AZLI SHUKRI |
Posted: 13 May 2013 09:01 PM PDT "Walaupun sukar untuk dibuktikan, tentu ada sebab kenapa saya sepatutnya kalah 3,000 undi berbanding undi di saluran seperti Dun Lanchang, menang 1,000 undi; Dun Semantan kalah 2,300 undi, Dun Mentakab kalah 1,500 undi. Jadi kalau dicampur tolak, saya sepatutnya kalah 3,000 undi tapi hakikatnya saya kalah 1,000 jadi dari mana datang 2,000 undi itu!"(Wawancara Khas bersama Saifuddin Abdullah) Nota : Maksud sebenar istilah pengundi hantu yang dijelaskan oleh SPR adalah - Para pengundi berdaftar yang tidak tinggal di tempat mereka membuang undi. Mereka masih lagi tidak menukar alamat tempat baharu mereka menetap atau di tempat mereka bekerja, sebaliknya mereka masih menggunakan pendaftaran alamat ibu bapa di kampung halaman. Maka, mereka inilah diistilahkan sebagai pengundi hantu. Balik kampung hanya semata-mata untuk mengundi - hakikatnya mereka tidak lagi menetap di kampung, tetapi tetap berdegil mahu mengundi di kampung. Inilah pengundi hantu yang sebenar-benarnya. Tepuk dada tanya iman..adakah anda juga salah seorang pengundi hantu? Jangan takut mengaku... |
Kelemahan Strategi Bilik Perang BN Terbongkar! Posted: 13 May 2013 06:50 PM PDT Persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu. Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya. "Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah," kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan. Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu. Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi. 'Budak poster' melambangkan Umno tidak sensitive The Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu. Difahamkan juga Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS. Akan tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah Umno meletakkan Zulkifli sebagai "budak poster" adalah satu tindakan melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu. "Yang paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang. "Terdapat conservative dengan 'C' besar dan terdapat conservative dengan 'c' kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi Cina dan India di situ," tambah beliau. Beliau menerangkan analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008. "Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan Putrajaya," tambah sumber tersebut. Ahli strategi luaran Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia. Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas. "Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya. Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013. Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda. "Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami," tambah beliau. Jentera pilihan raya tidak bermaya Satu lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat (PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda. "Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain," kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan. "Saya terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah dalam satu ceramah utama yang saya adakan," katanya dan menambah: "Saya lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka." Walaupun kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi bandar itu. "Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka," tambah beliau. Perubahan taktik saat akhir Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi. "Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor," kata satu sumber. "Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi," tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan. Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah "akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana". "Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina," kata sumber tersebut. Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, "jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa", tambah beliau. Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen. "Terdapat perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita |
You are subscribed to email updates from AZLI SHUKRI TODAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |