Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Dialog Dewasa Kritik Berasa
Image may be NSFW.
Clik here to view.


LEBIH 2.243 JUTA PENGUNJUNG MYMASSA SEPANJANG PRU13

Posted: 08 May 2013 10:58 PM PDT

 Lebih 150,000 Pengunjung Membaca Artikel Ini
Lebih 2,243 juta pengunjung melayari Mymassa sepanjang 2 minggu kempen PRU13 baru-baru ini. Ia satu pencapaian yang amat menakjubkan, walaupun dengan jumlah petugas yang amat terhad.
Pada 30 April 2013, di hari pengundian awal, direkodkan 92,607 telah mengunjungi laman blog ini untuk melihat dari pelbagai perspektif, kerana kumpulan penulis kami terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan dan peringkat umur.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ringkasan Pengunjung MyMassa 5 Mei 2013
Manakala pada 5 Mei 2013, seramai 161,323 orang melayari blog Mymassa untuk mengetahui perkembangan keputusan PRU13.

Daripada 30 April 2013 hingga 5 Mei 2013, statistik kami menunjukkan lebih 590,000 pembaca melayari blog ini.

Pengunjung terbanyak semasa PRU13 dari dalam negara iaitu sebanyak 2.044 Juta pengunjung, diikuti dari Amerika Syarikat (34, 497 orang), Singapura (31,656 pengunjung), Brunei (14,064 orang) dan United Kingdom (11,058 orang). Terdapat juga pembaca dari Indonesia (8,034 orang), Australia (5,401 orang), Japan (2,110 orang), Saudi Arabia (1626 orang) dan Rusia (1415 orang) semuanya dalam tempoh PRU13.

Terdapat 5 artikel paling banyak dilayari oleh pembaca Mymassa melebihi 100,000 setiap satu-satu artikel  iaitu berita-berita Eksklusif mengenai Pencerobohan Lahad Datu dibaca hampir 1Juta pembaca, isu-isu yang berkaitan Dato Mustapha Ali dan Nurul Izzah Anwar, serta butiran pengundi hantu.
Di Antara Artikel Yang Paling Ramai Dibaca Semasa PRU13


Fokus Masa Depan
Harapan kami ialah untuk memberikan satu jawapan yang betul dan tepat bahawa tanggungjawab menghormati keputusan Demokrasi dan keputusan PRU13, tanggungjawab menghormati suara rakyat yang "silent majority" dan tanggungjawab menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dapat dijawab.

Blog kami juga menerima banyak tekanan seperti laporan polis yang dibuat oleh Tian Chua ke atas seorang penama tempoh hari kononnya dia pengendali Mymassa, walhal kami sendiri tidak mengenalinya, malah tidak berkhidmat dengan Mymassa. Barangkali dia pernah menggunakan alamat web site  Mymassa tetapi Tian Chua telah melakukan kesalahan besar dan dosa besar kerana menganiaya penama tersebut dan memalukan penama tersebut. Mungkin ada hak dia saman malu Tian Chua!

 Ugutan Hack Oleh Johnston Mariadass
Terdapat juga ugutan untuk hack blog ini oleh seorang pengunjung tetapi ianya tidak akan mematahkan semangat kami. Pada kami, yang lebih penting ialah menyedarkan rakyat Malaysia bahawa tidak semua yang diutarakan oleh Anwar dan pembangkang adalah benar. Rakyat mahu membaca jawapan di pihak kita, maka Mymassa berasa bertanggungjawab mencari jawapan itu, mendedahkan kebenaran, dan seterusnya menunjukkan tipu helah mereka.

Cabaran terbesar Mymassa ialah apabila krew kami mengendalikan kes pencerobohan militan Kiram di Lahad Datu, di Manila dan juga di Jakarta. Ianya suatu pengalaman yang menarik tetapi amat meletihkan. 

Selepas ini, kami akan memajukan blog ini supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak massa menjelang PRU14.

Kami memerlukan idea-idea masa depan anda untuk memenuhi pengunjung yang membaca dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Mungkin kami tidak ada kemampuan ke arah itu, yang penting kami berusaha mencuba untuk anda. Akhirnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang melayari dan memberi komen di dalam blog Mymassa. 

Prinsip kami mudah, sama ada anda seorang penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang, kami menghormati anda sebab itulah komen-komen anda dilepaskan tidak ditapis. Kami tidak mempunyai pasukan "bully" artikel atau pasukan untuk menjawab komen-komen anda, atau menyokong artikel-artikel anda, itu adalah anda semua pembaca setia Mymassa.

Namun, tangggungjawab memberi komen adalah tanggungjawab diri anda sendiri.


Lokasi 40,000 Pengundi Hantu Yang Didakwa Anwar Telah Ditemui.

Posted: 08 May 2013 08:06 PM PDT

Sebelum PRU, Anwar kata ada 40,000 pengundi hantu yang diimport dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung untuk menangkan BN.


Semasa proses pengundian, tak sampai 100 orang pengundi hantu yang ditangkap. Kalau ada pun, hanya warganegara Malaysia ada iras-iras Bangla yang dituduh.


Mana pergi 40,000 pengundi hantu tu? Kalau nak tahu, tengok gambar di bawah.


Jumlah peserta perhimpunan malam tadi dianggarkan lebih 50,000. Ertinya kalau ada 40,000 orang pengundi hantu, jumlah tersebut kurang 10,000. Jadi kita tolak penonton yang berada di tengah padang. Persoalannya, kat mana nak simpan pengundi hantu yang ramai macam tu?

Di sinilah terletaknya rasional penyokong pembangkang. Mereka mudah percaya dengan apa yang mereka dengari tanpa selidik sama ada logik atau tidak dakwaan pemimpin mereka.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia seperti di bawah.


Mungkin Inilah Maksud Rasis Yang Sebenar.

Posted: 08 May 2013 06:10 PM PDT

Semalam MyMassa ada tanya pasal apakah maksud rasis yang sebenar di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/05/kepada-rakyat-malaysia-apakah-maksud.html


Mungkin troll ini adalah jawapannya.


Sudah trend global bahawa bangsa majoriti di sesuatu tempat mudah dituduh rasis oleh bangsa minoriti. Rupanya bukan setakat di Malaysia bangsa majoriti mengalami perkara tersebut, malah turut dirasai oleh golongan kulit putih di negara barat.

*Terima kasih kepada pembaca yang memberikan komen semalam.

Kepada Rakyat Malaysia, Apakah Maksud Perkauman (Rasis) Yang Sebenar?

Posted: 08 May 2013 07:00 AM PDT

Apabila YAB PM menyebut PRU kali ini sebagai Tsunami Cina, ramai dari masyarakat Cina marah dan mengamuk, menuduh kenyataan PM sebagai RASIS.

Apabila Utusan meletakkan tajuk utama akhbarnya sebagai APA LAGI ORANG CINA MAHU? Utusan juga dicop sebagai RASIS.

Namun, persoalan yang sering bermain dibenak MyMassa, apakah maksud sebenar RASIS?

Bila MyMassa tengok video seorang rakyat Malaysia dituduh sebagai BANGLA semasa hari pengundian, adakah tindakan ini bukan RASIS?


Apabila seorang peserta perhimpunan BERSIH menghalau wartawan dengan kata-kata makian, adakah ini tidak RASIS?


Kenapa bila satu kaum diungkapkan perkataan pulang ke negara asal mereka, kita dituduh rasis sedangkan mereka juga melakukan perkara yang sama kepada rakyat Malaysia yang lain?



Mereka memanggil orang lain BANGLA dan menghalau penduduk lain pulang ke negara masing-masing sedangkan orang yang mereka halau lebih fasih berbahasa MELAYU dari mereka.

Pening. Pening MyMassa memikirkan definasi RASIS yang sebenarnya. Adakah PERKATAAN RASIS hanya milik mereka dan hanya kaum mereka sahaja boleh menggelar orang lain RASIS?

Sebagai penutup, mari kita lihat bagaimana akhbar Cina menghina pemimpin Melayu. Kemudian fikirkan adakah penghinaan ini bukan satu RASIS?



*Kali ini MyMassa mohon pembaca untuk beri definasi RASIS DI MALAYSIA di ruang komen kerana otak MyMassa dah tak boleh terima apa yang berlaku selepas PRU 13 di mana orang Melayu dituduh RASIS.

Kempen Tunjukkan Jari Anda!

Posted: 08 May 2013 05:07 AM PDT

MyMassa tadi borak-borak dengan member pasal dakwat kekal. Masing-masing tunjuk dakwat kekal di jari. Ada yang makin hilang. Ada yang pekat jugak lagi. Boleh kata tiada yang langsung hilang terus.

Di sini MyMassa kongsikan beberapa jari yang sempat dirakam bersama tarikh akhbar hari ini.Karang ada pulak yang tak percaya.














Jari anda pula bagaimana, masih kekal atau tidak?

*Ada member bagi cadangan. Lepas ni bekalkan SPR dengan tukul. Lepas tu ketuk jari pengundi, pasti tanda biru kekal selama seminggu. Kalau dakwat tu kekal pun pengundi berusaha sungguh-sungguh nak bagi tanggal.

Kepada Geng-geng Nak Pergi Demo Malam Ni, Jangan Jadi Macam Ni Sudah.

Posted: 08 May 2013 03:03 AM PDT

MyMassa dengar Anwar nak teruskan jugak perhimpunan malam ni.


Nasihat MyMassa, jangan jadi macam ni sudah.


*Tak payah ada FRU, kena troll dengan member macam ni memang lari tak cukup tanah!

ORANG CINA ALL OUT TAPI GAGAL, APAKAH MEREKA ALL OUT LAGI PRU14

Posted: 08 May 2013 12:30 AM PDT

ULAS-ULAS PRU13: 
MCA, MIC dan UMNO adalah 3 kawanan parti asas yang bergabung membentuk Perikatan pada awal 1950an dulu. Ketiga-tiga mereka saling faham-memahami sejarah pasukan mereka, walaupun terdapat ahli-ahli ketiga-tiga parti mempunyai pelbagai jenis pemikiran, namun ketiga-tiga parti ini memilih jalan sederhana. Maka desas-desus kedudukan MCA adalah jelas, yakni mereka akan tetap bersama dengan Barisan Nasional. Bersama ketika senang dan susah, bukan ketika senang sahaja.

Dalam PRU13, parti DAP dan PKR telah melakukan gerak-kerja all out untuk mengalahkan pemerintah BN. Malangnya, Allah SWT tidak juga memberikan mereka peluang memerintah, malangnya terutama Anwar tidak pandai bersyukur, memberi imej yang tak baik kepada bukan Islam, yakni konsep bersyukur.

Sebaliknya, Haji Hadi Awang menyeru ahli-ahli PAS menerima keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Malahan, Ambiga sendiri memberikan komen positif kepada SPR yang mengendalikan PRU13 walaupun masih ada yang boleh diperbaiki lagi.

MCA TIDAK MAHU MEMINTA-MINTA; BUKAN BUDAYA MASYARAKAT CINA
Jika anda berjumpa ramai pelajar perubatan orang Cina Malaysia di Ireland atau pun di Birmigham, kebanyakan ibu bapa yang berkemampuan tidak ingin meminta biasiswa JPA. Kata seorang Cina kepada saya di KLIA semalam,"mengapa perlu saya meminta-minta jika saya mampu". Bagaimana pula dengan pelajar Cina yang miskin di mana ibu bapa mereka terpengaruh oleh dakyah Ubah DAP? Apakah ibu bapa ini akan menjual maruah dan kehormatannya memanjat bangunan JPA meminta biasiswa JPA untuk anaknya melanjutkan pelajaran sedangkan dia mengundi DAP?

Sepanjang 2008-2013, Di Majlis Perbandaran Subang Jaya, keseluruhan kontrak dan projek besar dikawal oleh YB Cina Pakatan yang seorang itu, kata seorang pegawai MPSJ kepada saya. Beberapa orang kontraktor Melayu dan pembekal Melayu mengeluh, "sejak 2008 saya tidak pernah menikmati apa-apa kontrak dan projek dari MPSJ. YB Cina Pakatan itu mempunyai kuasa veto untuk melulus atau menggagalkan projek mereka.

Sebaliknya, Presiden MCA secara spontan telah mengatakan tidak akan menerima jawatan di peringkat pusat, negeri, majlis perbandaran, daerah dan kampung-kampung?

Bagi saya ini bukan kebiasaan MCA. Jika benarlah, ini adalah kerana sifat malu MCA sebagai sebuah parti Cina yang ditolak oleh masyarakat Cina yang berpindah undi kepada parti yang lebih radikal dan cauvunis iaitu DAP.

Maka bayangkan Tidak Ada satu Exco Cina dalam Kabinet Negeri Sembilan kerana semua calon DUN MCA di Negeri Sembilan tewas! Maka bayangkan juga tidak ada wakil MCA di dalam Kabinet Persekutuan! 

Dalam tempoh 5 tahun, peniaga Cina tidak mendapat projek, masyarakat Cina mengalami kesusahan, apakah dalam PRU14 mereka akan mengundi semula BN selepas menderita sepanjang tahun 2012-2018, akibat tersalah undi kepada DAP.

Ada yang berpendapat, biarlah mereka tidak mendapat apa-apa kali ini kerana itu pilihan mereka. Dalam hal ini, kita kembali kepada aspek perkongsian kuasa dan sejarah hubungan ketiga-tiga parti UMNO MCA MIC.

ORANG CINA SUDAH MENCUBA ALL OUT
Orang Cina yang terpedaya dengan slogan Ubah DAP telah mendapat jawapan yang jelas dalam PRU13 ini, iaitu walaupun masyarakat Cina all out tetapi BN tidak juga tumbang. Malah amat mengejutkan mereka UMNO berjaya memperolehi 103 kerusi Parlimen, hanya memerlukan 9 kerusi sahaja lagi sudah boleh memerintah negara ini.

Apakah masyarakat Cina hendak mencuba lagi mengikut telunjuk DAP pada PRU14? Saya fikir tidak. Saya yakin orang Cina tidak akan mahu diperdaya lagi, orang Cina juga mempunyai fikiran bahawa semakin mereka all out semakin kuat pula perpaduan orang Melayu.

Kedua, saya tidak fikir masyarakat Cina mahu memperjudikan lagi nasib mereka pada PRU14 kerana mereka tahu ianya mustahil, malah memberi kerugian kepada mereka dan keuntungan kepada orang Melayu dan orang India. DAP telah berjaya menipu mereka. 

Sudah tentu mereka tidak mahu terpinggir dari arus perdana dan global yang digerakkan oleh kerajaan. Kini mereka semakin terkejut dengan tindakbalas orang Melayu, malah kembali rimas bila mana DS Najib mula menunjukkan ketegasannya.

Kesimpulannya, UMNO MCA dan MIC serta komponen lain mempunyai masa depan yang lebih cerah pada PRU14. Kegagalan DAP walaupun sudah all out menipu masyarakat Cina dengan janji Ubah, akan memakan diri pada PRU14.

Kepada para bloggers di luar sana, dalam tempoh 2013-2018 ini, isu Anwar, Rafizi, Sam Ketot, sudah tidak berapa relevan lagi. Tumpukan perhatian anda kepada mengkaji budaya orang Cina, pemikiran dan kehendak atau ketidakhendak mereka, dan sebagainya kerana mereka akan datang lagi dalam tempoh 5 tahun nanti. 

(artikel sumbangan)

Bersambung akan datang, "Arah tuju Cina Buddha-Cina Kristian".











Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>