PISAU.NET |
- Bercuti Di Australia,Gua Eng Buat Apa Dengan Arunasalan?
- Pasaran Harta Pulau Pinang dijangka kukuh
- Akibat Terjahan,Kanak Kanak Ini Hilang..
- Amanat Hj Hadi Adalah Putar Belit Umno !
Bercuti Di Australia,Gua Eng Buat Apa Dengan Arunasalan? Posted: 23 Dec 2012 04:30 PM PST Sejak panas mengenai isu skandal Ngeh dan Nga jutawan tanah Kelantan kita tak dengar langsung sebarang kenyataan daripada Lim Guan Eng..kemana perginya tokong kesayangan melayu pakatan ni..? Hairan juga pada mulanya kemana pergi tokong kesayangan DAP ni..rupanya dia pergi makan angin.. Sebaik saja habis Kongres DAP di Pulau Pinang..tokong DAP bersama keluarganya terbang ke Australia bersama isterinya Betty,Marcus dan Clint. Setelah lebih seminggu makan angin di Australia ,tokong DAP tiba di Lapangan Terbang menaiki pesawat Silk Air dari Singapura semalam..Pemergian Guan Eng bersama keluarga tidak menggunakan peruntukkan elaun makan angin Ketua Menteri RM50 ribu dari kerajaan negeri,sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh kroni beliau sendiri. Apa yang menariknya kepulangan beliau dari Australia turut terlihat kelibat Datuk R Arunasalan di lapangan terbang semalam .Siapa Arunasalan? Untuk pengetahuan anda Arunasalan adalah pemilik Janar Textiles Sdn Bhd,Asia Pacific Events Promotion Sdn Bhd,KLE Higher Education Sdn Bhd,Rasa Sayang Marketing (South Afica) Pty Ltd dan Azurro Investments Limited. Arunasalan dan juga seorang ahli perniagaan lain Jeyakumar Verathan sebelum ini pernah bermesyuarat bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah kerajaan negeri secara percuma . Adakah Arunasalan menanggung sepenuhnya percutian ini? Apa kepentingan Arunasalan ? Perjanjian apa yang dibuat oleh Guan Eng dengan Arunasalan? Berapa banyak wang dijanjikan?Projek apa? :-) Kepada pembaca untuk mengenali Lim Guan Eng,DAP dan haprak pakatan,caranya untuk menutup kerja jahat dan rasis mereka ia ibarat pepatah arab "Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia" Pisau kata " this is just begining..Guan Eng .. i know what u did.. dont worylah..kita telus maaa..." | ||||
Pasaran Harta Pulau Pinang dijangka kukuh Posted: 23 Dec 2012 11:07 AM PST Pengerusinya, Datuk Jerry Chan Fook Sing, berkata pasaran ini akan didorong oleh aktiviti perniagaan berterusan dan aliran pelaburan asing ke negeri itu. Beliau berkata, pasaran harta di Pulau Pinang akan kekal rancak dengan permintaan yang melonjak untuk rumah berikutan pekerjaan yang lebih banyak ekoran pelaburan asing serta populasi yang meningkat.
"Ramalan populasi bagi Pulau Pinang adalah dua juta menjelang 2020, oleh itu lebih banyak rumah diperlukan. Kira-kira 12,000 rumah dijangka dibina setiap tahun sehingga 2020," kata Chan kepada satu sidang media di sini hari ini. Chan berkata, urus niaga harta di Pulau Pinang pada 2013 mungkin merosot dengan belian berhati-hati menjelang pilihan raya umum ke-13. "Bagaimanapun, harga tidak mungkin merosot berikutan peningkatan kos tanah dan bahan binaan," katanya. Chan berkata, permintaan harta akan kekal rancak dengan kadar faedah kekal rendah walaupun Bank Negara Malaysia telah mengetatkan syarat pinjaman perumahan. — BERNAMA
| ||||
Akibat Terjahan,Kanak Kanak Ini Hilang.. Posted: 23 Dec 2012 05:44 AM PST Semenjak isu amanat Hj Hadi mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong PAS,beliau langsung tidak memberi sebarang kenyataan,diam membisu.Apa yang cuma dapat kita dengar hanyalah para pengikut dan pemimpin PAS yang mempertahankan amanat tersebut. Malah Nik Aziz mursidol khawarij lebih hebat menyerang dengan menghukum pihak yang tidak menyokong perjuangan PAS adalah melakukan kemungkaran. Sudah 7 hari Hadi hilang.. Unspinner cuba mengesan Hadi dari hari ke sehari namun gagal..3 orang isteri Hadi juga tertanya tanya kemana abang haji mereka menghilang. Ada sesiapa yang tahu kemana pergi budak ini? Hadi menghilangkan diri seperti Ayah Pin kerana mengelak untuk menerima surat dari pihak Mufti Kelantan.. Surat mufti berikut: Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :- Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan. Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :- 1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) 2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah sembelihannya. 3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam. 7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas. 8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan amalan itu daripada mereka. Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu. Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :- 1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - Timb.Mufti Kerajaan Kelantan. 2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - Pondok Terusan,Pasir Tumbuh. 3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas. 4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru. 5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - Maahad Muhammadi,Kota Baru. 6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas. 7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - Iman Besat Masjid Muhammadi. 8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan (JASA) Lundang,Kota Baru. Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:- "SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM" Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap. Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini. (Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf ) b/p Yang Dipertua. Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401. KREDIT JAWABER6& Unspinner Pisau kata "dia lari ke kerajaan langit kot.." | ||||
Amanat Hj Hadi Adalah Putar Belit Umno ! Posted: 22 Dec 2012 11:00 PM PST Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam jurucakap gereja evengelist sekarang ini sibuk nak mempertahankan Hj Hadi. Khalid dakwa amanat Hj Hadi dikatakan diputar belit dan Umno dipersalahkan. Agak agaklah kalau nak pertahankan Hadi,tak bodohkah namanya .. Khalid jangan anggap umat Islam dinegara ini sebodoh dan tuli sepertimana para penyokong pakatan. Dulu Khalid tuduh umat Islam Malaysia paranoid mengenai kes murtad DUMC ,Kemudian dia sokong Nurul Izzah mengenai melayu murtad. Nah sekarang di kata kafirkan penyokong Umno tak wujud.. Umat Islam di Malaysia ada akal,telinga mereka berkeadaan baik dan masih mampu mendengar dan hampir kesemuanya mampu untuk membaca dengan baik. Justeru janganlah anggap umat Islam bodoh bodoh belaka.. Ini rakaman amanat Hj Hadi... Cubaan Khalid perbodohkan umat Islam.. Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Pisau kata " orang yang sama pertahankan gereja DUMC yang murtadkan umat Islam.." |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |