Belantan |
- Berjihad perkasa Perlembagaan!
- Khalid terpaksa melawat mangsa kebakaran kerana di tegur Azmin 'tak tahu' buat kerja?
- PAS tiada pendirian bantah keputusan PRU-13?
- Polis, SPR perlu ambil tindakan terhadap Anwar - Zulkifli Noordin!
- Azmin terus buka pekung?
Berjihad perkasa Perlembagaan! Posted: 13 May 2013 10:17 PM PDT Orang Melayu diseru supaya berjihad memperkasakan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, hal ini kerana dalam Perlembagaan di peringkat Persekutuan dan negeri, perkara berkaitan pelantikan Melayu Islam sebagai pentadbir boleh dilonggarkan. "Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, hendaklah melantik seorang Perdana Menteri yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat. Itu sahaja dan tidak ada disebut Melayu Islam. "Tetapi mengikut amalan demokrasi oleh kerana negara ini negara Islam, Yang di-Pertuan Agong apabila melantik Perdana Menteri, bukan sahaja perlu mendapat majoriti itu tetapi hendaklah ia seorang Islam dan Melayu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di Menara Mara di sini hari ini. Menurut Mohd. Noor, bagi peruntukan Perlembagaan negeri pula, raja atau sultan hendaklah melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada seorang yang mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). "Kedua, dia mestilah orang Melayu Islam dan ketiga, syarat kedua itu, raja atau sultan dengan budi bicara boleh melonggarkan syarat ini bagi menepati syarat pertama," jelas beliau. Katanya, dengan syarat ketiga itu, siapa sahaja mendapat majoriti, individu terbabit boleh dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri. "Oleh itu kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina boleh menjadi Menteri Besar. Macam mana? Kalau kita kata tidak boleh, maka pindalah Perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga. Beritahu di Melaka dan Pahang yang mendapat majoriti dua pertiga, mansuhkan klausa itu," tegasnya. Beliau juga memberi bayangan bahawa Singapura boleh dibawa masuk ke dalam Malaysia dengan suara majoriti di Dewan Rakyat. "Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja, tetapi nak bawa masuk Singapura ke dalam Malaysia memerlukan hanya Akta Parlimen, Pas dengan satu majoriti maka masuklah Singapura ke Malaysia. Bayangkan akibatnya. Ini agenda pengkhianatan. "Sebab itu (isu) kalimah Allah 'dicampakkan' agar orang Pas dan UMNO, orang Melayu berpecah dengan matlamat akhirnya untuk menawan hati orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Nampak tak telunjuknya ke mana? Tetapi orang Melayu termakan umpan, nasib baik bumiputera Sabah dan Sarawak masih menyokong kita," tegasnya. Sebab itu jelasnya, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu adalah sesuatu perkara yang benar-benar berlaku. Selain persoalan terhadap Perlembagaan, orang Melayu juga perlu berjuang dalam memperkasa dan menambah tanah rizab Melayu yang tertakluk di dalam Perlembagaan. "Isytiharkan tanah rizab ini di kawasan-kawasan bandar dan dalam erti kata lain, menyusun semula masyarakat. Isytiharkan tanah rizab Melayu untuk berladang dan menternak, cari tanah yang baik untuk Melayu berladang dan berniaga dan kalau ada bukit, beri kepada Melayu buat kuari. "Kita susun atur tanah ini dan agih-agihkan untuk Melayu. Begitu juga dalam bidang ekonomi yang sehingga kini 20 peratus daripadanya dimiliki orang Melayu. Jadi susunlah strategi supaya dalam tempoh 10 tahun ini, kekayaan Melayu menguasai 67 peratus," katanya. Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bekerjasama menghapuskan rasuah dalam kalangan orang Melayu iaitu daripada kelompok ahli politik sehingga ke kakitangan kerajaan.-UMO Suara Politik Belantan |
Khalid terpaksa melawat mangsa kebakaran kerana di tegur Azmin 'tak tahu' buat kerja? Posted: 13 May 2013 07:32 PM PDT Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas panjang berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor. Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu sebagai menghormati istana di samping bagi menjaga disiplin dalam parti. "Sebagai seorang yang terlibat dalam pemilihan, tidak boleh membuat kenyataan akhbar sehingga perkara itu dapat dihadapkan kepada duli yang maha mulia sultan. "Saya tidak boleh buat (kenyataan). Itu cara Azmin (buat sidang media), kita dalam parti ada disiplin," katanya di sini, semalam. Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan proses penamaan calon bagi jawatan itu yang disifatkan membelakangkan pimpinan parti yang lain, dalam sidang media yang dibuat sebelum ini. "Tidak timbul isu berhubung penamaan Menteri Besar dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, proses cadangan bagi pemilihan barisan exco negeri telah pun dimulakan dengan mengambil kira pandangan pimpinan dalam parti. "Perkara ini sudah diselesaikan dan sekarang proses pemilihan mencadangkan nama-nama exco juga sudah dimulakan tetapi selepas MB dinamakan kemudian baru ada perbincangan secara teratur tentang perkara ini," katanya. Sebelum itu, beliau meluangkan masa melawat mangsa kebakaran melibatkan lebih 20 kediaman, di Taman Ikan Mas, Cheras, dalam kejadian kelmarin. Beliau turut menghulurkan sumbangan buat mangsa. "Sumbangan ini tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah, namun pihak pejabat ahli parlimen akan uruskan proses bagi menempatkan mangsa ke unit-unit lain. "Dalam masa sama, punca unit kosong yang dibiarkan sehingga menjadi penyebab berlakunya kebakaran perlu diambil perhatian pihak bertanggungjawab," katanya. Suara Politik Belantan |
PAS tiada pendirian bantah keputusan PRU-13? Posted: 13 May 2013 05:26 PM PDT Ketidaktentuan pendirian PAS berhubung perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terserlah apabila Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang sekadar menyerahkan kepada ahli parti membuat pertimbangan sendiri. Hadi membuat kenyataan itu semalam, beberapa hari selepas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan pendiriannya tidak menyokong gerakan itu, sebelum nada sebaliknya disuarakan dua pemimpin PAS, iaitu Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Serah kepada negeri Ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, di sini semalam, Hadi berkata, PAS menyerahkan kepada pimpinan parti peringkat negeri untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai perhimpunan dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang itu. "Itu kita serahkan kepada negeri untuk menentukan," katanya ringkas dan senada dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan yang menegaskan sayap parti itu tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ahlinya supaya turut bersama Anwar dalam perhimpunan berkenaan. "Kita serahkan kepada pimpinan negeri untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai perhimpunan itu atau tidak. Kita juga tidak mengeluarkan arahan kepada ahli parti dan Pemuda PAS berhubung perkara itu," kata Nasruddin. Perhimpunan itu digerakkan Anwar tiga hari selepas pakatan pembangkang pimpinannya tewas PRU-13 kepada Barisan Nasional (BN) yang memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. DAP secara terbuka menyokong perhimpunan itu, namun PAS langsung tidak menetapkan pendiriannya. DAP kutuk PAS Selepas Harun meminta semua pihak menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, selain turut memuji pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Salahuddin dan Hanipa pula berpendapat, PAS tiada masalah menyokong sebarang perhimpunan bagi menyatakan sikap dan pendirian rakyat terhadap kegagalan pengurusan pilihan raya 5 Mei lalu. Dalam perkembangan lain, Hadi ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kegagalan pakatan pembangkang mempertahankan Kedah disebabkan kelemahan PAS, berkata parti itu akan membuat analisis terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Suara Politik Belantan |
Polis, SPR perlu ambil tindakan terhadap Anwar - Zulkifli Noordin! Posted: 13 May 2013 10:53 AM PDT Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa. "SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13. "Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara hari ini. Pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 di Stadium Kelana Jaya, Rabu lepas, semalam di Pulau Pinang, dan hari ini dilapor akan berbuat demikian di Ipoh. Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, berkata siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan. Beliau berkata ini penting kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh. - BERNAMA Suara Politik Belantan |
Posted: 13 May 2013 03:24 AM PDT Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus 'membuka pekung' parti itu di laman sosial Twitter. Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti. Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti. "Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira." Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku. "Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau. Tidak terhenti di situ, Azmin terus 'menghentam' Syed Husin apabila meminta beliau berhenti daripada terus berpura-pura. "Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!" Beberapa hari lalu, Azmin mencuri tumpuan ramai apabila membuat kenyataan dalam Twitter yang dipercayai mengkritik pimpinan PKR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara kenyataan beliau ialah: "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat." "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara." "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal." Kelmarin, Azmin dalam satu sidang akhbar buat pertama kalinya secara terbuka mengakui masalah nepotisme berlaku dalam partinya sehingga mencetuskan kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor. Pengerusi PKR Selangor itu tanpa berselindung menyalahkan Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan negeri termasuk beliau.-UMO Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |