Cucu Tok Selampit |
Posted: 06 Jan 2013 12:00 AM PST Riuh rendah blogger-blogger dan cybertroopers pembangkang menyiarkan gambar-gambar di atas kononnya Kerjaan Negeri Melaka (yang pasti salah UMNO lagi) telah mengajurkan "fashion show" atau pameran fesyen berunsur kondom di Dataran Pahlawan, Melaka. CTS tidak pasti apakah tujuan mereka mengeluarkan kembali gambar-gambar bagi pameran yang diadakan pada 18-20 Mac 2011. Sebenarnya pameran ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran AIDS dan HIV. Kempen ini dianjurkan dan dihadiri oleh kebanyakannya bukan Islam. Sila lihat di sini untuk foto-foto yang lain semasa pameran fesyen itu diadakan. Mungkin pihak pembangkang tidak ada isu-isu terkini untuk mengenakan Barisan Nasional dan Ketua Menteri Melaka khasnya sehingga terpaksa mengorek gambar-gambar lama. |
Posted: 05 Jan 2013 11:30 PM PST Perbualan di atas berlaku di dalam ruangan media sosial Twitter dalam kira-kira tengah malam semalam. Perbualan direkodkan selepas selesai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Forum ini dianjurkan oleh Mahasiswa Pengikut Tegar Anwar Ibrahim, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Turut hadir Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab. Mungkin kerana marah apabila seorang pemilik Twitter yang bernama Khairul Rizal Osman bertanyakan keputusan yang mereka perolehi iaitu Cummulative Grade Point Average (CGPA), Datuk Saifuddin seperti mempertahankan SMM bertanya kembali, "bill gates berapa cgpa?" Adakah soalan ini wajar ditanya oleh seorang Timbalan Menteri KPT? Menurut Timbalan Menteri KPT lagi, seseorang mahasiswa wajar dibenarkan bertanding di dalam PRU13 yang akan datang disebabkan Bill Gates, seorang tokoh perisian IT yang terkenal di dunia tidak pernah mempunyai CGPA. Dan menurutnya lagi, jikalau mahasiswa tidak dibenarkan bertanding, maka Ahli Parlimen yang melanjutkan pelajaran di peringkat Masters juga harus meletakkan jawatan. Amat malang bagi Kabinet Malaysia mempunyai Timbalan Menteri yang berpemikiran seperti ini. Buat pengetahuan Timbalan Menteri KPT, Bill Gates bukannya gagal di dalam pelajaran. Sebaliknya beliau telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajiannya di Universiti disebabkan kecintaannya kepada apa yang dilakukannya ketika itu iaitu mencipta perisian komputer. CTS merasakan Timbalan Menteri KPT mesti mempunyai anak yang sedang belajar di IPT tempatan atau luar negara. Adakah beliau sebagai seorang bapa akan menasihatkan anak-anaknya supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana Bill Gatespun tiada CGPA? Dan tindakan beliau membandingkan Bill Gates untuk mempertahankan mahasiswa jalanan SMM yang kerap kali menganjurkan demonstrasi jalanan, rusuhan dan sebagainya amat tidak masuk akal. Siapa mahasewel-mahasewel SMM berbanding Bill Gates? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |