum terhadap BN dan Perdana Menteri. Menjadikan usaha membasmi, menghapus dan memansuhkan persepsi buruk umum sebagai matlamat dan misi utama BN, pasti akan memberi pulangan persepsi positif yang cukup besar kepada BN dan Perdana Menteri. Pulangan dari segi sokongan rakyat pasti jauh lebih besar daripada kemungkinan risiko kerugian yang bakal diterima akibat dari ketegasan PM memencenkan mana-mana "menteri kayu reput" atau tidak membawa mana-mana pembawa virus "baggage" ke dalam kabinet. Opportunity gained pasti akan lebih besar dari opportunity loss. Surplus atau lebihan yang diperolehi setelah ditolak opportunity loss ini dijangka masih mencukupi bagi BN untuk membentuk kerajaan secara majoriti 2/3 pada PRU14 nanti. Jika ini yang dilakukan, barulah rakyat rasa dihormati dan dihargai. Anwar yang tak buat apa-apa pun untuk rakyat, dan hanya setakat menyebut-nyebut rakyat, rakyat, rakyat setiap kali bercakap, pun rakyat teruja dan terasa dihormati. Inikan jika PM betul-betul menjiwai aspirasi rakyat dan menterjemahkannya melalui barisan kabinet yang bukan saja bersih, malah dilihat bersih oleh persepsi umum. Tapi kalau barisan kabinet nanti setakat muka-muka dan nama-nama yang "boleh jangka" saja, lebih baiklah saya mengikut jejak langkah KJ menawarkan diri untuk menganggotai kabinet di atas alasan untuk memberi khidmat secara lebih berkesan dan senang untuk buat enggagement dengan golongan muda jika saya berjawatan menteri. Kalau setakat nama Nazri Aziz, Rosnah PU3, Azalina, JJ, Ku Nan, Shaziman, Ismail Sabri, Ghani othman je yang direcycle balik-balik, tendency untuk BN dipusing duduk di barisan pembangkang selepas PRU14 sangat cerah. Mereka-mereka ini "tidak mempunyai asset dan kelebihan khusus" untuk menambah persepsi positif rakyat terhadap BN, jika DS Najib masih juga mahu mempertimbangkannya dari sudut percaturan politik dalaman. Adanya mereka tak menambah, tiada pun tak mengurangkan. Kalau setakat muka Reezal Merican, Azeez Rahim, Rahman Dahlan dan KJ yang mahu dibawa ke kabinet dan dijadikan sandaran sebagai "bahan utama untuk membasmi, menghapus dan memansuh persepsi buruk rakyat", ia samalah seperti PM mengambil wuduk menggunakan "air mustaqmal". Sembahyanglah tonggang tongget pagi petang siang dan malam tapi kalau wuduknya masih menggunapakai air mustaqmal, solat tetap akan ditolak. Buatlah segala perancangan, pendekatan dan pelbagai enggagement yang inovatif dan kreatif, BN tetap akan ditolak rakyat jika muka-muka seperti yang disebut oleh Tun Daim, "tengok muka pun orang sudah yakin" tidak dilihat wujud dalam kabinet. |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |