Belantan |
- Penipuan pertama Anwar Ibrahim selepas PRU-13?
- Siapa dulu memulakan provokasi?
- Jangan kaitkan penyingkiran saya dengan sultan - Husam?
- Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz?
- Analisis PRU-13: Tiang seri UMNO, BN mula goyah?
Penipuan pertama Anwar Ibrahim selepas PRU-13? Posted: 08 May 2013 10:21 PM PDT 7 Mei 2013, Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan bersara dan tidak jadi bekerja sebagai tenaga pengajar. Ini satu lagi bukti, Anwar Ibrahim menipu dirinya sendiri. Niat untuk bersara bukannya direka atau dibuat oleh pihak lain tetapi oleh Anwar Ibrahim sendiri. 4 Julai 2012, Anwar Ibrahim menyatakan demikian dalam blognya sendiri. ( baca di sini ) Ini bukti Anwar Ibrahim sekali lagi menipu kepada rakyat. Penipuan pertama Anwar Ibrahim selepas PRU13. Lihatlah nanti apa akan berlaku di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sejauh mana janji janji yang ditaburkan akan dipenuhi? Suara Politik Belantan |
Siapa dulu memulakan provokasi? Posted: 08 May 2013 11:50 AM PDT Apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina yang termakan hasutan DAP sehingga mereka menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, ia dianggap rasis. Penasihat Lim Kit Siang membuat kesimpulan laporan itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara. Sebelum mana-mana pihak terus terpedaya dengan dakwaan seumpama itu, kajilah secara rasional siapakah yang sejak awal sehingga ke hari ini terus melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada BN. Berdasarkan maklumat yang dikumpul didapati terdapat gerakan tersusun dan luar biasa melalui media sosial, kempen dan risalah bagi tujuan berkenaan. Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13. Oleh itu mereka menguar-uarkan slogan 'Ubah'dan 'Ini Kali Lah''. Apabila kempen pilihan raya bermula, ia bagaikan kemuncak kepada 'kegilaan' para pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP untuk menanam kebencian rakyat kepada BN. Justeru dalam kempen-kempen mereka, pemimpin-pemimpin DAP terus mengeluarkan pelbagai tohmahan bagi tujuan berkenaan. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran. Mengamalkan rasuah, kronisme dan akan melakukan penipuan dalam proses pengundian adalah antara fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada BN. Sehari sebelum pengundian dijalankan, pakatan pembangkang meningkatkan lagi tindakan-tindakan provokasi mereka, apabila menguar-uarkan di dalam laman sosial milik mereka kononnya BN akan menggunakan warga Bangladesh untuk mengundi bagi memastikan kemenangan parti itu. Akibatnya, pada hari pengundian tercetus kejadian rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan oleh penyokong pembangkang. Untuk mengukuhkan kononnya akan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (PSR), isu dakwat kekal pula ditimbulkan pada hari berkenaan. Seorang pemimpin DAP di sebuah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bersama penyokong melakukan' demonstrasi' untuk menanggalkan dakwat kekal yang dicalitkan di jari selepas mengundi. Selain itu, tercetusnya tindakan provokasi oleh penyokong pembangkang menghalang pengundi dan rombongan membawa kertas undi. Pada sebelah malamnya pula biar pun proses pengiraan undi masih dijalankan, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dalam twitternya memberi amaran kepada UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menyembunyikan apa yang dianggap kemenangan pakatan. Apabila keputusan rasmi diketahui yang menyaksikan BN berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen, provokasi pembangkang semakin meningkat. Ia termasuklah tindakan menguar-uarkan di dalam laman sosial, BN telah melakukan penipuan dan pembangkang menolak keputusan tersebut. Ketika majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN kekal memerintah tanpa majoriti dua pertiga, pembangkang terus menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor manakala DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi, provokasi DAP berterusan. Hasutan DAP berjaya, selain pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan melalui laman sosial oleh penyokong mereka, sekumpulan wanita Cina seramai 40 orang yang memakai topeng muka dan menutup mulut telah berkumpul dalam apa yang dipanggil Silent Walk kelmarin bagi membantah keputusan PRU-13. Dalam masa yang sama, tersebar pula sekumpulan anak muda Cina yang terpengaruh dengan politik cauvinis DAP bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Dan semalam, pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan PRU-13. Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut. Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang. SMS itu turut mempertikaikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah. Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka. SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan. SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: "Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua." Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, ia membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat Cina terpengaruh dengan politik provokasi DAP sehingga memungkinkan mereka menolak BN hampir secara total. Oleh itu, tidak perlu pemimpin-pemimpin DAP hendak berdolak-dalik dalam soal ini dengan 'menyerang' Utusan Malaysia. Dan mereka harus bersedia untuk bertanggungjawab jika negara huru-hara kerana merekalah melakukan provokasi politik melampau untuk mempengaruhi masyarakat Cina menolak BN. Utusan Malaysia hanya mempersoalkan tindakan DAP dan penyokong mereka kerana bimbang perbuatan provokasi berterusan boleh membangkitkan tindak balas daripada kaum lain khususnya orang Melayu sehingga menghuru-harakan negara. Sila lihat dikedua-dua video ini : Video ini bukti DAP cuba memalukan rakyat Malaysia yang hendak mengundi? Suara Politik Belantan |
Jangan kaitkan penyingkiran saya dengan sultan - Husam? Posted: 08 May 2013 08:13 AM PDT Mesti ada sesuatu yang tidak kena apabila Husam tidak dapat perkenan Tuanku Sultan Kelantan? Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa meminta 'penyingkiran' beliau sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu menegaskan, Sultan Kelantan merupakan seorang raja yang saksama dan adil. Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana "tidak diberitahu, tidak dimaklumkan dan tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu." "Ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting ini membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan," katanya kepada sekumpulan petugas media di sini petang semalam. Beliau turut mengedarkan satu kenyataan kepada petugas media yang hadir iaitu The Star, Sinar Harian dan dua akhbar berbahasa Cina. Tanpa mempertikaikan barisan Exco kerajaan negeri yang dilantik, Naib Presiden Pas itu memohon tidak berlaku amalan kronisme di semua peringkat. Beliau turut memohon amalan pemberian kawasan getah klon dan multispesies dihentikan, sementara pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka. "Kedudukan amalan perladangan dan perlombongan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Yakin dikaji semula. "Perjalanan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) perlu dikaji semula. Perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan terokaan rakyat juga perlu dikaji semula," katanya. Beliau turut meminta susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan bandar baharu sukan Bukit Merbau tidak dirombak atau dihentikan, manakala tuntutan royalti tidak dikendurkan. Bagi penulis agak menghairankan mengapa tiba-tiba Husam perlu mengingatkan agar tidak berlakunya amalan kronisma didalam pentadbiran kerajaan Kelantan terutamanya untuk Exco-exco baru. Apakah selama ini sememangnya wujud amalan tersebut semasa beliau menjadi salah seorang Exco negeri! Ataupun selama beliau menjadi Exco, beliau memang tak buat kerja? Seolah-olah ada sesuatu yang beliau cuba sembunyikan dari pengetahuan umum! Tepuk dada, tanya selera. Wallahuallam. Suara Politik Belantan |
Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz? Posted: 08 May 2013 03:04 AM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu. Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu. "UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya. Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN. Suara Politik Belantan |
Analisis PRU-13: Tiang seri UMNO, BN mula goyah? Posted: 08 May 2013 12:59 AM PDT Sebaik menerima laporan bahawa Lim Kit Siang mendahului jauh Datuk Abdul Ghani Othman semasa proses penjumlahan undi kira-kira pukul 9 malam semalam, terdetik di hati, apakah Johor bakal menerima nasib yang sama seperti negeri-negeri lain sebelum ini yang dilanda tsunami politik. Menghampiri pukul 11 malam, semakin jelas petanda bahawa Menteri Besar Johor selama lebih 18 tahun itu bakal ditewaskan Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP. Memang benar, dalam setiap pertandingan, pasti ada menang kalahnya. Takdirnya, Abdul Ghani kecewa dan Kit Siang bersorak keriangan apabila diumumkan memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 106,726 pengundi berdaftar dengan majoriti iaitU 52.41 peratus kaum Cina. Kekalahan Abdul Ghani semakin perit dirasakan apabila satu persatu kerusi DUN dan Parlimen dimenangi pembangkang khususnya DAP. Namun, pemimpin BN khususnya Abdul Ghani lega apabila diumumkan BN berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi 38 daripada 56 kerusi DUN. Keputusan PRU-13 ini sebenarnya bukan sekadar menentukan menang kalahnya parti-parti yang bertanding tetapi yang jelas membawa beberapa mesej jelas kepada parti dan rakyat. Yang pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus sedar bahawa Johor kini bukan lagi kubu kuat atau tiang seri bagi UMNO dan BN. Semua tahu, pada PRU kali ini, lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN jatuh ke tangan pembangkang khususnya DAP. Selain mempertahankan kerusi Parlimen Bakri, DAP turut melebarkan pengaruhnya ke Kulai, Kluang dan Gelang Patah dan memenangi 13 kerusi DUN berbanding hanya empat pada PRU-12 pada 2008. Perkembangan itu harus membuka mata BN bahawa DAP kini menjadi parti yang kian popular khususnya dalam kalangan warga bandar khususnya pengundi Cina. Pas pula walaupun tidak berjaya meraih sebarang kerusi Parlimen, namun turut menambah koleksi kerusi DUN daripada dua kepada empat apabila mempertahankan kerusi Sungai Abong dan Maharani dan menang dua lagi di Puteri Wangsa dan Parit Yaani. Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut bertapak di Johor apabila menumbangkan calon UMNO di Parlimen Batu Pahat iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan memenangi DUN Bukit Batu. Jadi, usahlah pemimpim BN melaung-laungkan lagi dengan megah bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO dan BN. Semua harus menerima hakikat bahawa istilah itu hanya tinggal sejarah! Keputusan PRU-13 ini juga seharusnya menyedarkan pemimpin BN bahawa mereka harus bangkit dari tidur dan tidak lagi bersikap selesa kerana jika perubahan drastik tidak dilakukan kemungkinan besar Johor boleh ditawan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Kalau sudah jatuh, tidak guna meratapinya dan baru mahu mulakan langkah menawannya semula. Contoh yang jelas, bagaimana sukarnya BN cuba merampas Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu dan hingga kini masih gagal melakukannya. Begitu juga BN Selangor memerlukan 'tonik' baru untuk menawan semula negeri tersebut dan Pulau Pinang lebih sukar dirampas semula daripada DAP yang nyata mendapat sokongan padu daripada rakyat khususnya masyarakat Cina. Selain itu, keputusan PRU kali ini di negeri ini juga jelas memberi indikasi bahawa orang Cina sudah menolak BN khususnya calon MCA dan Gerakan. Daripada tujuh kerusi Parlimen yang ditandingi MCA, mereka hanya menang di empat kawasan iaitu Labis, Ayer Hitam, Tebrau dan Tanjong Piai, manakala Gerakan bernasib baik apabila wakil di Simpang Renggam berjaya mempertahankan kerusi berkenaan. "MCA, Gerakan dan BN harus cari apa punca orang cina sudah benci BN. Kalau ini tak boleh jumpa, tak boleh selesai, saya rasa pilihan raya akan datang, calon MCA dan Gerakan akan kalah lagi teruk," demikian kata seorang lelaki Cina apabila ditanya tentang keputusan PRU-13 ini. Sebenarnya, keputusan di Parlimen Gelang Patah memberi gambaran jelas bahawa kaum Cina memang tidak lagi bergantung kepada BN. Ini kerana calon BN di situ bukannya daripada MCA atau Gerakan, tetapi daripada UMNO. Lebih nyata apabila calon yang ditolak pengundi Cina di situ ialah orang yang sudah banyak berjasa kepada negeri ini iaitu seorang Menteri Besar. Malah, beliau boleh dianggap arkitek kepada pembangunan Johor Moden dengan mewujudkan koridor pertumbuhan baru di Nusajaya iaitu Iskandar Malaysia yang terletak Parlimen Gelang Patah serta pusat pentadbiran baru di Kota Iskandar yang turut berada di situ. Nyata reputasi dan status Menteri Besar bukan menjadi pilihan utama pengundi, sebaliknya pengundi Cina mengharapkan Penasihat DAP terus menjadi suara orang Cina di Dewan Rakyat. Boleh disimpulkan, Abdul Ghani ditolak di Gelang Patah bukan kerana beliau tidak disukai, tetapi kerana Menteri Besar itu calon BN dan Kit Siang dipilih disebabkan beliau calon pembangkang, apatah lagi DAP yang dianggap sebagai 'hero' orang Cina pada masa ini. - UMO Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |