Apa Yang Tersirat |
- Anwar bertekad ke Putrajaya- melalui rampasan kuasa
- Perhimpunan Anwar- Satu penipuan yang amat jelas
- Mantan MB Kedah-Azizan Razak tenat
- UTUSAN Pertahan Tulisan "APA LAGI CINA MAHU"
- BN perlu bersyukur kerana masih membentuk kerajaan Persekutuan
Anwar bertekad ke Putrajaya- melalui rampasan kuasa Posted: 08 May 2013 09:46 AM PDT ANWAR cuba mengapikan-apikan rakyat terutama penyokongnya, kononnya dia berhak menjadi Perdana Menteri kerana Pakatan Rakyat mendapat undi popular berbanding Barisnan nasional. Anwar cuba membohongi dirinya dan juga memesong fikiran penyokongnya dengan hujah undi popular, sedangkan sistem demokrasi negara ini sama dengan United Kingdom atau Australia atau Kanada yang berasaskan sistem berparlimen, di mana penetuan kemenangan pada sebarang pilihanraya berasaskan jumlah kerusi, bukannya undi popular. Anwar menafikan hak kawasan-kawasan parlimen yang amat luas tetapi kekurangan penduduk dan menyamakan dengan kawasan bandar seperti Bukit Bintang, Petaling Jaya atau Gelang Patah. Pada PRU-13 yang baru sahaja berlabuh, kebanyakan kawasan bandar memilih Pakatan Rakyat, manakala kawasan luar bandar memilih Barisan Nasional. Undi popular Pakatan Rakyat diperolehi memelalui sokongan pengundi bandar yang rata-rata di atas 50 peratus jumlahnya berbanding dengan kawasan luar bandar. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, undi popular bukan menunjukkan pemenang, melainkan jumlah kerusi. Pada PRU-13 yang lalu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat 89. Kebanyakan kerusi BN diperolehi daripada kawasan luar bandar, manakala PR daripada bandar-bandar. Malam ini, Anwar menghimpun penduduk bandar di Stadium Kelana Jaya, dan pada Sabtu di Pulau Pinang dan Jumaat di Ipoh Perak. Anwar bertekad akan menggerakan himpunan penyokongnya sehinggalah kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokarsi negara kita tumbang. Anwar mahu mengwujudkan "Arab Spring" di negara ini, sehinggalah dia berjaya merampas kuasa. Kami rakyat yang cintakan perdamaian, dan menjujung sistem demokrasi berparlimen negara menyeru kepada pasukan keselamatan negara, agar segera menghentikan TINDAK TANDUK ANWAR INI. Kami tidak rela, pilihan kami yang berasaskan sistem demokrasi dirampas dengan cara KOTOR seperti mana dirancang oleh Anwar dan kawan-kawannya. |
Perhimpunan Anwar- Satu penipuan yang amat jelas Posted: 08 May 2013 06:47 AM PDT |
Mantan MB Kedah-Azizan Razak tenat Posted: 08 May 2013 12:47 AM PDT Mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dilaporkan berada dalam keadaan "agak tenat". Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal. Memetik kenyataan setiausaha akhbar bekas MB tersebut, Mohd Helmi Khalid yang berkata, keadaan Azizan kini "agak tenat" "Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang," katanya dalam satu kiriman SMS. Azizan, 73, menewaskan calon BN dan dua calon Bebas di kerusi DUN Sungai Limau dalam pilihan raya umum 5 Mei. Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam Pengarah hospital itu, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man dijadual melawat Azizan petang ini. |
UTUSAN Pertahan Tulisan "APA LAGI CINA MAHU" Posted: 07 May 2013 10:21 PM PDT Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempertahankan keluaran muka hadapan mereka semalam bertajuk "Apa lagi Cina mahu?", meneruskan serangan mereka terhadap DAP yang dikatakan menghasut masyarakat Cina dan menjadi sebab kepada persembahan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013. Dalam tulisan di kolumnya, Pengarang Berita Kanan 2 Zulkiflee Bakar mempertahankan laporan muka depan semalam yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina dalam Pilihan Raya 2013. "Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13," tulis beliau hari ini dalam kolum bertajuk "Siapa dulu memulakan provokasi?" "Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran," tambah beliau lagi. |
BN perlu bersyukur kerana masih membentuk kerajaan Persekutuan Posted: 07 May 2013 09:50 PM PDT SEBAGAI manausia biasa, tidak salah kalau Datuk Seri Najib kecewa, melihat keputusan PRU-13. Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah memperkenalkan berbagai transformasi yang mesra rakyat. Malah untuk penyatuan kaum, beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Selain itu, Najib juga membela golongan berpendapatan rendah ke bawah dengan memperkenalkan Brim 1.0 dan Brim 2.0. Bagi rakyat yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah atau masih belajar, Najib memperkenalkan Bantuan Pra Sekolah dan Baucer buku. Bagi anak-anak muda juga tidak terlepas kepada habuan, apabila mereka mendapat rebet telepon bimbit sebanyak RM250.00. Melalui BR1M misalnya, Najib menyalurkan RM7.8 bilion kepada mereka yang layak, malah handout itu dijadikan pemberian tahunan. Kini jumlah itu telah dinaikan kepada RM1,200 bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000; sementara bagi yang bujang akan diberikan separuh daripada jumlah itu. Malangnya semua transformasi yang diperkenalkan Najib itu, tidak diterima oleh sebahagian besar kaum cina; hanya kaum bumiputera sahaja yang menerimanya, kecuali mereka yang tinggal di bandar seperti Penampang di Sabah. Trend pengundian di kalangan kaum cina pada PRU-13, bukan berasaskan meritrokrasi seseorang pemimpin atau kerajaan, namun lebih kepada emosi dan persepsi. Kekalahan Datuk Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor di Parlimen Gelang Patah kepada Lim Kit Siang dan kekalahan Datuk Seri Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil Melaka, sebagai contoh; bahawa kaum cina tidak mengundi berasaskan merit seseorang calon, melainkan berasaskan emosi dan membuta tuli. Walaupun trend pengundian semasa PRU itu bukan berasaskan akal yang waras bagi kaum cina , namun BN berjaya juga mendapat 133 kerusi Parlimen untuk mempertahankan Putrajaya, yang ingin dirampas oleh Pakatan Rakyat agar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. BN perlu berterima kasih kepada rakyat Sarawak dan Sabah kerana masih mampu memberikan kemenangan 84.21 peratus keseluruhan, apabila kedua-dua negeri itu memberikan 48 kerusi Parlimen daripada 57 yang dipertandingkan; walaupun berkurang 7 kerusi berbanding PRU-12. Di Semenanjung kemampuan Umno menambah 9 kerusi berbanding PRU-12, telah mempertahankan status quo sepertimana keputusan PRU-12, di mana BN dengan 85 kerusi Parlimen dan Pakatan 80 kerusi. Atas sebab itu penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan. Soal angka memang dimainkan. Bagi AYT, tiada bezapun antara angka 133 mahupun 140; yang penting kerajaan yang dibentuk mempunyai kelebihan di atas majoriti mudah 112. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |