Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Ohpolitik!™

$
0
0

Ohpolitik!™


#DAP SENDIRI DEDAHKAN MEREKA TERLIBAT DENGAN BLACKOUT? #IniKaliLah

Posted: 07 May 2013 06:52 PM PDT

Tahukah anda….Sebuah video parodi 'The Magical Blackout' dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).




Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya 'blackout'.

Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.

Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.

Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?

Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.

Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada.

Cepatnya tahu…

Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.



Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.

"… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.

"Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.

"Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka 'on' lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.

"Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?

"Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.

Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.
Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.

Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.

Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.

Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.

Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.

Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.

Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.

Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.

Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi 'pada masa yang sama' ketika proses pengiraan undi dilakukan.

Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.


Azhar Sulaiman Terima mesej "berbaur ancaman dan ugutan"?

Posted: 07 May 2013 06:41 PM PDT


Nama Azhar Sulaiman secara tiba-tiba memuncak kembali dan menjadi bahan 'cakap-cakap' kawan dan lawan. Selain gaya manja 'gwominya', Azhar turut dikecam, dikritik, dikutuk dan ada juga dipuji, gara-gara terlalu berani dan lantang bersuara mengkritik pihak Pakatan Rakyat (PR).

Kecoh memang kecoh, sehinggakan pelakon yang sudah lama menyepi tanpa sebarang kontroversi itu terpaksa membuat laporan polis.

Apa yang merisaukan, mesej berbaur kecaman itu bukan sahaja melibatkan dirinya, tetapi juga keluarganya. Ikuti temubual Azhar dengan wartawan Hits.

Hits: Ada yang kata, Azhar boleh kritik macam-macam, tetapi bila dikritik, sampai kena buat laporan polis. Boleh jelaskan?

Ia sudah melibatkan keluarga dan arwah ibu bapa saya. Saya menulis dan kritik, saya mengaku. Tetapi tidak dengan nada ugutan, saya cuma kritik ikut saluran yang betul. Bila kena ugut, saya fikir jauh. Laporan polis sebagai langkah perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi, jadi langkah awal perlu dibuat.

Sejak bila mereka mula menghentam Azhar?

Cybertrooper ini mula menghantar mesej berbaur ancaman dan ugutan ini sejak saya ulas isu-isu yang agak panas dan pedas melibatkan perihal salah laku pemimpin PR. Mereka kata saya ini terlampau banyak baca surat khabar Utusan (Utusan Malaysia) dan blog-blog yang menyokong parti BN. Hakikatnya, kalau hendak diikutkan, saya lebih banyak membaca bahan bacaan daripada pihak pembangkang. Dari situ saya lakukan analisis terhadap posting-posting yang dilakukan oleh pihak sebelah sana.Mereka memang banyak buat perkara yang lebih ke arah menghentam dan tuduhan tidak berasas. Tetapi bila pihak mereka yang buat salah, tidak pula dihentam. Minda mereka sudah diasuh berfikir ke arah itu dan kasar. Kenapa perlu cakap kasar-kasar dan guna kata-kata kesat?

Apa tindakan susulan selepas laporan polis yang dibuat?

Saya tidak berniat untuk ambil apa-apa tindakan susulan. Ia perkara biasa. Bagi saya, mereka ini budak-budak, bekerja secara berkumpulan, duduk di dalam satu bilik. Dan kerja mereka hanya menghentam apa-apa sahaja tindakan yang dilakukan pihak Barisan Nasional.

Terbaru, akaun Facebook anda juga di godam, kenapa agaknya?

Itulah, saya pun pelik sebab mereka ini bercakap tentang hak kebebasan bersuara, tetapi menghalang saya untuk suarakan pendapat. Mereka gunakan teknologi, godam akaun saya. Nampak sangat mereka tidak suka berhujah dan berfikir. Bila saya utarakan soalan, tidak pula mereka memberi jawapan. Kerana mereka lebih suka menghentam dan tewas kepada soalan-soalan yang buat mereka berfikir tentang kebenaran.

Azhar adalah penyokong tegar Barisan Nasional dan sangat berani mempertahankan pendapat anda, sesuatu yang jarang dilakukan, kecuali artis pembangkang. Apa yang membuatkan anda seberani itu?

Saya menyokong BN bukan kerana saya mengenali sesiapa dalamnya. Sebaliknya saya menyokong BN setelah melihat apa yang berlaku di persekitaran kita. Sebenarnya, kita tidak boleh menagih kasih saya pada BN. Sebaliknya kasih sayang itu sepatutnya datang daripada apa yang telah mereka berikan. Jika kita menagih kasih sayang, itu yang membuat kita sentiasa meminta.

Puak-puak itu kelihatan sangat 'gerun' dengan Azhar... betul tak?

Saya rasa ya, betul. Lagipun sekarang ini zaman teknologi, bila mencapai zaman ini, ramai yang menggunakan teknologi untuk membentuk persepsi. Teknologi jadi alat untuk mengawal permainan politik. Saya pasti ada antara mereka dibayar untuk melakukan sesuatu seperti menghentam pihak lain di laman sosial.

Sebagai penggiat seni, bagaimana Azhar melihat video seks yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin akhir-akhir ini?

Mereka taksub sehingga percaya pemimpin mereka tidak buat salah dan silap. Penyokong mereka nampak begitu arif memberitahu ia adalah sebuah video yang telah diedit. Saya ni lama dalam industri seni, saya tengok dan yakin ia bukanlah video yang diedit. Ada pengarah filem yang sokong pakatan pembangkang, arif dalam videografi pun berkata yang ia adalah sebuah video yang tulen dan bukannya diedit.Apa lagi?

Isu Azhar kata sanggup 'dipanah petir', apa sebenarnya yang mendorong kata-kata itu dilepaskan?

Saya sebenarnya cukup pantang bila mereka sentuh pasal UMNO dan Barisan Nasional. Saya tahu parti ini telah buat banyak kerja untuk Malaysia. Jadi, menuduh yang bukan-bukan dan mencaci itu yang paling saya pantang sekali.

Soalnya, kenapa sehingga mengeluarkan ayat sanggup dipanah petir?"

Saya kata saya sanggup dipanah petir dan sanggup mati demi mempertahankan kebenaran. Kenapa saya kata begitu ya? Kerana saya tidak punya harta untuk digadaikan. Saya bukan orang yang kaya raya, saya tidak punya duit yang banyak. Apa yang saya boleh gadaikan ialah nyawa saya. Sebab itu saya sanggup berkata demikian. Saya harap orang akan faham apa maksud sebenar saya ini.

KETAKUTAN #DAP SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAK APABILA #PAS UMUM KELUAR #PakatanRakyat #IniKaliLah

Posted: 07 May 2013 06:32 PM PDT


Info baru di terima ,PAS Kelantan tidak akan melantik Husam Musa sebagai Exco Kelantan,ini kerana PAS pusat sekarang sedang mengurang pengaruh Ahlinya yang Pro PKR dan DAP, saya dapat info PAS mungkin akan keluar pakatan rakyat tanpa bergabung dengan UMNO atau mana-mana parti politik.

Untuk makluman ahli majlis syura ulama pas sedang berbincang, untuk menentukan halatuju PAS, apapun mengikut maklumat di terima, PAS sebenarnya menerima keputusan Pilihanraya, cuma Anwar Ibrahim dan DAP tidak menerimanya kerana ingin mendapat simpati penyokong sekali lagi,PAS tidak sama sekali terlibat dalam Hal ini, kerana kami yakin kami telah buat solat hajat di stadium dan kami terima kekalahan dengan redha.

BUAT TATAPAN DAN RENUNGAN SEMUA TERUTAMA PARA GURU #AkuBukanRacist

Posted: 07 May 2013 04:48 PM PDT


BACALAH WAHAI BANGSA MELAYU...MESEJ DARI SEORANG GURU MELAYU....


Reality yg sy alami..

buat kawan2,
aku hanya hantar msj ni pada org2 tertentu je...nk share kat wall tak berani sbb nnt student skola aku baca...aku anta msj ni kat korg pun sbb aku pecaya apa yg ada dlm kenyataan ni mmg betul...

pagi tadi aku p skola...muka cikgu n student sumernye happy sbb DAP menang banyak...tp bila berkumpul sesama diorg, diorg berbisik2 ckp sesuatu...kwn aku terdengar rupanya diorg takut sgt PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT..sbbnya korg bole fikir sndiri kot...lepas tu sorg lagi kawan aku citer..waktu dia dllm kelas student dengan beraninya tanya dia undi apa semalam..pastu diorg kata macam ni...

"cikgu undi roketla...kalau DAP menang negara kita maju mcm singapore...org DAP sudah janji kalau DAP menang, org singapore akan datang tolong DAP..kali ni pakatan rakyat sudah naik...lagi 5 thn kami semua sudah bole undi, mau undi roket, mau jadi mcm singapore"

tp aku sedih sgt..bukan semua yg pecaya apa yg kenyataan yg aku forward ni.....diorg tak tau mcmana kami cikgu2 melayu dok kat skola cina...kebajikan kami cikgu melayu langsung takdak...

1. kami cikgu2 takdak bilik khas utk makan kat kantin...tempat makan kami hanya meja kayu lama panjang yg dah uzur betul2 tepi tong sampah n tepi longkang (sebenarnya kami kena kongsi meja tu dgn budak2 sbb hakikatnya mmg tu meja makan budak2 kat tengah2 kantin tu, kami takdak meja khas pun) sedangkan depa cikgu cina makan kat bilik kantin khas utk depa saja...meja kami tu jgk akan digunakan oleh budak2 bila diorg rehat....bila nak mkn tghari kantin penuh dgn budak2 skola petang...taula bdk cina...ckp mmg volume tinggi punya...klu depa gaduh smpai langgaq kita yg tengah makan ni sbb meja depa kat blakang meja kami ja....smpai nak makan pun tersedaq....

2. nama ja ada kantin melayu...tp org kantin melayu tak bole jual air, tak bole jual itu tak bole jual ini sbb nnt org kantin cina marah...kalau budak cina beli kat org melayu depa rugi...jd, depa hasut budak2 cina jangan beli kat kantin melayu..dah berapa kali tukaq org kantin melayu sbb tak tahan org kantin cina control depa....bil api air dan sewa kena bayar mahal padahal tak setimpal dgn apa yg diorg guna...

3. kami cikgu2 melayu ni slalu kena ajaq kelas2 yg ujung....kelas budak2 yg tak pandai depa bagi kat cikgu2 melayu...kelas2 pandai org depa ja semua....kalau kelas2 ujung kat skola cina ni semua jenis kurang ajaq...klu kat skola melayu, wlupun ada budak2 melayu kurang ajaq tp bila cikgu marah, teguq depa masih ada sikap hormat kat kita sbgai cikgu...tp kat sini jgn harap depa nak respect..siap maki hamun kita lagi dlm bahasa depa...

" cibai, lancau, bodoh, gila" itu antara kata2 depa pada kami cikgu2 melayu...ni salah satu citer kawan aku MZ...

Mz : masa awai tahun hari tu, bdk2 kan ramai tak tau aku pandai ckp cina...aku pun tak tunjukla yg aku tau ckp cina...aku masuk kelas 3A2...aku bagi diorg keja umah...korg tau apa jadi...adala sorg budak pompuan dok depan skali ni...bole dia cakap mandarin dgn kawan sebelah dia dok kutuk aku dan cikgu2 melayu. 

Dia kata mcm ni betul2 kat depan aku yg tengah berdiri mengajar kat depan" ini pompuan gila tak tau ka, kita semua banyak kerja rumah, dia ingat dia sorg punya subjek ka kita kena buat keja rumah, byk lagi subjek lain yg lebih penting dari pndidikan seni ni...semua cikgu melayu kat skola kita ni bodoh, gila, takdak otak punya org.tgk skrg kita kutuk depan dia pun dia tak tau kita cakap apa. bodoh, gila" aku pun apalagi...terus ckp mandarin dpn dia "hangla bodoh, semua cikgu melayu yang hang kata bodoh tu yang nak ajaq hang bagi pandai, tapi hang tak reti nak berterima kasih. Bole kata lagi cikgu bodoh, gila.jenis keturunan sial kurang ajar sampai bila2"...terus dia tunduk diam tak kata apa....

4. kalau cikgu cina tak masuk kelas, lewat masuk kelas, datang sekolah lewat...tak penah pulak marah atau panggil nama cikgu tu...tp kalau kami cikgu melayu masuk kelas lewat, lambat hantar kerja, pihak pentadbir akan cari kami satu sekolah, siap buat announcement kat siaraya panggil kami.smpai skola kat luar pun boleh dgr... salah cikgu depa bole pulak pejam mata buat tak tau, klu org melayu, mesti nak cari pasal ja...

5. bab keja, bab duit mmg cikgu2 cina berkira sgt2....klu ada aktiviti ko-ko mmg kalau bole depa tak mau datang jaga budak...sedangkan tu budak2 bangsa depa sndiri....kalau duit pulak, mmg susah nak kluarkan duit depa...smpaikan nak beli baju batik utk buat baju batik skola yg seragam pun depa tak mau sbb baju batik tu mahal sgt seratus lebih...klu ada jamuan, skola akan bg bajet yg sgt sikit, tp nak makan sedap2...duit tak mau kuar...klu cikgu melayu minta upgradekan bilik/bengkel depa tak nk bagi peruntukan, klu bg pun kena control...tp kalau cikgu bgsa depa minta, dapat pulak....

aku rasa...cukupla smpai sini dulu...byk lagi benda yg aku nak crita...tgkla kalu aku ada mood nak crita....yg nak pecaya, pecayala...tak nak pecaya aku tak suruh hgpa pecaya...tp semua yg kat atas tu realiti yg berlaku pada aku dan kawan2 aku.....di sebuah sekolah cina...

salah seorg penyokong DAP tegar (cikgu cina skola aku la) terlepas ckp waktu tgh berborak2 dgn kawan2 dia kat dlm bilik guru ckp mcm ni tanpa sedar aku ada kat situ...
"org melayu ni BINATANG PELIHARAAN parti politik, sanggup ikut dan taksub dengan tuan sndiri. bergaduh, berlawan sama bangsa sndiri sbb politik, tapi tgk org cina, mana ada gaduh sbb politik, hahahaha...."

Terima MSG dari seorang GURU


POLITIK GILA BABI Ngok Nizar : Tiada Ketelusan dan Wujud Kesangsian #PRU13

Posted: 07 May 2013 04:09 PM PDT



Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN) meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN.

- Bernama



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>