BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Terlebih tayang buah dada, model terkenal didenda
- Zahid mahu RoS siasat pemilihan DAP
- Amanat Hadi: Hadi dinasihat hormati keputusan Majlis Fatwa
- Amanat Hadi: Hadi boleh rujuk keputusan Majlis Fatwa 1984
- 'Menyundal' nafsu diruang sempit
- 'Amanat' hanya rekaan UMNO, Hadi cabar Majlis Fatwa Kebangsaan
- Kalimah Allah: 'Kenyataan saya berlandaskan fekah' kata Mujahid
- Rasuah dan gangguan seksual, pegawai khas Exco Pulau Pinang ditahan
- SPRM: Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah
- Respon UAI mengenai persembahan Zizan tiru gaya beliau di MLM
- Spa tawar khidmat seks di Kajang kena serbu
- Pemilihan CEC: Sandiwara terancang DAP
- 'Saya tetap dengan pendirian mahu siaran langsung' kata Haji Hadi
- Amant Hadi: Fatwa ada diterbitkan di laman web JAKIM
(Gambar) Terlebih tayang buah dada, model terkenal didenda Posted: 06 Jan 2013 03:31 PM PST ![]() Melalui pakaian yang tidak melepasi tapisan itu, model yang memperagakannya telah mendedahakan hampir keseluruhan buah dadanya ketika beliau berpusing di atas pentas. Ini bukanlah kali pertama model berusia 24 tahun itu dikritik kerana memakai kostum yang menjolok mata ketika lakukan 'catwalk'. Nam berkata kejadian memalukan itu sangat jelas dan seolah-olah disengajakan dan beliau patut didenda. Jumlah denda akan diumumkan oleh pihak jabatan dalam mesyuarat akan datang. Model berkenaan pula menafikan beliau sengaja berbuat demikian dan tidak tahu kostum berkenaan tidak melepasi tapisan. Ianya adalah rekaan Phan Tam. | ||
Zahid mahu RoS siasat pemilihan DAP Posted: 06 Jan 2013 05:31 AM PST BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, hanya RoS yang boleh menyiasat perkara itu. "Dan jika didapati ketelusan tidak ada maka mungkin RoS boleh mengeluarkan kenyataan terhadap hasil siasatan itu. "Itu terpulang kepada RoS untuk mengharamkan DAP atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan 1 Ihsan Samudera Bagan Datoh kepada 876 nelayan di sini, hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20. Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. Ahmad Zahid mendakwa alasan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam pengiraan undi itu adalah bagi membolehkan mereka meletakkan Zairil sebagai wakil Melayu dalam CEC. "Maka mereka menyusun strategi yang kononnya kiraan undi itu salah selepas tiga minggu (pemilihan). Ini memperlihatkan mereka tidak telus. "Tetapi kalau pengundian itu dibuat selepas sehari atau dua (hari) mungkin munasabah tetapi apabila media memberikan komen maka mereka cuba untuk mengelirukan keadaan kononnya mengira semula undi," katanya. - Bernama | ||
Amanat Hadi: Hadi dinasihat hormati keputusan Majlis Fatwa Posted: 06 Jan 2013 05:01 AM PST KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jangan berdolak-dalik meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanatnya. Beliau berkata, ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 telah pun memutuskan bahawa Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip dakwah Islamiah. "Ini mencerminkan bahawa beliau (Abdul Hadi) membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menghormati nas-nas Islam dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah pun mengharamkan amanatnya itu dan bukan mencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya," katanya. Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini. Beliau berkata, sesiapa sahaja yang melanggari keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, harus berhadapan dengan ummah dan majlis fatwa itu sendiri. Justeru Rais meminta umat Islam di negara ini supaya berfikir dan menolak pemimpin tertentu yang cuba menyeleweng fakta atau yang cuba menipu rakyat. Semalam Abdul Hadi mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah. Dalam pada itu, Rais meminta penganjur perhimpunan yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu depan, supaya mematuhi undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Beliau berkata, mana-mana pihak sama ada daripada parti pembangkang atau badan bukan kerajaan tidak boleh menetapkan sendiri lokasi untuk mengadakan perhimpunan. Rais berkata, sekiranya pengurusan Stadium Merdeka bersetuju, barulah polis akan mengeluarkan permit membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan itu. "Oleh itu, saya memohon pihak penganjur supaya meneliti akta ini dari sudut kepentingan tanah air, keselamatan serta pihak yang memiliki hak ke atas premis yang hendak diadakan perhimpunan itu," katanya. - Bernama | ||
Amanat Hadi: Hadi boleh rujuk keputusan Majlis Fatwa 1984 Posted: 06 Jan 2013 04:31 AM PST GURUN - Umat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam. Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Disember tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini. "Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM26,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), sekolah dan masyarakat kawasan Gurun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Puntar dekat sini hari ini. Jamil Khir berkata, ketaksuban sebilangan masyarakat terhadap amanat itu akan memberi implikasi yang amat besar, malah hujah-hujah politik yang diseret ke dalam agama akhirnya hanya membawa perpecahan dalam masyarakat. "Media turut memaparkan kes penceraian yang berlaku (disebabkan ketaksuban terhadap amanat itu), ia bukan sekadar cakap tetapi ada fakta, malah sampai sekarang masih berlaku, tahun lepas di Kelantan. "Ada yang tidak sembahyang jenazah (disebabkan perbezaan politik), tidak makan kenduri, ada berlaku akad nikah dua kali, malah ada masjid mempunyai dua imam dalam satu masa," katanya. Beliau berkata, hal seperti itu berlaku mungkin atas kefahaman terhadap apa yang disebut sebagai amanat tetapi beliau yakin, masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran. "Nasihat saya, kita berpegang kembali kepada apa yang dipesan mufti, khususnya dalam muzakarah khas itu, termasuk muzakarah di negeri Kelantan dan Melaka," katanya. Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Harvard Bahagian 2, SJKT Ladang Harvard Bahagian 1, SJKT Ladang Sungai Puntar, SJKT Ladang Sungai Bongkok dengan masing-masing menerima sumbangan RM3,000, manakala kelas tadika SJKT Ladang Sungai Puntar pula menerima sumbangan RM2,000. Turut menerima sumbangan, PIBG SJKT Ladang Sungai Bongkok (RM4,000), Persatuan Kebajikan Kemajuan Kaum India Kawasan Gurun (RM3,000) dan Barisan Badan Kemajuan India SeMalaysia (RM5,000). - Bernama | ||
'Menyundal' nafsu diruang sempit Posted: 06 Jan 2013 02:31 AM PST
Dalam operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, setiap bilik dilengkapi pili air, juga 'hiasan' gambar wanita dalam keadaan menyolok mata di dinding, termasuk berpeket-peket kondom ditinggalkan, cukup menggambarkan betapa jijiknya aktiviti berlangsung dalam ruang yang hanya memuatkan satu katil bersaiz bujang. Turut ditemui, buku senarai langganan yang mengenakan caj serendah RM100 bagi setiap pelanggan dan majalah-majalah lucah. Walaupun beberapa kali diserbu dan dimusnahkan, premis pelacuran di Jalan Petaling, di sini terus beroperasi, memaksa penguatkuasaan dibuat dengan memecahkan struktur serta bilik-bilik yang dibina untuk aktiviti tidak bermoral itu. Sebanyak 168 bilik meliputi tujuh premis dimusnahkan dalam operasi disertai 162 anggota pelbagai agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Imigresen. Ketua Operasi DBKL, Minhad Ahmad, berkata, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kesemua premis yang diserbu dikosongkan terlebih dahulu. Menurutnya, hasil serbuan mendapati terdapat 10 hingga 20 bilik dibina dalam satu-satu premis, yang mana terdapat tilam, tisu dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan persundalan. "Tindakan diambil di bawah peruntukan Akta jalan, parit dan bangunan 1974 (Akta 133), ke atas sambungan membina halangan dan sekatan dalam bangunan yang dibuat tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur. "Pihak DBKL akan mengesan pemilik premis dan memberikan notis atas kesalahan membina halangan tanpa kebenaran, dan sekiranya didapati bersalah, kita akan kenakan tindakan mahkamah," katanya pada sidang media selepas operasi semalam. Beliau menambah, pihak DBKL akan terus memantau premis-premis terlibat memastikan sarang maksiat yang dimusnahkan tidak dibina semula. Katanya, berdasarkan tindakan sebelum ini, jumlah premis dan bilik yang dimusnahkan menunjukkan pengurangan, hasil pemantauan dan tindakan berterusan dijalankan. "Jika sebelum ini bahagian atas dan bawah digunakan bagi tujuan itu, kini aktiviti dijalankan di tingkat atas sahaja, yang turut mempunyai jalan keluar di bahagian belakang premis," katanya. | ||
'Amanat' hanya rekaan UMNO, Hadi cabar Majlis Fatwa Kebangsaan Posted: 06 Jan 2013 12:01 AM PST SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu Amanat Haji Hadi yang didakwa bercanggah dengan Islam. Menurutnya, sejak 31 tahun lalu, beliau langsung tidak pernah menerima apa-apa surat atau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. "Saya tidak pernah menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Majlis Fatwa tidak pernah panggil saya. "Surat rasmi pun tidak ada, atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu, bukan 'meniaga' ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama," katanya dalam laman sosial Facebook hari ini. Katanya lagi, 'amanat' itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong, Terengganu, 31 tahun yang lalu. Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain. "Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan 'amanat' tetapi orang lain yang menamakan 'amanat' dan yang beri nama 'amanat' itu termasuk Umno," katanya. Pada 17 Disember lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggesa Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi. Harussani berkata, selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadat, mengamalkan ajaran agama, orang itu tidak boleh dituduh kafir. Wan Zahidi pula menyifatkan, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno, sebaliknya ke atas Hadi sendiri. Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak bercakap perkara yang benar sahaja. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, namun Abdul Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat. | ||
Kalimah Allah: 'Kenyataan saya berlandaskan fekah' kata Mujahid Posted: 05 Jan 2013 11:34 PM PST GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama. "Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam," katanya. Menurutnya, Islam tidak memaksa penganut agama lain mengikut Islam. Yahudi dan Nasrani juga sudah menggunakan perkataan ALLAH sejak sekian lama. "Kenyataan saya keluarkan sebelum ini juga berpandukan ayat 25, Surah Luqman dan Surah Al Hajj," katanya. Mengulas mengenai kenyataan Mohamed Hafiz, beliau berkata, mungkin pandangan pemimpin JMPP itu terlalu mudah dan hanya melihat dari perspektif kecil. Sinar | ||
Rasuah dan gangguan seksual, pegawai khas Exco Pulau Pinang ditahan Posted: 05 Jan 2013 10:30 PM PST PETALING JAYA: Pembantu ahli exco negeri Pulau Pinang ditangkap dalam satu serbuan operasi membanteras rasuah. Lelaki berusia 50-an, dan dua yang lain telah ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap kes gangguan seksual. Mereka dikatakan telah memberikan RM30,000 kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual ke atas wanita tersebut. Pengarah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut. Wanita yang merupakan seorang kerani, sebelum ini mengadu bahawa bekas majikannya melakukan gangguan seksual terhadap beliau. Penjawat awam itu juga telah membawa perkara ini ke mahkamah beberapa bulan lalu. Penjawat awam tersebut kemudian meminta bantuan dari kawannya yang merupakan setiausaha politik. Satu sumber yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata bahawa wanita itu membuat laporan kepada SPRM dan operasi dilakukan pada lewat malam 3 Jan di sebuah restoran di Seberang Jaya. Pada pertemuan dengan wanita itu, tiga daripada mereka didakwa memberi sejumlah wang supaya beliau berdiam diri. Wanita itu telah dipaksa untuk menandatangani dokumen yang berjanji untuk tidak meneruskan kes tersebut di mahkamah. "Mereka ditahan di tempat kejadian pada kira-kira 11:30 malam," kata sumber itu. Kesemua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin. Pegawai khas tersebut merupakan pemegang jawatan bahagian Permatang Pauh PKR dan kini merupakan penyelaras bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga mereka mungkin akan didakwa di mahkamah selepas SPRM selesai melakukan siasatan. mStar | ||
SPRM: Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah Posted: 05 Jan 2013 10:00 PM PST MELAKA: penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari media sosial atau melibatkan diri dalam hal-hal peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai mempunyai rasuah komited, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Sebagai contoh, jika seseorang menghabiskan tiga jam semasa beliau ditetapkan waktu bekerja untuk tugas-tugas peribadi, ia boleh disifatkan satu bentuk rasuah sebagai Kerajaan terpaksa membayar pekerja untuk menggunakan sepenuhnya tempoh bekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, " kata SPRM Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Sutinah Sutan. Ini juga digunakan kepada mereka yang melayari Facebook atau lain-lain bentuk media sosial, kerana tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai terpesong daripada spesifikasi kerja mereka, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) di sebuah hotel di sini semalam. KMB adalah agensi kerajaan negeri yang pertama untuk menandatangani ikrar yang bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan prinsip anti-rasuah. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah tetamu kehormat pada majlis itu. Sutinah berkata perbuatan terlibat dalam tugas-tugas peribadi semasa waktu bekerja boleh dianggap sebagai melanggar kontrak pekerjaan dan pesalah boleh menghadapi tindakan disiplin oleh lembaga tatatertib. Beliau berkata bahawa walaupun kesalahan itu tidak dilindungi di bawah Akta SPRM, suruhanjaya itu boleh menasihati lembaga tatatertib pada jenis tindakan dikenakan terhadap kakitangan ingkar. Sementara itu, Sutinah mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah mula menyaring calon-calon pilihan raya umum berikutan permintaan dari kedua-dua Barisan Nasional dan Pembangkang. Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menggesa kakitangan awam memberi keutamaan kepada tugas mereka semasa waktu bekerja. "Walaupun media sosial adalah cara yang baik untuk menggalakkan orang ramai untuk menjadi lebih celik teknologi mengenai hal ehwal semasa, penjawat awam perlu mendedikasikan waktu kerja kepada jabatan dan kementerian masing-masing, atau agensi," katanya. Beliau juga mencadangkan memberi satu mekanisme yang sesuai untuk menentukan apa jenis laman web yang tidak boleh dilayari oleh penjawat awam semasa waktu bekerja, yang dianggap terpesong daripada spesifikasi kerja mereka. "Perlu ada garis panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja untuk memahami apakah tindakan yang boleh dikenakan, tetapi juga untuk jawatankuasa tatatertib untuk menentukan apa yang ada dalam skop kerja dan apa yang tidak," katanya. mStar | ||
Respon UAI mengenai persembahan Zizan tiru gaya beliau di MLM Posted: 05 Jan 2013 07:31 PM PST Maharaja Lawak Mega pada minggu ke lapan menampilkan Zizan berseorangan mewakili Jozan kerana kesihatan Johan yang tidak mengizinkan. Namun persembahan Zizan secara solo tidak mengecewakan malah mendapat sambutan gemuruh dari penonton. Persembahan pertamanya yang meniru gaya Ustaz Azhar Idrus benar-benar mencuit hati penonton yang hadir. Beberapa orang peminat bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai aksi Zizan yang meniru gaya beliau di dalam rancangan berkenaan. Ini respon UAI.. Video persembahan Zizan... | ||
Spa tawar khidmat seks di Kajang kena serbu Posted: 05 Jan 2013 07:01 PM PST KAJANG - Kegiatan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan seks dalam spa terbongkar selepas serbuan polis di sebuah hotel di sini, kelmarin. Difahamkan, ketika serbuan kira-kira jam 9 malam itu, premis yang dilengkapi lebih 20 bilik kecil dipenuhi wanita sedang menunggu pelanggan. Seramai 31 pelacur termasuk warga asing dari Vietnam (11), China (2), Indonesia (2) dan Rusia (1) ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu. Serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang dan pencegahan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil turut menahan lima pelanggan, dua penjaga premis dan empat pekerja. Jurucakap polis berkata, semua warga asing yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini. Menurutnya, semua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk siasatan. "Premis beroperasi 24 jam itu tawarkan pakej boleh mencecah sehingga RM218, tetapi setiap pelacur hanya diberi RM25 bagi perkhidmatan dan mengikut permintaan pelanggan," katanya. | ||
Pemilihan CEC: Sandiwara terancang DAP Posted: 05 Jan 2013 06:31 PM PST BATU PAHAT – Kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Kongres DAP Kebangsaan bulan lalu disifatkan sebagai sandiwara terancang parti itu. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, lakonan parti itu ketara apabila salah seorang calon Melayu secara tiba-tiba mendapat jumlah undi tertinggi, setelah parti itu dilabel rasis. "Tindakan Pengarah Pilihan Raya, Pooi Wee Keong meletak jawatan juga satu lagi sandiwara DAP, yang masih lagi mengamalkan sistem pemilihan lapuk. "Kejadian seperti ini sangat memalukan bagi parti yang sering mencanangkan perihal ketelusan, sedangkan sistem pemilihan dalam parti sendiri masih mementingkan kroni," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Kampung Punggur Kechil, Rengit, semalam. Menurut Mohd Puad, DAP, yang sebelum ini sering mendesak kerajaan menubuhkan pelbagai suruhanjaya untuk menyelesaikan sesuatu kejadian, perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti kesilapan yang berlaku sebelum membuat penerangan secara terbuka. Beliau berkata, beliau tidak mempercayai sistem pemilihan yang diamalkan DAP itu dan berharap parti berkenaan mengadakan semula pemilihan, seperti yang dilakukan Umno apabila sesuatu pemilihan menjadi kontroversi. "Siasatan terperinci perlu dibuat untuk mengenal pasti bagaimana jumlah undian yang begitu banyak boleh tersilap dan adakah kesilapan demikian melibatkan Zairil Khir Johari sahaja? "Mungkin terdapat kesilapan terhadap individu lain yang jumlah undiannya mampu merubah kedudukan 10 jawatan teratas parti itu," ujarnya. | ||
'Saya tetap dengan pendirian mahu siaran langsung' kata Haji Hadi Posted: 05 Jan 2013 06:01 PM PST KUALA TERENGGANU -Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi. Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu. Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah. "(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3). "Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak. "Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya di Masjid Abidin, di sini, selepas menziarahi makam bonda saudara Sultan Mizan, Tengku Zaleha Ismail binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mangkat pagi semalam. Pada 17 Disember lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggesa Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi. Harussani berkata, selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadat, mengamalkan ajaran agama, orang itu tidak boleh dituduh kafir. Wan Zahidi pula menyifatkan, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno, sebaliknya ke atas Hadi sendiri. Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak bercakap perkara yang benar sahaja. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, namun Abdul Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat. Gesaan yang sama turut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pemikiran Islam dan Peradaban Melayu, Shamsudin Munir dan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, antara lain. Saya tidak label ucapan saya Beliau berkata, beliau tidak pernah melabelkan ucapan dan kenyataan yang dibuat di Kampung Dong Perada pada 7 April, 1981 itu sebagai Amanat Haji Hadi. "Saya tidak berikan nama amanat, tetapi orang lain yang berikan nama amanat. Mereka petik ucapan saya dan bentang dalam Dun. "Saya akui ia memang ucapan saya, tetapi mereka (pihak berkuasa) hanya senyap selepas itu. Itu ceritanya. Kenapa mereka tidak hujah pada masa itu, tetapi 30 tahun kemudian?" kata Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang. Beliau turut menyanggah kenyataan Rais yang memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM kerana penyiarannya menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 24 Julai 2002. Sambil menempelak Majlis Fatwa Kebangsaan, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa kenyataannya di Kampung Banggol Peradong itu didakwa bercanggah dengan ajaran Islam. "Saya tidak menerima apa-apa surat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (mengenai perkara itu) dan saya cabar mereka (membuktikan mereka ada menghantar kepada beliau surat mengenainya). "Mereka membuat keputusan untuk mengharamkannya tanpa memanggil saya memberi penjelasan. "Saya tidak dengar. Surat rasmi pun tiada. Hanya atas angin. Berniaga pun tiada (dibuat) atas angin. Saya bercakap bukan kerana pilihan raya (sudah hampir) tetapi kerana akhirat. Kita semua akan mati, hanya tuhan yang akan menentukan siapa yang betul, siapa yang salah. "Ada ke mereka (boleh) membuat keputusan tanpa bertemu dengan saya? Betul ke? Mereka menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan," katanya. | ||
Amant Hadi: Fatwa ada diterbitkan di laman web JAKIM Posted: 05 Jan 2013 05:31 PM PST SHAH ALAM - Fatwa mengenai Amanat Hadi telah dikeluarkan pada 24 Julai 2002 di negeri Melaka dan diwartakan sehari selepas itu. Perkara itu dipaparkan dilaman web Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) menerusi portal e-Fatwa. Menerusi portal itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan Amanat Hadi itu, bercanggah dari segi ajaran Islam dan bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agamanya serta bercanggah prinsip dakwah Islamiah. Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan turut tegaskan mana-mana orang Islam dilarang menyebar, mengajar, pelajari dan amalkan amanat itu serta menjual, mencetak, membeli atau memiliki amanat tersebut. Sebelum itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang 21 November 1984 membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat buat keputusan seperti berikut: Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong Pas atau oleh sesiapa jua bahawa ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli Pas kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh demikian ahli Umno atau sesiapa jua mengucap Dua Kalimah Syahadah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada ALLAH. Perbuatan itu hendaklah diberhentikanserta merta. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |