Sahabat-Gunung |
- Anwar Kecewa PAS & DAP Enggan Pulau Angkat Sumpah MB & KM
- Tsunami Melayu Akan Melanda Singapura
- SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu
- PAS terima keputusan PRU13
- Kenaikan kos penghantaran tong gas memasak sebanyak RM2, Anwar suruh rakyat lawan kerajaan
Anwar Kecewa PAS & DAP Enggan Pulau Angkat Sumpah MB & KM Posted: 12 May 2013 08:59 PM PDT Kegagalan pakatan pembangkang mengalahkan BN dalam PRU-13 diakui oleh ramai pemimpin PR sebagai satu detik yang agak mengecewakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim setelah sekian lama bertungkus lumus dan bermati-matian mahu mengejar puncak kuasa di Putrajaya. Anwar sedar, kegagalan PR kali ini bermakna berakhirlah riwayat politiknya apatah lagi sebelum ini Ketua Umum PKR itu pernah berikrar akan berhenti dari politik sekiranya tewas dalam PRU-13 dan menumpukan tugasannya menjadi Pensyarah di Universiti luar negara. Sekarang PR bukan sahaja telah tewas malah gagal mengekalkan pemerintahan PAS di Kedah manakala majoriti kemenangan Anwar di Parlimen Permatang Pauh juga merosot. Sedangkan di masa yang sama UMNO selaku komponen utama BN yang merupakan musuh ketat Anwar pula terus gah. Dek kerana kecewa itulah Anwar bertindak di luar batasan dengan menghasut penyokong PR untuk memulau keputusan PRU-13 dan cuba membangkitkan kemarahan umum melalui perhimpunan protes yang diadakan di Stadium MBSJ, Kelana Jaya baru-baru ini. Jika tidak kerana ramai pengundi Melayu Islam dan Bumiputera yang lain bersama sebahagian pengundi keturunan India memihak kepada BN, barangkali hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Ke-7 sudah tercapai, namun takdir Illahi menetapkan jawatan tersebut bukan hak miliknya. Tambah mengecewakan Anwar bila mana gerakannya memprotes keputusan PRU-13 bagaikan disabotaj rakan sepakatan apabila DAP dan PAS yang mengekalkan pemerintahan masing-masing di Kelantan dan Pulau Pinang enggan memulaukan majlis angkat sumpah bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Ahmad Yaakob, MB Kelantan yang baru mengangkat sumpah untuk jawatan itu sehari selepas PRU-13 selesai bagi menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri pada 7 Mei 2013 untuk penggal kedua. Tindakan kedua-dua rakan PKR dalam PR itu jelas membuktikan pengiktirafan mereka terhadap ketelusan proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sekali gus menolak tohmahan Anwar dan gerombolan pengikutnya yang mendakwa PRU-13 dicemari penipuan dan penyelewengan. Seandaianya benar wujud penipuan atau ketidaktelusan berlaku dalam PRU-13, bermakna bolehlah diandaikan PAS dan DAP telah bersekongkol dengan BN untuk menghalalkan penipuan yang didakwa Anwar, bukan begitu? Hakikatnya, samada penipuan, penyelewengan atau ketidaktelusan langsung tidak wujud, melainkan apa yang sibuk diperkatakan Anwar dan kumpulannya tika ini hanyalah luahan kekecewaan gara-gara cita-cita peribadi menuju puncak Putrajaya tidak kesampaian. |
Tsunami Melayu Akan Melanda Singapura Posted: 12 May 2013 07:30 PM PDT PR begitu bangga menyebut 'tsunami Cina' dalam memperkatakan keputusan PRU-13. Dengan analisis menunjukkan 97% kaum Cina menolak BN, maka kata-kata mereka itu tentulah berasas. BN juga telah pun menerima hakikat penolakan kaum Cina itu dan tidak pula menuduhnya satu penipuan. Apa yang berlaku ini sebenarnya mengukuhkan lagi kedudukan Melayu di dalam politik negara. Malah, keputusan ini juga memberi satu ruang yang luas untuk semua pihak mendedahkan sikap rasis akhbar-akhbar Cina selama ini. Hari ini kaum Cina tidak ada hak untuk menuduh kerajaan sebagai korup dan tidak bersih lagi kerana mereka ternyata menerima parti DAP yang telah terbukti korup di peringkat tertinggi dan tidak telus terhadap ahli sendiri apabila menipu dalam pengundian CEC. Namun, itulah hakikatnya iaitu, hipokrasi jelek kaum Cina. Berdasarkan keputusan PRU ini, jurang antara kaum Cina dan Melayu di negara ini semakin melebar. Namun, itulah yang diimpikan oleh kaum Cina selama ini. Oleh itu, ia juga dengan sendirinya meningkatkan lagi prejudis antara kaum serta menimbulkan perasaan tegang dan janggal apabila bersemuka. Sebelum ini setiap kali diasak oleh akhbar Cina, pihak Melayu akan bertindak matang dan mengambil sikap mengalah bagi mengelak ketegangan yang berpanjangan. Sehingga ke satu tahap, Namewee yang begitu biadap dan khianat juga dimaafkan oleh kerajaan. Namun, itu dulu iaitu ketika kita masih menaruh harapan bahawa masih ramai kaum Cina yang mencintai keharmonian dan bersemangat muhibbah seperti kita. Tetapi, terima kasih kepada PRU-13 di mana akhirnya sikap sebenar kaum Cina yang tidak pernah puas hati dan tidak pernah ikhlas akhirnya terserlah. Sekali gus ia membuka mata, segolongan Melayu yang sebelum ini enggan mengakuinya hanya kerana mereka punya ramai rakan Cina yang 'baik'. Tiada siapa yang lebih memahami penindasan kaum Cina selain dari mereka yang hidup di zaman komunis dan juga Melayu Singapura. Itupun di kalangan yang cukup matang dan bijak sahaja. Selebihnya, masih berada dalam keadaan 'denial' bahawa mereka ditindas dan merasakan telah diberikan peluang yang sama dengan kaum Cina negara itu. Hakikatnya, parti PAP Singapura tidak pernah mengendahkan suara Melayu. Melayu Singapura yang memegang jawatan tinggi di negara itu hampir tiada langsung. Malah, semua jawatan-jawatan rendah tetapi penting seperti di dalam bidang seperti Pertahanan atau Kastam turut tidak diberikan kepada Melayu. Cara PAP meminggirkan Melayu tidak berbeza jauh dengan cara DAP di Pulau Pinang. Iaitu menggunakan sepenuhnya tekanan ekonomi ke atas orang Melayu yang sedia ketinggalan akibat sistem pemerintahan tinggalan British dahulu. Secara tak langsung, kebangkitan Melayu di Malaysia akibat 'tsunami Cina' yang berlaku dalam PRU-13 turut menyentak perasaan Melayu Singapura. Bagaikan satu suntikan semangat baru, Melayu Singapura juga mengambil kesempatan ini untuk membuka mata rakan-rakan mereka yang masih buta tentang sikap menindas dan tidak ikhlas PAP. Semua sedia maklum bahawa PAP dan DAP itu adalah bersaudara dan bahawa PAP banyak membantu DAP dalam PRU ini yang mana merupakan satu campurtangan yang tidak sepatutnya berlaku. Jelaslah bahawa ada satu macam pakatan oleh keseluruhan kaum Cina di kedua-dua negara ini untuk menguasai keseluruhannya. Dalam kata lain, kesetiaan mereka adalah pada kaum dan bukan pada negara. Ini memberi satu idea kepada Melayu Singapura bahawa mereka juga wajar mengambil pendekatan yang sama. Jika kaum yang lebih utama, maka mereka wajar bersama-sama memikul semangat Melayu yang disemai oleh UMNO. Semangat Melayu Singapura kini sedang berkembang biak dan tidak mustahil mereka akan turut mengakibatkan tsunami Melayu di negara itu dalam sedikit masa lagi. Jika ini terjadi, jangan salahkan Melayu atau Malaysia, tetapi salahkanlah DAP dan juga PAP yang tegar ingin berkuasa atas nama kaum Cina. Baca juga Jangan Jadi Macam Melayu Singapura |
SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu Posted: 12 May 2013 05:35 PM PDT Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China. Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu. Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia? Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih. Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi. Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram. Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keseloamatan negara. Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya. |
Posted: 12 May 2013 04:15 PM PDT Presiden PAS Hadi Awang berkata PAS menerima keputusan PRU13. Beliau menganggap PRU13 sebagai satu kejayaan besar buat PR. Adakah ini petanda PAS dan DAP tidak bersetuju dengan tindakan Anwar yang menolak keputusan PRU13 sebagai tidak adil dan dipenuhi "penipuan"? Hal ini boleh dilihat pada Perhimpunan Kelana Jaya dua hari lalu yang mana sekitar 60-70% yang hadir adalah berbangsa Cina. Beberapa hari lepas, Pengerusi DAP Karpal Singh juga membuat kenyataan bahawa DAP menerima keputusan PRU13 dan berbangga dengan kejayaan parti itu menambah bilangan kerusi yang dimenangi. Gesaan Azmin Ali agar Anwar juga menerima keputusan PRU13 menunjukkan bahawa hanya Anwar seorang sahaja yang tidak menerima. Kesimpulan, Anwar hanya mahu jadi PM Malaysia walaupun majoriti rakyat Malaysia menolak beliau. |
Kenaikan kos penghantaran tong gas memasak sebanyak RM2, Anwar suruh rakyat lawan kerajaan Posted: 12 May 2013 09:49 AM PDT Anwar Ibrahim dalam Twitter semalam telah berkata kenaikan harga gas memasak adalah "hadiah kemenangan BN kepada rakyat." Sebenarnya harga gas memasak tidak naik, yang naik hanya kos penghantaran & perkhidmatan yang naik sekitar RM2. Kenaikan kos penghantaran adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal kerana ia ditentukan oleh pasaran semasa. |
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |