Sahabat-Gunung |
- Himpunan Blackout 505 di JB Rabu ini haram
- PRU13 Kuburkan Impian Dan Pembohongan Anwar
- Sultan Johor mahu wakil Cina .... - Khaled
- Dominasi DAP Bakal Menjahanamkan PAS
- Polemik MB Selangor Bukti Kegagalan PR
Himpunan Blackout 505 di JB Rabu ini haram Posted: 13 May 2013 04:25 PM PDT Polis Johor menyifatkan Perhimpunan Hitam anjuran parti pembangkang yang dijadualkan di sini Rabu ini sebagai haram kerana tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, notis awal yang diberikan pihak penganjur perhimpunan tersebut adalah kurang daripada 10 hari, iaitu tempoh ditetapkan oleh akta itu. Mengapa HARAM .... rujuk sini. | |
PRU13 Kuburkan Impian Dan Pembohongan Anwar Posted: 13 May 2013 10:36 AM PDT Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula. Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000. Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang. Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun. Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina. Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13 pada 6 Mei lalu. Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di miliki pakatan pembangkang tempoh hari. Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR. Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), beliau sehingga kini membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal. Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya. Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki. Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi, pembangkang mencipta cerita bahawa TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan 'blackout' atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi. Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas. Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR, pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan. Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar. Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959. Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13. Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal, individum pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri. Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN. Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan. Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka, BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum. Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini. Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti 'Ketuanan Rakyat' dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna. Seperti mana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang memperlihatkan 'swing' atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang, isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka. Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi. Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama. | |
Sultan Johor mahu wakil Cina .... - Khaled Posted: 13 May 2013 09:30 AM PDT Betapa pentingnya ada wakil daripada pemimpin Cina dalam barisan exco kerajaan negeri pada penggal yang baru….. Itulah titah yang disuarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, kelmarin. Mohamed Khaled berkata, tuanku bertitah mahu barisan exco kerajaan negeri yang bakal dilantik turut dibarisi wakil daripada pemimpin kaum Cina kerana baginda amat mengambil berat soal perpaduan antara kaum di Johor. "Tuanku mahu ada wakil pemimpin Cina dalam barisan exco. Jadi, saya harap titah tuanku ini akan diterima baik dan dijayakan wakil pemimpin Cina dari- pada MCA atau Gerakan yang menang pada PRU13," katanya. Mengapa & Siapa Wakil Pilihan Khaled.... Jom jengok di sini..... | |
Dominasi DAP Bakal Menjahanamkan PAS Posted: 13 May 2013 09:04 AM PDT Tiga bulan lalu di Banggol Peradong, Terengganu Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawasanya PAS akan mengambil tindakan keluar dari PR seandainya kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu Islam. Kenyataan itu dinyatakannya semasa berucap dalam program PAS Ganti UMNO di hadapan penyokong PAS dalam usahanya meyakinkan khalayak bahawa PAS masih dominan dalam PR serta mempunyai kemampuan untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai suara rasmi orang Melayu Islam. Besar angan-angannya tinggi melayang tak mencecah bumi. Tapi itulah perwatakan PAS sejak dulu hingga kini yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri. Sehingga kini kenyataan gah Presiden PAS itu masih tergiang-giang di telinga ahli dan penyokong mereka, lebih-lebih lagi setelah keputusan dalam PRU-13 baru-baru ini menunjukkan bukannya PAS yang mendominasi PR sebaliknya DAP yang semakin menguatkan dominasinya. Dengan kedudukan PAS tika ini yang hanya memiliki 21 kerusi Parlimen sementara DAP dan PKR masing-masing menguasai 38 dan 30 kerusi, ia jelas menunjukkan PAS hanyalah parti kelas ketiga dalam PR yang hanya mampu menjadi pak sanggup untuk DAP dan PKR. Dalam keadaan demikian, jangan kata nak PAS ganti UMNO, hatta nak mengatasi DAP pun tak termampu dengan kudratnya yang sekelumit itu. Lebih mendukacitakan lagi daripada 89 wakil Parlimen dalam PR hanya 37 orang sahaja terdiri dari kalangan Melayu Islam (21 PAS, 14 PKR dan 2 DAP). Keadaan ini meletakkan suara orang Melayu Islam dalam PR hanyalah suara minoriti dan PAS terpaksa terus tunduk kepada kuasa politik non-muslim dalam PR yang dikuasai DAP. Penyokong PAS di kala ini masih ternanti-nanti apa tindakan pemimpin PAS seterusnya setelah mengkaji kesan-kesan disebalik keputusan PRU-13, ramai di kalangan mereka yang agak cuak melihat dominasi besar-besaran DAP dan non-muslim dalam PR. Sebelum PRU-13, ketika PAS dalam keadaan sedikit kuat pun parti itu sudah kerap mengalah kepada DAP sehingga gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini kekal menjadi dasar PR untuk dinodai dalam kitab Bible, bayangkan pula apa yang mampu DAP lakukan dengan kekuatannya sekarang. Tidak syak lagi, PRU-13 merupakan titik tolak penting yang akan menentukan hidup mati pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam yang selama ini merupakan pasak kekuatan parti itu. Silap perkiraan yang diputuskan, kelak akibatnya boleh jadi bakal menjahanamkan PAS. | |
Polemik MB Selangor Bukti Kegagalan PR Posted: 13 May 2013 07:16 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |