Politik Harian |
- 80 Peratus Mahu Anwar Tunai Janji Untuk bersara
- Anwar Perlu Terima Takdir - Harussani
- Motif Himpunan #505 - Provokasi Supaya Tercetus 13 Mei
- Video Ustaz Nasharuddin Mat Isa Yang Perlu Ditonton Oleh Puak PAS
- Khairy Jamaluddin Antara Nama Yang Disebut Dalam Barisan Kabinet Najib!
- SPR Mungkin Saman Anwar
80 Peratus Mahu Anwar Tunai Janji Untuk bersara Posted: 13 May 2013 11:04 PM PDT Lebih 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu. Bancian secara online akhbar itu menerusi laman web, www.theedgemalaysia.com menunjukkan, sehingga pukul 7.30 petang semalam sebanyak 9,077 orang menyatakan sokongan supaya Anwar mengotakan janji meletak jawatan. Sementara itu, sebanyak 2,082 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu. Bancian yang masih berjalan di bawah tajuk 'Pakatan rakyat telah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Adakah Anwar perlu meletak jawatan sebagai ketua' secara keseluruhannya mendapat jumlah undian sebanyak 11,158 orang setakat ini. Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Dalam pada itu, AdQrate dalam laporan yang boleh dilayari di www.adqrate.com/newspaper/details?id>35&type>1 menjelaskan, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 120,000 pembaca akhbar The Edge adalah kaum Cina, manakala bakinya kaum-kaum lain. Sebelum ini Anwar pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya. Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik jika kalah pada PRU 13. Anwar dalam sidang medianya berkata beliau akan terus memperjuangkan hak rakyat dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. "Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini. -AntaraPos |
Anwar Perlu Terima Takdir - Harussani Posted: 13 May 2013 07:57 PM PDT Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat. Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah. ''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja. ''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya. Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah. ''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah. ''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya. Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang. ''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.-UM |
Motif Himpunan #505 - Provokasi Supaya Tercetus 13 Mei Posted: 13 May 2013 08:59 AM PDT Seperti diramal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), jika pembangkang tewas mereka akan melakukan provokasi supaya berlakunya pertumpahan darah di kalangan rakyat di negara ini. Kini ramalan itu benar-benar diterjemahkan dalam bentuk 'himpunan 505′ yang didalangi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah dilaporkan Antarapos hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin Pakatan Rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara. Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini. Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata Anwar dan Kit Siang sengaja membangkitkan isu-isu perkauman melalui road show mereka di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini. "Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum. "Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin," katanya. Sebenarnya itulah yang Anwar dan Kit Siang hajati, mereka sengaja buat provokasi supaya Melayu-Islam bangkit 'melawan' supaya tercapai matlamat mereka-politik tidak stabil dan huru hara dalam negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan Bernama berkata pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara. Beliau berkata, polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu. "Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau," katanya. Anwar semasa berceramah di Ipoh semalam meminta para penyokongnya khususnya bukan Melayu agar jangan takut dengan 'tragedi 13 Mei' sebaliknya meraikan hari tersebut sebagai satu bentuk perayaan. "Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman," katanya dilaporkan FMT. Ketua Umum PKR itu turut menyeru semua kaum untuk "menyelamatkan negara", katanya, "Jika anda percaya (dalam perpaduan semua kaum), kemudian menyelamatkan negara anda, menyelamatkan masa depan anda, menyelamatkan keluarga anda. Hentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan membuang pemimpin-pemimpin yang sombong." Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk "Sebelum dan Selepas 13 Mei", terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969 berkata kata-kata provokasi komunis yang melampau antara faktor tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969. Komunis telah menyerap ke dalam Parti Buruh menganjurkan satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh yang dinobatkan sebagai 'Pahlawan Merah'. Parti Buruh diasaskan oleh Ishak Hj Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako. Tunku Abdul Rahman juga turut mendedahkan penglibatan seorang pemuda Melayu bernama Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara individu yang terlibat aktif dalam penganjuran perarakan mayat 'Pahlawan Merah' itu. Impikasi perarakan mayat 'Pahlawan Merah' itu yang berlaku pada 9 Mei antara saham utama tercetusnya isu peristiwa hitam 13 Mei 1969. Baca selanjutnya, sila klik di sini Dalam bab "Mabuk Kemenangan" dan "Api menyala Malam", Tunku Abdul Rahman menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah 13 Mei 1969. Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2), namun prestasi parti pembangkang khususnya parti dominasi Cina menunjukkan peningkatan. Di kalangan parti pembangkang, DAP yang mendapat 13 kerusi, PAS mendapat 12 kerusi, parti Gerakan 8 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) 4 kerusi. Ketika itu parti-parti pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan dan bergerak mengikut prinsip parti masing-masing. Parti Gerakan dan DAP yang berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dan kerana penentangan secara agresif itu menyebabkan kedua-dua parti itu disokong oleh masyarakat Cina. Baca selanjutnya, sila klik di sini DAP & 13 Mei 1969 Sumber : AIDC |
Video Ustaz Nasharuddin Mat Isa Yang Perlu Ditonton Oleh Puak PAS Posted: 13 May 2013 07:00 AM PDT Video Pandangan Nasharuddin Mat Isa...Renung Renung Kan Lah.... http://youtu.be/GK1xlsxp2BY Agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas perlu diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman. Desakan tersebut disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu. Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas! MARILAH KITABERSATU SAUDARAKU!!!! |
Khairy Jamaluddin Antara Nama Yang Disebut Dalam Barisan Kabinet Najib! Posted: 13 May 2013 05:00 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyenaraikan beberapa muka baharu dalam barisan Kabinet yang mungkin diumum esok. Antara yang disebut-sebut bakal menganggotai Kabinet kali ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Idris Jusoh; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan. Pelantikan itu ekoran kekalahan beberapa menteri dan timbalan menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. Menteri yang kalah ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) serta Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti). Sementara itu, kekosongan juga berlaku bagi jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Datuk Seri Dr. Rais Yatim); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Menteri Pelancongan (Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen) apabila mereka tidak mempertahankan kerusi masing-masing. PRU-13 turut menyaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berpindah daripada Parlimen ke Dewan Undangan Negeri. Empat timbalan menteri yang tewas pula ialah Datuk Liew Vui Keong (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Berikutan kekosongan jawatan menteri tersebut, beberapa timbalan menteri yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dijangka dilantik sebagai menteri. Dalam masa sama, Kabinet kali ini kemungkinan akan menyaksikan kemunculan beberapa kementerian baharu ekoran keperluan dan desakan oleh pihak-pihak tertentu. Dalam pada itu, pandangan umum turut tertumpu kepada kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri sama ada dikekalkan atau akan bertukar portfolio. Sementara itu, kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menjadi tumpuan. Jawatan tersebut kini disandang sementara oleh Perdana Menteri sendiri. Nama pengganti yang disebut-sebut memegang portfolio itu terdiri daripada mereka yang berwibawa dalam memperjuangkan hak wanita seperti Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique atau Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri. Pelantikan ahli Kabinet dalam pentadbiran Najib penggal ini juga menimbulkan persoalan sama ada wakil MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) tersenarai. Ini berikutan prestasi buruk kedua-dua parti tersebut. Bagaimanapun, dalam berteka-teki mengenai senarai barisan Kabinet, Perdana Menteri dilihat akan memberi keutamaan kepada calon yang menang pada pilihan raya umum lalu selain memastikan kehadiran mereka diterima rakyat. Dalam hubungan ini keutamaan kepada calon-calon BN yang menang di Sabah dan Sarawak juga dilihat akan diberi perhatian sewajarnya. -UM |
Posted: 13 May 2013 03:15 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menabur fitnah terhadap badan itu. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penyebaran fitnah itu bermula sebelum hari mengundi dan diperhebatkan pada 5 Mei lalu. Beliau khususnya merujuk kepada pesanan Twitter Anwar yang mengisytiharkan pembangkang sudah menang PRU13 dan memberi amaran kepada SPR dan Umno untuk tidak melakukan penipuan. Wan Omar berkata pesanan Anwar itu tidak masuk akal kerana ketika ia dihantar, hanya 2,000 daripada 52,000 peti undi telah dikira. "Ini adalah penipuan jelas kerana pada masa itu tidak mungkin keputusan pilihan raya sudah diketahui," Wan Ahmad dipetik berkata oleh New Straits Times. Wan Ahmad juga membidas blogger-blogger pembangkang kerana menyebarkan fitnah seawal jam 8 malam pada hari mengundi bahawa gabungan PKR-PAS-DAP itu sudah menang pilihan raya umum. Beliau berkata fitnah itu sengaja disebarkan untuk memastikan penyokong Pakatan Rakyat menolak sebarang keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang. "Mereka berbuat demikian untuk meyakinkan penyokong pakatan dan rakyat bahawa tidak mungkin pembangkang boleh tewas," kata beliau. "Justeru jika keputusan tidak memihak kepada pakatan, mereka akan menolaknya dengan alasan penipuan berlaku," jelas beliau lagi. Wan Ahmad menyifatkan demonstrasi '505' anjuran pembangkang hanya akan membunuh demokrasi. Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul bukti terhadap fitnah yang disebarkan semasa PRU sebelum mengambil keputusan muktamad. -AntaraPos |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |