Belantan |
- Zuraidah Mak Lampir beri amaran...!!! Kerusi MB ini memang PKR punya, jadi kenapa Pas dan DAP sibuk?
- Politik orang Cina ke TANAH MELAYU...!!! Ibarat madu diberi, tuba dibalas?
- SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu?
Zuraidah Mak Lampir beri amaran...!!! Kerusi MB ini memang PKR punya, jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Posted: 11 May 2013 07:41 PM PDT Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin@Mak Lampir menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu. Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja. "Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan. "Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusiPKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya," katanya dipetik dalam portal berita Antarapos. Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas. Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti. Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga. "PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?. "Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Pergh,,,power betul Mak Lampir ini membuat keputusan yang kerusi MB Selangor hanya untuk PKR sahaja! Kalau PKR menang 5 kerusi berbanding dengan PAS 25 kerusi pun, Mak Lampir nak consider kerusi MB untuk PKR jugak! Siapa yang sebenarnya gila kuasa Mak Lampir oii..!!! Suara Politik Belantan |
Politik orang Cina ke TANAH MELAYU...!!! Ibarat madu diberi, tuba dibalas? Posted: 11 May 2013 06:23 AM PDT Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tipsand trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk. Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya. Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan. Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH MELAYU dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup. Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH MELAYU ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina. Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH MELAYU telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power' untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated. Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan. Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana. Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'. DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain. Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka. Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya. Satu perjuangan Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara. Suara Politik Belantan |
SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu? Posted: 11 May 2013 02:36 AM PDT Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China. Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu. Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia? Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih. Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram. Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keselamatan negara. Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |