Apa Yang Tersirat |
- BN+DAP=Tiada Yang Mustahil Dalam Politik
- Mantan MB Kedah- Datuk Azizan Razak Terpaksa membuang kedua belah kaki kerana jangkitan Virus
- Kaum Melayu/Bumiputera tolak Anwar
- Azmin Ali Persoal Anwar Heret Rakyat Berdemonstrasi Bantah Keputusan PRU-13
- Himpun 805 Kelana Jaya- Azmin Ali sinis
BN+DAP=Tiada Yang Mustahil Dalam Politik Posted: 09 May 2013 10:24 AM PDT DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian, kata penasihatnya Lim Kit Siang. "Kelihatannya terdapat banyak syor dan pendapat baharu. Ini merupakan masa untuk meneliti cadangan dan syor itu, dan kami akan memberikan reaksi sewajarnya. "Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan. Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin semalam berkata langkah itu pasti sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara. Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam temuramah dengan akhbar Sin Chew semalam juga berkata DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan. Lim berkata: "Biar mereka kemukakan semua cadangan, kemudian kami akan beri respons." "Kami akan tunggu dan lihat," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu. BN membentuk kerajaan persekutuan selepas memenangi 133 kerusi Parlimen mankala pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk. Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib. Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen.-BERNAMA | ||
Mantan MB Kedah- Datuk Azizan Razak Terpaksa membuang kedua belah kaki kerana jangkitan Virus Posted: 09 May 2013 05:59 AM PDT Azizan menjalani pembedahan bagi memotong keda-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman di Hospital Pulau Pinang petang Khamis ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang. Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain. "Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan. "Pembedahan dijangka akan diadakan satu jam dari sekarang (4.45 petang)," katanya ketika dihubungi. Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya. Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung. Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis. Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh. Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim. Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi. Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi. | ||
Kaum Melayu/Bumiputera tolak Anwar Posted: 09 May 2013 04:22 AM PDT Tiga negeri penyumbang utama kepada kerusi-kerusi Bn iaitu Sarawak, Sabah dan Johor. Tiga negeri itu menyumbang 68 kerusi parlimen daripada 133 yang dimenangi Bn pada PRU-13 lalu. Sarawak menyubang 25 kerusi, Sabah 22, manakala Johor 21. Negeri-negeri lain yang menyumbang kerusi kepada Bn adalah Perak-12; Kedah-10; Pahang-10; Kelantan-5; Negeri Sembilan-5; Selangor-4; Terengganu-4, Perlis-3; Labuan-1 dan Putrajaya-1. Manakala daripada segi parti, Umno menyumbang 88 kerusi diiukti PBB-14. Meskipun MCA mengalami kekalahan teruk, namun parti itu masih menyumbang 7 kerusi parlimen. Parti-parti yang turut menyumbang kepada kemenangan BN adalah PRS-6; PBS-4; MIC-4; Upko-3; SPDP-1; SUPP-1; PBRS-1 dan Gerakan-1. Parti yang gagal menyumbang di peringkat parlimen adalah LDP dan PPP. Komponen parti yang mencapai kemenangan 100 peratus adalah PBB, diikuti Umno 88 peratus, UPKO 75 peratus; manakala parti yang mengalamai kekalahan teruk adalah ada lDP-100 peratus diperingkat Parlimen dan PPP, diikuti Gerakan 9 peratus kemenangan; SUPP 17 peratus; MCA-19 perstus dan SPDP-25 peratus kemenangan. Berasaskan taburan jumlah kerusi, nampaknya melayu/bumiputera adalah penyumbang besar kepada kemenangan BN dengan 117 kerusi. Berasaskan kepada jumlah kerusi yang dimenagi Bn melalui kerusi melayu/bumiputera, bermakna kaum itu menolak Anwar Ibrahim. Jumlah kerusi bumiputera itu boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah tanpa penyertaan kaum cina dan india. Namun prinsip BN yang berkongsi kuasa, dengan mengiktiraf sumbangan sekecil manapun sumbangan kaum-kaum lain, maka pembentukan kabinet Persekutuan akan mencerinmin komposisi kaum di negara ini. Disebabkan MCA telah awal-awal lagi menolak sebarang jawatan, kalau mengalami penolakan daripada kaumnya, maka peranan kaum cina dalam kabinet Najib nanti akan dipikul oleh dua calon kaum yang menang iaitu satu daripada SUPP dan satu daripada Gerakan, serta satu dari PBS daripada Sabah. | ||
Azmin Ali Persoal Anwar Heret Rakyat Berdemonstrasi Bantah Keputusan PRU-13 Posted: 08 May 2013 11:50 PM PDT Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam Twitternya malam tadi mengeluarkan kenyataan yang secara halus mempersoalkan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau meminta Penasihat PKR itu bermuhasabah serta mengakui kelemahan sendiri atas kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. "Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." antara kenyataan Azmin dalam akaun Twitter miliknya yang dilihat seperti ditujukan kepada Anwar. Katanya lagi, laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal. ![]() Kenyataan Azmin itu merupakan tamparan terhadap Anwar yang pada waktu sama malam tadi sedang berucap di hadapan ribuan penyokong pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bagi membantah keputusan pilihan raya lalu. Dalam tweetnya lagi, Azmin turut meminta keputusan rakyat dalam pilihan raya lalu diterima. "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat." | ||
Himpun 805 Kelana Jaya- Azmin Ali sinis Posted: 08 May 2013 11:04 PM PDT
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga MP Gombak memandang sinis himpunan 805 Kelana Jaya yang bersandi Black 505, sambil berkata "Hentikan memperbodohkan rakyat". KEYATAAN AZMIN ALI PKR deputy president Azmin Ali yesterday criticised Pakatan Rakyat for getting the rakyat involved in their failure to capture Putrajaya during the recent general election. Azmin, who was noticibly absent from Pakatan's rally in Kelana Jaya last night, criticised his coalition for "dragging the rakyat into our own failure". "The cry for reform has to start as a whisper within our own hearts. Don't drag the rakyat into our own failure," Azmin said yesterday in a tweet. "The rakyat are tired with politics that are over the top. Accept results. Scrutinise yourself. Admit weaknesses. Move forward. Focus on the rakyat, not yourselves," he added. The outspoken politician has since received scores of praise from Twitter users, including Pakatan supporters, one which said: "You are our new hope". Malam tadi di Stadium Kelana Jaya, hanya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang hadir di sertai Tian Chua dan Elizabeth Wong, manakala pemimpin Pakatan lain, menjauhkan diri daripada himpunan itu.Portal Pembangkang seperti Malaysiakini, mendakwa, bahawa terdapat 120 ribu orang hadir pada malam tadi di Stadium Kelana Jaya, yang pada mulanya berkata semua yang hadir mengenakan pakaian serba hitam, namun pada gambar yang dispin, tidak menunjukkan dakwaan itu. Foto yang dispin (gambar) seolah-olah manusia disusun bagaikan sadin,di mana setiap ruang di Stadium itu dipenuhi manusia. Anwar yang tiba di stadium pada jam 10 malam dengan suasana hujan dari awal petang, namun berjaya menghimpun manusia seperti pada gambar, seolah-olah suasana dalam keadaan terang benderang dan suasana tanpa hujan. Anwar dalam ucapannya mengapi-apikan penyokongnya, bahwa kemenangan mereka telah dirampas kerana Pakatan mendapat undi popular 52 Peratus berbanding BN 48 peratus semasa PRU-13, meskipun dari jumlah kerusi Pakatan hanya menang 89 berbanding Bn 133. Anwar tidak mahu menjelaskan sistem demokrasi dalam negara yang berasaskan berparlimen, di mana kemenangan sesebuah parti bukan berasaskan jumlah undi keseluruhan melainkan berdasarkan jumlah kerusi. Anwar menyembunyikan kepada penyokongnya tentang sistem demokrasi dalam negara, sebaliknya mengapi-apikan mereka dengan UNDI POPULAR. Anwar juga gagal memberi tahu penyokongnya perbezaan jumlah pengundi di antara bandar dan luar bandar, di mana pengundi Bandar 80 Peratus menyokong Pakatan, sehinggakan melonjakkan undi popular, kerana pengundi Bandar mempunyai pengundi rata-rata 50 peratus lebih ramai berbanding dengan kawasan luar bandar. Perhimpunan malam tadi, adalah usaha Anwar menipu dan membohongi penyokongnya. Anwar mahu penyokongnya menerima bulat-bulat dakwaannya demi melancarkan kemahuannya merampas Putrajaya melalui cara kotor. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |