Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Janda kecewa selepas gambar kurang sopan tersebar di internet

Posted: 06 May 2013 03:26 PM PDT

KUALA PILAH – Akibat kecewa dan sedih gara-gara gambar kurang sopan tersebar di laman sesawang, seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad membakar diri di rumah majikannya, jam 11 pagi, di Jemapoh, di sini, semalam.

Mangsa bernama Wiji, 45, seorang janda, bekerja di rumah majikannya, Zaharah Abu Bakar, 79, selama dua tahun di Kampung Jemapoh.

Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah mengadu gambar tidak senonoh miliknya tersebar di laman sesawang dan melahirkan rasa sedih serta tertekan kerana keluarga di Indonesia telah mengetahui perkara tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut namun mangsa menolak.

"Majikannya, Zaharah telah pergi ke dapur untuk bersarapan, namun ketika melintas di bilik air, ternampak api di pintu bilik air lalu menjerit memanggil anak perempuannya, Kamaliah Tajul Arus. 55.

"Majikan nampak badan mangsa telah terbakar dan terlentang di atas lantai. Kemudian Kamaliah cuba memadam api tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mangsa telah meninggal dunia.

"Pemeriksaan forensik mendapati, anggota badan mangsa telah terbakar 80 peratus dan tidak dapat diselamatkan," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, hasil pemeriksaan dari telefon bimbit mangsa mendapati terdapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada anaknya di Indonesia.

"SMS itu menyatakan jika berlaku apa-apa ke atas dirinya, anaknya harus menjaga diri dengan baik. Berkemungkinan, mangsa membunuh diri kerana tiada kesan pergelutan berlaku dan tiada sesiapa
di tempat kejadian. Bagaimanapun, kes ini diklasifikasikan kematian mengejut," katanya.

Azmi berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diambil dari majikannya, mangsa seorang pekerja yang baik dan tidak memiliki teman lelaki.

'Insurans' Husam di DUN Salor tidak menjanjikan jawatan EXCO untuknya...

Posted: 06 May 2013 09:21 AM PDT

Semua sedia maklum dengan peralihan kuasa oleh Nik Aziz di Kelantan setelah hampir 22 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

Nik Aziz telah digantikan dengan timbalannya, Dato Ahmad Yackob. Dengan perlantikan tersebut, maka Exco kerajaan negeri juga perlu ditubuhkan.

Husam, nama yang begitu sinonim dengan perjuangannya untuk melakukan pelbagai kemajuan di Kelantan dengar katanya tidak terpilih untuk jawatan Exco kali ini.

Nampak gayanya insurans Husam bertanding di dua tempat, Dun Salor dan Parlimen Putrajaya tidak menjanjikan apa-apa.

Husam tewas di tangan Ku Nan, tetapi terselamat dan masih menjadi YB apabila memenangi di kerusi DUN Salor.

PAS patut terajui Selangor!

Posted: 06 May 2013 08:35 AM PDT

SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

Harakah boikot perlantikan Ahmad Yakcob sebagai MB baru Kelantan?

Posted: 06 May 2013 08:12 AM PDT

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.


Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Tiada laporan yang dibuat Harakah hingga ke pukul 10 malam ini
Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

Gelombangkick

MCA kota janji, tolak sebarang jawatan dalam Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri

Posted: 06 May 2013 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Mei - MCA berpegang teguh kepada pendirian untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pendirian itu selari dengan keputusan Perwakilan Khas MCA sebelum ini untuk tidak menerima sebarang jawatan dari peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan yang lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek turut membuat keputusan untuk tidak bertanding semula dalam pemilihan parti akan datang.

Soi Lek berkata, sebagai peneraju utama, beliau bagaimana pun perlu memastikan parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu terus stabil ketika berdepan keadaan paling mencabar ketika ini.

"Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat dalam masa terdekat untuk mengenal pasti hala tuju parti selepas kekalahan teruk dalam PRU-13.

Mengenai kekalahan teruk MCA kali ini, Soi Lek berkata, ia merupakan hasil daripada trend pengundian berdasarkan kaum yang menyaksikan pengundi Cina percaya DAP akan berjaya mengubah kerajaan.

"Mengenepikan wakil keturunan Cina daripada kerajaan tidak akan menyelesaikan segala rasa tidak puas hati terhadap kerajaan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130506/po_12/MCA-tidak-akan-terima-jawatan-Kabinet-Exco---Soi-Lek#ixzz2SVhZl6MQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Nik Aziz bersara, Ahmad Yakcop angkat sumpah MB Kelantan yang baru

Posted: 06 May 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, 82 akan bersara selepas berjaya membawa Pas untuk membentuk kerajaan negeri untuk kali ke-enam selepas 1990.

Selepas 22 tahun Nik Aziz sebagai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakcop dijangka akan menggantikan beliau dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan.

Upacara tersebut bakal diadakan di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang di mana timbalan menteri besar dan exco negeri baru akan turut mengangkat sumpah.

Di Kelantan, PAS menang 32 daripada 45 kerusi negeri. Nik Aziz dijangka terus dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas.

Pada masa yang sama, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal baru esok.

Upacara mengangkat sumpah itu akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.

Pada masa sama, barisan exco kerajaan negeri juga akan ditubuhkan dalam beberapa hari lagi selepas mendapat persetujuan daripada Tun Abdul Rahman.

Jelasnya, beliau memerlukan masa untuk melantik ahli dewan undangan negeri yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab bagi portfolio masing-masing.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Lim mengekalkan kerusi dewan undangan negeri DUN Air Puteh selepas menewaskan calon Barisan Nasional Tan Ken Keong dengan majoriti 7,744 undi.

Lim berkata Pakatan Rakyat berjanji akan berkerja lebih kuat demi rakyat Pulau Mutiara itu dengan meneruskan dasar sedia ada untuk membangunkan ekonomi dan membantu rakyat negeri tersebut.
Pakatan Rakyat pada Ahad memenangi 30 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menghadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada pukul 9.50 pagi.

Dalam majlis hampir sejam itu, Zambry mempersembahkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Perak dan memohon perkenan baginda untuk pembentukan kerajaan negeri baharu.

Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada PRU13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang.

Asto Awani

Nik Aziz to give up MB post

Posted: 06 May 2013 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelantan will have a new Menteri Besar for the first time in 22 years as Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat is expected to relinquish the post.

Datuk Ahmad Yakcop is expected to be replace Nik, 82, who despite his ailing health had led Pas to victory in Kelantan for the sixth time in the 13th General Election.

Ahmad is expected to be sworn in before the Kelantan Sultan at 4.30pm today.

The ceremony is expected to take place at Istana Kubang Kerian where the state Ruler will also swear-in a new Deputy Mentri Besar and a new state executive councillors line-up.

The new Deputy Menteri Besar is expected to be state PAS deputy commissioner II Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah. This decision would sideline Husam Musa, who was once touted as the MB designate and Nik Aziz's favourite as his replacement.

PAS obtained 32 out of the 45 state seats in Kelantan.

Meanwhile, DAP secretary-general Lim Guan Eng is expected to be sworn in again as the Penang chief minister for another term.

The state exco, however, would only be formed in a few more days as Lim said he needed more time to decide on the potential state leaders suitable for each portfolio.

Lim yesterday led Pakatan Rakyat to victory by winning 30 state seats as well as 10 Parliamentary seats in the state.

Meanwhile, Perak BN chairman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir had an audience with the Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah at Istana Kinta.

Zambry is expected to take his oath of office as Perak menteri besar at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar tomorrow.

In the 13th general election, Perak BN won with a simple majority, garnering 31 of the 59 state seats while the opposition pact won 28

(Video) Rahsia kemenangan Kit Siang dibongkar!

Posted: 06 May 2013 02:01 AM PDT

"Kekalahan Datuk Abdul Ghani Othman kepada Lim Kit Siang di Gelang Patah bukanlah kerana faktor calon atau dasar pembangunan" kata Norizam Tukiman (video), Pengerusi Persatuan Pelabur Strategi Melayu Malaysia mengenai keputusan PRU 13 di Johor.

Norizam yang mewakili pelabur-pelabur di Johor turut berpendapat, wujudnya kebangkitan perjuangan bangsa Cina dan sentimen perkauman menjadikan antara faktor beberapa tempat di Johor jatuh ke tangan pembangkang.

Walaubagaimanapun keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di Iskandar Malaysia akan terus utuh di Johor.

Walau Johor masih milik BN, Norizam berkata isu perkauman merupakan isu yang sensitif yang perlu diberi perhatian selepas ini oleh BN.

Risalah 'rahsia' yang membuatkan ramai pengundi Cina beralih undi!

Posted: 06 May 2013 12:31 AM PDT

Kemenangan BN masih belum mampu membuatkan ramai kepimpinan tertingginya senyum lebar. Kalau senyum pun rasanya dibuat-buat sebab berada di hadapan kamera. Lepas berpaling, wajah berubah semula.

Semuanya dek kerana keputusan PRU13 yang agak 'diluar jangkaan'. Walaupun ada manis kemenangan, namun pahitnya bercampur baur dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi-pengundi terutama dari kaum Cina.

Macam-macam telahan dibuat bagi mencari punca. Terbaru, dalam media sosial Facebaook, tersebarnya sebuah risalah yang dipercayai ditulis oleh DAP dalam bahasa Cina yang kemudiaanya diterjemah dan disebarkan dalam Bahasa Melayu.

Isi kandungannya juga dikatakan menjadi penyebab berlakunya 'swing vote' dari ramai pengundi Cina. Dan kandungannya juga boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Berikut adalah adalah terjemahan dari risalah berkenaan:

Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk :

MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA

Rencana ini akan mengingatkan kita semua supaya menyedari hakikat matlamat perjuangan bangsa Cina Malaysia. Malaysia harus berada dalam didikan Cina mulai masa ini telah meningkat maju hingga dapat menguasai pelbagai aspek pembangunan dan ini diakui oleh pemimpin Melayu sendiri.

Orang Cina telah banyak mencapai kejayaan dan kekayaan. Wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi. Kita dapat MEMBELI KERAKYATAN DENGAN HARGA RM50 SAHAJA.

Saya ingin menyatakan bahawa kaum Cina patut bersepadu DEMI MERUNTUHKAN BANGSA MELAYU.Dahulu kini atau masa akan datang Malaysia akan berada di dlaam tangan bangsa kita, bangsa kita bangsa Cina.

PEMIMPIN MELAYU AMAT LEMAH DAN BANYAK YANG PANDAI BERLAGAK DARIPADA MENJAGA KEPENTINGAN BANGSA SENDIRI.

Maka dengan adanya kesempatan ini perjuangan kita berhasil dan kemenangan dalam 20 arena politik dan tenaga sukarela kita. Ayuh... kita hapuskan hasrat murni sesetengah pemimpin Melayu agar kedudukan kita tidak terjejas dan bangsa MELAYU TERUS MUNDUR DI BAWAH TELUNJUK KITA.

Kita tanamkan sikap boros, murah hati dan suka memberikan pinjaman wang kepada bangsa Melayu agar mereka akan memuji tindakan kita dan mereka memuji orang Cina kaya dengan ilmu psikologi dan wang ringgit yang dapat menenggelami mata orang Melayu.

Hingga kini undang-undang diberi dan dibubarkan suara kita adalah utama. Pada masa ini, ramai pemimpin yang takut akan suara-suara kita tetapi orang yang paling kita takuti ialah DR MAHATHIR yang sekarang ini di belakang kerajaan.

Mari kita bersatu padu demi keuntungan dan perniagaan yg menjadi bidang bangsa Cina mulia.

MULA-MULA­ KITA TUMPANG NEGARA ORG KEMUDIAN KITA JAJAH DENGAN CARA YG BERKESAN DAN RAPI.SEMUA PEMIMPIN DAP ADA MATLAMATNYA. INI MUNGKIN DALAM DUA ATAU TIGA PILIHANRAYA LAGI.

KEMUDIAN KITA AKAN BERKUASA SEPENUHNYA DAN AKAN MEMECAH-BELAHKAN PEMIMPIN MELAYU YANG BODOH ITU.

Pemimpin orang Melayu itu sama seperti mereka berniaga iaitu modal banyak tetapi bodoh tidak mendapat keuntungan. Rancangan bangsa Melayu bodoh dan dikatakan tidak berjaya lembab, kerja lambat dan banyak menggunakan wang dan ini merugikan mereka sendiri.

SIKAP DENGKI ORANG MELAYU SENDIRI SEMAKIN MENINGKAT DAN MENYERONOKKAN KITA.Kita bangsa Cina jangan sayang wang ringgit kerana ini SENJATA KITA UTK MENGUASAI EKONOMI MALAYSIA dan kita cuba sedaya upaya utk menjatuhkan perniagaan mereka.

Sehingga kini kita telah menjatuhkan 15% daripada perniagaan mereka.Kita mesti berjuang dan menjaga kaum kita. Kita jadikan orang Melayu kolot dan bodoh macam Papua New Guinea (macam org asli, macam orang binatang).

Kemudian kita beri ubat dan racun agar mereka khayal dan asyik serta lahap pada orang Melayu. Biar kita bertolak ansur secara bangsa kita dan berpura2 hormat kepada mereka dan memanggil mereka Tuan atau Encik agar mereka kembang bontot (bangga).

Apatah lagi kalau kita memuji-muji mereka. KALAU PERLU MASUK ISLAM PUN TAK MENGAPA…Ini boleh jadi lebih baik kerana dapat menjalankan dakyah dalam diam-diam tanpa disyaki.

Kita buat-buat percaya kepada agama mereka dan membiarkan mereka merasa bahawa kita menghormati mereka.Inilah senjata kita iaitu menjaga anak-anak kita dan generasi kita dari lembah DADAH kerana dadahlah yang merosakkan akhlak manusia.

KITA GUNAKAN DADAH UNTUK MEROSAKKAN ORANG MELAYU yang BAKAL MEMIMPIN NEGARA MEREKA HINGGA…sahaja hampir 60% kemajuan ini tercapai dgn selamat dari ilmu orang Melayu akan pudar dan tidak akan berguna lagi kerana dipengaruhi dadah yg kita beri.

Dalam 10 hingga 15 tahun lagi cerdik, pandai Melayu akan hilang dan generasi akan datang semuanya akan lemah dan hilang ilmu mereka.

SAYA RASA TAKUT, DENGAN ILMU TAUHID DAN BATIN, TETAPI TELAH HILANG DAN DISEBABKAN FITRAH KITA. BIAR ILMU MEMPERTAHANKAN MEREKA YANG HANDAL-HANDAL ITU AKAN BERPECAH BELAH DAN SETERUSNYA KITA BUNUH ORANG MELAYU DAN KITA PECAH-BELAHKAN MEREKA DGN MENGGUNAKAN DAKWAH KERANA MEREKA BERPEGANG KEPADA DAKWAH AJARAN MEREKA YANG MUDAH DIPESONGKAN.

Ternyata kita telah Berjaya melakukan dgn mengelirukan pemimpin ABIM dan melagakan dengan "PAS". Dengan ini kita dapat memecahkan parti PAS dan UMNO. Mungkin. Kita memecahkan pemimpin sama-sama mereka dalam kelompok yang lebih kecil lagi.

Sabah dan Sarawak akan berpecah dari Malaysia atas angkara kita dan di bawah pimpinan Mahathir yg telah tua dan mementingkan diri sendiri. Maka kita akan menjadikan Malaysia Negara kita apabila beliau tiada dan di sinilah berlakunya punca keruntuhan mereka seperti mana TUN ABDUL RAZAK DAN TUN DR. ISMAIL ORANG KUAT MELAYU yang telah tiada.

Kita harus aktif dengan persatuan kita dan dari persatuan kita berdamping dan dapat tahu apa yg harus berlaku demi cita-cita kita. Di sekolah sudahpun Guru-guru Cina memupuk rasa benci kalau boleh membunuh bangsa Melayu.

Sepandai-pandai Melayu akhirnya Melayu hilang.Dari pandai-pandai murid melayu, hanya 20% hingga 30% yg berjaya. Lihat di hospital lebih 80% terdiri dari kaum Cina. Oleh itu ramai dapat menolong kita bergembira dan berusaha lagi supaya tidak terbuang peluang ini.

RAHSIA KERAJAAN, RAHSIA POLIS MAHUPUN TENTERA, KITA USAH RISAU, KERANA KITA ADA ORG DALAM.

PEREMPUAN, JUDI, ARAK DAN DADAH SEMUA DAPAT MEMBANTU KITA… Adakah saudara Cina tidak bersemangat berganding bahu dgn saya?

Saya yakin ini adalah benar. Orang Cina terkenal dengan sikap bersatu padu dan berkelompok dari dulu lagi.Marilah kita sama-sama berjuang di samping pemimpin Cina yg berkaliber.

DAP akan menjadi kuat, jadi kita akan mewujudkan semua semangat datuk nenek kita terulung di Malaysia.Pemimpin-pemimpin hebat kita sedang berusaha mahu menawan negeri Melayu yang kuat.

Ini adalah Johor. Bila yang paling kuat ditawan, negeri yang lain akan lagi senang. Kita pun sudah diberi bantuan Singapore.

Kita dahulu yg pandai bersyarah di Melaka dahulu. Marilah kita memuji perjuangan Hang Li Poh dan laksamana Shing Ho Yang berjaya memikat dan membuktikan ada raja melayu dahulu yg senang diperdayakan dengan ramai orang Cina ke Melaka.

Inilah perjuangan kita.Saya sangat berharap agar semua orang Cina menumpaskan hak orang Melayu kepada hak org Cina. Bangunlah bangsa Cina dengan apa sekalipun walaupun terpaksa melakukannya dalam paksaan.

Kejayaan kita berasaskan kerjasama serta persefahaman bangsa Cina yang sememangnya cerdik pandai….Ke arah matlamat kita:….

-FB

Jadi, jika benar penulisan ini dibuat oleh DAP, rakan sekutunya PAS perlu membuat penilaian seberapa segera untuk terus mendokong perjuangan PR.

Pengundi cina 'tikam belakang' Ali Rustam

Posted: 05 May 2013 11:40 PM PDT

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.

Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.

Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.

Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.

BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.

Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya". -Bernama

Mukhriz angkat sumpah MB Kedah 3 petang ini

Posted: 05 May 2013 10:01 PM PDT


ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu di Istana Anak Bukit di sini jam 3 petang ini.

Dipetik Star Online, Mukhriz berkata, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, akan menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.

"Watikah pelantikan dengan rasmi memaklumkan yang saya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu, Sinar Harian membawa laporan bahawa Mukhriz hampir pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana diumumkan oleh Najib kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah terlebih dahulu.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi.

Mukhriz yang sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun menewaskan penyandang kerusi Dun Ayer Hitam dari Pas, Abdul Ghani Ahmad.

BN berjaya merampas semula Kedah apabila memenangi 20 dari 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Wartawan 'diraba' penyokong DAP

Posted: 05 May 2013 08:31 PM PDT

Gambar hiasan
SIBU - Empat wartawan yang membuat liputan berita proses penjumlahan undi bagi kawasan Parlimen Sibu di Pusat Sivik Sibu terkejut apabila penyokong DAP mengepung mereka dan mendesak untuk memeriksa beg mereka apabila mereka tiba di pusat itu kira-kira 9 pagi semalam.

Pang Boon Soon dari akhbar Sin Chew Daily News berkata mereka memeriksa beg kameranya bukan sekali tetapi tiga kali.

"Kami membantah dengan menyatakan kami wartawan dan menunjukkan kepada mereka pas pengenalan media dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi mereka berkeras untuk memeriksa barang-barang kami.

"Mereka bimbang yang kami mungkin menyeludup masuk kertas undi untuk membantu calon Barisan Nasional Vincent Lau Lee Ming yang ketika itu ketinggalan lebih 1,500 undi untuk menang," kata Pang.

Seorang lagi wartawan, Wilson C. K. Kong dari akhbar berbahasa Inggeris "The Borneo Post", berkata penyokong DAP berkenaan bertanya kepadanya sama ada beliau ada menyembunyikan apa-apa dalam seluar dalamnya.

Beg rakan Pang, Lew Ching turut diperiksa.

"Mereka juga merakam kami dengan video dan ini menyebabkan kami berasa takut mengenai kemungkinan diapa-apakan sekiranya DAP kalah di kerusi itu," kata seorang lagi rakan Pang, Wong Chu Kiong.

Pang berkata mereka diselamatkan oleh anggota polis yang membawa mereka masuk ke pusat itu.

Katanya beliau mengadu kepada calon DAP, Oscar Ling Chan Yew, pemenang kerusi Sibu, yang berjanji akan menghantar seseorang untuk menasihatkan penyokong berkenaan supaya tidak menganggu wartawan.

Terdahulu, kerani-kerani pilihan raya yang tiba di pusat itu dari pusat pengundian masing-masing turut diperiksa oleh penyokong DAP, dengan beberapa daripada mereka cuba merampas beg mengandungi kertas undi.

Mereka juga mendesak beg-beg itu dibuka di depan mereka sambil menjerit wujud cubaan untuk menipu bagi membantu BN menang.

- Bernama

Lanskap politik masyarakat Cina makin menampakkan 'belangnya'

Posted: 05 May 2013 07:45 PM PDT

BERJAYA namun !

Mungkin strategi 'winnable candidates' yang dicanangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak menjadi dan silap percaturannya.
kecundang
Walaupun BN berjaya membentuk kerajaan Pusat, namun jumlah kerusi yang dimenangi nyata merosot berbanding PRU lalu.

BN menang 133 kerusi, berbanding 2008 dengan 140 kerusi.

Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk selepas 2008, pula walaupun berjaya menambah sembilan bilangan kerusi kepada 89 kesemuanya, kekecewangan kalangan pimpinan dan penyokong apabila impian ke Putrajaya tidak kesampaian.

Walaupun ramai yang menyebut Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) adalah "peperangan" untuk pengundi Cina yang inginkan perubahan namun kemaraaan mereka masih gagal merobohkan benteng Umno-BN di Putrajaya.

Analisis awal pemerhati mendapati, Melayu bandar juga menolak BN sama seperti pengundi Cina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan PRU13 sebagai "tsunami masyarakat Cina".

Mujur Sabah dan Sarawak banyak membantu memenangkan BN di peringkat Persekutuan seterusnya membentuk semula kerajaan.

Selain daripada kejutan beberapa nama-nama besar terutama dalam BN yang tewas dalam PRU kali ini, negeri yang dijangka dirampas kembali oleh parti itu berjaya menjadi kenyataan.


Kedah yang pada 2008 ditawan Pas kini kembali di bawah BN sekaligus meniupkan persepsi,anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun tiga negeri lain di bawah PR - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sukar diganggu-gugat oleh BN.

Meskipun begitu,empat Menteri Kabinet tewas dalam PRU kali ini.

Mereka ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.

Mengejutkan juga apabila bekas Menteri Besar Johor tewas di tangan pemimpin DAP dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam kalah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Parlimen Bukit Katil.

SPR semalam mengesahkan lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang.

Peratusan paling tinggi yang dicatatkan setakat ini. Jumlah pengundi berdaftar bagi PRU13 ialah 13.3 juta.

Walaupun dilaporkan beberapa insiden seperti tertangkapnya beberapa pengundi "hantu" di beberapa pusat pembuangan undi, isu dakwat kekal yang tidak kekal, namun secara purata proses pilihan raya semalam berjalan lancar.

Seratus hari bermula hari ini, negara sekali lagi bakal menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam proses pentadbiran negara. Semoga segalanya berjalan lancar dan diharap agar hari ini dan masa hadapan, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih baik

SInar

'Tsunami Cina' angkat DAP kuasa dominan PR

Posted: 05 May 2013 07:01 PM PDT


KUALA LUMPUR - DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan penasihat parti Lim Kit Siang menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Di kerusi Gelang Patah, Johor, Lim mengalahkan bekas menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman apabila memperoleh majoriti 14,762 undi.

Anggota parti berkata bilangan yang lebih ramai keluar mengundi iaitu sebanyak 89.1 peratus di kawasan itu berbanding anggaran seluruh negara antara 70 dan 80 peratus yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menyumbang kepada kemenangan Lim.

Sokongan pengundi Cina di kawasan parlimen itu juga menyumbang kepada kejayaan Lim.

Selain Gelang Patah, calon DAP juga menang di Kluang, Bakri dan Kulai, namun kalah di Labis dan Tanjong Piai.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengekalkan kerusi Parlimen Bagan dengan 34,159 majoriti undi serta kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Puteh dengan lebih 7,700 undi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana bertanggungjawab atas kegagalan merampas semula kerusi negeri itu daripada Pakatan.

Di Kuala Lumpur, DAP menang semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.

Di Perak, semua tujuh calonnya menang dengan margin selesa di kebanyakan kerusi parlimen majoriti Cina iaitu di Taiping, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Telok Intan.

Selangor juga menyaksikan DAP mengekalkan penguasaannya di Puchong (Gobind Singh Deo), PJ Utara (Tony Pua) dan Klang (Charles Santiago). Pendatang baharu Ong Kian Ming juga berjaya menewaskan Datuk Yap Pian Hon daripada BN di Serdang.

Di Melaka, calon DAP Sim Tong Him mengekalkan kerusi parlimen Kota Melaka, namun kalah di Alor Gajah menerusi Damian Yeo Shen Li, namun kekal di Seremban dan Rasah.

Di Sabah, DAP memnangi kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan, namun kalah di Sepanggar dan Putatan.

Di Sarawak, pengundi terutama di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen, manakala BN menguasai Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. - Bernama

UMNO kekal terajui Barisan Nasional

Posted: 05 May 2013 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR - Umno kekal tonggak Barisan Nasional (BN) apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Umno menyumbang 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. Umno bertanding 120 kerusi kali ini.

Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dipertanding.

Bagi Dewan Undangan Negeri (Dun), Umno berjaya menguasai 244 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertanding berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh majoriti lebih besar iaitu 35,613 apabila mempertahan kerusi Pekan daripada dirampas lawannya, Mohd Fariz Musa dari PKR.

Pada PRU 2008, Najib menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti undi sebanyak 26,464.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mempertahan kerusi Pagoh selepas mengalahkan lawannya, Mohd Rozali Jamil dari Pas dengan majoriti 12,842 undi.

Pada 2008, Muhyiddin menewaskan Mohd Rozali dengan majoriti 12,581 undi.

Di kerusi panas, Umno hanya menang di Parlimen Arau apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menumpaskan Datuk Dr Haron Din dari Pas dengan majoriti 1,371 undi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon Pas Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.

Kerusi Dun Sungai Udang di Melaka menyaksikan Datuk Idris Haron menang mudah ke atas calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,136 undi.

Di Kedah, Umno menguasai 19 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada Pas.

Pada PRU 2008, Umno hanya menang 12 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi di negeri itu.

Umno juga menang 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyaksikan penambahan satu kerusi Umno, yang berjaya menawan kembali Titiwangsa dan mengekalkan kuasanya di Setiawangsa.

Ternyata Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah masih menjadi kubu kuat Umno apabila hampir menguasai kesemua kerusi Parlimen dan Dun yang dipertanding.

Meskipun Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor gagal dikembalikan kepada BN, prestasi Umno di negeri berkenaan agak memberangsangkan kecuali Selangor yang menyaksikan parti itu hanya menang empat kerusi Parlimen, sama seperti pada 2008, dan menang 12 kerusi Dun berbanding 20 pada PRU12. - Bernama

Sam Ketot berjaya kalahkan Ali Rustam

Posted: 05 May 2013 05:01 PM PDT

MELAKA - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda.

"Saya tidak jangkakan kemenangan besar ini dengan majoriti 5,447 undi menewaskan gergasi politik Melaka (Mohd Ali), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Anggota Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh selepas diumum sebagai pemenang pada kira-kira 1 pagi.

Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh 46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi.

Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas tewas kepada dua calon BN iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008.

Beliau berkata, kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang.- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>