r b f |
'Pengundi Hantu' Berkongsi Kisah Mereka Dipukul Ahad Lepas Posted: 10 May 2013 01:06 AM PDT "Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu. Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya. "Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu," katanya. Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru. "Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya. "Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya," katanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas. "Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya. Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang. "Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil. "Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja," katanya. Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti 'Mat Bangla'. Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi. Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. "Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya. "Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi," katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi. "Kami dalam proses menyaman pihak terlibat," katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian. "Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun," katanya. Sumber : Sinar Online RBF: Harap ada pihak yang mengambil tanggungjawab mencari dan mengumpul semua orang-orang yang ditahan oleh puak-puak harami Ahad lepas yang mereka katakan pengundi hantu. Kemudian fikirlah apa tindakan yang patut diambil terhadap mereka. Dalam masa yang sama mangsa-mangsa ini boleh menjelaskan siapa mereka yang sebenar bagi menafikan segala dakwaan jahat puak-puak harami. |
Parlimen Shah Alam: Marilah Sama-Sama Kita Renungkan Posted: 09 May 2013 08:06 PM PDT Keputusan pilihan raya untuk Parlimen Shah Alam Ahad lepas menyaksikan calon BN, Zulkifli Nordin tewas kepada calon Pas , Khalid Samad dengan majoriti 10,939 undi. Parlimen Shah Alam mempunyai 99,957 pengundi... Pecahan pengundi seperti berikut... Melayu 70 peratus (+ - 70k orang) Cina 15 peratus (+ - 15k orang) India 14 peratus (+ - 14k orang) Orang-orang melayu Shah Alam tergolong dalam beberapa kelas. Daripada yang kelas berpendapatan rendah, kelas berpendapatan sederhana dan kelas berpendapatan tinggi. Daripada pekerja kilang ke pegawai-pegawai kerajaan, pegawai tinggi kerajaan, golongan koporat hinggalah kepada orang-orang pencen. Itulah orang yang menghuni Shah Alam. Seperti yang kita tahu calon-calon yang bertanding di Parlimen Shah Alam, baik calon Pas atau calon BN, kedua-duanya ada masalah atau tuduhan yang hampir sama, iaitu menghina tuhan. Zul Nordin dituduh menghina tuhan orang hindu dalam satu ceramahnya semasa beliau dalam Pas. Calon Pas pula dikaitkan dengan menghina tuhan orang islam, apabila membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible berbahasa melayu. Zul Nordin adalah orang yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah dalam bible dan juga orang yang lantang menentang murtad hingga pernah menggegarkan bangunan Majlis Peguam, yang akhirnya akibat kelantangannya itu dia dipecat dari PKR. Apabila Zul Nordin diletak bertanding di Shah Alam kedengaran suara orang-orang india yang membantah pemilihan Zul sebagai calon. Ada pula pihak yang cetak CD dan tabur di kawasan pengundi-pengundi india untuk tunjuk kepada orang india bagaimana Zul menghina tuhan mereka. Walaupun Zul dah minta maaf dan tarik balik apa yang dikatanya dulu namun orang-orang india tidak peduli dan mereka sepakat untuk tidak memberi sokongan padu kepada Zul. Akhirnya kesepakatan mereka membawa kejayaan apabila Zul mendapat undi yang teruk di peti-peti undi kawasan orang india. Kawasan cina tak usah cakaplah, lagi teruk bungkusnya.... Selain itu Zul juga tewas peti-peti undi melayu di kawasan-kawasan elit (kawasan orang kaya) di Bukit Jelutong, TTDI Jaya, Seksyen 13 dan Sekyen 7. Zul menang di kawasan peti-peti undi golongan marhaen seperti saya.... Pengundi melayu ada 70 ribu orang di Shah Alam. Jika semua melayu bersepakat menyokong Zul maka Zul akan menang walaupun tanpa undi orang cina dan india yang berjumlah lebih kurang 29 ribu orang. Jika pengundi india yang hanya 14,000 orang boleh bersepakat, bersatu hati dan berpadu jiwa menolak Zul yang menghina tuhan mereka hingga Zul tewas, kenapa orang melayu yang ada 70,000 ribu orang tak boleh tolak Khalid Samad yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible ? Zul pejuang kalimah Allah....Zul pejuang anti murtad , tapi orang melayu tak boleh pilih Zul, sebaliknya memilih orang yang meredhakan kalimah Allah digunakan dalam bible dan orang yang berperang dengan Hasan Ali dalam isu murtad. Malu beb.... Malu dengan bangsa lain... Adakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Ahli Parlimen Shah Alam anda perlu menghina tuhan islam terlebih dahulu ? Tabik spring kepada orang-orang india di Shah Alam. Walaupun komuniti anda kecil tetapi anda telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa peribahasa melayu 'sepakat membawa berkat' itu benar. |
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |