Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Kembara Politik

$
0
0

Kembara Politik


PASCA PRU13: “MELAYU DAN BUMIPUTERA BERSATU” VS “CINA BERSATU”

Posted: 11 May 2013 11:56 PM PDT

dari pandangan masyrakat marhaen

Alhamdulillah PRU13 berjalan dengan lancar walaupun PR mengatakan pelbagai masalah dalam PRU13 ini sebagai alasan kekalahan mereka. Alasan seperti 'blackout' semasa proses penjumlahan undi, tong undi bertambah, undi hantu dari bangla dan dakwat kekal yang tidak kekal merupakan alasan yang tidak munasabah. Bagi mereka yang mahu berfikir secara minda terbuka, dapat lihat bahawa setiap pusat mengundi ada wakil parti (BN dan PR), semasa penjumlahan undi juga ada wakil parti. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan wakil-wakil ini boleh membuat bantahan dan membuat laporan polis. Bagaimanapun wakil-wakil dari PR ini tidak membuat bantahan dan mereka menerima keputusan penjumlahan itu semasa dipusat penjumlahan undi dan juga dipusat pengundian. Cuma selepas keputusan keseluruhan dikeluarkan dan memihak kepada BN, tiba-tiba DS Anwar Ibrahim dan PKR menceritakan bermacam-macam scenario yang berlaku sebagai penyebab kekalahan mereka. Cerita-cerita fitnah ini disuburkan pula didalam media social untuk meningkatkan sentiment anti BN/Kerajaan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, penulis menyeru supaya cerita-cerita fitnah yang bakal menggugat keamanan Negara ini dihentikan. Sekarang penyokong PR yang membuat provokasi, tetapi apabila provokasi ini terus berlarutan penyokong BN pula akan bertindakbalas terhadap provokasi itu. Maka pasti akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. Ingatlah penyokong terbanyak didalam PR adalah dari kaum cina, tetapi penyokong terbanyak dalam BN adalah melayu (sehingga UMNO dapat menambah 10 kerusi parlimen berbanding PRU12). Lihatlah ketidak seimbangan kaum dalam situasi ini, semua rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan apa yang mereka katakana dan lakukan. 


MENGAPA CINA PILIH DAP

DAP rasis
Pada waktu berkempen PRU13, DAP sebenarnya memainkan isu perkauman. DAP berkempen mahu menghapuskan hak keistimewaan melayu. Pada mereka hak melayu ini perlu dihapuskan kerana ia merugikan kaum cina. Mereka ingin menghapuskan hak keistimewaan melayu kerana ia adalah satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain. Antara hak keistimewaan orang melayu adalah dari segi ekonomi, hak keistimewaan ini di selaraskan menjadi DEB. Dan di mata masyarakat cina DEB ini menghalang mereka untuk mengaut keuntungan yang lebih besar dalam kek ekonomi Malaysia. Memang benar DAP berkempen dihadapan orang melayu mengatakan kerajaan itu penuh dengan kronisme dan korupsi. Tetapi penulis yakin masyarakat cina mengetahui bahawa DAP lebih teruk mengamalkan kronisme (anak beranak mendominasi hierarki tertinggi dalam DAP- Lim guan eng dan Lim Kit siang, karpal Singh dan Gobind singh deo) tetapi mereka tetap sokong DAP. Bagaimana Dinasti Lim menipu dalam CEC DAP dan hampir di batalkan pendaftarannya di ROS. Tentang korupsi, masyarakat cina sebenarnya sudah lama bergelumang dengan korupsi, sehinggakan masyarakat melayu berkata "cina berniaga tak kira halal haramnya, rasuah semua mereka buat". Mereka tahu perkara itu, tetapi apa yang masyarakat cina atau parti politik cina (terutama DAP) buat untuk menentang rasuah? DAP tidak mengariskan apa-apa panduan untuk menentang rasuah didalam komuniti perniagaan cina, tetapi masyarakat cina tetap sokong DAP. Seolah-olah hanya orang melayu dan kerajaan BN yang minta rasuah. Setidak-tidaknya UMNO/BN ada membuat SPRM, mengapa masyarakat cina tidak sokong BN sekiranya benar mereka menolak BN kerana rasuah. DAP juga berkempen sekiranya BN kalah dalam PRU13, parti yang paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat ialah DAP (parti berasaskan kaum cina). Ini menunjukkan masyarakat cina sebenarnya mahu cina yang berkuasa dalam kerajaan. Ini terbukti jika dilihat dalam PRU13, Salahudin ayob kalah di peringkat parlimen dan DUN di johor, sedangkan Lim Kit siang menang dikubu kuat BN di johor. Terdapat juga cerita diselatan tanah air itu, pemimpin DAP menyeru supaya tidak mengundi calon PAS kerana takut PAS meneruskan agenda islamnya di johor sekiranya mereka menang di johor. Ini menunjukkan masyarakat cina mengundi DAP kerana mahu cina berkuasa didalam kerajaan dan tidak mahu melayu berkuasa walaupun PAS (rakan kongsi PR). Mahu dijadikan ekonomi sebagai alasan masyarakat cina mengundi DAP, dibawah BN pendapatan perkapita meningkat dari 4.8% (2008) meningkat kepada 5.3% (2013) dan inflasi dari 5.4% menurun kepada 2.2% setahun (Kompas, 5 mei 2013). Suatu prestasi yang meningkat dalam urustadbir ekonomi Negara oleh BN. Pada pandangan penulis masyarakat cina menolak BN kerana dua perkara, mereka ingin menghapuskan hak keistimewaan melayu dan mahu cina berkuasa dalam kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama mereka juga tidak mahu islam itu berkuasa (ini terlihat dalam situasi salahudin ayob dan pemilihan MB selangor)



MELAYU BERSATU MEMILIH UMNO

Wasiat raja melayu
Jumlah kerusi Parlimen yang meningkat, kembalinya kedah ke pangkuan BN (negeri majority melayu) dan Perak kekal dibawah BN. Perkara-perkara ini menunjukkan betapa pengundi melayu masih bersatu dibawah UMNO. Di Perak misalnya, kerusi-kerusi DUN majority melayu berjaya dikekalkan dan ditambah sehingga dapat membentuk kerajaan dengan majority mudah. Daripada 13.3 juta pemilih berdaftar 54.4% adalah melayu, dan cina hanya 25.5% (Kompas, 5 mei 2013). Ini bermakna 7,235,200 adalah melayu. Sekiranya 70% pengundi melayu sokong UMNO, ini bermakna 5,064,640 orang melayu menyokong UMNO/BN. Bagi kaum cina pula 25% itu adalah seramai 3,325,000 orang pemilih, dan dikatakan 95% menyokong DAP 3,158,750 orang. Jika dibandingkan sokongan melayu dan cina masih lagi memihak kepada UMNO/BN. Kaum melayu masih lagi menyokong UMNO/BN kerana beberapa isu yang menjadi perhatian antara keistimewaan melayu, agama islam (termasuk kalimah Allah) dan juga kerajaan (yang berkuasanya adalah melayu). Ketiga-tiga isu ini sebenarnya ingin dihapuskan oleh PR dan secara tidak langsungnya meningkatkan sokongan melayu terhadap UMNO/BN. Masyarakat melayu juga tidak sanggup memperjudikan masa depan masyarakat melayu demi politik. Ketakutan itu juga semakin meningkat dengan terserlahnya kedayusan PAS dan PKR dalam isu mempertahankan melayu dan islam. Dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada UMNO/BN. Ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah DUN di Kelantan dikala PAS berada tahap kemuncak kehebatannya. Dengan sokongan majority melayu masih lagi memihak kepada UMNO/BN, segala bentuk provokasi pasca PRU13 akan mendatangkan kemudaratan kepada semua masyarakat. Walau apa pun alasan provokasi itu yang paling menonjol adalah pertembungan antara melayu dan cina. Kerana intisari PRU13 ini adalah survival bangsa melayu dan segala provokasi akan kelihatan seperti menafikan survival bangsa melayu dan agamanya.


SOKONGAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Sekali lagi BN di selamatkan oleh Sabah dan Sarawak. Disaat PR menjanjikan segala kenikmatan yang bakal mereka perolehi sekiranya memilih PR, tetapi mereka tetap setia dengan BN. kesetiaan mereka ini seperti tidak dapat diganggu gugat dengan janji-janji manis PR. Antara isu untuk mendapatkan sokongan Sabah dan Sarawak ialah timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak dan yang paling panas adalah isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah ini adalah untuk meningkatkan sentiment anti-BN di Sabah dan Sarawak kerana 70% penduduknya adalah beragama kristien. Itu sebabnya isu ini dibiarkan oleh DAP walaupun disemenanjung PAS menjadi cacing kepanasan. Bilangan kerusi parlimen sabah dan Sarawak lebih banyak berbanding dengan apa yang PAS dapat tawarkan. Bagaimanapun isu itu tidak memberikan kesan kepada bumiputera sabah dan Sarawak. Manifesto PR juga tidak memberikan sebarang tumpuan kepada sabah dan Sarawak. Tetapi dibawah program transformasi (ETP,GTP,NKEA,NKRA dan sebagainya) sebenarnya telah memberi kesan kepada masyarakat disana. Pemberian BR1M juga memberi banyak manfaat kepada mereka. Masyarakat disana lebih menilai dan berterima kasih dengan apa yang telah diterima, lebih melihat reality didepan mata, bukan terpengaruh dengan janji-janji yang tidak tentu ditunaikan seperti rakyat di semenanjung. Itu belum lagi diceritakan bahawa dalam hak istimewa melayu itu juga ada hak istimewa bumiputera sabah dan Sarawak. Kalau itu dihapuskan mereka juga akan menerima kerugiannya. Penulis amat berharap BN akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan asas di Sabah dan Sarawak. Mereka itulah teman sejati, dikala susah dan senang. Pada ketika ini merupakan masa yang terbaik untuk menjatuhkan BN, tetapi Sabah dan Sarawak tetap bersama BN.


MELAYU PERLU BERSATU

Sumpah melayu
Pasca PRU13 ini memberikan jawapan kepada 1 soalan, Adakah BN dapat bertahan tanpa sokongan cina? Jawapannya 'YA'. Sejak 2008, kaum yang paling banyak mendesak kerajaan adalah kaum cina, dan kerajaan Malaysia banyak beralah dengan kaum cina dan menunaikan banyak permintaan mereka, sehinggakan kaum melayu terpaksa beralih kepada Perkasa dan NGO-NGO melayu lain untuk mempertahankan hak mereka. Sebenarnya kaum melayu perlu sedari, kuasa politik melayu itu kian terhakis. Lihatlah Selangor, 15 kerusi DUN kepada DAP. Kuasa politik melayu terhakis kerana ada pengkhianat melayu yang bakal menjatuhkan melayu. Dalam sejarah melayu juga kejatuhan empayar melayu kerana orang melayu sendiri (yang menjadi pengkhianat kerana kuasa). Dalam hal ini kelihatan PKR adalah punca kejatuhan melayu. Sekiranya tidak dibendung, ia akan lebih buruk. PKR sanggup menggadaikan segalanya hak melayu dan agama islam kerana ingin Anwar Ibrahim jadi PM. Satu perkara yang remeh tetapi menyebabkan melayu menjadi lemah. UMNO perlu menghalang orang-orang seperti pak kaduk ini bertambah. Pak kaduk adalah kisah teladan orang melayu dimana dia menang bersorak tetapi kampungnya tergadai. Ini samalah dengan apa yg terjadi jika PKR menang. PKR menang, Anwar jadi PM penyokongnya bersorak, tetapi semua keistimewaan melayu, agama islam dihapuskan (dalam diam bukan melayu tersenyum kepuasan). Yang rugi orang melayu. Pada pendapat penulis UMNO perlu menentang orang-orang PKR ini dahulu. Sekat peningkatan sokongan dari kalangan orang melayu kepada mereka. Kuatkan dan tingkatkan sokongan melayu kepada UMNO. Kemudian baru UMNO boleh hadapi DAP.  Biarkan orang cina cakap UMNO ini racist, sebab UMNO dah cuba tidak berlaku racist sejak sekian lama kerana mahu menjaga hati kaum kedua terbesar di Malaysia itu. DAP telah membuat racist tetapi terus mendapat sokongan cina dengan alasan survival bangsanya. Adakah melayu tidak perlu survival?. Setelah apa yang dilakukan oleh masyarakat cina (bersatu menyokong DAP), masyarakat melayu sudah rasa tidak selamat dengan kehadiran cina dalam politik Malaysia. Penulis telah terbaca cadangan untuk mempromosikan slogan GABEM 'melayu tolong melayu', 'buy Chinese last', boikot dan sebagainya sebagai tanda protest orang melayu. Ini sebenarnya tidak sihat untuk pembangunan Malaysia secara keseluruhan baik dari segi ekonomi atau keamanan. Bagaimanapun dalam politik UMNO perlu biarkan si luncai terjun dengan labunya (cina terus menyokong DAP), tetapi perlu halang pak kaduk menang bersorak, kampong tergadai. Di Malaysia ini hanya UMNO sahaja dapat tolong melayu.


BARISAN NASIONAL DAN PERKONGSIAN KUASA

Barisan Nasional
Barisan Nasional mengamalkan perkongsian kuasa berasaskan polarisasi kaum. Hak keistimewaan melayu pula termaktub didalam perlembagaan kerana membalas budi kesediaan Raja-Raja Melayu bergabung dan membentuk persekutuan tanah melayu. Selepas kemasukan Sabah dan Sarawak keistimewaan itu juga diberikan kepada bumiputera Sabah dan Sarawak. Seharusnya tidak ada kaum yang perlu mempertikaikan hak keistimewaan ini. Di bawah Barisan Nasional perkongsian kuasa yang diamalkan adalah untuk menjaga keharmonian kaum, supaya tidak ada yang rasa terpinggir.  Seperti masyarakat cina lakukan ini (menyokong DAP) adalah tidak betul, sebab ia menunjukkan kaum cina mahu meminggirkan kaum melayu. Ia juga kelihatan seperti mereka tidak mahu berkongsi kuasa. Masyrakat cina mahu mendominasi kerajaan menerusi DAP. UMNO menjadi dominan didalam BN bukan kerana UMNO itu melayu, tetapi kerana UMNO memenangi kerusi parlimen paling banyak sejak merdeka. Itu juga selaras dengan polarisasi kaum yang menyatakan kaum melayu merupakan penduduk paling ramai di Malaysia. Itu pun UMNO ada beralah dengan parti kaum lain dengan membenarkan parti kaum lain bertanding dikawasan majority melayu. Kalau UMNO itu mahu mendominasi mungkin tiada kerusi parlimen untuk parti kaum india, dan parti cina hanya boleh bertanding dibandar-bandar yang majoritinya kaum cina. Menyokong BN bukan bererti menyokong sebuah parti politik, tetapi menyokong kestabilan politik dan keharmonian kaum. Mengapa harus menjadi tamak dan mahukan dominasi kaum mengikut merit? Jika mengikut merit itu memberikan kemudaratan dalam masa panjang. Apa yang terjadi sekarang amat merugikan kaum cina. Wakil kaum itu di dalam kerajaan mungkin mengecil dengan ketara. Kepada kaum cina penulis menasihatkan janganlah terlampau mahu mendominasi kuasa, yang terbaik di Malaysia adalah berkongsi kuasa. Asas keharmonian kaum di Malaysia adalah perkongsian kuasa. Janganlah menghapuskan asas ini demi kepentingan tersendiri.




P/S: jagalah keharmonian antara kaum, janganlah membuat provokasi melampau.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA, KITA HALANG PAK KADUK MENANG BERSORAK KAMPUNG TERGADAI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>