Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

r b f

$
0
0

r b f


Menteri Dalam Negeri:Apa Pendapat Anda ???

Posted: 09 May 2013 05:47 PM PDT


Berdasarkan keputusan dan trend pengundian PRU 13 yang baru berlalu beberapa hari lepas, banyak pihak menjangkakan situasi politik tanah air akan sentiasa hangat hinggalah ke PRU 14 nanti. Tidak mustahil suhu politik penggal ini lepas panas dari penggal yang lepas. 

Apabila suhu politik menggelegak maka sudah pastilah tahap keselamatan negara dan rakyat juga perlu dipertingkatkan lagi. Apatah lagi dengan trend pengundian Ahad lepas yang agak membimbangkan dari segi hubungan kaum yang ada di Malaysia.

Apabila tahap keselamatan perlu dipertingkatkan maka sudah tentulah kita memerlukan pengemudi keselamatan yang baik. 

Pengemudi yang dimaksudkan adalah Menteri Dalam Negeri.

Ada sesetengah pihak berpendapat Datuk Seri Hishamuddin wajar dikekalkan sebagai Menteri Dalam Negeri berdasarkan pencapaian baik beliau mengemudi KDN sebelum ini. Ada pula yang kata kita perlukan menteri baru. Ada yang kata PM sendiri perlu pegang KDN. Macam-macam pendapat yang ada.

Apa pula pendapat anda ? 

Jika anda rasa kita perlukan menteri yang baru, siapa yang anda cadangkan ? Atau anda rasa PM sendiri yang patut pegang KDN ? 

Kita sama-sama bincang dan kemukakan idea....

Pas Buktikan Mereka Selama-Lamanya Balaci

Posted: 09 May 2013 02:14 AM PDT

Di Selangor Pas ada 15 kerusi dan layak untuk menjadi MB, namun Pas nak serahkan jawatan MB kepada Khalid Ibrahim dari PKR.

Di Pulau Pinang, Pas ada adun mereka. Tetapi Adun Pas tak dilantik pun sebagai Exco negeri.

Dua kes ini cukup untuk membuktikan bahawa segala hujah kita selama ini bahawa Pas adalah balaci kepada DAP dan PKR adalah tepat.


Manakalah Umno yang Pas beriya-iya nak gantikan selama ini (Pas Ganti Umno) terus kukuh di persada dengan undi kaum bumiputra solid dan tidak perlu menjadi balaci kepada mana-mana pihak.

Kesian Pas, puas mereka usung bendera DAP, puja-puji Guan Eng dan melaung-laungkan kalimah yang diperkenalkan DAP, 'ini kalilah', tapi DAP tak pandang pun mereka untuk bagi satu kerusi Exco.

Kah....kah....kah....kah....kah....kah....


Dulu kini dan selamanya Pas adalah balaci.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710